Tuesday, July 31, 2012

Berbuka Puasa di Rumah Rehat Bentong


Skema kan tajuk? Macam nak buat karangan. Hehehhe.. macam tak tau nak letak tajuk ape. Ni je yang sesuai. Kang letak tajuk lain, tapi cerita nya lain pun payah jugak kan.

Aku kan biasalah bila hujung minggu je memang dah jadi agenda wajib untuk balik Bentong. Unless kalo ada event lain kat KL, baru le aku terhegeh-hegeh stay KL time weekends, kalo tak kirim salam je la ye.=p

Bib dah janji nak bukak pose ngan aku hari Sabtu lepas. So mula cadang nak bukak pose kat KFC je. Very the boring kan. Hahahaha..

Kebetulan on the way nak ke Bandar, aku terbaca banner tulis “Berbuka puasa di Rumah Rehat Bentong ala Buffet”. Aku saje je baca kuat-kuat without any intention pun nak ajak dia ke sana. Alih-alih lepas dengar aku baca tu, terus Bib cakap ”jom pi bukak pose kat Rest House je la”. Aku pun ok kan je tapi rasa kelakar la pulak. Pasal aku x de niat pun nak ajak dia tukar tempat berbuka ke hape. Tibe-tibe dia pulak ubah fikiran. Lagipun memang ada kengkawan dia yang keje kat situ. So tu yang dia lagi berkobar nak pegi.

After booking tempat (thru his friend jugak), kitorang terus je la ke sana. Alang-alang dah dekat nak berbuka kan. Nun jauh atas bukit letak nye Rest House Bentong ni. Lama dah umur nya. Sejak sebelum aku lahir lagi dah adanya. Selalu kalo pembesar-pembesar negeri Pahang datang ada urusan kat Bentong, memang tempat persinggahan diorang kat Rest House ni la. Sultan Pahang pun dah berapa kali duk nginap kat sini.

Aku ingatkan tak de la ramai sangat orang yang datang berbuka kat sini. Rupa nya ramai jugak. Full house la jugak. Seleksi makanan dia memang banyak. Lauk-pauk banyak gila kot. Sampai tak tau nak pilih yang mana satu. Lauk-pauk nya sesuai la ngan tekak aku. Cukup rasa.

Walaupun makan berdua je, tapi meja tetap penuh hokeyyy. Bib terkejut tengok ape yang aku amik. Tapi konsep aku kalo g buffet, agak-agak ko bayar duit tu mahal kot, mesti la amik berpadanan ngan yang ko bayar. Kan? Tapi bukan maksud aku ni buruk lantak, cume ye la,kita dah membayar for the certain amount, so should be banyak tu jugak la kita amik.kann? kan? Kan?=p

Boleh tahan sendat jugak perut aku lepas siap makan sume. Nasi amik tak banyak, cume lauk-lauk je yang banyaknya. Alhamdulillah.

Harga buffet cume RM27 nett untuk dewasa. Kanak-kanak pulak cume RM15 nett.
Murah dan berpadanan ngan rasa makanan.

Kalo rasa-rasa ada berdekatan ngan Rest House Bentong ni, sila la menyinggah ye.

=)

tempat lauk-pauk

sempoi je deko

bahagian tempat air

makanan dalam pinggan aku.=p

Monday, July 30, 2012

Resipi Cornflakes Bermadu

Resepi ni aku dapat melalui URTV edisi Aidilfitri tahun 1996. Lama dah kan. Macam mana aku boleh tetibe potong dan simpan resipi ni pasalnya resipi ni dari Ziana Zain. My fave singer back then and till now.=p

Gigih tak aku? Walaupun baru darjah 6 time tu, tapi dek kerana minat gila kat Ziana Zain, sampaikan dia punye resipi keluar kat URTV pun aku gigih gunting dan simpan.

Tapi sayangnya, resipi tuh dah hilang. Kertas artikel tu dah hilang. Tapi aku ingatlah resipinya.
Mudah-mudahan betul la resipinya nih. Tapi selalu aku buat tiap-tiap tahun time raya, ni la cara-caranya.

Bahan-bahan :
Butter
2 sudu besar gula
Madu
Cornflakes (1 paket besar)
Kelapa parut kering

Cara-cara :
  1. Cornflakes di keluarkan dari paket dan masukkan dalam bekas plastik.
  2. Kalo rasa nak halus-halus je cornflakes tu, korang ramas-ramaskan ngan jari atau lenyek ngan sudu. Tapi jgn la lenyek atau ramas beria, nanti hancur berderai pulak. Cuma ramas-ramas manja giteewwww, bagi dia halus sikit.
  3. Then, butter dan gula di masukkan dalam periuk kecil dan tenggekkan atas api. Kacau perlahan-lahan dengan api yang sederhana.
  4. Bila dan cair sepenuhnya, tuangkan butter dan gula yang dah cair tu dalam bekas berisi cornflakes. Gaul perlahan-lahan untuk menyatukan adunan tu tadi.
  5. Ambil madu ikut kemanisan yang kita nak. Kalo rasa nak manis sangat, letak la 2,3 sudu ke dalam adunan tu tadi.
  6. Gaulkan kan lagi.
  7. Then kalo nak rasa ada lemak-lemak sikit, boleh letak kelapa parut tu. Optional. Ikut kreativiti masing-masing. Nak gaul kan bijan pun boleh.
  8. Dah siap gaul dan dah sebati semua ramuan, letakkan dalam portion yang kecil ke dalam mangkuk kertas.
  9. Susun atas Loyang dan sedia untuk di bakar dalam oven.
  10. Aku lupe suhu oven berapa, tapi korang agak-agak just untuk nak kasi effect biar naik bau semua ramuan tu la.just nak meltingkan lagi madu dan cornflakes tu lebih kukuh duduknya dalam mangkuk.
Ok tak resipinya? Aku mintak maaf sangat pasal selama aku buat resipi ni pun,aku main agak-agak je dia punye sukatan. Korang x yah risau yang tang agak-agak ni, mesti akan jadi punye. Bukan macam kek akan jadi bantat ke ape kalo kurang ramuan. insyaAllah akan jadi.

Selamat mencuba!

=)

Parenthood Expo 2012


Hari jumaat lepas, Ti ajak aku temankan dia pegi Parenthood Expo 2012 kat MidValley. Sekali ngan bukak pose sesame. Aku pun setuju je nak temankan dia pasal MidValley kan dekat je ngan rumah makcik aku,so memang suka sesangat la aku nak pergi ke sana. Tapiiiii…jem pada petang jumaat tu sangat hazabbbb .

