Thursday, December 6, 2012

"Suami Aku Ustaz" Akan DiFilemkan

(NOVEL DI PASARAN) : SUAMI AKU USTAZ - Hannah Dhaniyah

Novel SUAMI AKU USTAZ akan di filemkan?. Jom lihat Twitter Adi Putra di Bawah. Tahniah kepada Penerbitan KARYASENI, PENULISAN2U dan Syarikat Adi Putra, NUR ADP SDN BHD. Terima kasih kepada adi Putra yang berkongsi berita ini di Twitter beliau.

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Dapatkan di MPH, POPULAR seluruh negara. Novel ini sudah berada di kedai-kedai

Judul : Suami Aku Ustaz
Penulis : Hannah Dhaniyah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25

Novel ini menduduki no 1 carta bestseller di MPH - Sedutan akhbar berita harian 1/6/2012. Novel ini juga menduduki No 2 Carta Bestseller di POPULAR 2 minggu berturut-turut - Sedutan Akhbar Berita Harian 25/5/2012 dan 1/6/2012

Sumber dari Kelab Peminat Novel

Wahhhh!menarik!! Tapi aku lagi suka kalo di dramakan kot.

Buat macam Adam Dan Hawa tu. Banyak sikit scene dari novel dapat di realitikan.

Adi Putra akan jadi heronya. So sapa yang akan jadi heroin?

Nora Danish ok je kot. Muka Nora kan boleh je untuk watak budak sekolah umur 17 tahun.

Sesuai gituuu!

Suka..suka!

Untuk entry review novel ni,boleh klik sini.

=)

6 comments:

  1. cm best je..lom bca lg..
    t cik wana buat drama dr novel la pulok..:)

    ReplyDelete
  2. serius akan difilemkan...? novel tu best.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Adi Putra hensem. muda berkarisma danjadi kegilaan ramai. Sesuai kot watak ustaz. Walau difitnah tetap bersabar walau dituduh merogol...

    Tapi watak pompuan mesti budak sekolah 17 tahunkan..hemm..
    Inilah gara2 bini suka baca novel...aku pun tersangkut sedih..ehhehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi abg hanif..tumpang baca n0vel wife ek.hehe..:p

      Delete

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...