Showing posts with label barang baik punya. Show all posts
Showing posts with label barang baik punya. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Kalau Barang Free...Laju Je...

Mentang² la akan dapat barang free kalo beli benda tu,sanggup tukar brand facial cleanser. Tak kisah la baru 1st time nak pakai ke ape,janji dapat barang free,layankan aje.

Ni la yg aku maksudkan. Facial cleanser aku memang dah habis. So lunch tadi aku menjengah ke Wats0n's,kengk0n0n nak beli cleanser Fair And Lovely. Tapi duk usha² yg lain tadi,tetibe ternampak cleanser brand OXY. aku memang pakai toner OXY,and tadi nampak kalo beli cleansernya,free b0tol kecik t0ner.

Wajib la aku tertarik. Dah la dapat f0r free,and mcm cute² je b0tol kecik tu,lagi la bertambah² teruja nak beli.

Terus lupakan Fair And Lovely.

Hanya kerana b0tol kecik t0ner itu.

:p


Friday, September 7, 2012

Maxis Hotlink Prepaid Broadband

Aku sebelum nih memang ada guna broadband. Tapi yang postpaid punya. Celcom broadband.
Sejak dua menjak nih aku macam kurengggg dah ngan benda-benda yang kena bil-bil ni. For me ia adalah sangat melecehkan. Kira macam bil ni menjerut leher ko. Nak tak nak kena jugak bayar bil walaupun tak nak bayar.It's a commitment, but it sucks!

Dulu time belajar, rasa tak sabar nak kerja dan ada gaji supaya semua benda boleh di bilkan aje. Konon prepaid macam leceh. Time tu dapat je gaji, terus usha mana-mana benda yang boleh di bilkan. Of course la time tu sibuk benar nak gune simkad postpaid kan. Alih-alih bila dah gune, mcm sesak gila nafas aku nak bayar bil tiap-tiap bulan. Rasanya macam dah kurang sesangat penggunaan aku, tapi bila bayar bil,tinggi yang amat jugak!

So sebab tu la, aku la ni malas dan trauma gila nak mampus ngan benda yang bil-bil ni. Biarlah orang nak kata ape sekalipun..gaji besau tapi pakai phone prepaid. Lantak pi! Bile aku terjerut hutang, bukan korang tolong bayarkan pun.

Dan sebab tu jugak aku dah lama gila tak guna broadband. Hehe..hutang bil lama ngan Celcom pun tak habis-habis lagi bayar, lagi nak pi subscribe lagi broadband telco lain kan.Memang tidak laaa...

Tapi kebetulan bebaru ni Hotlink ada keluarkan produk baru yang di panggil Hotlink Prepaid Broadband. Ala korang mesti perasannya iklan dia. Yang dia tulis :

Gunting Rambut Cepat = Tak Nak
Internet Cepat = Nak

Yang tukang gunting rambut India potong rambut dia macam rambut Abu Bakar Ellah tu. Ada tengok tak iklan nye???

Ha ...tu la broadband yang aku guna skang. Aku just beli simkad nya pada harga RM5 sahaja!!! Modem Celcom lama boleh guna lagi,so aku try masukkan simkad tu dan tau-tau je boleh connect!

Happy sesangat le aku kan!!!

Weehuu!

Ni dia punye prepaid plan. Sekali topup berapa data dia akan bagi.



Ok la kan.Agak-agak rasa macamnak guna baru topup. Then kalo rasa-rasa bulan ni macam banyak je internet nak guna, korang purchase la yg banyak sikit datanya. 

Bagi aku, benda ni sangat-sangat convinient. Memudahkan. Agak-agak bulan ni mcm duit tak cukup, ok la..tak yah purchase ape-ape data. Bayangkan kalo guna yang postpaidnya, duit takde ke, ade ke nak tak nak kena bayar.Rimas!

starter pack
Boleh tahan laju jugak speednya. Bagi aku yang setakat nak bukak Twitter,FB n blog ni sangat-sangat rasa laju je. Tak de nye de nak loading lama bagai nak rak.

So sape-sape nak cube,boleh la try beli starter packnya ni.
Berbaloi-baloi!

=)

Thursday, August 16, 2012

Woot...Wooottt...Best Nih!

Korang pernah tak teringin nak beli sesuatu tapi jadi tension pasal tak dapat nak beli di sebabkan barang mahal dan duit tak cukup nak beli?

Jangan cakap korang, aku selaku shopper tegar ni pun memang selalu tension pasal tak dapat barang ape yang aku nak. Tapi kan, tadi tetibe aku duk blogwalking, aku ada terjumpe satu entry pasal website ni.

Ce korang klik situ...aku sebenarnya memang dah lama tau pasal sold.my ni. Ada terbaca dalam paper. Yang syoknye pasal website ni, korang boleh bid sesuatu barang tu pada harga ape yang korang nak. dan sila la percaya, yang aku tengok kat complete auction nye section, mostly mereka yang berjaya bid hanya kena bayar untuk barang-barang mereka tu less than RM1...aku tengok RM0.10 pun ade!

Ce korang tengok gambor yang aku letak kat atas tu. Barang-barang yang for auction semua pun barang-barang branded dan mahal-mahal tuh. Tapi once korang berjaya bid, kena bayar berapa sen je pun!

So moh le register kat sold.my ni.

Untung-untung berjaya bid telefon mahal, dapat la beraya ngan tepon baru.

=)

Wednesday, August 1, 2012

Getah Rambut Baru

very the girlish kan tajuk. Dan topik macam ni pun nak cerita. But it's interesting ape. Part of girl's daily life mesti involved this thing.

Aku dulu² suka pakai yang jenis getah semata tu. N0t to0 fancy. Asal boleh ikat je rambut ni.

Tapi yang jenis tu selalu putus. Dapat la pulak time tu aku ✘ bawak spare,memang meraba la aku duk fikir macam mane nak ikat kan rambut aku tu. Kalau tak ikat,tolak je masuk serkup rambut,very the tak kemas. Sangat tak selesa.

N0t until i try yang this 0ne.

yang macam wayar penyambung telef0n ni.hehehe.

yang ni k0nfirm tak putus. Grip pun ok. Tak beri tekanan sangat kat rambut aku. Just nice. Harga pun murah dan banyak pilihan warna yang menarik.

Suka sangat. Korang pun mesti yg ni jugak kan? Ke suka pakai yang jenis getah ikat rambut yang lain?

=)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...