Aku adalah stuck dalam jem kat depan Angkasapuri sampai la ke traffic light Jalan Pantai Baharu. So kengkonon nak g MidValley ikut Federal,sekali nye pun jem jugak. Amik pulak alternative route ikut Bangsar. Naik jalan kat depan Pantai Medical Centre dan tembus depan Bangsar Village. Mujur x jem. Cume jem sekejap kat depan Masjid UM. Almost 1 ½ jam kemudian baru aku sampai ke MidValley. Padahal kalo x jem, 20 minit pun dah boleh sampai.=(

So terus cari Ti dalam MidValley tu. Dia ada kat dalam Expo tu dah. Aku pun gigih mencari dia. Akhirnya jumpa dan planning nak berbuka dulu pastu baru dia nak pusing-pusing lagi expo dan beli barang yang dia nak.

Kitorang bukak puasa kat Food Court Oasis. Malas nak cari tempat lain dan food court ni sefloor nagn surau Jusco n hanya selevel bawah je expo. Malas nak cari tempat lain dah. Nak jimatkan masa.

Makan pun ala kadar je. Aku just makan nasi lemak sambal sotong. Pedas gilaaaa sambalnya dan sedap pasal menepati citarasa aku. Air pulak hanya air mineral sebotol yang mujur aku beli siap-siap. Air mineral sebotol tu le yang kitorang kongsi berdua pasal kalo nak beli air meriah-meriah sikit, bapak la panjang barisan nya. So x sangguuppppp.

Then,siap-siap solat terus ke expo. Ti selaku tuan yang nak membeli jadi sangat rambang mataaa. Banyak kot baju-baju boboy dan gegirl yang comeyyyyy. Dan dah la anak dia dak gegirl maka bertambah la syok dia nak buat pilihan kan. Sampai aku pun dan-dan jam-jam tu jugak teringin nak beli jugak baju comeyy-comeyy tu. Terus teringin nak anakkkkkk!=p

Yang best nya, kebanyakkan yang pergi semua perut bulat je ke depan. Hehehehe…aku duk perati je memasing. Ngan perut dah memboyot tuh, masing-masing tetap gigih kan nak shopping-shopping kat expo tuh. Ti kata murah la. Boleh tahan la harga nya. Dia banyak borong baju untuk Iman dan perkakas-perkakas lain. Tah hape pun aku tak tau. Dah jadi mak –mak nanti baru aku tau ape kot. Tak sabar….!

=p

Tengok gambar jom. Ni je yang aku sempat snap.

kat pintu masuk

banyak baju-baju gegirl n boboyy

wet tissue adalah murah bila jual kat sini

ti sempat lagi tala muka ke kamera bila aku nak snap gambar.

booth Pureen

baju kebaya kanak-kanak

soft toys

Wednesday, July 25, 2012

Brooch Kesayangan Hilang


Aku jenis kalo pakai brooch setiap hari memang akan pakai jenis yang samaaaaaaaa je sampailah rasa-rasa dah sampai seru nak tukar yang lain.

Tapi semalam petang, dah sampai rumah dan tengah nak cabut-cabut tudungs, sekali bila nak cabutkan brooch yang kat bahu, satu dah hilang. Mungkin kene hempap ngan tali handbag aku, pastu dia terbukak sendiri dan jatuh tanpa aku sedar kot.


brooch kesayangan tinggal satu.....pasangan nya dah hilang.


Ada rasa sedih jugak la..pasal dah lama jugak aku pakai yang ni. Mujur a few weeks back, tetibe aku rajin nak beli sepasang lagi brooch buat spare. So pagi tadi merasmikan la brooch baru. Rasa macam mengkhianati yang lama pulak. Tapi masalahnya dah hilang tanpa di kesan.

brooch baru. pattern lebih kurang tapi kaler je lain.=)


Aku kalo brooch yang pakai kat bahu, mesti nak kena sama pattern dua-dua belah. Dan kaler of course mesti colour pink atau merah. Pasal most ly baju-baju aku kan kaler merah/pink/purple,so x de la awkward sangat kalo pakai kaler lain macam sangat.

Sebelum pakai yang hilang semalam tu, ada sepasang brooch kesayangan yang aku sayang gila-gila. Brooch gambar lady bug. Aku pakai sampai kaler pink nye dah pudar dan batu-batu permata yang bergemerlapan tu dah tercabut. Tetap nak pakai jugak walau macam mana keadaannya pun.

brooch ladybug. dah naik pudar kalernye..tapi tetap nak pakai.
Kebetulan berkenan ngan yang hilang semalam tu lah, baru aku tukar pakai. Kalo x, memang tetap akan pakai walaupun macam dah tak de rupe brooch. Aku ni macam ala-ala kuat jugak sentimental value. Padahal beli sendiri kot. Bukan orang bagi punnnnnn.


=p

Tuesday, July 24, 2012

Sampul Duit Raya


Mentang-mentang la dalam bulan Ramadan, asik nak cerita pasal benda-benda yang berkaitan ngan puasa atau raya je.

Kalau cakap pasal bulan puasa dan bulan raya, budak-budak memang over excited. Excited pasal nak dapat duit raya la. Dulu time kita budak-budak pun macam gitewwww jugak kan. Tapi aku paling suka bab memberi. Best je tengok muka budak-budak nih bila dapat duit. Happy semacam. Memang best kalo dapat beri kegembiraan kepada orang lain. Itu perkara yang paling indah sekali.

Tapi korang perasan tak, dari zaman kita kecik-kecik dulu sampai lah sekarang, ada macam-macam dah design sampul duit raya kan. Semua nye pun ikut peredaran zaman.

So kalo yang zaman sekarang nih yang mana semuanya pun gila ngan smart phone, korang boleh la tengok design sampul duit raya pun nak jugak gambar-gambar smart phone. Kalo sesape teringin nak pakai BlackBerry, boleh la amik feel dulu pegang-pegang sampul raya gambar BlackBerry nih. Comeyyyy je.

Design BlackBerry
Antara yang famous-famous skang ni, yang design gambar Upin dan Ipin. Comeyyy je budak berdua tu pakai songkok dan baju melayu. Amik feel suasana hari raya. Tapi sesuai je la kan design sampul duit raya gambar kartun-kartun gitu. Tahun ni mesti keluar jugak design BoBoiBoy punya lah. Kita tengok je lah nanti.
design Upin dan Ipin
desin kamera pun adaaaa

design suit



Sambil-sambil taip nih, aku duk fikir….berapa tah budget nak letak untuk bagi duit raya kat sepupu-sepupu aku?...hmmmmm…


=)

Monday, July 23, 2012

Sambal Tempoyak


Ha…pernah makan tak sambal tempoyak???kadang-kadang ada jugak yang panggil sambal tempoyak mentah. Pasal sambal tempoyak ni tak memerlukan sebarang kaedah memasak nak hasilkannya.

