Showing posts with label ho chi minh. Show all posts
Showing posts with label ho chi minh. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

Dah Booking Hotel


Eh..lupa pulak nak update pasal persiapan aku untu holiday ke HCMC next year. 

Baru-baru ni aku dan mek Rose dah sepakat nak tempah hotel sesama. So berbekalkan komunikasi melalui YM maka kami pun berjaya la berdiskusi pasal hotel mana yang berkenan di hati untuk stay kat sana nanti.

Dan akhirnya hotel yang bernama Nouvea Happy Inn.Terletak di 39 Bui Thi Xuan Street, Ben Thanh Ward, District 1, District 1,Ho Chi Minh, Vietnam.

Kitorang tengok review hotel ni mcm okey dan memberangsangkan je kat Booking.com maka sebab tu sepakat nak book hotel ni.

Dan lagi pulak dekat ngan Ben Thant Market dan restoran makanan halal. Within walking distance la. Sebab tu pilih untuk stay sini.

Hopefully semuanya akan berjalan lancar nanti.

Tak sabar untuk ke sana bulan March tahun depan.

=)

awat kurus dan tinggi je hotel ni?huahuahua...

Friday, October 5, 2012

Preparation Holiday ke Ho Chi Minh City

Walaupun holidaynya nak g tahun depan bulan 3, tapi dah kena buat persiapan dari sekarang.

Antara persiapan penting yg dah start kena buat :

1) Duit belanja

Ha..ni dah sah-sah dah kena preparekan siap-siap. Jangan sebulan sebelum pergi baru terhegeh-hegeh nak nyimpan duit. Pasal aku cakap ni berdasarkan gaji aku yg tak seberapa nih. Maka aku kena set up kan tabung khas untuk kumpul duit. Errr..kalo korang bergaji besarrr, mungkin boleh la kot sebulan sebelum tuh nak start kumpul.=p

2) Buat budget

Selain kumpul duit, kita kena tahu jugak berapa anggaran duit yg nak kena kumpul. Kalo boleh, ke tepikan siap-siap duit tambang flite n duit hotel. The rest duit yg kita simpan just untuk transport time kat HCMC,duit makan dan duit belanja je.

3) Survey tempat makan

Kalo g negara yg mostly non-muslim dan sukar nak cari tempat makan halal, kita kena survey siap-siap n buat list all the restaurants sekali ngan address kedai supaya senang nak cari.

4) Siapkan itinerari

Maksudnya dah ada jadual perjalanan tentang apa yg nak di buat kat sana. Semua ni boleh di buat thru research kat internet. Mostly kat blog ramai yg akan post pengalaman holiday diorang. So nak senang,follow je itinerari diorang.=p

5) Get the knowledge about the country

Maksudnya,kena amik tahu dan research sikit tentang budaya,cara hidup,budaya masyarakat kat sana. Nanti takde la kita mcm terbuat sesuatu yg tak patut. At least we have the knowledge. Takde la kejutan budaya sangat.


Ni je la serba sedikit preparation yg aku buat sempena holiday aku next year. Tak sabar nya!





Friday, July 20, 2012

Next Holiday Trip


Weehuuuuuu…. Since Air Asia tengah buat sale sekarang untuk travel period next year from January to May, maka nya di sebabkan aku memang kaki melancong..dan Berjaya dragging Mek Rose join my holiday madness ni..akhirnya kami  booking tiket ke…

HO CHI MINH CITY, VIETNAM

Yeayyyy! Another holiday trip to be talked about starting from now until the day itself on 26th March 2013.

Mula-mula ingat nak booking tiket untuk travel within Malaysia je. Sekali Mek Rose macam teruja nak pi oversea. Aku wajiblah layankan aje kan. Dah memang hobi aku melancong.

Dan….mula nya Bib is against me. Dia x kasi pergiiiiiiiii! Dah la aku siap ajak dia bagai..so kantoi yang aku sedang plan untuk next holiday trip, maka nya dia melarang. Tapiiiiii..aku kan degil orangnya bile datang time-time nak plan pi holiday, aku macam abaikan aje larangan dia tuh!

Dan ter’booking’ lah 2 tiket ke Ho Chi Minh City pada 26 march 2013 dan pulang semula ke sini pada 29 March 2013.

Fikir punye fikir, last-last Vietnam menjadi my next destination. Mula ingat nak ke Krabi,Thailand. Tapi aku dan Mek Rose macam kurang sikit bab-bab water outdoor activities ni,so no point jugak kan kalo nak g sana. Sebab tu la..pi Vietnam.

Lagi pun, Mek Rose pun ada kawan yang dah pergi. So do I. Senang la nak mintak advise kan.

It’s quite a thrill jugak nih. Pasal pergi berdua je. Dan dua-dua pun wanita.

But insyaAllah, Allah SWT is always with us.

To protect us.

InsyaAllah.

=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...