Showing posts with label me and myself. Show all posts
Showing posts with label me and myself. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Pengalaman Mengajar Kita

Duit memang bukan segalanya..Tapi dunia sekarang ni segala-galanya memerlukan duit.


Setuju tak?

Bukan cakap suruh jadi hamba duit..Tapi nak masuk toilet sekarang pun nak kena bayau.

Hmmm..

Aku kerja dah lama.Start dari habis studi dulu sampai lah la niii..

Dulu ingatkan bila dah kerja,duit gaji hujung bulan kira dah boleh bermewah-mewah. Tapi aku tak tahu yang rupanya banyak benda nak kena di bayar. Tu belum kira nak kena bagi mak ayah lagi.

So start tahun 2009 aku mcm agak menggila jugak la nak cari side income. Tambah pulak bila dah setahun lebih kerja makan gaji rasa tension ngan politik ofis ape semua...

1st aku try kengkonon nak jadi pengedar One Drop Perfume. Time tuh memang tengah hot la One Drop ni. Beria la cari supplier yang boleh bagi aku harga murah. Konon bila jual balik,aku dapat untung yang banyakkk la. Tamak la katakan. Alih-alih kena tipuuuuuu.Aku dah bank-in kan kat dia RM700.Tapi sampai ke tahun 2013 ni ha punnnn satu stok One Drop Perfume pun aku x pernah dapattt.Hangus je RM700 time tu!

Memula tu telefon-telefon la jugak supplier penipu tu.Tak di angkatnye. Bila SMS berjawab. Siap cakap "akak ni sembahyang tonggang tunggek dik..takkan la nak menipu ko.Sikit hari sampai la barang ko tuh". Masalahnye kak..sampai ke sudah aku x dapat barang yang aku order dari ko tuh. Aku pasrah je la. Terbang duit RM700 aku.

Pengajaran pertama aku : Jangan mudah nak percaya kat orang. Dan kalo boleh,barang sampai baru ko pi bayar duit. X pun,please be careful.

Then..aku low down sikit. Takde la serik,tapi mencari-cari peluang yang lain. Tetiba member aku bukak peluang kat aku. Ajak masuk Hai-O. Aku sekali lagi jadi tamak. Dek kerana dengar penerangan baikkk punye keuntungan yang besar bakal di perolehi,terus join under member aku tuh. Padahal 1 haprak pun aku x tahu MLM ni banyak -ve effects nya. Memula buat,memang ghairah. Sanggup redah keluar malam pi cari propspek. Sampai kan ramai jugak la kawan rapat yang terasa hati ngan aku. Memang hati keras time tu. Tapi alih-alih..aku duk buat-buat cari prospek semua,sekali ngan aku-aku pun pi buat loan sampai berpuluh ribu tu (dan sampai sekarang tak habis pun lagi bayar) tetiba upline aku tarik diri. Dia dah banyak duit kot siap nak tarik diri.Aku?Terus slow buat. Pasal aku rasa macam menganiaya org je bila ajak join n paksa buat loan. Kalo tentu-tentu dapat untung banyakkk takpe jugak. Tapi ni sudahnya tanggung hutang. 

Pengajaran kedua : Jangan mengengada nak buat loan untuk berniaga. Unless korang memang dah kukuh n stabil.Kalo setakat baru nak cuba-cuba nasib,fikir-fikirkan lah. Banyak -ve dari +ve.

So sampai sekarang aku x de dah buat apa-apa niaga. Nak kata dah serik tu tak..tapi trauma?Tak jugak.

Tapi la ni,ada la jual barang sesikit. Nak polish balik skill. Tapi yang penting,aku x nak kena tipu dah. Biar la start modal sesikit dulu. Faham-fahamkan dulu sepak terajang dunia niaga ni,baru aim higher.

Yang penting,ILMU.

Bila ada ilmu,baru ada kekuatan.

Permudahkanlah jalan ku Ya Allah.