Lauk yang nih aku boleh bangga cakap ngan semua orang yang aku reti buat. Hehehhe…benda senang memang konfident la aku.

Bahan-bahan :
Segenggam cili api. (ni tahap max punya pedas.kalo tak tahan pedas, boleh kurang kan)
1 sudu besar tempoyak (anggaran je. Kalo suka tempoyak lebih, boleh lebihkan.)
Sedikit garam. (aku suke letak supaya ada effect manis-manis masin gitewww)

Cara-cara :
Cili api dan garam di tumbuk sekali sampai la lumat.
Then gaulkan aje ngan tempoyak.
Siap untuk di hidang.

Nota :
Kalo aku, sambal tempoyak ni memang sedap nak di colek ngan ape-ape sahaja ulam-ulaman. Contoh nya pucuk paku, jantung pisang, terung pipit. Atau pun makan macam tu je pun boleh. Gaul kan je ngan nasi panas. Tambah pulak kalo ada telur dadar. Memang kombinasi yang bagus dan cukup le lauk yang ni je, memang x pandang dah lauk lain!
ni la sambal tempoyak nyaaaaa...

Kecur dah air liur aku time menaip nih.
Better stop rite now.

=p

Awal Ramadan Bersama Keluarga


Salam Ramadan buat semua. Alhamdulillah, kita dah masuk hari ketiga berpuasa pun hari ni. Syukur Allah bagi keupayaan kepada diri aku untuk menunaikan ibadah-Nya sampai ke hari ni.

Oleh kerana 1 Ramadan jatuh pada hari Sabtu yang lepas, dan kebetulan sesangat kereta aku memang nak kena masuk workshop, maka aku pun amik kesempatan ni mintak cuti dari boss untuk hari Sabtu tu dengan alasan nak hantar kereta masuk workshop. To which my boss dengan sinisnya cakap “ hantar kereta masuk workshop tak kan sampai nak cuti kot’. Aku hanya mampu sengih-sengih kambing je. Hahahaha…

Mujur dapat jugak la kan. So malam Sabtu tu, dengan gigihnya aku tunggu adik aku abis keje dulu. Tapi ok lah kene tunggu dia dulu, pasal dapat la aku pi Solat Terawih malam pertama. That’s what I’ve been waiting for all this while. Nak semayang terawih malam pertama dan seterusnya. Mudah-mudahan tercapai la hasrat aku nak semayang terawih sebanyak hari yang mungkin. insyaAllah. Last year a single day pun tak dapat. Jangan di Tanya kenapa. Aku pun rasa malu sangat-sangat nak reveal. Malu pada Yang Esa dan diri sendiri.=(

So malam tu after adik aku abis kerja, kitorang terus je gerak balik Bentong. Perasaan terujanya sama macam perasaan nak balik kampong untuk raya. Weeehuuuuu! Alhamdulillah sampai jugak kami kat rumah dan dapatlah bersahur sama-sama ngan mama n abah keesokkan harinya.

For the 1st day of breaking fast, mak aku masak gulai lemak pucuk ubi dan ikan masin, sambal belacan with terung pipit dan homemade roti jala with kari ayam. Very the yummy!. Aku sempat amik gambar roti jala and air sirap selasih je. Selera aku makan time berbuka tu. Mujur dapat jugak pi terawih. Ye la kan, kengkadang bila perut dah penuh, mata pun kuyu so malas tu datang. Tapi Alhamdulillah, aku Berjaya gagahkan jugak diri.
roti jalan buatan mak aku. aku jadi tukang gulung kan je.=p

air sirap selasih

Untuk 2nd day, mak aku masak kari daging. Daging ni Bib yang bagi. Syukran, mudah-mudahan murah rezeki Bib nanti. Boleh belanja aku nanti.(=p) ha….hari ni ada jugak makanan fave aku iaitu sambal tempoyak. Kebetulan ada timun sebatang kat rumah, so mak aku suruh tmbuk cili dan buat sambal tempoyak. Gigih aku tumbuk cili guna lesung dan akhirnya Berjaya jugak siapkan sambal tempoyak kegemaran. Boleh tahan pedasnya..pijar jugak la tangan aku menumbuk lesung.

Selain kari daging, mak aku buat kan jugak donut sebagai kuih sampingan. Rajin mak aku nak buat semua bagai ni. Pasal dia tau anak-anaknye yang berdua ni boleh tahan kuat makannya. Kalo dah air tangan mak, masak lah ape sahaja mesti berselera punya.

donut yang gebuuuuuusssss...
sambal tempoyak pedasssss
Alhamdulillah selesai berbuka puasa malam kedua, kitorang pun gerak-gerak khas balik KL semula.
Nanti ada kesempatan lagi, memang akan balik kampong lagi. insyaAllah.


=)

Saturday, July 21, 2012

All Time Fave

Aku nak kata obsess kat seseorang penyanyi tu idak le. Tapi minat – minat gitu je la. Unless lagu-lagu dia abis semuanya sedap, memang akan jadi artis fave aku la..


Tapi sejak dulu sampai sekarang, minat aku memang tak berbelah bahagi kat ahkak Ziana Zain kita tu. Boleh tahan hardcore jugak la. Sampai kan parents aku kalo time dulu-dulu tahu je la aku memang minat gila kat Ziana Zain. Ingat lagi, time bulan puasa, kan kalo dalam majalah URTV akan ada satu slot untuk Resepi Aidilfitri  Artis. So kebetulan Ziana Zain pun ada la keluar sekali kat slot tu. Dia bagi resepi Cornflakes Bermadu. Aku potong keratan resepi dia tu, and sudahnya sampai skang, 1 of my fave cookies during Hari Raya is Cornflakes Bermadu. Aku paling rajin nak buat cookies ni je time raya. Pasal sangat la mudah. Lagi pulak, dek kerana Ziana Zain yang bagi resepi (ecehwahhhh!),tu yang aku rajin nak buat.=p

Rasanya dah lari topic aku nih. Hahahhaa….ok la…ada satu compilation album by Ziana Zain yang aku beli a few years back. Tahun 2007 kalo tak silap. Ada 2 CD lagu dalam album tu. Dan memang tak penah jemu aku dengar setiap kali bawak kereta. Dalam tu semua lagu-lagu popular dia start dari Madah Berhelah sampailah ke latest album tahun 2006. Bagi aku, album ni bring back memories jugak lah. Aku start minat Ziana Zain dari darjah 5 tahun 1995. Aku membesar dengan lagu-lagu dia. Quite a memories jugak la. Beli majalah yang ada artikel pasal dia,potong-potong kan artikel tu dan tampal dalam scrap book. Tapi sayangnye, mana tah hilangnye scrap book aku tuh. Hmmmm,….

