Wednesday, July 18, 2012

Loyalty Card



Aku agak suka jugak la nak register mana-mana loyalty card. Pasal suka bila duk kumpul-kumpul point, tau-tau je hujung tahun atau middle of the year,boleh redeem. So far yang aku betul-betul  rajin untuk guna adalah kad JCard dan BonusLink.

Aku gune JCard dah lama. Since tahun 2007. Dah banyak design kad aku gune. Tiap-tiap tahun mesti akan tukar design bila renew card. Renewal fee every year dalam RM12 je. Selalu aku akan tolak dari point je bile nak bayar fee tu. Tapi aku x de la jenis selalu sangat shopping kat Jusco. Tu yang point aku lambat naik. Kalo beli pun, dalam amount yang sikit-sikit. Aku suka guna JCard ni pasal almost every 2 months, Jusco akan buat sale untuk members. Bukan JCard day. Kalo JCard day cume 2 hari je. Time ni diskaun memang kaw-kaw la. Sampaikan mana-mana branch Jusco yang wat JCard Day akan sesak jalan dari luar membawak ke dalam. Aku ingat lagi time aku keje kat Jalan Kelang Lama which is nearby je ngan Jusco MidValley, jalan jem tak hingattt depan office aku sampai la ke parking nak masuk MidValley. Padahal office aku nak ke MidValley tu adalah dalam 2km gitu. Budak office aku sampai amik cuti semata nak ke JCard Day. Kalo sale biasa-biasa ni, JCard members at least boleh beli barang up to 20% discount. Kerap jugak sale yang ni. Banyak jugak benefits gune JCard. Korang boleh try setahun. Dan tengok ape keistimewaannya.

Bonuslink pulak,aku baru-baru je register. Kebetulan aku pi isi minyak kat Shell. Sebenarnya dah banyak kali orang Shell tu suh isi, tapi aku malas. Tah macam mana, tetibe yang kali tu punye isi,terajin lak nak apply. Lagi pulak, x yah bayar ape-ape upon registeration and x de annual fee, lagi la aku rajin nak isi form nye kan. So sebab tu, sekarang ni,kalo boleh nak isi minyak hanya kat Shell je. Eddy ,kawan aku, cakap end of year, kalo point cukup boleh redeem Parkson voucher. Wah! Wajib la lagi berkobar aku nak isi minyak kat Shell kan.  Suke je aku, isi-isi minyak then boleh dapat voucher. Sape nak bagi kan.

Ha…yang paling terbaru, aku apply Watson’s card pulak. Selalu memang every month bile nak restock all my toiletries, aku pi beli kat Watson’s. So alang-alang dah memang selalu spend duit kat situ, aku pun register loyalty card nye. Rm12 sekali seumur hidup bayar upon registeration. And setiap kali birthday korang, dan on that day korang spend beli barang kat Watson’s, the point will times 5. Means, kalo sepatutnye untuk total pembelian on that day adalah RM100,korang akan dapat point dalam 100 jugak. So oleh kerana hari tu birthday korang, the 100 points will times with 5 and end up you get 500 points! Banyak kot! Once dah ada card ni, korang entitle to get discount on selected item.  Ok what. Tapi aku suke nak kumpul-kumpul points je. Boleh redeem ape-ape nanti kan.

Lepas ni nak usha mana-mana loyalty card yang beneficial. Biar penuh wallet aku ngan loyalty card.
Nak penuhkan ngan kredit kad sangatlah menggerunkan. Nanti rajin nau nak swipe je. Last-last terbelit ngan hutang. Tak kuasa nyah!

ada 3 je pun kad nya.hehehhehe

=p

No comments:

Post a Comment

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...