Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Pengalaman Pertama Kali Bersalin

Walaupun dah nak hampir 3 bulan beranak..tapi baru sekarang berkesempatan nak ceritakan mcm mana hadapi bersalin.

Due date aku patutnya 16 June 2014. Tapi aku amik maternity leave start dari awal bulan June. Pasal dah malas nak masuk kerja. Hihihi..

Tak sangka pulak kebetulan sangat aku amik cuti awal tu, rupanya memang bersalin awal. Aku selamat lahirkan Hadif bushukkk bashammm 4 June. Awal 12 hari dari jangkaan.

Start keluar tanda nak bersalin pada 1hb June. Hari tu ada kenduri nak sambut puasa kat rumah makcik aku kat Kg Janda Baik,Bentong. So malam lepas habis kenduri, aku masuk toilet and tengok kat panties ada 1 mcm lendir darah. Aku dah cuak gilaaaa nak mampus. Sampai terketar-ketar jadinya.

Keluar dari toilet, aku inform sepupu aku . Dia ni nurse. Tapi dia bukan nurse sakit puan. So dia pun tak boleh nak cakap samada aku ni dah nak beranak ke apa. Mula malas nak kecoh-kecoh, pasal semua ahli keluarga aku overnite kat rumah makcik aku tu. Tapi di sebabkan sepupu-sepupu perempuan aku duk berkumpul tengok aku dalam bilik, para makcik-makcik termasuk mak aku pun tertahu la situasi aku ni.

Panic alarm terus on bila makcik-makcik dah tahu. Aku dari tak berapa nak nervous terus jadi bertambah nervous. Semua kata tak yah g hospital lagi pasal aku tak rasa sakit lagi. Aku lagi la suka tak nak g sepital pasal aku macam tak nak bayangkan apakah rasanya kena seluk di bahagian 'bawah' ituuu..

Mak aku pun suh aku salin pakai kain batik dan suh masuk tido. Dia kata kita tunggu rasa sakit tu ada baru pi sepital.

Sekalinya sampai ke pagi lena aku tido tanpa rasa sakit. Very the surprise je agaknya malam tadi tu.

Then tanda kedua muncul pagi Selasa 3hb June. Aku bangun nak solat subuh. So masuk toilet dulu. Sekalinya aku tengok panties, ada lagi keluar lendir darah. Amaun lagi banyak dan jelas dari yang pertama. Tunjuk kat suami dan dia kata jom g sepital untuk check. Aku dalam keterpaksaan pun ikut je la cakap dia.

Kitorang takde inform ahli keluarga pun. Malas nak panik kan semua orang. Sampai je kat hospital,terus g ke wad bersalin. Cakap kat nurse Hospital Bentong tu yang aku ada keluar lendir darah. So diorang suh masuk labour room untuk check bukaan. Aku sangat nervous time ni. Serious talk. Pasal part nak seluk-seluk yang aku baca dalam blog orang lain mcm menakutkan je. Tapi nak tak nak terpaksa (sekali lagi) redha. Pasrah je dalam apa jua situasi.

Tapi rupanya takde la scary mana pun. In fact takde la rasa sakit pun. Aku je yang over. Nurse kata still no opening. Doktor discaj aku keluar. Kata doktor, dah betul rasa sakit baru datang semula. Dah la Hospital Bentong tu wad bersalinnya x de orang sangat, so aku sangat happy la jugak kan. Takde la dapat wad bersalin yang serabut ngan patient mcm tempat lain.

So aku n suami pun balik la rumah. Time ni still lagi tak inform sesape. Kecuali sepupu aku.

Dannnnn.....malam tu aku makan nasi goreng belacan. Pedasnya boleh tahan. Pukul 2 pagi hari Rabu 4 June aku rasa sakit perut. Ingatkan sakit perut nak memerut. So g la toilet.. Tapi memang betul nak memerut pun. Settle urusan dalam toilet,aku nak la sambung tido. Sekalinya...eh....awat rasa sakit lagi perut ni. Terus aku fikir..adakah aku ni kena cirit-birit pasal makan nasi goreng pedas tu??..