2nd album yang aku memang suka dan tak jemu nak dengar is album by Letto. Tajuk album tu Letto jugak rasa nya. An Indonesian band. Aku jatuh cinta ngan lagu Sebelum Cahaya,tu yang melarat sampai pi beli CD Letto. 1st time dengar  lagu Sebelum Cahaya kat radio Hot FM. Jatuh cinta ngan lagu tuh dan petang pas keje pada hari yang sama, trus g beli CD nya. Sangat pantas aku buat keputusan time tuh. Mujur la lagu-lagu dalam tu semuanya sedap. Memang serius sedap! Every single track is the best. Boleh di katakan aku dah naik hafal jugak la lagu-lagu dalam tu.

3rd album yang aku suka is Millenium album by Backstreet Boys. Quite a long time ago jugak album nih. Time aku form 3 tahun 1999. Tapi dulu-dulu aku pinjam kaset(ye..time ni kaset sangat popular) Azwar. Dia yang beli tapi aku pulak yang duk pinjam dengar sampai tak hingat dunia. Lama gak aku pinjam..haha….sesambil study untuk PMR, sesambil sumbat earphone dalam telinga dan dengar album nih. Sampai tah berapa kali pusing. Aku suke setiap lagu dalam album ni. Then, last 3 years kalo tak silap aku, aku tetiba teringat kat album ni. Tapi cari-cari kat kedai kaset kot-kot ada jual lagi, memang tak de lagi dah. So aku mintak tolong Syarina download kan dari internet. Mujur dia ada jumpe. And aku pun simpan la the mp3 collection dalam my pendrive. Sayang weh kalo hilang. All time fave nih.

Aku akan dengar each of these 3 kalo macam dah bosan gila nak dengar radio. Kadang-kadang bosan gak ngan radio nih. Sikit-sikit iklan. Sikit – sikit iklan. Tu yang aku beralih angin, dengar lak CD atau pun  MP3.

Nak simpan 3 CD ni sampai bebila. Nanti dah tua-tua, anak cucu aku tahu la ape kegemaran nenek nya dulu-dulu.

millenium album by backstreet boys

ahkak ziana zain


letto









=)

Friday, July 20, 2012

Next Holiday Trip


Weehuuuuuu…. Since Air Asia tengah buat sale sekarang untuk travel period next year from January to May, maka nya di sebabkan aku memang kaki melancong..dan Berjaya dragging Mek Rose join my holiday madness ni..akhirnya kami  booking tiket ke…

HO CHI MINH CITY, VIETNAM

Yeayyyy! Another holiday trip to be talked about starting from now until the day itself on 26th March 2013.

Mula-mula ingat nak booking tiket untuk travel within Malaysia je. Sekali Mek Rose macam teruja nak pi oversea. Aku wajiblah layankan aje kan. Dah memang hobi aku melancong.

Dan….mula nya Bib is against me. Dia x kasi pergiiiiiiiii! Dah la aku siap ajak dia bagai..so kantoi yang aku sedang plan untuk next holiday trip, maka nya dia melarang. Tapiiiiii..aku kan degil orangnya bile datang time-time nak plan pi holiday, aku macam abaikan aje larangan dia tuh!

Dan ter’booking’ lah 2 tiket ke Ho Chi Minh City pada 26 march 2013 dan pulang semula ke sini pada 29 March 2013.

Fikir punye fikir, last-last Vietnam menjadi my next destination. Mula ingat nak ke Krabi,Thailand. Tapi aku dan Mek Rose macam kurang sikit bab-bab water outdoor activities ni,so no point jugak kan kalo nak g sana. Sebab tu la..pi Vietnam.

Lagi pun, Mek Rose pun ada kawan yang dah pergi. So do I. Senang la nak mintak advise kan.

It’s quite a thrill jugak nih. Pasal pergi berdua je. Dan dua-dua pun wanita.

But insyaAllah, Allah SWT is always with us.

To protect us.

InsyaAllah.

=)

Salam Ramadan



Salam Ramadhan kepada semua kawan-kawan yang pernah singgah kat blog aku nih. Mudah-mudahan takde yang tersinggung ngan penulisan aku nih. Aku bercerita dari hati, nak share ngan kawan-kawan semua.

Mudah-mudahan Ramadhan kita semua kali ni adalah Ramadhan kerana Allah Yang Esa. Ruang untuk kita memperbaiki ibadah kita. Dan mudah-mudahan juga amalan-amalan yang di lakukan di bulan Ramadhan yang mulia ini di teruskan ke bulan-bulan lain jugak.

insyaAllah.

Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan.

=)

Thursday, July 19, 2012

Hot and Roll



Korang penah makan Hot and Roll? Sape x penah dengar lagi Hot and Roll,meh aku tunjuk gambar kiosk nye.

kiosk Hot and Roll

Aku pun baru je 1st time cuba Hot and Roll semalam petang. Time lepak-lepak ngan Moneng sambil tunggu Wawa sampai kat Space U8, Moneng ajak makan Hot and Roll. Dia pun baru 1st time nak cuba. Aku sebelum ni penah jugak beberapa kali nak try makan, tapi boleh x aku macam segan takut x tau camne nak order makanan tu sorang-sorang, so aku batalkan je niat aku. Hahahah..orang macam ni pun ada kan? Ada…aku le tu…=p

So semalam petang dapat la aku merasa makan Hot and Roll tu. Rupenya Hot and Roll ni ada dua jenis makanan. Satu roti paratha dan satu lagi jenis crispy. Tapi ada banyak la flavournya. Macam aku semalam, aku memang suke yang flavour kacang-kacang, so semalam order Crunchy Nut Paratha. Paratha ni macam roti canai tebalnya. Bak kata Moneng, macam roti canai segera je. Pastu dia roll kan ngan inti ape yang ko nak. Hahahha.. konsep nya lebih kurang macam tu la.

Moneng pulak order Chicken and Cheese Crispy. Kalo yang jenis crispy ni, macam satu lapisan tepung yang nipis dan bile di panaskan atas kuali leper dia tu, end up akan jadi sangat garing. Letak je la inti ape yang korang nak. Wawa pulak order Banana Chocolate Crispy. Sama je konsepnya cume tukar flavour.

Harga boleh tahan. From rm2.90 sampai rm5.90. Depends pada flavour ape yang korang pilih. Hot and Roll ni more to light snack. Sesambil nak alas perut sementara tunggu kawan-kawan, boleh la beli Hot and Roll ni. Ok je rasanya. Best!

Nanti korang boleh pi try pulak. Aku rasa aku bakal kemaruk nak makan Hot and Roll ni.Hari tu kemaruk minum CoolBlog,ni kemaruk Hot and Roll pulak.