*Facebook aku kalo korang nak beli Aura White dan Shiseido Black Mask.*


Wednesday, March 13, 2013

Wordless Wednesday

Weehuuu!!

Wednesday, February 6, 2013

Simbol Kuasa Dua

Wakakaka...baru ku tahu macam mana nak buat simbol (²) ni.

Pasal nye kalo keypad telefon aku memang dah siap sedia ada simbol tu. Dan aku rasa macam cool semacam je kalo nak menggandakan perkataan guna simbol ² ni. Instead of tulis budak2,aku suka tulis budak². Nampak lebih kemas.

So ni caranya:

Tapi ni untuk laptop la :

 Tekan Fn > Pastu Tekan NumLk > Pastu tekan Alt (Hold) then tekan sekali K,I dan L > maka akan terbentuklah ²

Kalau untuk PC pulak :

Tekan Alt (hold) > pastu tekan 2,5 dan 3

Selamat mencuba!

info dari sini.

Thursday, January 17, 2013

Berzikir Setiap Masa




Aku takde idea nak update entry sebenarnya.

So alang-alang tengah usha FB tadi,terjumpa post yang kat atas tu.

Aku pun share sekali kat korang semua.

Bila di tengok gejala keruntuhan akhlak budak-budak zaman sekarang ni,macam makin menakutkan.

Mudah-mudahan kita semua dapat amalkan amalan di atas.

InsyaAllah.

Monday, January 14, 2013

1st Time Makan Durian Crepe

Org lain naik muak dah makan,tapi aku baru la nak mencuba makan. Tu pun mujur ada orang belanja,kalau tak sampai sudah tak merasa makan.

Ok la kot rasa nya. Tapi aku lagi suka durian in its original f0rm. Yang asal. Yang asli. Takda nak tambah² krim semua. Aneh rasa nya.

Tapi ada je yg suka kan. Tak pe la,at least aku rasa la jugak makan. Tak da la terkulat² bila orang bercerita. Just g0 with the flow.

Tak gitu?

:p


Thursday, January 3, 2013

Entry Pertama Tahun 2013

Da 3 haribulan baru aku terhegeh-hegeh nak post entri pertama untuk tahun ni.

Napa tah lambat.

Kesibukan la pulak di awal-awal tahun ni kan.

Hmmm...

Aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang sudi singgah sini.

Lain kali singgah la lagi.




=)

Monday, December 31, 2012

My 2012 in a Wrap

Lagi lebih kurang 4 jam je lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru 2013. So i think this is the best time for me to l0ok back at this year and rewind all the journey.

N0thing much this year. Semua pun berjalan lancar. Cuma ada masalah sana sini tu aku anggap semua tu perkara n0rmal untok manusia.

Ada banyak benda yg aku pelajari sepanjang tahun ni. Antaranya tanggungjawab aku sebagai anak sulung,pengurusan kewangan yg betul dan aku rasa tahun ni aku lebih mendekatkan diri ini ke jalan ALLAH SWT. alhamdulillah.

Dari segi perhubungan ngan Bib pulak. Aku rasa sangat² lega kerana perhubungan kami berdua di meterai dlm satu ikatan yg lebih kukuh. Dan mudah-mudahan tahun 2013 akan menyaksikan kami di satukan. InsyaAllah.

Macam tulis esei pulak aku ni kan.

Tapi just nak ucap 'SELAMAT TAHUN BARU' buat semua. Mudah-mudahan 2013 akan menjadi 1 lagi tahun yg gemilang buat kita semua.

:)

Friday, December 28, 2012

Ole-ole dari Jogja

Aku ada 1 tabiat iaitu suka nak kumpul t-shirt 'i love...'. Tapi x kisah pun kalau x tulis 'i love..',asalkan ada perkataan nama tempat.

Dan kawan aku yg nama Azwar adalah sangat kerap pi holiday. Setiap kali cuti sekolah. Pasal dia cikgu,so mudah la kan nak berjalan². Everytime dia nak holiday,selalunya yg jadi mangsa untok hantar dia ke kl sentral adalah aku. Aku kan rajin orangnya.:p

Maka aku pun amik la kesempatan ngan mintak dia belikan t-shirt kat tempat² yg dia pegi holiday tu.