Aku pun kejutkan suami. Masalah aku dapat suami yang agak kuat tido. Langsung dia kata sakit perut biasa je agaknya. Tapi kalau sakit perut biasa, awat aku cuba nak tido pun tak boleh ni. Aku adalah tahan sakit sambil tido bersandar yang mana takde la tido sangat pun. Tido-tido ayam je. Kaedahnya, bila rasa sakit tu ko memang langsung tak da apa boleh buat untuk kurangkan rasa sakit tu. Nak tido pun memang tak dapat. Rasa nak luruh pinggang aku. Tu la rasa sakit yang aku rasa. Time ni aku still tak fikir inilah sebenarnya rasa sakit nak beranak. Aku mcm tahan je sakit tu ngan harapan pagi esok nak g sepital dan doktor kata sakit perut biasa.

Dari pukul 2 pagi tahan sakit sampai pukul 7 pagi masih tak kurang. Setiap 15 minit mcm tu rasa sakit tu datang. Suami ajak breakfast dulu before g sepital. Aku ok je nak g breakfast dulu. Tapi tu la...kena tahan sakit tu. Dah la makan kat kedai mamak. So macam mana gaya nya aku nak menahan sakit. Tapi terpaksa tahankan jugak la. Selamat la sekeping roti canai masuk perut aku.

So terus g sepital. Nurse check cakap baru bukak 2cm. Aku inform makcik aku. Dan kitorang balik rumah semula. Still x inform mak aku. Rasa sakit still lagi 15minit sekali. Aku pulak baru nak terhegeh-hegeh download "Contraction Timer" ke telefon. Senang sikit nak monitor kekerapan contraction kalau ada apps tu.(S0 mommy-to-be boleh la siap-siap download apps ni)

Then after lunch, suami aku paksa minum air selusuh. Pasal dia kata,sanggup nak tahan sakit tu berjam-jam. Aku mula tak nak. Pasal setahu aku,kalau minum time bukaan baru 2 cm,nanti lagi sakit jadinya.

Tapi tetap kena paksa. Aku dalam linangan air mata,minum jugak la air selusuh tu secawan.

Then,bila monitor contraction guna timer, gila ko...terus contraction aku jadi kerap. Setiap selang 5 minit,contraction datang. Aku ingat lagi..aku minum air selusuh pukul 2.45 petang. Start contraction kerap pukul 3 petang. Makin kerap dan kerap. Aku tak panik lagi. Suami siap mandi-mandi dulu baru ajak g check bukaan kat klinik desa area rumah aku. Pukul 4 kitorang keluar rumah g klinik desa tu. Nurse klinik tu memang kenal aku pasal monthly check-up memang kat situ. Diorang check bukaan..amikkkk ko..dah 5cm bukaknya!

Terus nurse suh suami aku hantar terus g sepital. Ni memang dah nak beranak katanya.

Boleh pulak,time kitorang g sepital adalah time jalan sesak jugak ngan lori apa bagai. Aduhhhh..meliuk melentok aku menahan sakit yang kerap datang tu dalam kereta. Patut 10 minit dah boleh sampai sepital,ni setengah jam baru sampai.

Terus suami parking kereta depan wad bersalin. Nurse wad bersalin dah naik cam muka aku. Pasal duk berulang-alik ke sepital beberapa hari. Diorang suh masuk labour room untuk check bukaan dan buat persiapan semua. Pukul 5.30 bukaan dah 8-9 cm macam tu. Kemain cepatnya bukak.

Dalam pukul 6 gituuu,,aku dah tak larat dah nak tahan sakit. Bukaan baru 9 cm. Nurse kata bukaan dah 10cm baru start push. Tapi aku dah tak bolehhhhh nak tunggguuuuuu sampai 10cm. Nak keluarkan time tu jugak.