=p

Wednesday, July 18, 2012

Loyalty Card



Aku agak suka jugak la nak register mana-mana loyalty card. Pasal suka bila duk kumpul-kumpul point, tau-tau je hujung tahun atau middle of the year,boleh redeem. So far yang aku betul-betul  rajin untuk guna adalah kad JCard dan BonusLink.

Aku gune JCard dah lama. Since tahun 2007. Dah banyak design kad aku gune. Tiap-tiap tahun mesti akan tukar design bila renew card. Renewal fee every year dalam RM12 je. Selalu aku akan tolak dari point je bile nak bayar fee tu. Tapi aku x de la jenis selalu sangat shopping kat Jusco. Tu yang point aku lambat naik. Kalo beli pun, dalam amount yang sikit-sikit. Aku suka guna JCard ni pasal almost every 2 months, Jusco akan buat sale untuk members. Bukan JCard day. Kalo JCard day cume 2 hari je. Time ni diskaun memang kaw-kaw la. Sampaikan mana-mana branch Jusco yang wat JCard Day akan sesak jalan dari luar membawak ke dalam. Aku ingat lagi time aku keje kat Jalan Kelang Lama which is nearby je ngan Jusco MidValley, jalan jem tak hingattt depan office aku sampai la ke parking nak masuk MidValley. Padahal office aku nak ke MidValley tu adalah dalam 2km gitu. Budak office aku sampai amik cuti semata nak ke JCard Day. Kalo sale biasa-biasa ni, JCard members at least boleh beli barang up to 20% discount. Kerap jugak sale yang ni. Banyak jugak benefits gune JCard. Korang boleh try setahun. Dan tengok ape keistimewaannya.

Bonuslink pulak,aku baru-baru je register. Kebetulan aku pi isi minyak kat Shell. Sebenarnya dah banyak kali orang Shell tu suh isi, tapi aku malas. Tah macam mana, tetibe yang kali tu punye isi,terajin lak nak apply. Lagi pulak, x yah bayar ape-ape upon registeration and x de annual fee, lagi la aku rajin nak isi form nye kan. So sebab tu, sekarang ni,kalo boleh nak isi minyak hanya kat Shell je. Eddy ,kawan aku, cakap end of year, kalo point cukup boleh redeem Parkson voucher. Wah! Wajib la lagi berkobar aku nak isi minyak kat Shell kan.  Suke je aku, isi-isi minyak then boleh dapat voucher. Sape nak bagi kan.

Ha…yang paling terbaru, aku apply Watson’s card pulak. Selalu memang every month bile nak restock all my toiletries, aku pi beli kat Watson’s. So alang-alang dah memang selalu spend duit kat situ, aku pun register loyalty card nye. Rm12 sekali seumur hidup bayar upon registeration. And setiap kali birthday korang, dan on that day korang spend beli barang kat Watson’s, the point will times 5. Means, kalo sepatutnye untuk total pembelian on that day adalah RM100,korang akan dapat point dalam 100 jugak. So oleh kerana hari tu birthday korang, the 100 points will times with 5 and end up you get 500 points! Banyak kot! Once dah ada card ni, korang entitle to get discount on selected item.  Ok what. Tapi aku suke nak kumpul-kumpul points je. Boleh redeem ape-ape nanti kan.

Lepas ni nak usha mana-mana loyalty card yang beneficial. Biar penuh wallet aku ngan loyalty card.
Nak penuhkan ngan kredit kad sangatlah menggerunkan. Nanti rajin nau nak swipe je. Last-last terbelit ngan hutang. Tak kuasa nyah!

ada 3 je pun kad nya.hehehhehe

=p

Tuesday, July 17, 2012

Biskut Raya


Walaupun bulan puasa starting this Saturday (insyaAllah), tapi perang sampel kuih raya dah merata-rata. Kat Facebook korang tengok lah timeline memasing. Penuh ngan orang jual kuih raya je.
So aku pun nak amik kesempatan nak promote kuih raya yang aku jual tahun ni.

1)      Biskut Topi Arab

Best Seller aku every year. Setiap kali nak raya je, previous customer terus je order lagi kat aku walaupun aku x bukak pun lagi order. Memang best biskut ni. Dalam ada chocolate filling. Yummy!
Harga : RM25/bekas. (1 bekas 50 pcs)
biskut topi arab




2)      Popiah Nestum
Produk terbaru aku. 1st time nak jual tahun ni. Tapi jangan risau, so far feedback dari mereka yang aku bagi testing sample, memang positif. Rangup, tak terlalu manis, dan penting sekali, tak berminyak. Crispy!
Harga : RM23/paket.(1 paket:  ½ kilo)
popiah nestum


Kalo berminat, just reach me at my Facebook : Mazwana Kamarudin atau twitter :@wanaowen.
=)

Si Hijau



Siapakah si hijau? Nama kucing kot. Tapi mana ada kucing kaler hijau? Hehehehhe…si hijau nih kereta aku la. My 1st car dari tahun 2007 sampai la sekarang. Kawan-kawan lain sume dah pakai 2nd car ape bagai, tapi aku maseh lagi setia ngan si hijau. Kenape nama nye si hijau? Pasal kaler nye hijau. Very the hijau hokeyyy. Kalo nampak mana-mana Naza Suria kaler hijau tu, probably might be me.=p

Memang niat hati nak jugak tukar-tukar kereta, tapi bile fikir-fikirkan balik..si hijau tu maseh boleh guna lagi. Kereta bagi aku is more to needs. Keperluan. Bukan kehendak. Aku belum lagi sampai tahap untuk jadikan kereta sebagai satu kehendak. Bila dah kaya-raya dan income pun riban-riban, naik la tahap aku tu nanti. Tapi for the time being, asalkan aku ada kenderaan nak bawa aku ke mana-mana,it’s more than enough.

Sejarah aku ngan si hijau ni banyak sangat dah. We have been through a lot of things. Dah jauh dah dia jalan. Ke Kelantan pun dah sampai, ke Johor pun dah sampai, ke Utara pun dah sampai. In fact, every corner of Peninsular Malaysia ni dia dah sampai. Untung si hijau ada tuan macam aku. Rajin jalan-jalan.

Tapi ada 1 yang x best nye. Aku ni x de la jenis careless driver. Tapi ada sesetengah masa tu, luck is not my side. Si hijau waktu aku mula-mula bawak, peh! Bercalar-balar badan. Aku salah budget time nak keluar/masuk parking, ternaik atas divider. Almost everytime ada je yang aku buat kat si hijau. Tapi tu waktu mula-mula bawak kereta la. Standard la kan. Aku pun after dapat si hijau baru lah terhegeh-hegeh nak berani bawak kereta. Kalo x, jangan harap la. Tu yang fasa membiasakan diri bawak kereta selalu si hijau jadi mangsa.

