Monday, November 5, 2012

Kes Rompak dan Rogol Di Bentong

Aku balik Bentong hari Sabtu lepas. Sampai-sampai je,mak aku terus inform ada kes rumah di pecah masuk kat satu kuarters perumahan kakitangan awam on the way nak masuk taman aku.

Aku memang terkejut gila ah..pasal aku baru lagi dengar ada 1 rumah di pecah masuk jugak dekat-dekat jugak ngan tempat yg terbaru ni,n now dah ada lagi kes baru. Cuma kes yg ni lebih menyayat hati. Suami di bunuh dan isteri di rogol. Masya Allah..apa la nak jadi ngan dunia sekarang ni.

Ni berita selanjutnya :


Kuarters Pejabat Hutan Daerah Bentong yang didiami Khairul Hazri Jamaludin yang maut dalam kejadian samun di Bentong, Pahang, semalam. 

BENTONG 3 Nov. - Seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Bentong maut manakala isterinya dipercayai dirogol dalam kejadian samun di kuarters Pejabat Hutan Bentong, Jalan Tras dekat sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, ketika kejadian pukul 4.40 pagi itu, Khairul Hazri Jamaludin, 31, dan isterinya yang berusia 28 tahun tidur di ruang tamu.
Menurutnya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan senapang patah masuk ke dalam rumah menerusi tingkap bahagian dapur.
"Kehadiran suspek mengejutkan pasangan suami isteri itu menyebabkan Khairul Hazri bertindak mempertahankan diri dan bergelut dengan suspek.
"Mangsa bagaimanapun dihentak di belakang kepala, tengkuk dan perut oleh suspek dengan senapang patah menyebabkannya cedera parah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut beliau, suspek kemudian dipercayai merogol isteri mangsa sebelum melarikan barangan berharga milik pasangan berkenaan.
Abdul Aziz memberitahu, isteri mangsa kemudian mendapatkan pertolongan orang ramai sebelum kedua-duanya dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan.
"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong kira-kira pukul 7 pagi manakala isterinya menerima rawatan dan pemeriksaan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) kerana dipercayai dirogol dalam kejadian itu," jelasnya.
Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

**petikan berita credit to sini**

Aku lepas dengar dan baca berita ni last week,terus jadi mcm cuak nak tido dalam bilik sensorang. Serius seriau wehhh. 

Mudah-mudahan family aku esp Mak and Ayah aku sentiasa berada di bawah perlindungan-Mu ...


*Sesiapa yang ingin tahu dengan lebih lanjut polisi Etiqa Takaful dan bagaimana Etiqa boleh bantu anda dan keluarga,boleh email ke mazwana84@yahoo.com atau boleh ke Facebook Mazwana Kamarudin atau call/SMS/WhatsApps di 012.255.2600 atau just isi je online form Etiqa yang aku dah sediakan di bawah page.I will get back to u ASAP*

8 comments:

  1. menakutkan je bunyinya....org zman skrg ni...rosak2

    ReplyDelete
  2. Amin! semoga semuanya selamat..memang mangkuk bertingkat2 btul progol+pembunuh tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq!tapi memang betul pun!memang jahanam betul sape yg buat durjana macam tu...pasangan ni baru kawin dengar ceritanya. baru balik honeymoon.

      Delete
  3. tkutla cite2x mcm ni..smoga same2x kite mnjg keselamatan dan sentiasa berdoa agar terjg.amin...

    ReplyDelete
  4. ya ALLAH..seram dengar mcm ni kan kak..
    saya blk kg baru ni pon ada kes pecah rumah jugak ..:D

    semoga keluarga di kg sentiasa berada dalam lindungan-Nya.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..seram sangat kan.mujur dah dapat tangkap pun org jahat tu.

      Delete

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...