Nurse pujuk lagi suh sabarrrr sikit je lagi. Bukaan 10cm lagi senang nak push. Tapiiii aku tak boleh nak tungggu dah nurse. Nak tak nak nurse terpaksa akur dengan aku yang dah tak sabar-sabar ni. Maka mula lah sesi menge'push' keluar Hadif. Dan suami adalah berada dalam labour room from the beginning. Dia la yang bagi kata-kata semangat semua. At one time aku mcm dah putus asa nak push..pasalnya ko bayangkan dari pukul 6 lebih aku duk push-push,tapi dah nak dekat Maghrib tak jugak keluarnya Hadif. Suami pun dah naik hilang kata-kata dah. Tak tahu nak cakap kata motivasi apa lagi.

Last-last, nurse pegang gunting depan aku acah-acah nak gunting 'bawah' aku tu supaya senang kepala baby keluar. Aku nampak je gunting tu..terus cakap kat nurse "Nurse,saya akan cuba yang terbaik untuk yang last ni..saya akan push keluar jugak!"

Kuasa Allah..alhamdulillah, sebaik sahaja aku cakap macam tu, aku teran habis-habisan dan keluarnya Muhammad Hadif. Satu jam lebih anak aku tunggu nak keluar. Mummy nya ni lambat nau nak meneran. Alhamdulillah takde apa-apa.

Jahit kat bawah tu pun kena sikit je. Nurse kata aku pandai meneran. Tak kisah la nurse,janji baby keluar jugak dan tak koyak besar. Kalau tak,ngilu wehhh!

Syukur alhamdulillah. Segala-galanya di permudahkan oleh-Nya. Memang itu je la pun doa yang selalu aku mintak lepas solat. Supaya di permudahkan perjalanan mengandung aku ni.

Alhamdulillah.

Terima kasih tak terhingga kepada semua nurse dan doktor Wad Bersalin Hospital Daerah Bentong,Pahang. You guys did a very good job. Aku langsung tak rasa stress duk dalam wad. Siapa kata bersalin hospital kerajaan macam nitemare?? Langsung tak ok. Layanan superb. Takde rasa sakit hati pun.

Aku dulu pun di beranakkan oleh mama di Hospital Bentong. Now my turn pulak bersalinkan Hadif di Hospital Bentong. Very the sentimental. Hihihi..

Now I am enjoying my motherhood life. Hadif dah almost 3 months. 1 Sept ni cucuk untuk 3 bulan.

Alhamdulillah.

=)

Sunday, June 8, 2014

Selamat Lahirkan Anak Pertama

Alhamdulillah..segala puji-pujian hanya kepada-Mu YA Allah.

Tepat pada pukul 7.47  malam 4 june 2014 lahirlah MUHAMMAD HADIF BIN MOHD.HAFFEZ di Hospital Daerah Bentong,Pahang.

Hospital yg sama di mana aku di lahirkan dulu oleh mama dan sekarang giliran aku pula yg melahirkan Hadif.

Nanti aku go through in details the journey. Sekarang memang tak dan nak cerita. Adjusting my m0therhood life.

Next time ye.

:)

Tuesday, May 20, 2014

9 Months Pregnant


Heheehehe...untuk kenangan..bergambar time perut mengandung 9 bulan.

Genap 9 bulan semalam.

Pejam celik..pejam celik..dah dekat nak due bersalin dah..

Nervoussssss ko...

Huhuhuhu...

Tapi hopefully di permudahkan-Nya.

InsyaAllah.

=)

Friday, April 25, 2014

8 Months Pregnant


Dah 8 bulan mengandung.32 weeks kalau nak ikut doktornya term.
Tak lama je lagi nak bertemu ngan baby dalam perut aku ni.
Nervous memang jangan cakap laa..
Memang nervous..

Kawan aku, Ti baru je lepas deliver anak dia last Tuesday.
Sama ngan akak sepupu aku. Hari yang sama.