Dan sekarang pun, aku x banyak sangat nak amik tau pasal keadaan si hijau. Kalo balik kampong, either adik aku, ayah aku atau Bib yang amik tau. Isi air ke, tengok angin tayar ke, aku SANGAT  x reti. It’s cost me a lot for being an ignorance person tapi tu la aku. Tau main bawak je kereta. Nak maintain kan sendiri jangan harap la.

So now, si hijau ada problem. Brake pad dah haus. Seriau aku time bawak, bile tekan brek je ada bunyi. Aduh….pening di buatnya. Bile consult kat Bib, dia kata boleh tahan lagi tuh. Tapi kene tukar cecepat. So maybe this week, kene la ngantor hijau masuk bengkel. Tension kan bile ada kereta nih. Duit nak kene spare untuk dia. Kot-kot ada problem, mana nak mengganggau cari duit. Hmmmm…

p/s : hantar pi tukar minyak hitam pun, ayah aku yang still tolong hantarkan sampai sekarang.

=p

my beloved car.tengok tu, sumbing sana sini kan??heheheh...

Saturday, July 14, 2012

Api Kemarahan


Kadang-kadang aku terfikir jugak, kenapa aku selalu nak marah-marah kalo ada benda yang aku tak puas hati. Tapi bila di fikir-fikirkan semula, dalam dunia ni mana ada jalan hidup seseorang tu smooth je takde sebarang cacat-cela. All the way, Allah SWT akan uji kita. Jangan ingat ujian dari-Nya hanya ujian yang besar-besar sahaja, ujian yang kecil pun ada jugak.

Contohnya, tengah syok-syok bawak kereta, tetiba tayar pancit. Tu pun di namakan ujian. Ujian dari-Nya, untuk tengok sejauh mana kesabaran kita dalam mengalami masalah sebegini.

Macam jugak kat tempat kerja. Ape sahaja masalah yang timbul, semua tu ujian dari-Nya. Nak tengok seampuh mana keimanan kita dalam menghadapi masalah. Jalan penyelesaian yang mana bakal kita gunakan untuk selesaikan masalah.

Tapi yang pasti dan yang paling penting, apa sahaja jalan penyelesaian yang kita amik, kesannya adalah kepada diri kita jugak. Buruk jalan penyelesaiannya, maka buruk la implikasinya nanti. Kalo baik jalan penyelesaiannya, maka baiklah implikasinya.

Ada aku baca dalam majalah, rasa tak puas hati kita tu, boleh di salurkan dalam berbagai-bagai  cara. So di sebabkan aku tengah gundah-gulana sikit hati ni di sebabkan hal di tempat keje, maka cepat-cepat tulis entri kat blog.

Bukan kata nak melampiaskan marah tu kat sini. Aku rasa kata-kata yang aku guna waktu taip entri ni pun berhemah lagi kan?(=p) cume aku nak berkongsi ape yang aku rasa dan sambil-sambil tu nak ingatkan kembali diri aku, marah dan dendam tu x de ape-ape guna nya. Memakan diri balik.

Kesabaran tu mengajar kita banyak benda. Cube lah menahan diri dari marah. Rasakan pula kemanisan kesabaran. insyaAllah hati akan jadi sejuk.

=)

Friday, July 13, 2012

Dejavu Di Kinabalu


Aku x payah explain kan pun takpe kot ape tu Dejavu Di Kinabalu. Hehe. Semua pun mesti tau pasal drama ni yang tengah duk tayang kat TV3 petang-petang pukul 7.  Aku kan peminat tegar drama-drama Melayu. Slot Akasia petang-petang kat TV3 tu lepas satu, satu drama aku follow. Walaupun pada asalnya aku janji x nak follow ape-ape drama tapi tak boleh menahan. Drama sedap kot. Plus dapat pulak pelakon yang kena ngan jiwa aku. Wajib la kene follow kan.

Yang paling baru ni, drama Dejavu Di Kinabalu. Aqasha dan Tiz Zaqyah jadi hero dan heroin.

Dah la aku start minat Aqasha time drama Gemersik Kalbu, ni dia g lagi berlakon dalam drama romantic-romantik macam ni..bertambah-tambah la melekapnya aku kat TV kan.=P

Jalan cerita ni very the sweet esp part diorang berdua baru-baru nak jumpe each other kat Kundasang,Sabah. Aku terus jadi meroyan nak jugak pi Kundasang kan. Last 2 years holiday pi Sabah, tapi duk pusing-pusing KK je. Lepas dah tengok drama , trus rasa nak repeat trip tang-tang tu jugak.

Tapi satu je aku perasan, tapi x tau la maybe ni kebetulan, tapi aku rasa jalan cerita drama ni macam drama Korea “Summer Scent”. Correct  me if I’m wrong. Tapi aku rasa mcm ada sikit-sikit persamaan. Yang tang derma-derma jantung je kot yang sama nya.

X kisah la sama ke tak tapi yang pentingnya, Aqasha dan Tiz memang awesome sesangat dalam drama nih. Very the like sangat-sangat.

And 1 more thing, watak kawan Tiz dalam drama ni yang nama Yuzra tu pun sangat menjadi wataknya. Tapi x perasan la dia pelakon yang mana sebelum ni. Ngan mulut laser dan kepoh dia tu, ngan braces nye tu, ngan kelam-kabut nye tu..sangat-sangat comellll tau!

Drama ni almost towards the end dah. Aku rase dalam next week abis la ceritanya.

Ha..tapi satu lagi yang geram! Watak Uzma oleh Rabecca Nur Al-Islam adalah sangat menjengkelkan okey!..very the annoying!Huh!

Nasib baik la Aqasha n Tiz sweet-sweet gitu so takde la macam nak tumpukan sangat perhatian pada Uzma tu kan.Huh!Potong stim!

Nanti kalo jadi pi Kundasang, harusla feeling-feeling Dejavu Di Kinabalu kan…..


=)

Thursday, July 12, 2012

Dunia Tanpa Sempadan


Tiba-tiba aku teringat zaman dulu-dulu time study..takde la dulu sangat pun ..sekitar tahun 2003 dan ke atas. Tapi still dah lama kan,almost 9 years. Lama dah aku tinggalkan zaman belajar. Kalau dulu-dulu memang cara komunikasi yang paling famous adalah thru SMS atau nama panjang nya Short Messaging System. Time aku dulu, service provider yang paling budak-budak ramai pakai adalah Maxis. Pasal boleh di katakan murah dan meluas liputannya.

