Wednesday, October 31, 2012

Suits

Pernah tak tengok series ni kat TV? Kat Hallmark Channel. 702. Setiap Isnin. Pukul 10 malam.

Mike Ross and Harvey Spector
Gambar kat atas ni adalah pelakon utamanya. One of the reason aku suka sangat ngan drama ni pasal ni adalah drama pasal peguam. Dulu sebenarnya cita-cita asal aku nak jadi peguam,tapi ala-ala tak kesampaian la kan pasal la ni dah jadi engineer pulak.

So sempena nak mengenang cita-cita yg tak kesampaian tu,maka sebarang drama bercorak kepeguaman memang menjadi minat aku nak tengok. Sama la jugak ngan Suits ni. Memang melekap la aku kat TV setiap hari Isnin pukul 10 malam. Padahal Astro selalu je nak ulang-ulang drama kan,tapi tetap tak mahu lepaskan tengok setiap Isnin.

Memula aku x da la nak menjadikan mana-mana aktor dalam drama ni sebagai tarikan untuk tengok, tapi lama-lama terjatuh cinta pulak ngan watak Harvey. Classy. Ada gaya. Witty. Oh My! i love him! Hahahhaa..

Tapi sekarang dah habis dah musim 1. Lama dah habisnya. Seingat aku before bulan puasa lepas. So sekarang ni tengah tunggu musim 2. Tapi kalau kat US sana, dah release dah season 2. Nak download tengok pun boleh. tapi di sebabkan aku ni bab-bab download ni kekurangan peralatan,yang ada pun  broadband siput ni,maka pendamkan je la niat nak download.

Bersabar je la tunggu season 2 keluar kat TV.

=)

Roti sapu Kaya

Perfect c0mbinati0n. Makan ni je pun dah cukup. Roti bersapukan kaya.


Tuesday, October 30, 2012

Kalau Barang Free...Laju Je...

Mentang² la akan dapat barang free kalo beli benda tu,sanggup tukar brand facial cleanser. Tak kisah la baru 1st time nak pakai ke ape,janji dapat barang free,layankan aje.

Ni la yg aku maksudkan. Facial cleanser aku memang dah habis. So lunch tadi aku menjengah ke Wats0n's,kengk0n0n nak beli cleanser Fair And Lovely. Tapi duk usha² yg lain tadi,tetibe ternampak cleanser brand OXY. aku memang pakai toner OXY,and tadi nampak kalo beli cleansernya,free b0tol kecik t0ner.

Wajib la aku tertarik. Dah la dapat f0r free,and mcm cute² je b0tol kecik tu,lagi la bertambah² teruja nak beli.

Terus lupakan Fair And Lovely.

Hanya kerana b0tol kecik t0ner itu.

:p


Movies Wishlist For November

Untuk bulan November yang tak lama je lagi nak menjengahkan diri ni, aku nak senaraikan 2 movies yg aku nak sangat pi tengok nanti.

1) James Bond : SkyFall

Kalo tak silap aku, akan release kat Malaysia on 1st November. Lusa la kan. So kena cecepat pi tengok nanti. Aku tah nape tetiba boleh tersuka lak kat James Bond yg wataknya oleh Daniel Craig ni. Mata dia lawa kot. Biru. Pastu mcm seksi je bila bercakap omputeh ada accent Englishmen. Wah..sangat jatuh cinta!

 
 
 
2) Twilight : Breaking Dawn (Part 2)
 
 Ha..ni tak yah cakap la! Memang menantikan sekuel last Twilight bagai nak rak!. Setahun kot tunggu. Walaupun boleh je baca novelnya nak tau ending, tapi mcm tetap nak jugak tunggu movie keluar. Harus aku Team Edward kan. Nape tah ramai suka kat Jacob tu. Memang la Jacob tough badannya, tapi Edward lagi hensemmmmm.
Release date for Malaysia is on 22nd November.
 



Okay..mari menjadi sangat tak sabar nak tengok kedua-dua movie ni. Especially Twilight:Breaking Dawn (Part 2). Last year tengok ngan Barrock. So tahun ni, sapa nak ikut aku pulak pi tengok???


=)

Lagu Pilihan : Shae - Sayang



Ha...tetiba jadi suka pulak dengan lagu Shae ni. Tah macam mana nak pronounce nama dia.

1st time dengar lagu ni memang dah agak lagu dari penyanyi seberang. Pasal dengar lirik lagu mcm ala-ala Indonesian sikit bahasanya. Rupanye memang betul Shae ni penyanyi seberang.

Jap aku google pasal Shae .

Alamak..mcm takde jumpa la info pasal si Shae ni.

Aku just jumpa lirik lagu dia je.