Malam tadi aku tlg hantarkan dia lagi,and sempat jugak dia passkan 1 t-shirt yg lama dah dlm simpanan dia,cume x bagi lagi kat aku.

T-shirt dari Jogjakarta.

Lawa kan?kaler ijau.

Dah banyak kali dia belikan untok aku. Bangkok,Sydney,Bali dan yg terbaru ni Jogja.

Ala...kawan lama ni. Sejak tadika lagi,x kan tak boleh nak pow sikit kan.

:D


Thursday, December 27, 2012

26.12

Satu tarikh keramat buat diri ini..
Peningkatan usia seiring dgn waktu..
Dapat di rasakan perbezaan perasaan dulu dan sekarang..
Kalau dulu,memang excited nak sambut birthday.
Tapi sekarang,bila mana memikirkannya,hati rasa sebak..
Cukupkah amalan di dada?
Berjayakah aku selama ini menjadi anak yg baik kpd mama dan abah?
Apakah arah tujuan hidup aku?
Banyak persoalan bermain di minda...

Namun tetap ku syukuri,aku masih bernafas melewati dunia ini.
Meski masih banyak ilmu yg tak di pelajari lagi,insyaAllah akan ku cuba baiki amalan di dada.

Thanks for all the wishes.
At this age,it's n0t present that i wanted m0re..but doa fr0m all my friends and family.

Much appreciated.

:D

Thursday, December 20, 2012

25 Random Facts About Me

Di petang-petang Khamis ni,aku telah di tag oleh Aishah La Nina berkenaan tajuk 25 Random Facts About Me.

Tetiba rasa berdebar-debar pulak nak senaraikan sampai 25 fakta tentang diri sendiri. Kengkadang tu kita sendiri pun sebenarnya tak habis kenal pun diri kita sendiri.

Sedikit pesanan :

"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

Tapi takpe lah,aku cuba jugak untuk senaraikan 25 fakta tentang hidup seorang Mazwana Kamarudin.=)

1) Nama aku Mazwana. Aku rasa dalam Malaysia ni,aku sorang je yang bernama ni. Pasal x pernah lagi jumpa nama yang sama macam aku. Kalo ada pun,namanya Azwana atau Syazwana. Mazwana x de lagi.

2) Umur dah 28 tahun (soon...next week 26hb 12 baru cecah 28 tahun), tapi tak kahwin lagi.=p

3) Aku sebenarnya dah terbiasa ke mana-mana seorang diri. Sampaikan kalo nak shopping apa-apa barang,aku prefer pergi sendiri. Kalo ajak Bib boleh,tapi akan sakit hati pasal dia jenis bukan nak telek-telek,nak belek-belek barang. So lebih baik aku pergi sendiri je.

4)To be honest,aku tak pernah membenci untuk belajar time kat sekolah/universiti dulu. Bagi aku,learning is fun. Paling aku suka,subjek Math dan english dan Sejarah dan semuanya. Dan sampai sekarang,aku masih lagi rindu nak belajar.

5) Paling suka membaca.Baca buku,novel,paper.Semua jenis bahan bacaan.

6) Setiap hari mesti kena baca suratkhabar.Suratkhabar paling suka Kosmo!.Setiap hari mesti beli.Kalo x,x lengkap hidup.

7) Aktiviti holiday mesti di lakukan 6 bulan sekali. So far,target berjaya.Next year,dah ada plan untuk holiday.

8)Suka balik Bentong setiap hujung minggu.KL lupakan je bila di hujung minggu.

9)Menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Wataniah time kat UKM dulu.Merasa la di tauliahkan jadi Leftenan Muda.

10)Tak reti main netball.

11)Kuat makan tapi secara sederhana.

12) Berangan-angan nak jadi lawyer dari zaman sekolah dulu.Tapi end up jadi engineer.

