Salam Ramadan buat semua.
Alhamdulillah, kita dah masuk hari ketiga berpuasa pun hari ni. Syukur Allah
bagi keupayaan kepada diri aku untuk menunaikan ibadah-Nya sampai ke hari ni.
Oleh kerana 1 Ramadan jatuh pada
hari Sabtu yang lepas, dan kebetulan sesangat kereta aku memang nak kena masuk
workshop, maka aku pun amik kesempatan ni mintak cuti dari boss untuk hari
Sabtu tu dengan alasan nak hantar kereta masuk workshop. To which my boss
dengan sinisnya cakap “ hantar kereta masuk workshop tak kan sampai nak cuti
kot’. Aku hanya mampu sengih-sengih kambing je. Hahahaha…
Mujur dapat jugak la kan. So
malam Sabtu tu, dengan gigihnya aku tunggu adik aku abis keje dulu. Tapi ok lah
kene tunggu dia dulu, pasal dapat la aku pi Solat Terawih malam pertama. That’s
what I’ve been waiting for all this while. Nak semayang terawih malam pertama
dan seterusnya. Mudah-mudahan tercapai la hasrat aku nak semayang terawih
sebanyak hari yang mungkin. insyaAllah. Last year a single day pun tak dapat.
Jangan di Tanya kenapa. Aku pun rasa malu sangat-sangat nak reveal. Malu pada
Yang Esa dan diri sendiri.=(
So malam tu after adik aku abis
kerja, kitorang terus je gerak balik Bentong. Perasaan terujanya sama macam
perasaan nak balik kampong untuk raya. Weeehuuuuu! Alhamdulillah sampai jugak
kami kat rumah dan dapatlah bersahur sama-sama ngan mama n abah keesokkan
harinya.
For the 1st day of
breaking fast, mak aku masak gulai lemak pucuk ubi dan ikan masin, sambal
belacan with terung pipit dan homemade roti jala with kari ayam. Very the
yummy!. Aku sempat amik gambar roti jala and air sirap selasih je. Selera aku
makan time berbuka tu. Mujur dapat jugak pi terawih. Ye la kan, kengkadang bila
perut dah penuh, mata pun kuyu so malas tu datang. Tapi Alhamdulillah, aku
Berjaya gagahkan jugak diri.
roti jalan buatan mak aku. aku jadi tukang gulung kan je.=p |
air sirap selasih |
Untuk 2nd day, mak aku
masak kari daging. Daging ni Bib yang bagi. Syukran, mudah-mudahan murah rezeki
Bib nanti. Boleh belanja aku nanti.(=p) ha….hari ni ada jugak makanan fave aku
iaitu sambal tempoyak. Kebetulan ada timun sebatang kat rumah, so mak aku suruh
tmbuk cili dan buat sambal tempoyak. Gigih aku tumbuk cili guna lesung dan
akhirnya Berjaya jugak siapkan sambal tempoyak kegemaran. Boleh tahan
pedasnya..pijar jugak la tangan aku menumbuk lesung.
Selain kari daging, mak aku buat kan jugak donut sebagai kuih sampingan. Rajin mak aku nak buat semua bagai ni. Pasal dia tau anak-anaknye yang berdua ni boleh tahan kuat makannya. Kalo dah air tangan mak, masak lah ape sahaja mesti berselera punya.
donut yang gebuuuuuusssss... |
sambal tempoyak pedasssss |
Alhamdulillah selesai berbuka
puasa malam kedua, kitorang pun gerak-gerak khas balik KL semula.
Nanti ada kesempatan lagi, memang
akan balik kampong lagi. insyaAllah.
=)
No comments:
Post a Comment
moh share idea kat sini..=)