Diorang dah boleh tarik nafas lega..

Aku je yang masih menunggu saat dan ketika nak merasai pengalaman melahirkan zuriat.

Mudah-mudahan di permudahkan-Nya.

InsyaAllah.

Kawa-kawan tolong doakan jugak ye.

=)

Friday, April 11, 2014

On 30 Weeks Pregnancy


Alhamdulillah..dah sampai ke minggu 30 mengandung.

Debar dah hati ni...

Makin dekat masa nak bersalin..

Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala urusan nanti.

Persiapan untuk baby pun dah siapkan sikit-sikit.

Nanti tambah mana yang patut je.

Tak sabar jugak nak tengok baby.

InsyaAllah.

=)

Tuesday, March 18, 2014

My Baby Bump Progress


Hihihi..idak le besar mana pun baby bumpnya.

Now in my 27th week. Next week dah start 3rd trimester.

Debarrr dah ni..

Mudah-mudahan di permudahkan-Nya.

=)

Monday, February 24, 2014

Officially 6 Months Pregnant

Alhamdulillah..aku hampir nak melengkapkan trimester ke-2 kehamilan. Minggu ni genap aku 6 bulan mengandung.

Syukur alhamdulillah baby tak banyak meragam dalam perut. Tapi aktif dia dalam perut mummy. Duk pusing sana -sini. Especially kalau lepas makan dan time solat. Terasa sangat gerakan baby time tu.

Tapi kesian kat suami la..time dia nak rasa baby gerak-gerak,time tu la baby tengah rehat kot. Beria suami letak tangan kat perut aku,tapi baby diam je. Hehehee...

Takpe la bang, nanti time dah keluar, abg gomol la baby ye. Hihihi..

Walaupun dah 6 bulan ni,tapi aku satu persiapan pun tak buat lagi untuk sambut kedatangan baby.

Barang-barang tak start beli pun lagi. Cuma last week je,aku ada print out list kelengkapan yang patut kena beli. Dah tunjuk kat suami,dia kata nanti boleh la start beli dah sikit-sikit. Aku dah geram tengok baju-baju baby yg comel-comel. Tapi still tak nampak baby dalam perut girl atau boy. Dah 2 kali scan, dua-dua kali jugak baby duk sorok-sorok lagi.Nak bagi surprise kat mummy la tu..Hihi.. tak kisah pun gender apa,asalkan semuanya sihat walafiat nanti. InsyaAllah.

Doa-doakan ye aku dan baby sihat-sihat je. Ni pun dah start cuak dah ni memikirkan situasi dalam labour room nanti...


=)


Monday, January 27, 2014

On 5 Months Pregnant


Hihihi...dah nampak sikit perut ke depan.

Alhamdulillah dah 5 bulan mengandung.Orang kata dah separuh jalan.Tinggal lagi beberapa bulan je sebelum delivery baby.

Nervous dan cuak memang ada.Tapi hopefully semuanya akan di permudahkan.

And aku dah makin dapat rasa baby kicking inside.

Macam cute je bila sesekali terasa dia cuit-cuit perut mummy.

Malam tadi lagi best, aku memang nampak jelas bila dia tendang perut tu,perut aku pun sama tertunjal ke luar.

Tergelak-gelak aku tengok.

Hihi..

Syukur alhamdulillah.

=)

Thursday, January 23, 2014

Baby Inside Belly



Hahhahahaa..memang pun..kerap betul nak terkencing.

Pantang minum air,tak lama lepas tu terus rasa nak terkencing.

Berulang-alik ke toilet ke kerjanya.

Hihihi.....

Wednesday, January 15, 2014

Tak Sabar Nak Beli Barang Baby

AAaaaaaaa...Tak sabarnya nak beli barang baby..

Semalam aku ada belikan baju baby untuk isteri kawan yang baru je melahirkan anak dia.Gegirl.So nanti bila ada kesempatan nak pi melawat dia dan baby,takkan nak datang tangan kosong je kan. Tu yang belikan baju baby. Sebagai buah tangan.

