Monday, July 30, 2012

Parenthood Expo 2012


Hari jumaat lepas, Ti ajak aku temankan dia pegi Parenthood Expo 2012 kat MidValley. Sekali ngan bukak pose sesame. Aku pun setuju je nak temankan dia pasal MidValley kan dekat je ngan rumah makcik aku,so memang suka sesangat la aku nak pergi ke sana. Tapiiiii…jem pada petang jumaat tu sangat hazabbbb .

Aku adalah stuck dalam jem kat depan Angkasapuri sampai la ke traffic light Jalan Pantai Baharu. So kengkonon nak g MidValley ikut Federal,sekali nye pun jem jugak. Amik pulak alternative route ikut Bangsar. Naik jalan kat depan Pantai Medical Centre dan tembus depan Bangsar Village. Mujur x jem. Cume jem sekejap kat depan Masjid UM. Almost 1 ½ jam kemudian baru aku sampai ke MidValley. Padahal kalo x jem, 20 minit pun dah boleh sampai.=(

So terus cari Ti dalam MidValley tu. Dia ada kat dalam Expo tu dah. Aku pun gigih mencari dia. Akhirnya jumpa dan planning nak berbuka dulu pastu baru dia nak pusing-pusing lagi expo dan beli barang yang dia nak.

Kitorang bukak puasa kat Food Court Oasis. Malas nak cari tempat lain dan food court ni sefloor nagn surau Jusco n hanya selevel bawah je expo. Malas nak cari tempat lain dah. Nak jimatkan masa.

Makan pun ala kadar je. Aku just makan nasi lemak sambal sotong. Pedas gilaaaa sambalnya dan sedap pasal menepati citarasa aku. Air pulak hanya air mineral sebotol yang mujur aku beli siap-siap. Air mineral sebotol tu le yang kitorang kongsi berdua pasal kalo nak beli air meriah-meriah sikit, bapak la panjang barisan nya. So x sangguuppppp.

Then,siap-siap solat terus ke expo. Ti selaku tuan yang nak membeli jadi sangat rambang mataaa. Banyak kot baju-baju boboy dan gegirl yang comeyyyyy. Dan dah la anak dia dak gegirl maka bertambah la syok dia nak buat pilihan kan. Sampai aku pun dan-dan jam-jam tu jugak teringin nak beli jugak baju comeyy-comeyy tu. Terus teringin nak anakkkkkk!=p

Yang best nya, kebanyakkan yang pergi semua perut bulat je ke depan. Hehehehe…aku duk perati je memasing. Ngan perut dah memboyot tuh, masing-masing tetap gigih kan nak shopping-shopping kat expo tuh. Ti kata murah la. Boleh tahan la harga nya. Dia banyak borong baju untuk Iman dan perkakas-perkakas lain. Tah hape pun aku tak tau. Dah jadi mak –mak nanti baru aku tau ape kot. Tak sabar….!

=p

Tengok gambar jom. Ni je yang aku sempat snap.

kat pintu masuk

banyak baju-baju gegirl n boboyy

wet tissue adalah murah bila jual kat sini

ti sempat lagi tala muka ke kamera bila aku nak snap gambar.

booth Pureen

baju kebaya kanak-kanak

soft toys

No comments:

Post a Comment

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...