Akhirnya..hari yang di
tunggu-tunggu tiba jua.Lama nih tunggu nak pi holiday.Ada la dalam lebih kurang
8 bulan. Mau tak nya..tempah tiket bulan 11 tahun lepas,Ti pun tengah
mengandung time tu. Last-last dapat pergi time dia dah bersalin dan dapat Iman
pun. Penantian yang penuh dengan debaran dan excited gila. Dah nama pun nak g
holiday kan..memang looking forward sesangat.
Grup rombongan 4 orang je.
Aku,Kimai(adik aku) dan Ti laki bini. Selama ni duk jeles ngan mereka-mereka
yang dah jejakkan kaki ke Kota Bandung. Akhirnya turn kami pulak naik flite and
explore Bandung. Pegi Bandung memang gamble gila dan just bawak info yang print
dari internet je. Maps pun takde. Pak supir pun kat Bandung baru kitorang cari.
Tapi since x de sangat language barrier,so x de la sesukar mana pun. Just kene
maniskan mulut dan ramah-tamah,settle la problem.
Kitorang naik flite pagi-pagi. In
fact,flite pertama ke Bandung. Dalam 2 jam perjalanan akhirnya sampai la ke
Lapangan Terbang Hussein Sastranegara. Kecik je airport nya. Tapi ok la. Cuma
time nak beratur kat imigresen agak lama jugak la. Pasal ada 2 kaunter je dan
sekali yang turun dari flite, penuh satu flite. Sampai-sampai je rasa nyaman
je. Tambahan pulak masih pagi lagi kat Bandung. Beza masa kita ngan Bandung
sejam. Kat Bandung sejam lewat dari kita kat Malaysia.
Untuk kali ni punye trip, aku dah
get ready bawak baju sikit je. Pasal aku tau dah, beg time balik nanti akan
makan space yg banyak pasal banyak memborong kan. So beg khas untuk barang-barang
belian pun dah bawak siap-siap. Pen marker pun bawak siap-siap. Senang nak
tagging barang-barang orang pesan. X de la duk pening-pening ni sape punya.
Siap-siap tulis nama dah kat cover barang immediately after beli.
Perkhidmatan teksi atau kereta
sewa senang je nak dapat once ko kuar dari airport. Just siap sedia je ngan
guideline mcm contoh kalo dari mereka yg pernah g sebelum ni, berapa anggaran
tambang teksi untuk ke sekian tempat. So nanti senang nak nego ngan pak supir.
Atau lebih mudah, naik teksi brand Blue Bird. Teksi ni confirm-konfirm ikut
meter. Cume kitorang sepanjang kat sana, x penah lagi dapat naik teksi ni. So
kebenaran nya gune meter tu x tau. Ini pun info dari mereka yg dah pegi.
Kitorang dapat teksi ngan pak
supir nama Pak Maman. Dia hantar pi hotel dulu. And dalam teksi dia siap-siap
promote yang dia boleh untuk bawak kitorang ke tempat-tempat liburan. So
kitorang siap-siap Tanya berapa ongkos nya kalo gune service dia satu hari
sampai malam. Dia bagi 450K rupiah termasuk minyak n makan dia. Dan boleh
pusing-pusing mana-mana tempat kita nak gi termasuk ke Tangkuban Parahu. So
since kat Malaysia lagi, aku n Ti dah survey harga kereta sewa, dan tengok ke
gaya Pak Maman ni ok je cara pemanduan nya..so tanpa banyak soal lagi,terus
booking dia for the next day.
Sampai je kat hotel..bukan la
hotel pun..motel je.De Riau Guest House, kitorang just letak beg-beg je dulu
pasal nak check in lambat lagi. De Riau Guest House kat Jalan Cimanuk. Dekat je
ngan Jalan Riau yang banyak factory outlet tu. Tapi untuk hari pertama kitorang
g usha Pasar Baru dulu. Pasar Baru ni macam Pasar Siti Khadijah kat Kelantan.
Banyak barang-barang mcm telekung dan kain-kain baju pasang jual kat sini.
Dari motel, kitorang jalan kaki
ke jalan besar dan cari teksi untuk ke Pasar Baru. And once again, senang je
nak dapat kan teksi. Tambang dari motel
ke Pasar Baru cume 20K rupiah je. Murah kan. So terus naik teksi dan g ke Pasar
Baru.
Sesampai je kat Pasar baru..oh
my! Ramai gila orang. Bersesak-sesak. Time kat sini, kalo pakai sling bag,
jangan sling kan ke belakang. Sling kan ke depan atau peluk beg. Ramai pencopet
kat sini. Dalam ko duk sibuk-sibuk nego ngan orang kedai, dalam diam ko dah
kene copet. Just beware. Aku n Ti dah naik hantu nak pusing-pusing Pasar Baru.