13)Mempunyai ramai kawan-kawan yang still lagi in touch sejak zaman tadika/sekolah rendah.

14) Hanya berani bawak kereta  5 tahun lepas dapat lesen. Lesen P penuh tanpa bawak kereta.=p

15) Adik-beradik 2 orang je.Me n my little brother.

16)Masih simpan lagi koleksi gambar Michael Owen dalam fail.Start kumpul sejak zaman sekolah.

17)Peminat tegar Leonardo Dicaprio.Dulu segala macam barang berkaitan filem Titanic semua pun beli,asalkan ada gambar Leonardo.

18)Tak reti nak berkata "Tidak" kepada orang terdekat.Contoh kalo kawan-kawan ajak g mana-mana,sentiasa on je walaupun tengah takde duit atau dah ada hal lain.

19) Sentiasa mengimpikan nak bukak bisnes sendiri.

20) Hanya tahu pakai tudung bawal.Tudung fesyen lain sangat tak reti dan tak kena ngan muka.

21)Tak suka bila datang kerja pagi-pagi dan tengok meja bersepah pasal orang lain tangan gatal nak ubah-ubah barang.

22)Tak suka bilik tido bersepah.Baju bergayut-gayut.Rimas.

23)Suka makanan kampung.Lauk nasi putih dan ulam dan sambal belacan pun dah cukupppppp ok!

24)Menyokong filem-filem Melayu.Tak kisah kalo tengok di panggung wayang.

25)Sangat cuak bila berat badan mencecah angka 50kg.

Phewwww..lega!

habis pun 25 fakta.

Sorry entry kali ni terpanjang pulak.

Jom tag 25 orang!

Aishah La Nina                                         



Pheww..jenuh!

=)

Monday, December 17, 2012

Satu Lagi Kisah Kehidupan

Mudah-mudahan semuanya akan berjalan lancar.

Ya Allah,permudahkanlah urusan hamba-Mu ni.

M0h0n kawan-kawan semua juga t0long mend0akan aku.

:D


Saturday, December 15, 2012

Pengalaman Pakai Black Mask Shiseido


Gila gempak ah mask ni!

Malam tadi, sesambil nak baca novel, aku pun sempat la menempek benda ni ke muka. Memula pakai kat hidung je,tapi tetiba mcm rasa gatal je tangan ni pi tepek seluruh muka. Aku tepek tebal pulak tu. Habis la sepeket tu aku tempek kan kat seluruh muka!

Dannnnn..aku tak tahu betapa hazabbbb nya benda ni nak di cabutkan dari muka! Bila dah kering,aku pun semangat la nak mencabutnya..sekali baru sikit cabut aku dah terasa mcm nak tersiat kulit! Gila kuat benda ni duk melekap kat muka!

Boleh di katakan banyak kali aku stop dari cabut,pasal pedih menahan mask ni di cabutkan dari muka. Bergenang jugak air mata. Dah la aku tepek setebal-tebalnya,maka terimalah padahnya. *aku ingatkan boleh tepek tebal-tebal..bila dah siap tepek penuh 1 muka baru terhegeh-hegeh google info cara-cara pemakaian. Rupanya tepek sederhana tebal je.1 paket boleh 2,3 kali guna. Aku sekali guna je.+_+*

Memang end resultnya sangat puas hati la. Memang kelihatan betul segala macam bulu-bulu halus,whiteheads,black heads apa bagai tu tercabut. Terus rasa cerah terang benderang muka kusam aku lepas pakai benda ni.

Kalo korang nak order, boleh la klik Facebook  aku. Aku ada jual.

Sepeket aku jual RM2. Kalau beli 10,aku bagi free 2 peket.

=)

*Sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan polisi Etiqa Takaful dan bagaimana etiqa dapat bantu anda dan keluarga,jgn segan-segan untuk email aku di mazwana84@yahoo.com atau boleh ke Facebook aku atau boleh call/SMS/WhatsApps di 0122552600 atau nak senang just isi je form kat bawah page ni.I will get back to u ASAP!*

Tuesday, December 11, 2012

Selamat Beristirehat

Selamat beristirehat kpd mereka² yg bekerja di Selangor. Pasal hari public holiday sempena keputeraan Sultan Selangor.

