Saturday, September 8, 2012

Adam dan Hawa

ohhhh..aku kan peminat tegar drama-drama Melayu. Maka nya mana-mana drama melayu yang top meletup memang konfirm aku akan tengok.

Baru-baru ni ada satu lagi drama Melayu yang jadi bualan ramai orang. Ala kalo pasal ada Aaron Aziz memang le ramai yang berbual kan. Tapi aku pun minat sesangat kan Aaron Aziz. Romantik giteww.

Drama Adam & Hawa di Mustika HD. Hero yang jadi Adam Mukhriz wajib la Aaron Aziz. Heroin yang jadi Ain Hawani ialah Nadiya Nisaa. I love both of them !

Suka sangat ngan gandingan mereka berdua ni. Since ni drama adaptasi novel dan wajib la jugak aku dah baca lama gila kot novel ni..time kat UKM dulu, maka pemilihan pelakon tu sangat-sangat kena ngan watak dalam novel. I Like!


Nak aku bagi sipnopsis cerita ke? tapi nanti spoil la korang nak tengok drama nya nanti. But what I can tell is the drama is more about "mula-mula x suka..last-last jatuh chinta!".

Mostly novel-novel kat Malaysia giteww le jalan ceritanya. Memula gaduh macam perang dunia ke berapa pun aku tak tau, last-last either kena kawin paksa,kena tangkap basah atau ape trus jatuh cinta. 

So far bila tengok drama ni, memang aku tersenyum le sorang-sorang. Aaron Aziz ala-ala naughty dalam drama ni. Mau tak feeling sensorang aku. Nadiya Nisaa pulak pandai melayan, mau bertambah-tambah feelingnya aku.=p

Sape-sape yang nak tengok,boleh la melekap kat TV setiap hari Isnin-Khamis pukul 10 malam di Mustika HD.

=)

2 comments:

  1. Blum tgk..ramai yg buat entri pasal ni

    ReplyDelete
  2. hehhee...ramai yang buat entry pasal drama nih punye.pasal minat kat aaron aziz atau dah baca novel ni atau kedua-duanya sekali.=)

    ReplyDelete

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...