Wednesday, December 4, 2013

Teka-teki Pinjam Duit RM100

Ali pinjam RM100 dari A & B untuk beli barang.Ali beli barang tu harga RM97.Baki duit Ali RM3 lepas Ali beli barang tu.Ali pulang RM1 dekat A. & RM 1 dekat B.sekarang hutang Ali kat A RM49 & B RM49.Kat tangan Ali ada RM1.

Persoalannya mana lagi RM1 ?

sumber teka-teki : sini

Hihihihi..petang-petang ni nak bagi korang pening sikit kepala.
Teka-teki ni rasa aku dah lamaaaa dah kan.

Pagi tadi la ada member dalam grup WhatsApp forwardkan teka-teki ni. Memang dari mula tahu dulu,aku macam malas nak amik kisah apa jawapannya. Tapi ni tadi tetiba macam rajin pulak nak fikir tapi fikir punya fikir pening kepala aku mana tah hilang RM1 tu.

Geram pulak rasa. So meh menggoogle.Hihi...

Meh aku terangkan ikut pemahaman aku setelah research di internet.

Sebenarnya Ali bukan hutang RM97. Tetapi hutang RM98. RM1 yang kita duk sibuk cari hilang tu sebenarnya adalah hutang Ali kepada si A dan Si B. Maka total hutang Ali ialah RM97 + RM1 = RM98. So bila RM98 + RM1 (balance pulang kat A) + RM1 (balance pulang kat B) = RM100.

Kita tertipu dengan nilai hutang RM97. Sebab tu kita pening fikir mana hilang lagi RM1. Faham tak?

Boleh faham tak? Pasal kalau ikut logik pun, memang patut dapat balik la kan total 100.

Atau pun ni ada lagi penyelesaian.

Since harga barang adalah RM97. Maka total yang Ali pinjam dari A dan B adalah RM97/2 = RM48.50 setiap seorang.

So RM48.50 (hutang Ali kat A ) + RM48.50 (hutang Ali kat B) + RM 1(balance pulang semula kat A ) + RM1 (balance pulang balik kat B) + RM1 (duit pada Ali ) = RM100.

Haaa...faham tak????

Teka-teki ni macam bermain dengan bahasa. Padahal Mate biasa je pun. Cuma dia buat kita jadi konfius dengan penggunaan bahasa. Tricky.

Hihihi..selamat mencuba!

4 comments:

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...