Saturday, July 14, 2012

Api Kemarahan


Kadang-kadang aku terfikir jugak, kenapa aku selalu nak marah-marah kalo ada benda yang aku tak puas hati. Tapi bila di fikir-fikirkan semula, dalam dunia ni mana ada jalan hidup seseorang tu smooth je takde sebarang cacat-cela. All the way, Allah SWT akan uji kita. Jangan ingat ujian dari-Nya hanya ujian yang besar-besar sahaja, ujian yang kecil pun ada jugak.

Contohnya, tengah syok-syok bawak kereta, tetiba tayar pancit. Tu pun di namakan ujian. Ujian dari-Nya, untuk tengok sejauh mana kesabaran kita dalam mengalami masalah sebegini.

Macam jugak kat tempat kerja. Ape sahaja masalah yang timbul, semua tu ujian dari-Nya. Nak tengok seampuh mana keimanan kita dalam menghadapi masalah. Jalan penyelesaian yang mana bakal kita gunakan untuk selesaikan masalah.

Tapi yang pasti dan yang paling penting, apa sahaja jalan penyelesaian yang kita amik, kesannya adalah kepada diri kita jugak. Buruk jalan penyelesaiannya, maka buruk la implikasinya nanti. Kalo baik jalan penyelesaiannya, maka baiklah implikasinya.

Ada aku baca dalam majalah, rasa tak puas hati kita tu, boleh di salurkan dalam berbagai-bagai  cara. So di sebabkan aku tengah gundah-gulana sikit hati ni di sebabkan hal di tempat keje, maka cepat-cepat tulis entri kat blog.

Bukan kata nak melampiaskan marah tu kat sini. Aku rasa kata-kata yang aku guna waktu taip entri ni pun berhemah lagi kan?(=p) cume aku nak berkongsi ape yang aku rasa dan sambil-sambil tu nak ingatkan kembali diri aku, marah dan dendam tu x de ape-ape guna nya. Memakan diri balik.

Kesabaran tu mengajar kita banyak benda. Cube lah menahan diri dari marah. Rasakan pula kemanisan kesabaran. insyaAllah hati akan jadi sejuk.

=)

No comments:

Post a Comment

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...