Lagu ni ala-ala sesuai untuk yang bercinta jarak jauh. Macam aku.

Hehheheheheh...

Ni lirik lagunya..


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

al-Ustaz

majalah al-Ustaz
Salam semua. Hari ni aku nak promote kat korang satu majalah yang bagus untuk kita baca. Mudah-mudahan akan bertambah lagi kefahaman kita terhadap agama Islam lepas baca majalah ni.

Majalah yang aku maksudkan ialah majalah al-Ustaz. Majalah ni baru je lagi kat pasaran. So far baru edisi ke 7 berada di pasaran. Yang gambar kat atas tu la edisi terbarunya. Sempena ngan bulan Zulhijjah,so majalah al-Ustaz menampilkan kebanyakkan topik-topik berasaskan Hari Raya AidilAdha dan penyembelihan korban. Banyak info-info menarik yang kadang-kadang bagi kita adalah remeh tapi sebenarnya perlu di titik-beratkan. 

Aku suka majalah ni pasal penyampaian maklumat dalam bentuk yg santai. Ada gambar rajah untuk bagi kita lebih faham. Bahasa yang di gunakan pun mudah di fahami.

So sesapa yang belum pernah baca lagi majalah ni,boleh la pi beli kat kedai-kedai. Memang tak rugi beli majalah-majalah ilmu macam ni. Sedikit sebanyak dapat tambah ilmu dan kefahaman kita kan.

Membaca itu jambatan ilmu.

Ewahhh!


=)



Monday, October 29, 2012

"Jom tingkatkan follower TWITTER sampai lebam”




Suke je aku nak masuk segmen yg nak tingkatkan bilangan follower kat Twitter.

Jom join reramai segmen ni pulak.

Bilangan follower aku kat twitter : 166 oranggggg je.

Kalo sapa-sapa yg ciput lagi bilangan follower kat twitter mcm aku,moh le kita mengusahakan join segmen ni.

Follow me @wanaowen.


Rezeki Sempena Hari Raya AidilAdha

Tak sangka jugak, tapi last week,bangun tido terus capai telefon dan usha bloglist. Sekali bro Remy Hazza update entry beliau berkenaan senarai pemenang segmen beliau yg lalu.

Usha punya usha..sekalinya blog aku pun tersenarai sebagai pemenang. Alhamdulillah.


Tak sabar nak dapat hadiah yg akan di poskan oleh bro Remy.

Senarai pemenang yg lain boleh di tengok di sini.

Tahniah jugak kepada pemenang yg lain.

Dan terima kasih kepada saudara Remy kerana menganjurkan segmen ni.

=)

Segmen : Jom Follow




Entry pembuka bicara untuk minggu ni.
Sakan blog aku berehat. Mementang la cuti raya boleh tahan lama. Maka blog pun ikut sama bercuti. Maaf ye semua. Bila dah balik kampung tu..memang tak ingat ape dah..ingat nak makan..makan..makan..dan makan sahaja.=p

So sebagai pembuka bicara,meh nak ajak korang join segmen Jom Follow ni. Padahal takde idea nak buat  entry ape. Alang-alang dah lama x join segmen,aku pun buat je la entry segmen ni.

Bilangan follower Me and You setakat ni 204 orang sahaja.

Meh le reramai meramaikan majlis lagi ye.

=)

Wednesday, October 24, 2012

Salam AidilAdha



Tuesday, October 23, 2012

Kerusi Malas untuk Si Ulat Buku

Photo: Here's a little something for bookworms out there :)
 
 

Gambar ni amik dari Facebook.
 
Macam menarik.
 
Aku rasa kerusi ni convinient untuk yg suka mambaca macam aku.
 
Cuma kena redesign sikit. Supaya x perlu ada rak untuk bahagian bawah tu.
 
Tak elok la kan duduk atas buku.
 
=p

Hari Ni Cerah Sikit

 
 
Hari ni matahari mcm memancar terang. Kalo sapa yg follow twitter aku, mesti semalam perasan dari pagi sampai ke petang aku duk meroyan pasal baju-baju yg banyak kat ampaian pasal x kering.
 
Kan 2,3 hari ni cuaca kat KL ni macam hujan-hujan dan mendung je. So bila di jemurkan jugak baju tu,memang la lambat nak kering.
 
Kalau kering pun,kering sejuk. Aku nak kering yg garing. Barulah rasa besttt. Kalo tak bau kepam. Tak suka..
 
So hari ni nampaknya macam cerah. Mudah-mudahan sampai ke petanglah matahari ni. Biar baju-baju aku tu kering. Kalo tak memang x senang duduk. Tak tau lagi nak sidai baju macam mana gaya pulak.
 
