Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Resipi Cornflakes Bermadu

Resepi ni aku dapat melalui URTV edisi Aidilfitri tahun 1996. Lama dah kan. Macam mana aku boleh tetibe potong dan simpan resipi ni pasalnya resipi ni dari Ziana Zain. My fave singer back then and till now.=p

Gigih tak aku? Walaupun baru darjah 6 time tu, tapi dek kerana minat gila kat Ziana Zain, sampaikan dia punye resipi keluar kat URTV pun aku gigih gunting dan simpan.

Tapi sayangnya, resipi tuh dah hilang. Kertas artikel tu dah hilang. Tapi aku ingatlah resipinya.
Mudah-mudahan betul la resipinya nih. Tapi selalu aku buat tiap-tiap tahun time raya, ni la cara-caranya.

Bahan-bahan :
Butter
2 sudu besar gula
Madu
Cornflakes (1 paket besar)
Kelapa parut kering

Cara-cara :
  1. Cornflakes di keluarkan dari paket dan masukkan dalam bekas plastik.
  2. Kalo rasa nak halus-halus je cornflakes tu, korang ramas-ramaskan ngan jari atau lenyek ngan sudu. Tapi jgn la lenyek atau ramas beria, nanti hancur berderai pulak. Cuma ramas-ramas manja giteewwww, bagi dia halus sikit.
  3. Then, butter dan gula di masukkan dalam periuk kecil dan tenggekkan atas api. Kacau perlahan-lahan dengan api yang sederhana.
  4. Bila dan cair sepenuhnya, tuangkan butter dan gula yang dah cair tu dalam bekas berisi cornflakes. Gaul perlahan-lahan untuk menyatukan adunan tu tadi.
  5. Ambil madu ikut kemanisan yang kita nak. Kalo rasa nak manis sangat, letak la 2,3 sudu ke dalam adunan tu tadi.
  6. Gaulkan kan lagi.
  7. Then kalo nak rasa ada lemak-lemak sikit, boleh letak kelapa parut tu. Optional. Ikut kreativiti masing-masing. Nak gaul kan bijan pun boleh.
  8. Dah siap gaul dan dah sebati semua ramuan, letakkan dalam portion yang kecil ke dalam mangkuk kertas.
  9. Susun atas Loyang dan sedia untuk di bakar dalam oven.
  10. Aku lupe suhu oven berapa, tapi korang agak-agak just untuk nak kasi effect biar naik bau semua ramuan tu la.just nak meltingkan lagi madu dan cornflakes tu lebih kukuh duduknya dalam mangkuk.
Ok tak resipinya? Aku mintak maaf sangat pasal selama aku buat resipi ni pun,aku main agak-agak je dia punye sukatan. Korang x yah risau yang tang agak-agak ni, mesti akan jadi punye. Bukan macam kek akan jadi bantat ke ape kalo kurang ramuan. insyaAllah akan jadi.

Selamat mencuba!

=)

Monday, July 23, 2012

Sambal Tempoyak


Ha…pernah makan tak sambal tempoyak???kadang-kadang ada jugak yang panggil sambal tempoyak mentah. Pasal sambal tempoyak ni tak memerlukan sebarang kaedah memasak nak hasilkannya.

Lauk yang nih aku boleh bangga cakap ngan semua orang yang aku reti buat. Hehehhe…benda senang memang konfident la aku.

Bahan-bahan :
Segenggam cili api. (ni tahap max punya pedas.kalo tak tahan pedas, boleh kurang kan)
1 sudu besar tempoyak (anggaran je. Kalo suka tempoyak lebih, boleh lebihkan.)
Sedikit garam. (aku suke letak supaya ada effect manis-manis masin gitewww)

Cara-cara :
Cili api dan garam di tumbuk sekali sampai la lumat.
Then gaulkan aje ngan tempoyak.
Siap untuk di hidang.

Nota :
Kalo aku, sambal tempoyak ni memang sedap nak di colek ngan ape-ape sahaja ulam-ulaman. Contoh nya pucuk paku, jantung pisang, terung pipit. Atau pun makan macam tu je pun boleh. Gaul kan je ngan nasi panas. Tambah pulak kalo ada telur dadar. Memang kombinasi yang bagus dan cukup le lauk yang ni je, memang x pandang dah lauk lain!
ni la sambal tempoyak nyaaaaa...

Kecur dah air liur aku time menaip nih.
Better stop rite now.

=p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...