Thursday, December 26, 2013

December Birthday Bash

Semalam kan cuti public holiday sempena Hari Natal, so keluarga besar Jaharah Haji Yasseh amik kesempatan untuk buat makan-makan sempena meraikan ahli keluarga yang lahir bulan 12. Yang lahir bulan 12 ada 3 orang iaitu Ila (1/12), Uncle (9/12) dan aku (26/12).

So kebetulan semua free semalam dan ramai-ramai la turun ke rumah Mak Lang di Janda Baik untuk event ni.

Menunya semalam ialah soto nasi dan BBQ. Aku tolong buat bergedil dan menyibuk kat tempat bakar ayam dan ikan. Aku tengok jumlah ikan dan ayam yang nak di bakar tu boleh tahan banyak jugak. Siap risau takut banyakkk sangat sampai tak habis. Tapi rupanya sekali hadappp je. Petang tu dah licin dah semua. Aku sempat makan ayam seketul dua dan ratah kongsi-kongsi ikan pari sekeping.Itu je.Yang lain tah mana la hilang masuk perut siapa.Hihihi..

Aku takde snap gambar pun semalam cuma nasib baik Mak Andak rajin nak snap-snap time kitorang nak potong kek dan start makan. Sat eh..godek Mak Ndak nya FB.

Kompilasi gambar sempena event semalam

Yang aku tak fahamnya,birthday cake untuk org bulan Disember tapi yang tukang tiup lilin dan potong kek orang yg lahir bulan Februari. Thaqif memang suka overshadow orang lain.Hihihi.

Durian yang penuh dalam kereta tolak tu yang baru gugur semalam. Pokok-pokok durian kat sekitar rumah Mak Lang baru start gugur. Aku pun apa lagi tengok orang lain makan aku pun join sekali .Sampai lupa yg aku ni mana boleh makan durian sangat. Kang naya je kencing manis naik.Huhuhu.

So far ni memang family event yang kerap jugak buat. Nak buat makan-makan kat kedai mcm tak berbaloi. So buat masak sendiri dan makan sendiri kat rumah sendiri lagi puas hati. Kos pun jimat. 

Terima kasih kepada semua ahli keluarga yg sudi meraikan kami semalam. Hihihi..

=)

No comments:

Post a Comment

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...