=)
 
*hujan atau panas tetap ku syukuri nikmat-Mu*

Monday, October 22, 2012

Saya Sayang Kamoo Sahabat



dari kiri : Siti Nurmah (Ct N), Salwa Abd.Arif (Wawa) dan Wana
 
 
Ni gambar dah lama. Tengok date pada gambar pun tau kan. Almost 5 years dah gambar ni.
Tapi our friendship still remains sampai sekarang walaupun masing-masing dah kahwin.* Minus aku la.*
 
Gambar ni di ambil waktu piknik anjuran coursemate kami kat Port Dickson. Pergi ramai-ramai berkonvoi naik kereta. Mana yg takde kereta, di usahakan pinjam la kereta sesapa pun asalkan tak nak ketinggalan join.
 
Ct N yg dalam gambar tu pakai baju colour hitam dan tudung hitam. Dari mula-mula kenal Ct N memang ituuu je la warna kegemaran dia bila tang baju and tudung.* Mujur time dia kawin hari tu,dia pilih persalinan putih + biru..kalo hitam jugak..x tau la....=p*
 
Ct N dulu-dulu time belajar dia antara student perempuan tunggal kelas aku yg bawak motor pi kelas. Kitorang yg lain standard naik bas je. So aku rajin le menenggek motor beliau kao tetiba rasa nak pi outing. Kalo setakat ke Kajang tu,,boleh je la lagi naik motor.
 
Yang tudung bunga-bunga posing manja-manja tuu,namanya Wawa. Ni memang best buddy aku! Ke mana-mana sahaja kami berdua. Even kat hostel pun bilik dekat-dekat. Wawa specky sebenarnya. Tapi dia pakai contact lens. Dan dia adalah antara org yg memperkenalkan contact lens kat aku. That' why sekarang ni aku pakai lens. Hasil tunjuk ajar beliau. Kalau tak,aku masih lagi ala-ala Yo Soy Betty La Fea.*Kalo ingat lagi la telenovela ni..*
 
Sebenarnya ramai lagi sahabat-sahabt baik aku time belajar dulu. Tapi ni antara gambar menarik yg aku suka sangattttt. Priceless. Memory. Friendssss.
 
p/s : Ni entry khas sempena contest yg di anjurkan oleh Didiey. Due date sampai tengah bulan depan. Aku join pasal mcm best je contest ni. And hadiah boleh tahan lumayan.
 
Mangsa kena tag :
 
 
 
 
=)
 

Yang ke-200

Alhamdulillah..tercapai jugak niat aku nak promote blog follower aku yg ke-200.

Orang kata nak menghargai beliau la. Kerana berjaya menempatkan diri selaku follower yg ke-200.

Eh..followers yg lain pun aku hargai..sangat-sangat hargai..cuma yg ke-200 ni aku raikan pasal ye lah..jenuh jugak nak menyampaikan ke angka 200 nih.

Dan insan yg bertuah tu...


Cik Mai dari blog Senyum!!

Aku pun dah terjah blog Cik Mai kita ni. Amboii...followers dia..ramai nau!

Tak terkejar aku. Hehehehe...

Aku ada baca previous entry Cik Mai. Banyak mengisahkan pasal kehidupan dia sebagai seorang student kat UiTM Kuala Pilah.

Aku suka baca blog milik student-student uni. Pasal sesambil baca tu, sesambil la teringat zaman aku belajar dulu-dulu.

Rindu sesangat.

Cik Mai kita ni pun rajin update entry blog beliau.

So moh le kita reramai terjah blog Senyum!!


=)

Dahulu dan Sekarang



Hehehe...gambar pakai kot time 1st year kat UKM. Gambar tudung pink tahun 2011 untok nak buat passport.

N0t s0 much different eh?

Walaupun beza antara dua gambar hampir 8 tahun.

Time did flies so fast.

Phewwww!

posted from Bloggeroid

Saturday, October 20, 2012

Rindu Serindu-Rindunya

Rindu serindu-rindunya..namun apa daya orang dah benci...

Ingat tak lagu ni? Tadi on the way nak balik Bentong aku terdengar lagu ni kat radio Sinar FM. Lagu oleh Kumpulan Spoon.


Masa mula-mula lagu ni keluar kalau tak silap aku,aku darjah 6. Ke dah tingkatan...entah aku pun dah lupa. Tapi memang popular lagu ni. Sampai sekarang pun aku rasa lagu ni sentiasa dapat permintaan ramai untuk orang nak dengar dannnn kalo kat pusat karaoke pun mesti berebut-rebut orang nak nyanyikan.

Sayangnya grup ni tak kekal lama kan? After kes pembunuhan Along (penyanyi utama) terus grup ni macam senyap je kan.