At first, aku guna nombor Celcom waktu kat matriks. Tapi bapak ke pening nya nak guna. Bukan pening ape, kan Celcom ada 2 kad nak kene beli time tu. Airtime ngan ape tah satu lagi. Boleh tahan banyak duit gak nak keluar. Kebetulan time tuh, Maxis agak meledak-ledak jugak fenomena nya, kawan-kawan aku ramai guna Maxis. Tapi nombor Celcom aku selalu macam orang malas nak forward SMS pasal mahal cajnya. Hahahaha. So aku pun macam malas nak jadi keretapi tertinggal, pun tukar jugak ke Maxis. Sakan aku guna SMS time nih. Tambah-tambah pulak bile Maxis perkenalkan Activ5 . Peh! 1 sen per SMS. Mau x gile aku ber-SMS ngan Moneng. Walaupun x de pakwe time ni, tapi tangan x renggang ngan tepon. Setiap masa pegang. Padahal SMS ngan Moneng je pun. Seingat aku, antara senarai top 5 untuk Activ5 aku : Moneng, Wawa, Zaida n sape tah lagi 2. Struggle kan nak pilih nombor bertuah.

Then lama-lama dah makin hilang kuasa SMS. Sekarang ni orang lebih suke gune Whatsapps, Line, GoogleTalk. Semua nya yang boleh download masuk smartphone korang tu. Bos aku pun gune Whatsapp. Sebab tu aku agak malas nak letak status bagai-bagai kat status Whatsapp tu. Hehhe. Kantoi le ngan bos. Segan I.

Line apps ni pun ok jugak. Animation dia lebih happening dari Whatsapp. Tapi x ramai yang gune. Sebab tu aku more to Whatapps kalo nak communicate. Kan best kalo  mereka yang gune Line boleh jugak hantar ke mereka yang guna Whatapps atau sebaliknye. Means x kisah ko gune apps ape pun, tapi still boleh saling hantar-menghantar.

Amboiiii ko, dah mudah nak di permudahkan lagi! Hahaha. Ala..tengok la nanti, mesti ada punye. Ke dah ada? Tapi aku keretapi lambat x tau.

Kalau dah atau akan ada nanti,let me know ye!

=)

P/s :
Tetibe aku nak senaraikan nombor-nombor yang pernah aku guna dari dulu :
0192489855 
0122459499
0192157500
012255…. – ni nombor sekarang. Tu yang malas nak sambungkan tuh.=p

Wednesday, July 11, 2012

The Simple Me


Aku memang simple orang nye dari segi pemakaian. Dari dulu sampai sekarang aku hanya tahu pakai seluar jeans dan tshirt/blaus. Itu sahaja. Ada jugak teringin nak pakai skirt labuh,palazzo ape bagai tu. Tapi  aku xde kekuatan nak pakai. Since aku ni keja kat kilang, so memang pemakaian hari-hari memang sesuai  pakai seluar jeans ngan tshirt je. Ye la,kang beria aku pakai skirt,palazzo, baju kurung macam tak terjamin keselamatan. Dah nama pun “Safety Must Come First”. Ini x, beria sangat nak bergaya, keselamatan di lupakan. Sapa nak jawab tu nanti kang?




Ni la antara gaya-gaya pemakaian baju aku dari dulu sampai sekarang. Memang x berubah. Cukup dengan seluar jeans n tshirt. Tah bila la berani nak cuba fesyen-fesyen yang sekarang ni. Tapi kita mesti pakai pakaian yang selesa ngan kita kan? Buat ape nak jadi mangsa fesyen. Asalkan x melebih-lebih sangat sudah.

Everyone has their own fashion sense.

=)


posted from Bloggeroid

Tuesday, July 10, 2012

Versus


Aku sekarang ni boleh di katakan agak obsess jugak ngan novel-novel by Hlovate. Serious wehhh… novel-novel beliau sangat kena ngan jiwa aku. Aku tak tau gender Hlovate ni pasal nama pena dia macam very the general. tapi x kisah la lelaki ke perempuan, but seriously memang fall in love banyak-banyak kali ngan novel-novel beliau. Akan jadi addicted. Yang terbaru aku baca is Versus.

Watak utama dalam Versus ialah Minn Edina n Ashraff Omar(AO). Latar belakang novel ni masa zaman skate board tengah popular dulu-dulu. Aku suspect Hlovate ni umur baya-baya aku je nih. Generasi tahun akhir ‘80an dan awal ‘90an. Aku agak la.

Minn Edina and AO both skaters. Cume Minn Edina lebih dulu pro tapi dia retired awal. Minn Edina x perasan ke AO time dia maseh  involved dalam skating, tapi AO idolised si Minn Edina. Minn Edina retired dari skating scene pasal dengar nasehat grandparents dia. So after retired dia mendekatkan diri kepada agama. Tukar cara pemakaian. Memang totally 360 degree berubah la.

Sebab tu mula-mula AO x cam langsung Minn Edina tu sape waktu di perkenalkan sebagai tutor dia kat kolej. Masing-masing memang anti gila sesame sendiri. AO rasa mcm dunia nak kiamat dah pasal terpaksa bertutorkan Minn Edina yang berpakaian ala-ala ustazah. Minn Edina pulak dlm keterpaksaan  terpaksa amik peranan jadi tutor AO atas arahan lecturer nye.

Standard la kan, a few times bertegang urat apa bagai, kan orang dah kata..membenci biar seadanya,nanti lelame mesti akan terjatuh chenta punya. That’s what happen to them n the rest is history. Banyak lagi jalan ceritanya. Tapi I think no good nak reveal banyak sangat kan. Give credit la to the novelist. Kita support beli novel Hlovate.

What I like the most about this novel is, apart from a love story (tapi not so heavy sangat the sweetness..gitu-gitu je tapi aku suke yg macam ni.very the realistic), Hlovate tetap selitkan dengan unsur-unsur dakwah yang di sampaikan secara santai. Menusuk jiwa jugak penyampaian nya. So sekarang ni, dah x de alasan nak cakap x de masa nak baca buku-buku agama. Hlovate buat 2-in-1 terus. Sesambil baca novel cinta, sesambil dapat ilmu agama. Very the 100000 like!

Last book yang aku tengah tunggu nak beli adalah Rooftop Rant. Baca sipnopsis macam best. Tunggu masa je nak menambah koleksi. Soon.very soon.

Nanti dah habis baca Rooftop Rant, aku bagi review ek.

=)

Blogwalking

Aku rajin blogwalking. Tapi just jadi silent reader je. Dan sangat faithful kepada blog kawan-kawan. Tapi sometimes nak jugak menambah senarai bloglist selain dari yang selalu dah aku baca. So sebab tu rajin blogwalking dan cari mana-mana blog yang best.

Recently thru blog Elia Jejari Runcing aku dapat a few blog yang aku rasa menarik :


And yang 1 lagi ni aku dapat tahu mengenai blog dia after aku baca 1 of entry thru blog Newdyr :


4 blog baru yang akan menjadi bahan bacaan aku everytime diorang update entry.

