Saturday, October 20, 2012

Rindu Serindu-Rindunya

Rindu serindu-rindunya..namun apa daya orang dah benci...

Ingat tak lagu ni? Tadi on the way nak balik Bentong aku terdengar lagu ni kat radio Sinar FM. Lagu oleh Kumpulan Spoon.


Masa mula-mula lagu ni keluar kalau tak silap aku,aku darjah 6. Ke dah tingkatan...entah aku pun dah lupa. Tapi memang popular lagu ni. Sampai sekarang pun aku rasa lagu ni sentiasa dapat permintaan ramai untuk orang nak dengar dannnn kalo kat pusat karaoke pun mesti berebut-rebut orang nak nyanyikan.

Sayangnya grup ni tak kekal lama kan? After kes pembunuhan Along (penyanyi utama) terus grup ni macam senyap je kan.

Tu yang aku duk terfikir tadi sambil driving.Teringatkan kes ni. Kalau tak silap aku, pembunuhnya dah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati. Ni kronologi kes pembunuhan Along.

credit to my-sensasi.blogspot.com for above image.=)


Kes sensasi jugak time ni. Memang sana sini pun orang duk perkatakan pasal kes ni. Akhirnya dah ternoktah jugak kes ni dengan keputusan hukuman mati kepada yang tertuduh.

Tapi kita kehilangan seorang penyanyi berbakat. Muda lagi umur arwah time tu kan. Apakan daya, Allah SWT lebih menyayangi beliau.

Kita sama-samalah doakan roh arwah tenang di sana.

Apa yang tinggal untuk kita adalah alunan suara Along sahaja sebagai pengubat rindu.




8 comments:

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...