Tu yang aku duk terfikir tadi sambil driving.Teringatkan kes ni. Kalau tak silap aku, pembunuhnya dah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati. Ni kronologi kes pembunuhan Along.

credit to my-sensasi.blogspot.com for above image.=)


Kes sensasi jugak time ni. Memang sana sini pun orang duk perkatakan pasal kes ni. Akhirnya dah ternoktah jugak kes ni dengan keputusan hukuman mati kepada yang tertuduh.

Tapi kita kehilangan seorang penyanyi berbakat. Muda lagi umur arwah time tu kan. Apakan daya, Allah SWT lebih menyayangi beliau.

Kita sama-samalah doakan roh arwah tenang di sana.

Apa yang tinggal untuk kita adalah alunan suara Along sahaja sebagai pengubat rindu.




Ada Nampak Peningkatan



Hmmm....aku dah start buat akaun dan set up blog kat Blogger dah lama. Tahun lepas bulan 3.  Sebelum ni aku berblog guna WordPress. Tapi Wordpress macam kurang meriah. Dan ramai yg guna Blogger. So aku pun set up satu blog kat Blogger.

Memula join Blogger aku adalah sangat blur. Tah macam mana nak tarik follower dan bagi naik sikit blog aku ni. Percaya tak sampai setahun lebih pun follower aku x sampai 20 orang pun. Hahahaa..

Tapi sejak mula fokuskan kembali kepada blog ni,alhamdulillah aku mula faham serba sedikit apa itu dunia blog. La...mana le aku tau kena join segmen atau GA nak kasi promote blog. Sebelum ni aku buat endah tak endah je. And so far,dalam 2 bulan fokuskan kat blog dan memahamkan diri strategi-strateginya,bilangan follower dan pageview ada meningkat. Baru lah ada semangat sikit kan nak menulis. **Menulis la sangatttt..=p*

So this entry aku dedicatekan khas kat semua yg pernah singgah kat sini dan jadi followers aku. 
Aku x de la nak janji ape sangat, tapi kalo boleh aku akan cuba menulis benda-benda yg menarik dan kalo boleh menulis secara berkualiti. 

TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT PADA YG SELALU SINGGAH BLOG AKU NI. TANPA KORANG SEMUA, BLOG AKU MEMANG TAK BERMAYA.

KEEP ON SUPPORTING ME!

=)

Friday, October 19, 2012

Kelantan VS ATM : Siapa yg akan menang?



vs


Siapa yg akan menang 

Piala Malaysia untuk tahun 2012?

Aku akan sokong Kelantan pasal nak sokong negeri kelahiran sendiri,Pahang memang tak dapat la kan. So since Kelantan sesama negeri Pantai Timur,so aku akan sokong Kelantan.

Kita saksikan je la pasukan mana yg akan menang esok.
Setiap pasukan ada misi tersendiri. 

Kelantan nak pastikan treble title milik mereka tahun ni.
Memecah rekod pasukan.

ATM pulak dalam misi memburu kejuaraan pertama Piala Malaysia.

Memang esok malam confirm perlawanan yg sengit la.

Dan...

Bandar Bentong start hari ni menghala keluar ke Lebuhraya Gombak mesti akan jem.

Set-set demo pakat turun Stadium Shah Alam  deh!

Gomo Kelate Gomo!

Renungan Pagi Jumaat

Setiap yg berlaku adalah ketentuan dari-Nya. sentiasalah bersangka baik terhadap perancangan-Nya tidak kira setiap baik dan buruk yg berlaku ke atas diri kita.


Thursday, October 18, 2012

Segmen Blogwalking Bersama Merapu Si Paan


Tetibe rajin nak join segmen hari ni.
2,3 hari ni mood nak bersegmen memang melaut tapi tah macam mana hari ni tergerak pulak hati nak join.
Banner Paan ni menarik kot.
=)

Kena jawab slogan okay sebagai salah satu syarat nak join segmen ni.

" Saya bangga bergelar sebagai seorang bekas pelajar di UKM Bangi.Mimpi menjadi kenyataan bergelar mahasiswa. " 


Sila jangan gelak ngan slogan aku ni. Hahahaha.

Mari mengetag kengkawan yg terpilih.




Ok cukup 3 org.

=)

Potret Monalisa


 

Engkau tersenyum di jendela
Memukau mata mempesona
Muncul yang jadi tanda tanya
Buat engkau di kagumi

Kehadiran penuh misteri
Bertambah berbagai cerita
Dengan sentuhan warna gemilang
Kau menawan dunia

Monalisa
Wajah yang diagungkan
Hingga mengorbankan nyawa
Disanjung penciptanya

Monalisa
Apakah tujuan
Engkau diciptakan
Apakah rahsia
Di sebalik potret itu

**lagu Potret Monalisa oleh Kumpulan Wings ni Bib yg perkenalkan kat aku. Bila dah selalu dengar jadi suka pulak. Best pulak rasanya. Kalau dengar je lagu ni,mesti aku akan ikut nyanyi sekali.=p**

Wednesday, October 17, 2012

Timbang Berat

Macam terhegeh-hegeh je aku ni kan. Tapi tetap jugak nak share ngan korang berapa berat blog aku.