Seronok bila baca kisah kehidupan orang lain kan.

Boleh bagi inspirasi dan yang paling penting dapat ilmu.

Keep posting new entry guys!

=)

Monday, July 9, 2012

Wedding, Ice Age 4 and Motorway


Title kat atas tu macam sum up kan ape yang berlaku pada weekends yang baru berlalu.  Rase nya korang mesti familiar dengan Ice Age tu je kan. Yang lagi dua tu macam x Nampak kaitan nya. Takkan tajuk movie “Wedding”.=p

It’s started with the wedding. My bestfriend wedding. Suffian nama nya. Kenal Pian dah lama. Waktu aku mula-mula masuk alam pekerjaan. Dulu kitorang 1 tempat kerja. Kat Globe Engineering kat Jalan Klang Lama. Aku ngan Pian macam 1 geng la. Ngan Kak Ema, Abg Fizi, Kak Wati, Boy n Ummi. Ni a few names yang memang rapat ngan aku. Sempat la kitorang buat trip ke Genting time ni. Memang rapat sesangat la. Kalo outing pun, Pian memang selalu join. Aku kengkadang kalo x de member nak ajak jalan pi mana-mana, senang ajak Pian je. X pun Boy. Masing-masing suke la nak menemankan aku.
 
Setahun aku keje kat Globe. My 1st working experience. Agak bertahan lama jugak la kat situ. Eventhough aku keje position yang totally different with what I’ve learned during my degree years tapi still I’ve learned a lot there. Then after dah resigned ngan Globe, aku still x lost contact ngan diorang semua esp Pian. Boleh di katakan dia memang kawan baik aku la. Ada a few occasions esp wedding event yang aku x tau nak ajak sape temankan aku, he’s there to accompany me. Kalo datang tetibe time aku nak tengok wayang n macam malas nak g sensorang, dia rajin je nak layan aku.
Then..tup..tup…tau-tau je dia dah nak kawin. I’m happy for him. And di sebabkan dia pun rajin nak melayan karenah aku dulu-dulu, aku sampai ponteng keje semata nak g wedding Pian. Dah tu, rajin nau wat wedding hari Sabtu. Aku ni dah sah-sah hari Sabtu hari bekerja aku. So nak tak nak kene la ponteng keje.=p

Tetibe aku macam rindu pulak kat zaman keje kat Globe. I thought attending wedding Pian, akan bumped into Globe’s staff..tapi x tau la samada aku sampai awal ke sampai x jumpe bebudak ni. But anyway..congrats to Pian! Selamat Pengantin Baru!=D

Aku attend wedding Pian sekali ngan Zaid n Barrock n anak sedara aku,si Nadia. So after makan-makan kat wedding event which is sedap gila kot lauk-lauk nye,( Zaid sampai 2 kali tambah!), we decided nak g tengok wayang. Tempat pilihan adalah Paradigm Mall kat Kelana Jaya. Mall baru bukak. So sambil-sambil tengok mall baru, sambil-sambil tengok wayang. Ingatkan nak tengok Spiderman, tapi zaid dah tengok movie tu. So kitorang pun tengok Ice Age 4. Ye..movie kartun. Kan aku dah cakap, unless aku pergi with someone else, aku memang x akan tengok wayang cerita kartun. Tapi tu la, walaupun cerita kartun dan aku memang x follow dan x penah tengok langsung pun movie ni dari yang nombor 1 punye, tapi as usual…kalo dah movie ko tengok kat wayang,feel dia lain..memang akan jadi best movie tuh.

And memang best pun!terbahak-bahak aku ketawa. Hilang ayu jap. Dah la g sana pakai baju kurung. Sekali ketawa main lepas. Movie hall gelap kot. X Nampak sape yang ketawa besarnya tuh!.=P

Cute-cute je haiwan-haiwan dalam Ice Age tu. Aku suke watak singa dalam cerita tu. Lupa dah ape nama nye. Aku suke pasal suara nye very the romantic! I like!hehehe…

Aku bagi 4 bintang untuk movie nih pasal tahap komedi nye sangat-sangat menggeletek hati aku!

So habis pasal Ice Age 4. Seterusnye pasal ‘Motorway”. Ape tuh Motorway? Ni Chinese Movie. Tapi yang ni aku tengok  ngan Bib. Dia kan suke hal-hal kereta apa bagai. And Motorway ni cerita pasal kereta. Kan aku dah cakap, mana-mana movie yang ko tengok kat movie hall..feel dia lain. Walaupun aku ni ha, x de la suke sangat pun cerita pasal kereta, tapi di sebabkan tengok kat wayang,cerita nya jadi very the marvellous.

Motorway mengisahkan pasal anggota polis traffic yang nak tangkap penjenayah. Tapi penjenayah ni very the handal dalam bawak kereta. So everytime dia dapat lepaskan diri di sebabkan kehandalan dia tu. Mau tak nye, ko bayang kan la. Selalu kalo bawak keta, agak-agak boleh x lepas lalu kat tempat macam ni?

                                                 
Corner yang bersegi ni..kalo luas tempatnyer memang la boleh lalu dek kereta. Tapi kalo kecik, macam mana korang nak turn kan kete lalu kat situ. Kereta kan panjang. Macam mana la pulak nak turn. Tapi dalam movie nih, orang jahat tu boleh je lalu kat situ. And ni la dia highlight dalam movie nih. Dia selalu dapat escape pasal dia akan cari mana-mana lorong kecik yang ada corner macam kat atas tu dan lepas lari pasal dia tau, polis tak kan dapat nak buat macam dia.

Then, ada sorang polis yang sangat berhati waja nak kalahkan jugak orang jahat ni. Plus dia sangat sakit hati pasal partner keje dia mati di sebabkan orang jahat nih. Dalam misi nak balas dendam, dia pun belajar cara-cara macam mana nak lalu kat corner bersegi tuh.

Macam mana cara nye korang boleh tengok movie nih. Aku nak terangkan x berapa nak reti. Tapi memang boleh nak lepaskan kereta lalu kat corner bersegi tuh.  Overall memang menarik movie nih. Pasalnye ada pelajaran baru yang boleh korang dapat dari movie nih. Terutama abang-abang polis tuh. Dapat tingkatkan motivasi  supaya keje ngan lebih tekun dan komited lagi nak tangkap orang jahat.

Aku kalo g tengok wayang ngan orang lain, baru la terbukak hati nak tengok movie-movie yang di luar genre kegemaran. Kalo x, jangan harap la..memang movie yang ikut selera aku je.

I love well-spent weekend!

Tetibe kan ending.

Mudah je.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...