Tapi sejak dulu sampai sekarang,
minat aku memang tak berbelah bahagi kat ahkak Ziana Zain kita tu. Boleh tahan
hardcore jugak la. Sampai kan parents aku kalo time dulu-dulu tahu je la aku
memang minat gila kat Ziana Zain. Ingat lagi, time bulan puasa, kan kalo dalam
majalah URTV akan ada satu slot untuk Resepi Aidilfitri Artis. So kebetulan Ziana Zain pun ada la
keluar sekali kat slot tu. Dia bagi resepi Cornflakes Bermadu. Aku potong
keratan resepi dia tu, and sudahnya sampai skang, 1 of my fave cookies during
Hari Raya is Cornflakes Bermadu. Aku paling rajin nak buat cookies ni je time
raya. Pasal sangat la mudah. Lagi pulak, dek kerana Ziana Zain yang bagi resepi
(ecehwahhhh!),tu yang aku rajin nak buat.=p
Rasanya dah lari topic aku nih.
Hahahhaa….ok la…ada satu compilation album by Ziana Zain yang aku beli a few
years back. Tahun 2007 kalo tak silap. Ada 2 CD lagu dalam album tu. Dan memang
tak penah jemu aku dengar setiap kali bawak kereta. Dalam tu semua lagu-lagu
popular dia start dari Madah Berhelah sampailah ke latest album tahun 2006.
Bagi aku, album ni bring back memories jugak lah. Aku start minat Ziana Zain
dari darjah 5 tahun 1995. Aku membesar dengan lagu-lagu dia. Quite a memories
jugak la. Beli majalah yang ada artikel pasal dia,potong-potong kan artikel tu
dan tampal dalam scrap book. Tapi sayangnye, mana tah hilangnye scrap book aku
tuh. Hmmmm,….
2nd album yang aku
memang suka dan tak jemu nak dengar is album by Letto. Tajuk album tu Letto
jugak rasa nya. An Indonesian band. Aku jatuh cinta ngan lagu Sebelum Cahaya,tu
yang melarat sampai pi beli CD Letto. 1st time dengar lagu Sebelum Cahaya kat radio Hot FM. Jatuh
cinta ngan lagu tuh dan petang pas keje pada hari yang sama, trus g beli CD
nya. Sangat pantas aku buat keputusan time tuh. Mujur la lagu-lagu dalam tu
semuanya sedap. Memang serius sedap! Every single track is the best. Boleh di
katakan aku dah naik hafal jugak la lagu-lagu dalam tu.
3rd album yang aku
suka is Millenium album by Backstreet Boys. Quite a long time ago jugak album
nih. Time aku form 3 tahun 1999. Tapi dulu-dulu aku pinjam kaset(ye..time ni
kaset sangat popular) Azwar. Dia yang beli tapi aku pulak yang duk pinjam
dengar sampai tak hingat dunia. Lama gak aku pinjam..haha….sesambil study untuk
PMR, sesambil sumbat earphone dalam telinga dan dengar album nih. Sampai tah
berapa kali pusing. Aku suke setiap lagu dalam album ni. Then, last 3 years
kalo tak silap aku, aku tetiba teringat kat album ni. Tapi cari-cari kat kedai
kaset kot-kot ada jual lagi, memang tak de lagi dah. So aku mintak tolong
Syarina download kan dari internet. Mujur dia ada jumpe. And aku pun simpan la
the mp3 collection dalam my pendrive. Sayang weh kalo hilang. All time fave
nih.
Aku akan dengar each of these 3
kalo macam dah bosan gila nak dengar radio. Kadang-kadang bosan gak ngan radio
nih. Sikit-sikit iklan. Sikit – sikit iklan. Tu yang aku beralih angin, dengar
lak CD atau pun MP3.
Nak simpan 3 CD ni sampai bebila.
Nanti dah tua-tua, anak cucu aku tahu la ape kegemaran nenek nya dulu-dulu.
millenium album by backstreet boys |
ahkak ziana zain |
letto |
=)
No comments:
Post a Comment
moh share idea kat sini..=)