Pasar Baru ada lebih kurang 8 lantai. Kat sini ‘floor’ di panggil lantai.
Lantai 1,lantai 2 and so on…once dah masuk Pasar baru jangan risau pasal nak
kene keluar la pulak untuk cari kedai makan kalo perut lapar. Diorang dah
sediakan food court khas kat Lantai 6. Kalo x silap aku la. Sekali lagi jangan
risau pasal signage banyak je. Don’t be lost. Stick to your own group. Jangan
nak memandai.
Food court nye bersih dan harga
pun murah-murah. So far untuk 4 hari kitorang kat sana dan makan berempat, harga
makanan x lebih dari rm50 setiap kali makan. Since kitorang dah collect
siap-siap duit makan dan serahkan kat Ti untuk handle duit makan, so average
lebih kurang camtu la. Makanan nye kebanyakkan kena ngan selera tekak aku.
Untuk lunch hari pertama aku makan nasi ayam penyet. Memang best. Ulam-ulam
banyak. Ayam penyet nye kecik tapi sebenarnye adalah seekor dan untuk 2 orang
makan. Siap-siap makan sambung balik shopping dan kitorang keluar dari situ
around pukul 4 petang.
Bear in mind, Pasar Baru bukak pukul
9 pagi sampai 5 petang. Better keluar awal sikit supaya x kelam-kabut nak cari
teksi. Teksi memang banyak tunggu kat luar tapi paham-paham je la kalo dah
petang sangat dan ramai orang, samada harga makin mahal atau berjanggut nak
cari teksi.
First day kitorang just g Pasar
Baru je dulu. Malam pun makan kat Rumah Makan Taliwang Bersaudara yang hanya
beberapa meter dari motel. Khas masakan Sunda. Aku n Kimai share makan sate
pasut. Saje nak jadi food adventurer kan. Dah nama pun berjalan tempat orang, x
kan asik nak makan makanan yang sama.
Hasil belian pada hari pertama
adalah kain telekung dan kain pasang sulam. Main pembelian lah. Memang puas
hati pi Pasar Baru. Kalu x, tak kan kitorang repeat g sana pada hari ketiga.
=)
p/s : gambar x banyak la hari
first. Memang serius sibuk beli-belah je.=)
Tips:
aa) Semua
pun tahu kan duit RM kalo tukar ke Rupiah memang boleh dapat berjuta-juta
rupiah, so adalah lebih baik korang letak duit-duit rupiah tu dalam envelope
dan asing-asingkan. Jangan letak semua 4 juta rupiah dalam satu tempat. Haru
nanti. Tebal tu.
b) Siap-siap
sediakan 1/2/3… beg khas untuk letak barang-barang pembelian korang. Beg tarik
tu boleh tapi berat la. Rugi nanti time timbang. Plus bukan boleh masuk banyak
mana pun. Lagi pun kot beg banyak2 pun takpe, dah nama pun letak kat perut
flight, so jangan risau tentang nak kene heret banyak-banyak beg untuk hand
luggage.
cc) Siapkan
siap-siap carta penukaran wang RM ke Rupiah. Nanti pening la pulak time nak
nego-nego ngan orang kedai. Kalo jenis cepat paham, x de hal. Tapi just for
guideline, rujuk je la carta money exchange tu.
dd) Kat
Indonesia, it is a normal situation to find orang-orang jalanan duk tagging
along ko mintak sedekah. Just bagi je la a few rupiah. Kot tak selagi ko x
bagi, selagi tu dia duk tagging. Rimas memang rimas. Sebab tu bagi je la a few
rupiah.niatkan untuk bersedekah.
ee) Nak
masuk Pasar Baru,pakai la baju-baju yang selesa dan serap peluh. X yah nak drag
sangat. Dalam tu ada a few lantai ke bawah agak panas,so nanti x selesa pulak
nak menghabiskan duit.
f)f) Datang
tempat orang maniskan muka ye. Jangan nak tunjuk muka samseng. Mulut pun biar
ramah-tamah.=)
Great Post, i love it . . .
ReplyDelete:D
Deletemmmm...ade org kate kalo mule bg kat soang org jlanan nnt ramai yg follow n mintak2...btol ke..plan nk g tp riso sbb xde experience..mohon advise...(;
ReplyDeleteKalau ikotkan memang mcm tu pun.tapi selagi tak bagi duit,selagi tu budak² tu akan lagi ikot kita. Jgn risau,kat sana x ada ape².lagi pun sana pun ckp bahasa sama ngan kita,so memang tak akan ada apa² masalah.saya dulu pun main gamble je pegi.kat sana baru cari tour guide.yg penting,kena siap² research pasal tempat² kat sana.mudah.
Delete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.