Wahahahahah..padahal aku rasa benda ni dah lama pun org tahu..tapi ah..tak kira!

Nak share jugak!

Hehehehhehe...

=P

Meh ke sini...



ok ke KO berat ni???

ok kot.

=)

Update Drama Julia

Mak aiii..tegar tak tegar nya aku tengok drama dak Julia ni petang-petang.=p
Sekarang ni dah sampai fasa sedih-sedih dan gerammmmm sesangat.

Sedih-sedih kat Julia pasal di ceraikan oleh Azwan ====> bagi aku,sangat la ok je. Dah la Azwan tu jenis anak mak,lepas tu ringan tangan nak dera dak Jue..so better la ko ceraikan je dak Jue.

Gerammmmm gila kat Sofia pasal kalo boleh semua perempuan dia x nak bagi kahwin ngan Amir =====> tu la...dulu-dulu sapa suruh ko tolek cinta Amir. Sekarang ni nak jilat ludah ko balik kan. Aku memang emooo ngan si Sofia ni. Dari drama Tentang Dhia lagi dia dah suka buat perangai watak-watak gini. Abis semua lelaki dia nak bolot. Hahahaha..aku memang emoo ngan perempuan gini. Apa orang kata tu..budget baguihhhhh!

Kesiannn kat Amir + Nor Ain ======>mau x kesian wehhhhh..diorang tinggal 2 bulan je lagi nak kawin,tapi si Sofia ni ada je idea dia nak halang dari Amir kahwin. Dia nak Amir kawin ngan dia. Amir dah sah-sah terang-terang cakap kat Sofia, yg dia pernah sayangkan Sofia tapi ITU DAHULU!. Cuba la faham bahasa sikit.Duh!


So kita tunggu je la apa kesudahannya drama nih. Suka tengok lakonan Nabila Huda,Fizo Omar dan Fauziah Ghous dalam drama ni.

Very the like!

=)

WW: muda remaja



Hahahaha...muda remaja sangat muka aku time ni.hahahahaha..

Time kat UKM. With my bff,nisa.

:D

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 16, 2012

Mangga Harum Manis

Bukan p0ntianak harum sundal malam ye...tapi mangga harum manis.




Terliur tak tengok gambar kat atas tu??aku memang terliur habis laaa...teringin sangat nak makan mangga jenis harum manis ni.

Aku memang penggemar buah mangga. Mangga muda,mangga masak semua pun fave aku. Kalo mangga muda,cicah pulak ngan kicap dan gula..peh!!terangkat!

Cuma mangga jenis harum manis ni je yg aku tak penah rasa lagi. Mangga ni banyaknya kat negeri Perlis. Tadi saja g0ogle internet,nak tau musim mangga ni bila. Kot² terkena time aku nak pi sana hujung tahun ni.

Tapi...hmmm. dah berlalu pun musimnya. Fr0m info dari interndt tadi,musimnya bermula end of april sampai june! Memang melepas la aku nak makan. Kena tunggu next seas0n pulak.

Tapi teringinnyaaa.....

Mangga harum manis ni sedappp kan??nak rasa jugak!

:p

posted from Bloggeroid

Tak lengkap rasanya hidup...

..kalau pagi² sebelum memulakan hari tak minum nescafe. Betol..rasa mcm ada sesuatu yg kos0ng bila tak dapat minum air ni.

risau jugak aku kot² dah jadi addicted. Tapi tak kot. Tak da la kalo x dapat minum aku jadi menggigil ke ape. Biasa je. cume dah jadi kebiasaan. Mesti nak kena layan air nescafe setiap pagi.

c0mpare to other drinks,nescafe je bagi aku yg bagi kepuasan lepas minum. Perot pun rasa penuh. A great feeling i have after drinking nescafe.

Dan aku ada baca dalam majalah i-sihat,it's okay to have coffee everyday if memang dari asal badan kita free fr0m any diseases. Mcm darah tinggi,kencing manis. There's n0 research lagi yg menyimpulkan kopi penyumbang kpd permulaan penyakit ni. lain la kalo kita memang dah ada penyakit² tu,memang doktor nasehatkan jangan amik caffeine. Akan membuatkan penyakit lagi teruk.

Erk...lega dapat minum nescafe pagi ni. in my fave mug. Heaven.

