Showing posts with label panduan hidup. Show all posts
Showing posts with label panduan hidup. Show all posts

Saturday, July 14, 2012

Api Kemarahan


Kadang-kadang aku terfikir jugak, kenapa aku selalu nak marah-marah kalo ada benda yang aku tak puas hati. Tapi bila di fikir-fikirkan semula, dalam dunia ni mana ada jalan hidup seseorang tu smooth je takde sebarang cacat-cela. All the way, Allah SWT akan uji kita. Jangan ingat ujian dari-Nya hanya ujian yang besar-besar sahaja, ujian yang kecil pun ada jugak.

Contohnya, tengah syok-syok bawak kereta, tetiba tayar pancit. Tu pun di namakan ujian. Ujian dari-Nya, untuk tengok sejauh mana kesabaran kita dalam mengalami masalah sebegini.

Macam jugak kat tempat kerja. Ape sahaja masalah yang timbul, semua tu ujian dari-Nya. Nak tengok seampuh mana keimanan kita dalam menghadapi masalah. Jalan penyelesaian yang mana bakal kita gunakan untuk selesaikan masalah.

Tapi yang pasti dan yang paling penting, apa sahaja jalan penyelesaian yang kita amik, kesannya adalah kepada diri kita jugak. Buruk jalan penyelesaiannya, maka buruk la implikasinya nanti. Kalo baik jalan penyelesaiannya, maka baiklah implikasinya.

Ada aku baca dalam majalah, rasa tak puas hati kita tu, boleh di salurkan dalam berbagai-bagai  cara. So di sebabkan aku tengah gundah-gulana sikit hati ni di sebabkan hal di tempat keje, maka cepat-cepat tulis entri kat blog.

Bukan kata nak melampiaskan marah tu kat sini. Aku rasa kata-kata yang aku guna waktu taip entri ni pun berhemah lagi kan?(=p) cume aku nak berkongsi ape yang aku rasa dan sambil-sambil tu nak ingatkan kembali diri aku, marah dan dendam tu x de ape-ape guna nya. Memakan diri balik.

Kesabaran tu mengajar kita banyak benda. Cube lah menahan diri dari marah. Rasakan pula kemanisan kesabaran. insyaAllah hati akan jadi sejuk.

=)

Friday, January 13, 2012

Konsep Menabung

tajuk ala2 serius gitewwww...ye la.sesejak dah berkerja ni,dah pandai pegang duit sendiri ni..kene la pandai nak manage kewangan sendiri.macam agak x best la kan kalo dah kerja,tapi setiap ujung bulan duk pinjam duit kat kawan/parents/adik beradik.kalo aku yg jd camni..it means that memang aku ada masalah dalam menguruskan kewangan aku.

so untuk setahun kebelakangan ni,aku memang rajin duk research kat internet/buku/majalah tentang cara2 camne nak control financial kita.i find it very interesting to learn on this things.yg penting kene ingat,walau sekecil mana sekali pun nilai duit yg kita saving tu,ia tetap akan membuahkan hasil.x kira la kalo kita hanya dpt simpan rm1/hari.itu pun dah cukup baik untuk permulaan.yg penting jgn ego.beringat sebelum kena.

ada satu konsep penabungan yg aku jumpe dlm buku(tapi dh lupe buku ape)..menarik dan sangat praktikal :

60% dari gaji = belanja seharian + bayar hutang

10% dari gaji = simpanan jangka panjang
10% dari gaji = simpanan jangka pendek
10% dari gaji = duit kecemasan
10% dari gaji = belanja untuk diri sendiri
yang aku suke dengan konsep yg ni adalah pasal ada state kan 10% untuk belanja diri sendiri.maksud nye untuk kita beli apa2 la.aku kan ala2 suke shopping.tapi sebenarnye aku x de pun nak shopping setiap bulan sampai 10%.x sampai pun.

ni lah sebenarnye panduan aku dalam nak menyimpan duit setiap kali dapat gaji.jgn fikir hanya org yg bergaji besar je boleh amalkan konsep menabung ni.yg penting adalah sikap kita.kalo ko gaji sampai 5k sekalipun tapi kalo dah sikap ego + gelap mata ngan duit,end up hujung bulan out jugak .

tetapkan ape yg kita nak.let's say macam aku,nak g holiday ke Bandung bulan 6 tahun ni.so start dr skang aku dah kene start menabung untuk cover expenses aku ke sana.jgn la sederap ko nak kuarkan duit .tu yg rase perit je tu.dlm masa 6 bulan ni,aku akan save kan duit gaji mengikut anggaran yang aku dh tetapkan.
holiday tetap holiday,tapi belanja seharian x tergugat mana.

tetibe aku rase aku ni mcm penulis yg serius je.tapi kalo dah pasal duit memang kene serius kan?
teringat ada satu tweet yg aku baca pagi td...

 @ZodiacFacts A #Capricorn is oh-so-careful where money is concerned.
 aku sangat2 bersetuju..aku kan berzodiak Capricorn.

=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...