Friday, October 5, 2012

Preparation Holiday ke Ho Chi Minh City

Walaupun holidaynya nak g tahun depan bulan 3, tapi dah kena buat persiapan dari sekarang.

Antara persiapan penting yg dah start kena buat :

1) Duit belanja

Ha..ni dah sah-sah dah kena preparekan siap-siap. Jangan sebulan sebelum pergi baru terhegeh-hegeh nak nyimpan duit. Pasal aku cakap ni berdasarkan gaji aku yg tak seberapa nih. Maka aku kena set up kan tabung khas untuk kumpul duit. Errr..kalo korang bergaji besarrr, mungkin boleh la kot sebulan sebelum tuh nak start kumpul.=p

2) Buat budget

Selain kumpul duit, kita kena tahu jugak berapa anggaran duit yg nak kena kumpul. Kalo boleh, ke tepikan siap-siap duit tambang flite n duit hotel. The rest duit yg kita simpan just untuk transport time kat HCMC,duit makan dan duit belanja je.

3) Survey tempat makan

Kalo g negara yg mostly non-muslim dan sukar nak cari tempat makan halal, kita kena survey siap-siap n buat list all the restaurants sekali ngan address kedai supaya senang nak cari.

4) Siapkan itinerari

Maksudnya dah ada jadual perjalanan tentang apa yg nak di buat kat sana. Semua ni boleh di buat thru research kat internet. Mostly kat blog ramai yg akan post pengalaman holiday diorang. So nak senang,follow je itinerari diorang.=p

5) Get the knowledge about the country

Maksudnya,kena amik tahu dan research sikit tentang budaya,cara hidup,budaya masyarakat kat sana. Nanti takde la kita mcm terbuat sesuatu yg tak patut. At least we have the knowledge. Takde la kejutan budaya sangat.


Ni je la serba sedikit preparation yg aku buat sempena holiday aku next year. Tak sabar nya!





No comments:

Post a Comment

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...