:D


Monday, October 15, 2012

Koleksi Majalah Mingguan Wanita

Phewwww...ni baru koleksi untok tahun ni je yg aku tangkap gambar. Belum lagi koleksi sejak 5 tahun lepas.

Aku x penah miss lagi untok beli majalah ni tiap-tiap minggu. Kalau termiss pun,cuma miss seminggu dua. Bayangkan dah berapa banyak dalam simpanan aku. Sebulan keluar 4 kali. Kalo setahun? Darab pulak dgn 5 tahun. Ha...banyak kot.

Habis dah yg dulu-dulu nye aku kumpulkan dalam kotak. Tinggal nak angkot bawak balik rumah Bent0ng je.

Ingat lagi dulu² aku tumpang baca mak aku punya. Gigih duk ulang baca. Sekarang ni menurun kat aku pulak habit nya. Turn aku pulak beli tiap-tiap minggu and share baca ngan mak aku.

Bestkan bila dapat develop habit mcm ni? At least,there's s0mething to remember between me n my m0m.

:D


Memandang Awan

Memandang Awan –Sharifah Zarina

Pada sang mentari
Yang sering menjadi saksi
Akan segala rahsia cinta
Malam yang berbintang
Yang beralih sendiri
Menanti dinihari kembali

Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku

Hujankan diriku
Dengan sentuhan jiwa
Biar menjadi kasih abadi

Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku

Heyyh, Sering kali ku terleka
Wajah indah didepan mata
Lidah kelu untuk bicara
Kini bila kau tiada
Tak terungkap rasa kecewa
Nafas ku bergetar memandang ke awan

Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku [2x]

Bertemu diriku
Bertemu diriku

*i love this s0ng.lirik yg sangat meaningful.beautiful s0ng by sharifah zarina*

Saturday, October 13, 2012

Datang dan Pergi Begitu Sahaja

Entri ni aku tak khaskan untok mana² gender. Cuma aku nak luahkan betapa ralatnya hati aku bila ada kawan² aku yg datang dan pergi dari hidup aku sesuka hati.

Dalam kes aku ni,means bila dah dapat apa yg dia nak mintak kita t0l0ng,dia pergi je mcm tu. Aku dah beberapa kali terkena mcm ni.

Please la d0n't be t0o obvious nak tinggalkan sesapa. At least make it slowly. And with explainati0n. Ni dah la pergi begitu sahaja,explainati0n pun x da.

Sangat sakit hati ok. As if aku ada buat ape² salah. Let's say kalo betol aku ada buat salah sampai sakitkan hati dia,please let me kn0w before u go.

Kenapa aku boleh tetiba bangkitkan isu ni,pasal tetiba teringatkan a few pers0ns yg penah hadir dalam hidup aku tapi sekarang dah g0ne with the wind. Seriously membiarkan aku dlm keadaan tertanya-tanya.

For both gender,please be gentle n frank with your friends.

I still can't accept the fact that u can c0me n go fr0m any0ne life just like that.

Or maybe dia akan muncul semula a few years later with the explainati0n.

so till then,i'll just waiting and waiting.

:p

posted from Bloggeroid

Friday, October 12, 2012

Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?

http://www.myideakini.com/2012/07/segmen-aku-terjah-aku-follow-apakah-itu.html

Blog ni telah di tag oleh Cik Aini untuk join segmen oleh MyIdeaKini.

Maka mari merajinkan diri di petang Jumaat ini untuk join segmen ni.

Ada hadiah yg boleh tahan gempaknya.

Sebelum tu,kena jawab dulu soalan-soalan yg di sediakan :

a) Kenapa aku terjah?
Pasal telah di tag oleh Cik Aini.1st time blog ini di tag. Satu penghormatan pulak rasanya.=)

b) Kenapa aku follow?
Selain salah satu requirement untuk melayakkan blog tersenarai,adalah jugak pasal macam nak sentiasa mengetahui perkembangan blog MyIdeaKini.

c)Sila tag rakan-rakan blogger yg lain.
Mari saya memilih Jue Jaynee, Didiey dan Bro Hanif untuk di tag.=)

Tweeker



Tweeker ni adalah 1 daripada latest applicati0n yg aku baru je download dari Google Play. Tweeker is an0ther one of twitter client.

Aku skang ni spend banyak masa tweet daripada lepak kat facebook. Aku tak tau nape tapi for s0me reas0n,facebo0k mcm ada limitati0ns dan mcm dah bosan sebenarnya ngan FB. Sebab tu aku mula ralit ngan twitter pulak sejak setahun yg lepas.