Aku ni ha pun amik kesempatan pulang ke Bent0ng. Hehehe...

Dan mintak maaf blog x update entry semalam dan hari ni. Balik kampung x bawak balik laptop. Kengk0n0n nak habiskan masa berkualiti gitu ngan family.

And since semalam pun aku cuti,aku amik kesempatan untok pi renew passport antarabangsa aku kt Jabatan Imigresen Raub.

Nanti aku update pr0sedur nak renew passport eh.

Till then,selamat bercuti warga Selangor!

:D

Friday, December 7, 2012

1st Time Makan Di Restoran Arab

Hehehe..mcm jakun kan aku? Tapi seriously aku tak penah lagi makan makanan Arab.

Malam tadi kakak sepupu aku belanja kitorg semua makan kat Saba Restaurant kat Jelatek. Dpn stesen LRT Setiawangsa. Dkt jugak ngan ada 1 army camp tapi aku tak tahu apa name nya pasal dah malam kan.

Malam tadi aku di perkenalkan ngan 'lamb mandi','chicken mandi','humus','saba salad' dan 'barbeque platter'. Semua pun Arab style. Air pulak ada teh tarik berempah. Memang kalau g mana² kedai makan Arab,sure ada air tu.

Pada pandangan tekak aku,makanannya sedap la kalau jenis yg x suka pedas. Tapi aku mcm kurang sikit pasal tak berapa nak pedas. Baklava pun sedap. Manis². Overall ok je ld pun. Kena je la ngan tekak orang Malaysia.

Nanti ada masa boleh la korang pulak try g makan makanan Arab. Nanti k0ngsikn pulak pandangan korang.

Enjoy!

:)




Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday

Diriku hanya tahu pakai tudung bawal je...

:D


Tuesday, November 20, 2012

Pemergian yang Pilu

Semalam petang dan hari² yang seterusnya merupakan hari yg amat menyedihkan buat kami sekeluarga.

Mak saudara aku yg kami semua panggil mak ngah telah kembali ke rahmatullah. Perginya secara tenang tepat pada pukul 3.27 petang di PPUM.

Segala-galanya berjalan dgn lancar sejak dari urusan awal di hospital sehingga kepada pengebumian arwah di kampung kami di Merlimau,Melaka.

Mak ngah adalah kakak kepada ayah aku. Dan arwah adalah yg pertama dari kalangan adik-beradik ayah yg meninggalkan kami semua.

Arwah seorang yg pandai memasak. Kalo datang rumah,ada je hidangan yg tersedia. Bak kata mak aku,'lepas ni tak dapat la nak makan asam rebus bendi dan sambal ikan bilis kering melaka style'.

Aku pun turut akan merindui mak ngah sangat². Selama 4 tahun merantau di KL,selama itu jugak aku tido sebilik dan jadi teman berborak sambil tengok drama Melayu ngan mak ngah.

Arwah tidak terlantar sakit yg lama. Cuma 2 minggu kebelakangan sahaja tahap kesihatan arwah menurun sehingga akhirnya meninggalkan kami semua petang semalam.

Al-Fatihah.

Mak ngah akan sentiasa berada di dalam doa dan ingatan kami semua.

:(

Monday, November 19, 2012

Muka Pucat

Ada beza tak antara dua gambar tu?

Gambar yg atas tu muka aku tanpa apa² mekap. Mcm pucat sikit kan? Diri sendiri nak tengok pun takot.

Gambar bawah pulak muka aku dengan mekap. X da la mekap beria sangat. Cuma apply eye liner dan lip gloss je pun. And tepek sikit c0mpact p0wder. Tak sampai 15 minit dah setel merias wajah serba sedikit. At least,sedap sikit mata memandang.

Tak gitu?

