Monday, July 23, 2012

Sambal Tempoyak


Ha…pernah makan tak sambal tempoyak???kadang-kadang ada jugak yang panggil sambal tempoyak mentah. Pasal sambal tempoyak ni tak memerlukan sebarang kaedah memasak nak hasilkannya.

Lauk yang nih aku boleh bangga cakap ngan semua orang yang aku reti buat. Hehehhe…benda senang memang konfident la aku.

Bahan-bahan :
Segenggam cili api. (ni tahap max punya pedas.kalo tak tahan pedas, boleh kurang kan)
1 sudu besar tempoyak (anggaran je. Kalo suka tempoyak lebih, boleh lebihkan.)
Sedikit garam. (aku suke letak supaya ada effect manis-manis masin gitewww)

Cara-cara :
Cili api dan garam di tumbuk sekali sampai la lumat.
Then gaulkan aje ngan tempoyak.
Siap untuk di hidang.

Nota :
Kalo aku, sambal tempoyak ni memang sedap nak di colek ngan ape-ape sahaja ulam-ulaman. Contoh nya pucuk paku, jantung pisang, terung pipit. Atau pun makan macam tu je pun boleh. Gaul kan je ngan nasi panas. Tambah pulak kalo ada telur dadar. Memang kombinasi yang bagus dan cukup le lauk yang ni je, memang x pandang dah lauk lain!
ni la sambal tempoyak nyaaaaa...

Kecur dah air liur aku time menaip nih.
Better stop rite now.

=p

2 comments:

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...