So bila tweet thru m0bile ph0ne,aku akan cari atau guna applicati0n yg selesa dan cekap untok aku gunakan. Pasal aku memang spend a lot of time tweeting. 1 yg aku selalu dan selesa guna ialah TweetCaster. Very user friendly n c0nvinient.

But untok Tweeker pulak,it's m0re to help u tweet m0re faster. Tweeker x da timeline list,menti0n list and other feature. Tweeker cuma sediakan ruang untok ko tweet sahaja and then just hit the send butt0n. Itu sahaja. Simple.

Sebab tu aku sekarang prefer guna Tweeker je. Cepat skit nak tweet bila tetibe aku nak tweet mcm² benda.

So try la download tweeker dari market kalo untok mereka yg kaki tweet. Memang korang akan suka la ngan applicati0n ni.

:D

posted from Bloggeroid

Thursday, October 11, 2012

Burger King Hottest Deals

Lunch tadi aku tetiba teringin nak makan Burger King. Padahal terlalu depan Burger King dalam sunway Pyramid otw nak ke ATM CIMB. Bila dah terbau,perut yg kengkonon tak lapar tu..tetiba pulak jadi lapar kan.

Aku pun pi beratur kat kaunter Burger King. Mula ingat nak Whopper Jr. Burger. Selalu kalo ke Burger King, burger ni je la yg aku tahu dan suka nak makan. Tapi tadi macam nak ubah selera pulak. Kebetulan Burger King tengah ada promo.


Ni la promosinya. Burger King Hottest Deals. Pada setiap masa. Bukan kira ko kena makan time lunch atau dinner je yg boleh dapat harga murah. Pada bila-bila masa sahaja. And so far Burger King takde cakap lagi sampai bila promosi ni. But it's for limited time only.

Murah kot 1 set burger kalo ikutkan promo ni. Almost 40% kurang dari harga sebenar. Sapa tak nak weh!

Tadi aku try makan BBQ Beefacon Cheese Burger. Quite ok. Tak heavy sangat filling nya. Cuma bau daging yg dah BBQ tu agak kuat sikit pada aku. Ala-ala smokey meat gituuu.

So sesape yg nak try burger-burger baru Burger King atau teringin sangat nak makan Whopper Jr., boleh la ke Burger King. 

Pada bila-bila masa sepanjang hari.

=)


Segmen : Follow Sampai Pening

http://flowerbucket92.blogspot.com/2012/10/assalamualaikum-semua.html

Ha..follow la semua yg tersenarai sampai peninggg.

Pening tak pe..jangan sampai pengsan sudah.

Hehehehe...

Ada hadiah yg di sediakan iaitu :
  • Top up dan review blog untuk peserta bertuah yang berjaya mengumpulkan followers tertinggi.
Untuk lebih detail..boleh la klik link yg aku sertakan kat bawah banner.

Stepnya mudah aje.

Kena sertakan print screen bilangan follower kita setakat join segmen ni.



Selamat bersegmen!

=)

Gunung Kinabalu

After tengok drama Dejavu Di Kinabalu,aku rasa nak sangat pi Sabah dan nak daki Gunung Kinabalu. Memang aku dah penah holiday ke Sabah 2 tahun lepas,tapi at that time aku just pusing-pusing bandar KK je.

Ke Ranau dan Kundasang pun tak sampai time tu. Padahal before ke sana dah research bagai mana tempat menarik nak g,tapi tah nape that 2 places boleh terlepas pandang. Sayang kan tak g padahal dah sampai sana.

So sebab tu,hati ni jadi teringin sesangat nak ke area-area Gunung Kinabalu and at the same time nak mendakinya. Susah ke nak mendaki gunung? Aku memang tak da experience daki gunung. Bukit Broga pun tak penah try daki lagi. Ni ada harapan nak daki gunung.:p

Mudah-mudahan tercapai la hasrat aku ni. Kena plan ke Sabah in the near future. Misi utama mau daki Gunung Kinabalu!

Tapi sebelum tu,kena fitkan semula eh badan tu cik Wana. Awak tu dah lama tak exercise.

:p

Ni gambar aku time holiday ke Sabah dulu.






posted from Bloggeroid

Wednesday, October 10, 2012

Mangga cicah kicap + gula



Pernah makan?yummy!!

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 9, 2012

Blog 'Me and You' di review oleh Jue Jaynee

Wah..terharu sangat rasa hari ni pasal 1st time blog 'Me and You' di review!

Berdebar-debar jugak bila nak klik ke entry oleh Jue Jaynee tadi. Ye la..mana tahu blog aku ni banyak kelemahannya. Tapi alhamdulillah, Jue bagi review yg positif.

Terima kasih ye Jue pasal sudi review blog akak ni.(Wah...tua dah aku ni kan..ramai adik-adik je yg berblogging ni..=p)

Lain kali sudi-sudikan lah singgah lagi ye ke sini.