Geram tengok!!!

Pastu tengah duk pilih-pilih aku jadi mcm rambang mata dan jadi mcm alaaaa....nak belikan jugak untuk baby aku..

Bila call suami dan mintak pendapat,dia kata awal lagi nak start beli-beli..Huhuhu...

Bila tanya pendapat makcik aku pun sama...dia kata awal sangat lagi..4++ bulan awal sangat lagi ke??

Lagi pun aku tak tahu lagi jantina baby,payah nak memilih baju dan kelengkapan.Mak cik aku cakap la.

Tapi kalau beli yang dua-dua jantina boleh pakai,x pe kan....

Huhuhu...nak jugak kan beli.

Alahaiiii...tak sabarnya nak start beli-beli..

Baby duk sihat-sihat  ye dalam perut mummy..

Nanti mummy beli baju untuk baby.

=)

Monday, January 13, 2014

4 Bulan Mengandung


Hihihi...perut time 16 minggu mengandung.Tak nampak sangat lagi.Mcm takde perubahan pun ada.

Asalkan baby sihat, i is ok je.Alhamdulillah.

So far kesihatan aku ok.Cuma kena repeat buat BSP twice a month. 

Selera makan maintain. Tak boleh lewat makan.Memang lapar sesangat jadinya.

Overall..aku enjoy je 1st pregnancy ni. And dah start rasa movement baby dalam perut.

=)

Tuesday, December 31, 2013

10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran

Friday, December 20, 2013

BSP (Blood Sugar Profile) #1

Pheww...Settle buat BSP semalam. Prosedurnya adalah kena di ambil bacaan gula dalam darah sebanyak 4 kali dalam masa sehari. Pukul 8 pagi, 12 tengahari, 5 petang dan 9 malam. 

Mujur aku register pregnancy kat KKIA yg dekat ngan rumah,so merempit je la suami hantar naik motor. Benda nya sekejap je setiap sesi. Nurse cucuk sikit kat hujung jari kita untuk keluarkan sikit darah then darah tu di titiskan atas strip ujian. Nanti akan keluar bacaan gula dalam darah.


result bacaan gula aku untuk setiap sesi
So far so good la bacaannya. Takde yg merah.Kalau merah tu means melepasi border. Huhuhu..tak mahu la gitu kan.
After berpuasa start dari malam sebelum tu, aku g ke KKIA ngan perut kosong pukul 8 dan nurse amik bacaan pertama. Then after tu,aku ke KKIA Bilut pulak. Jumpa doktor untuk di scan perut. Nampak baby pusing-pusing dlm perut. Hihi. Ni second scan. First scan tak nampak sangat profil terbentuk tapi untuk second scan ni, nampak dah kaki,tangan dan kepala dan tulang belakang dah terbentuk.

Sementara nak tunggu doktor,aku breakfast roti wholemeal berintikan telur hancur dan segelas susu. Dan minum sangat banyak air putih. Tu yg bacaan dapat 4.7. Turun dari yang pagi.

Then siap scan,terus balik rumah dan start memasak untuk lunch. Aku buat sambal tempe, ayam goreng dan siapkan ulam peria katak dan salad. Tengahari tu aku makan nasi tak sampai segenggam berlaukkan ayam goreng n sambal tempe. Dan makan banyakkkkk ulam peria katak n salad tuuuu. Selagi tak pukul 5 (next reading), selagi tu aku duk asik gogok botol air minum air putih. Berulang jugak ke toilet. Tapi terpaksa demi nak maintain bacaan.

