Friday, December 27, 2013

Surprise Birthday Cake

Terharu sangat bila balik kerja malam tadi di kejutkan dengan surprise birthday cake oleh suami dan di bantu oleh adik-adik ipar sebagai rakan komplot.Hihihi..

Aku memang tak perasan apa-apa pasal otw nak balik ke rumah lepas dinner ngan suami,aku sangat rasa nak terkencing.Hihihi..so mcm fokus kepada menahan kencing je.Tak sempat nak fikir apa dah. Cuma aku perasan suami mcm lain mcm je time dinner. Mcm runsing kan sesuatu.Tapi aku malas nak tanya-tanya.

Siap-siap dinner,kitorang gerak balik rumah. Aku sampai je rumah terus turun kereta dan cecepat nak bukak pintu rumah..Tetibaaa....." Happy Birthday Kak Wana!!!!" , adik-adik ipar bertiga jerit kat aku.Rumah dah la gelap,elok je aku bukak lampu,diorang pun jerit.Memang melompat la aku.Hahahhaa..

Tapi di sebabkan aku nak kencing sangat-sangat,so lepas diorang siap jerit tu..aku cakap aku nak kena g toilet dulu.Memang tak tahan dah ni.Hahahah..

Lepas lega tuuuu..baru la boleh tiup lilin dan potong kek. Hihihi...Kek pulak boleh tahan sedap. Chocolate cake.Pandai suami dan adik ipar pilih. Aku dalam berpantang makanan manis pun tertewas jugak. Makan la jugak 1 potong. Takkan tak makan kan.

Anyway,thank youuuuuu so much to my husband and in-laws. Buat Kak Wana korang ni rasa terharuuuu je. Nasib tak menangis je. Menangis terharu.Aku kan kuat 'touching'.Hehehe..

Sorryyy la..gambar tak sempat snap..tepon aku habis bateri. So aku mampu cerita je la suasana surprise tu. Yang penting, terima kasihhhh sangat kat semua yang wish semalam. I love u alllll.

=)

Kek malam tadi lebih kurang gini la.Chocolate cake. Tak manis sangat. Ni gambar amik dari google.=p

5 comments:

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...