Thursday, September 27, 2012

MasterChef Malaysia Musim Ke-2

Korang penah tengok MasterChef Malaysia? Ala..yg season lepas Dr. Ezani yang menang. Aku suke jugak follow pertandingan masak-masak ni. Macam kagum kot tengok diorang pandai masak . Dah la masak dalam masa yg singkat, tapi masak makanan yg extravaganza. Dapat ke aku..tah ape yg jadi.

Sekarang ni dah start musim ke-2. Baru je lagi. Baru minggu kedua. Boleh lagi kalo korang nak catch up. 

line up peserta musim kedua bersama ngan juri dan penaja

Aku salute lah kat diorang yg terpilih. Masing-masing yg terpilih bukan calang-calang orang. Doktor, penganalisis kewangan, student, peninju tomoi dan macam-macam lagi background. Tapi memasak nombor 1. Jangan ingat belajar tinggi-tinggi tapi tak tahu memasak.

So far dah 2 orang yg keluar. Addy dan Dr. Shahida. Kesian jugak kat diorang berdua nih. Pasal dua-dua pun ada potensi nak menang kalo ikut jangkaan aku. Tapi tu lah nama nya pertandingan realiti. Apa-apa pun boleh terjadi.

Kalo nak tengok MasterChef nih, boleh tune in to Astro Ria setiap hari Sabtu-Khamis pukul 9 malam.
Pas tengok Masterchef, terus sambung tengok pulak Adam dan Hawa.

=P

No comments:

Post a Comment

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...