Dan alhamdullillah bacaan maintain. Untuk malam pulak,aku just amik 2 biji pisang montel. Kebetulan mak mertua hantar ke rumah. Malam tu pulak ada majlis bacaan Yassin kat surau rumah aku tu. So pi Maghrib dan Isyak ke surau. Walaupun ada jamuan makan lepas siap solat Isya',aku sanggup tak makan pasal dah dekat sangat nak pukul 9 malam,kang tak memasal bacaan naik. Terus shoot g KKIA. Tapi before g,siap pesan kat adik ipar suh tapau makanan surau untuk aku.Hihihi..Mana tahan tengok lauk gulai ayam dan daging masak kicap.

Yang peliknya,walaupun tak makan,bacaan naik jadi 5.1. Aku syak pasal kurang minum air putih. Ye la,idak le aku menggogok sangat air,kang tak pasal-pasal duk berulang kat toilet surau.Jenuh jugak.

Dan akhirnya siap la 1 hari nye ujian bacaan gula. Gigih. Demi baby. Apa boleh buat...

Next BSP is on 6 January. So nak kena control makan lagi dan amalkan minum banyak air putih dan sentiasa cergaskan diri. Tu je petuanya. Aku rasa la.

=)


Thursday, December 12, 2013

Kena Minum Air Gula

Huhuhu...since aku declare kat nurse KKIA yang abah ada kencing manis,tak pasal-pasal aku kena minum air gula. Nurse nak confirmkan aku ada kencing manis jugak atau tak. Aku confident gila after minum tu (sekali teguk je ko!) konon bacaan gula dalam darah akan normal. Sekali amik ko..8! Over the limit!

Terkejut aku! So nak tak nak next week kena buat prosedur BSP (Blood Sugar Profile). Nurse nak monitor bacaan gula dalam darah aku. Kena la start berpantang makan dari sekarang. Worst case boleh di admit dlm wad dan doktor suh amik insulin. Huwaaaa... x mahu la sampai gituuu...

So sekarang ni tengah gigih kumpul info untuk cara-cara kawal paras gula dalam badan. Buah-buahan pun bukan boleh sebarang makan. Huhuhuhu...nervous nak start diet GDM ni. Tapi demi baby..kuatkan semangat!

kenapa kena turunkan paras gula dalam badan semasa hamil

Monday, December 2, 2013

On 3 Months Pregnant =)

Alhamdulillah..hari ni genap 12 minggu atau 3 bulan aku mengandung.
So far dalam menjalani hari-hari sebagai seorang bakal ibu ni,aku tak de la mengalami alahan atau muntah-muntah yg teruk. Kalau ikut bahasa doktor, 'having only mild nausea'.=)

Selera makan pun sama jugak lagi. Selera tetap selera tapi takde la orang cakap selera makan untuk 2 orang. Tapi cepat sangat rasa lapar. Dan paling tak selesa bila lepas makan, tekak dan perut rasa semacam je. Aku jadi serba tak kena. Buat tu salah, buat ni salah. Kalau kat ofis tu, rasa macam nak lari balik je. Perasaan sungguh. Hihihi..

Buku merah pun dah buat waktu minggu ke-10. Patutnya boleh buat awal lagi, tapi ada banyak halangannya..tu yang minggu ke-10 baru dapat pergi. Buat kat Klinik Desa Kampung Lebu,Bentong. Dekat dengan rumah. Suami boleh hantar naik motor je.

buku merah saya.=)
Dalam 2 bulan dah tau mengandung ni, ada la beberapa kali aku MC. Boss kat tempat kerja pun dah tau aku mengandung, so dia faham la aku tetibe je MC.=p
Sepanjang mengandung ni, aku dah start amalkan makan kurma setiap pagi (kadang-kadang lupa jugak) dan minum susu. Dulu waktu belum mengandung,aku memang kuat makan pedas.Orang kata tak terbukak la selera makan kalau tak pedas, tapi sejak mengandung ni, aku memang tak sentuh pun makanan pedas. Perut rasa semacam je bila makan yg pedas. Huhuhu..

So untuk 6 bulan mendatang ni, aku doa mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh-Nya dan baby membesar dengan sihat dalam perut mummy.=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...