Skema kan tajuk? Macam nak buat
karangan. Hehehhe.. macam tak tau nak letak tajuk ape. Ni je yang sesuai. Kang
letak tajuk lain, tapi cerita nya lain pun payah jugak kan.
Aku kan biasalah bila hujung
minggu je memang dah jadi agenda wajib untuk balik Bentong. Unless kalo ada
event lain kat KL, baru le aku terhegeh-hegeh stay KL time weekends, kalo tak
kirim salam je la ye.=p
Bib dah janji nak bukak pose ngan
aku hari Sabtu lepas. So mula cadang nak bukak pose kat KFC je. Very the boring
kan. Hahahaha..
Kebetulan on the way nak ke
Bandar, aku terbaca banner tulis “Berbuka puasa di Rumah Rehat Bentong ala
Buffet”. Aku saje je baca kuat-kuat without any intention pun nak ajak dia ke
sana. Alih-alih lepas dengar aku baca tu, terus Bib cakap ”jom pi bukak pose
kat Rest House je la”. Aku pun ok kan je tapi rasa kelakar la pulak. Pasal aku
x de niat pun nak ajak dia tukar tempat berbuka ke hape. Tibe-tibe dia pulak
ubah fikiran. Lagipun memang ada kengkawan dia yang keje kat situ. So tu yang
dia lagi berkobar nak pegi.
After booking tempat (thru his
friend jugak), kitorang terus je la ke sana. Alang-alang dah dekat nak berbuka
kan. Nun jauh atas bukit letak nye Rest House Bentong ni. Lama dah umur nya.
Sejak sebelum aku lahir lagi dah adanya. Selalu kalo pembesar-pembesar negeri
Pahang datang ada urusan kat Bentong, memang tempat persinggahan diorang kat
Rest House ni la. Sultan Pahang pun dah berapa kali duk nginap kat sini.
Aku ingatkan tak de la ramai
sangat orang yang datang berbuka kat sini. Rupa nya ramai jugak. Full house la
jugak. Seleksi makanan dia memang banyak. Lauk-pauk banyak gila kot. Sampai tak
tau nak pilih yang mana satu. Lauk-pauk nya sesuai la ngan tekak aku. Cukup
rasa.
Walaupun makan berdua je, tapi
meja tetap penuh hokeyyy. Bib terkejut tengok ape yang aku amik. Tapi konsep
aku kalo g buffet, agak-agak ko bayar duit tu mahal kot, mesti la amik
berpadanan ngan yang ko bayar. Kan? Tapi bukan maksud aku ni buruk lantak, cume
ye la,kita dah membayar for the certain amount, so should be banyak tu jugak la
kita amik.kann? kan? Kan?=p
Boleh tahan sendat jugak perut
aku lepas siap makan sume. Nasi amik tak banyak, cume lauk-lauk je yang
banyaknya. Alhamdulillah.
Harga buffet cume RM27 nett untuk
dewasa. Kanak-kanak pulak cume RM15 nett.
Murah dan berpadanan ngan rasa
makanan.
Kalo rasa-rasa ada berdekatan
ngan Rest House Bentong ni, sila la menyinggah ye.
=)
tempat lauk-pauk |
sempoi je deko |
bahagian tempat air |
makanan dalam pinggan aku.=p |
No comments:
Post a Comment
moh share idea kat sini..=)