:p


Friday, November 9, 2012

1st Time Makan kat Subway

Hehehe..punya la dah lama duk KL,tapi baru hari semalam 1st time makan kat Subway.

Itu pun mujur kawan aku si peguam dari Kelantan iaitu mek Rose ada kena attend court kt jalan duta yg teringin nak makan kat Subway,sebab itu la g masuk kat situ. Kalau tak,memang la tak penah nak masuk.

Aku semalam amik filling roasted beef,veggies and letak sos cili,may0nis n th0usand island. Emmm...rasa dia mcm so-so je la. Tah la,mcm kurang kena ngan tekak aku. Pasal tak pedas sgt kot.

Atau pun k0mbinasi filling aku tak berapa nak kena. Tapi pada tekak aku,x ada la sedap mana pun. Tapi tetap alhamdulillah ada jugak rezeki dapat makanan kan.

Siap² makan,trus hantar mek rose amik flite balik Kelate.

See u next time!

:D


Wednesday, November 7, 2012

Male Dominated Industry

Ada certain kerjaya yg mana d0minasinya banyak oleh kaum lelaki. Yang paling mudah untok aku bagi c0nt0h adalah kerjaya dalam bidang kejuruteraan.

Kenapa mudah untok aku bagi c0nt0h ni pasal aku sendiri terlibat dalam bidang ni. Even waktu di UKM dulu pun,pelajar lelaki mend0minasi Fakulti Kejuruteraan. Memang boleh di hitung ngan jari berapa je pelajar wanita.

Bila belajar,x ada la rasa sangat suasana d0minasi ni. It seems n0rmal lagi. Tapi bila dah start kerja,ko akan mula rasa culture shock. Bayangkan lah,dari bos sampailah ke org bawahan adalah lelaki. U are standing in the middle of men's line-up. So what's to expect?

Dah sah² kau adalah min0riti,maka sila lah kena ikot tindak-tanduk majoriti. Kalau kata kena buat kerja berat,silakan buat jugak. There's n0 gender excuse except in certain/special cases la kan.

Tapi 1 thing for sure,kau dapat belajar untok berdikari. Seriously. Bukan kata nak mencabar sesapa jantan or nak tunjuk hebat,but it's m0re like 'sampai bila nak bergant0ng pada org lain' atau 'sampai bila nak menyusahkan org lain'. So it's better u also learn to do the same things.

And believe me,those guys akan lebih respect kita kaum hawa pasal kita x merengek. Stop making fussy about u should or shouldn't just because u are w0men. If n0t,d0n't think about staying l0nger in this field.

Aku dulu dari tak reti nak masuk hardware shop,n0w aku dah reti la sesikit. I kn0w my way around hardware sh0p. Belajar sendiri. Sampai bila nak mintak org belikan brg hardware. Even my boss pun mcm selamba je suruh aku g beli drill bit walaupun dia tahu aku ni memang x penah ke hardware.

And fr0m the experience u have when working in tough industry like this,insyaAllah u will have the faith in daily life outside.

Aku bercakap dari pengalaman selama ±3 tahun kerja sorang² wanita dlm kilang. At 1st memang rasa nak cabut je,tapi sayang la pulak. Lagipun lari ke mana pun,in this male d0minated industry,ape je yg ko boleh harapkan?

End up,jumpe situasi yg sama.

X gitu?

Tuesday, November 6, 2012

Tulisan Kita Dari Dulu Sampai Sekarang

Tulisan aku dari dulu time sekolah sama je sampai la dah besar panjang dan dah bekerjaya ni.

Walaupun bila dah kerja,peratusan nak menulis tangan tu dah berkurangan tapi sesekali dapat menulis rasa mcm menggigil tangan.

Tulis tak sampai separuh muka surat dah rasa lenguh tangan. Dulu waktu kena tulis berkajang-kajang karangan time subjek BM x da la pulak tangan nak lenguh.

So korang punya tulisan sama tak lagi?tulisan aku bulat² kecik dan terapung².

Hahahaha.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...