Salam Ukhwah buat semua!

=)

Real Story
blog Jue Jaynee yg telah review blog aku tadi.=)

Monday, October 8, 2012

Pening Kepala

Hadoiii la hai..awat la kepala aku dua tiga hari ni...asik pening je. Selalu jarang gini. Kalo pening pun sekejap je. Lepas aku telan panadol, hilang le rasa pening nya. Ni dah masuk hari kedua pulak peningnya. Aku selalu kalo kepala pening samada makanan yg aku makan banyak sangat ajinomoto atau pun hari panas. Tapi hari ni aku makan roti je. X makan lagi nasi ke ape kat kedai. Dan takde pulak duk berjemur.

Hari Sabtu lepas lagi best, elok-elok je sampai Bentong,kepala memang dah pening. Aku tahan kan je. Malam tu keluar g makan-makan ngan parents aku. Saja aku nak belanja makan. Balik je rumah lepas dinner tu terus lagi kuat sakit kepalanya. Rasa nak pecah. Nak berdiri time tu x boleh. Tapi paksa kan jugak badan. Aku telan Panadol. Tak jalan jugak. Terus masuk tido. Padahal baru pukul 9 malam. Dah la hari malam Ahad pulak. Di bantainya tido awal pulak. Hmm..

Ingatkan tido la sekejap..sekali amikkk ko! Pukul 9 pagi Ahad baru aku bangun. Mujur tak terbabas solat Subuh. Aku dah mula suspect yg aku sebenarnya makan ubat tido ke ape.HAhahhaa...

Tapi nih datang pulak balik sakitnya ha...hadoiiii!



Rindu Zaman Belajar

Tak tau kenapa tapi hari ni sangat rindukan zaman belajar kat UKM.4 tahun kat sana rasa mcm sekejap sangat. Tahu-tahu je dah grad. Masa mula-mula masuk 1st year,rasa mcm jenuh jugak nak menyampaikan sampai ke 4th year.

Tapi bila dah lama-lama,tambah-tambah bila dah nak masuk tahun akhir,rasa makin cepat masa berlalu. I had so much fun back then. Stress jugak bila dapat asignment menimbun tapi stress yg enjoy. Jangan c0mpare stress waktu kerja sekarang. Memang stress yg membunuh.

Aku tak pernah rasa mcm nak cepat-cepat habiskan belajar dulu. Kalau boleh,nak jadi studentttt je sampai bebila. Tapi tu la,tak bekerja tak da la pulak duit. Hmmm..

J0m tengok gambar-gambar aku waktu dulu-dulu.

:D







Saturday, October 6, 2012

Bentong Tercinta

Hari ni tulis entry kat Bentong. Korang tahu Bentong kat mana? Bentong kat Pahang. Ni la tempat aku lahir dan di besarkan. Kalau dari KL, hanya dalam 1 jam lebih dah sampai Bentong. Itu kalo aku yg bawak kereta. Slow sikit bawak. Kalau adik aku yg bawak,45 minit je dia lenjan kereta sampai ke sini. Aku je yg terhegeh-hegeh sikit bawak kereta.

Sebab jaraknya yg dekat tu la kalo boleh every week pun aku nak balik sini. Dan kalo boleh jugak,nak berulang-alik je ke KL untuk g kerja. Memang ramai pun orang - orang Bentong yg buat gitu, tapi kalo sape yg keja kat tengah-tengah KL mudah la. Aku ni dah ke kerja kat Subang Jaya, macam leceh la pulak nak meredah jem ape bagai. Kalo x fikirkan semua tu, memang dah lama aku ulang-alik.

Untungkan kampung dekat-dekat ni. Kalo tetiba rasa nak balik pun x de hal. Kalo aku rasa malas nak bayar tol,aku boleh je nak lalu jalan Gombak-Bentong. Tapi kalau sensorang x la. Takuttt..=P

Kat Bentong famous ngan Air Terjun Chamang. Ha..air terjun ni dekat ngan rumah aku. Pernah sampai sini? Jap aku google gambar.


Air Terjun Chamang
Ni la air terjunnya. Kalu hujung minggu ataupun cuti umum,memang penuh ngan orang. Bersusun kereta. Kalau nak datang,kena datang cecepat untuk booking tempat. Baru dapat tempat mandi yg best.=)

Aku pun jarang datang mandi sini. Kalau kengkawan dari KL datang baru aku sibuk menyelit ikut.

So inilah serba sedikit pasal Bentong ku yg tercinta. 

Tempat di mana aku lahir,aku sekolah dan di besarkan.,

Rindu kot sentiasa ngan Bentong.

My sweet hometown.

=)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...