Showing posts with label filem yang di tonton. Show all posts
Showing posts with label filem yang di tonton. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Papadom 2

Dah lama tak review pasal filem kan. So meh la merajinkan diri review filem Papadom 2 yang aku tengok last week.Tengok kat rumah je. Beli CD.



Aku memang follow filem Papadom sejak yang nombor 1 punya. So bila keluar yang nombor dua ni,mcm agak excited nak tengok. Suami jenis tak layan movie Melayu yang gini..so aku pun tengok je la sensorang time dia g kerja.Hihihi..

Kalau dalam Papadom 1, Papa Dom atau bapak Mia memang sangat over-protective kan ngan Mia..ke mana je Mia pergi,mesti bapaknya menempel sekali walaupun Mia dah masuk uni. Over tau Papa Dom.Hahaha...

So yang kali ni,bapak dia tak begitu extreme dah. Mia pun dah start kerja semua.

Tapi semuanya jadi kembali ke asal,bila Mia nak kahwin. At first dia rahsiakan dari bapak dia..tapi rupanya Papa Dom terdengar perbualan Mia dengan Evonne.So Papa Dom jadi resah gelisah dan nak tahu jugak siapa gerangan bakal menantu dia.

Then the movie plot berkembang la dari situ.

Ada part yang sedih towards the end yg buat aku menitiskan air mata..Sedihhhh..

Tapi ending jgn risau..happy ending. Korang mesti tertanya-tanya siapa bakal suami Mia kan?

So tengok sendiri eh.Hihihi..


Monday, March 11, 2013

Hoore Hoore

Pernah tengok movie ni?


Movie ni keluar tahun lepas. Tapi aku tahun ni baru tengok. Tu pun tengok kat Astro Warna.

Memang teruja je pun nak tengok pasal movie ni shoot kat kawasan area Bentong. Wajib la aku excited nak tengok kan.

Ingatkan cerita biasa-biasa je. Tapiiiii...tah nape tah in the end,aku mcm menangis pulak bila tengok.

Part yang si Iman naik atas pentas menyanyi dan tributekan lagu tu untuk arwah nenek dia. Aku tersentuhhhh hati sangat. Aku kan rapat ngan arwah nenek aku. So bila scene tu,aku jadi teringat sangat kat arwah.

Jalan cerita biasa je.Tentang persahabatan dan kehidupan remaja. Tapi yang menariknya,isu yang di ketengahkan adalah pasal isu rendah diri. Biasalah budak remaja,yang budget hot dan cantik le kunun tu,budget membangga diri la.

Padahal takde makna pun ko nak membangga diri. Bukannya dengan kelawaan ko tu boleh dapat apa sahaja.

Itu la je pun jalan cerita nya.

Tapi sangat enjoy!

=)

Monday, March 4, 2013

Rock OOO!

Yeahaaaaa!

Akhirnya berjaya jugak pi tengok wayang.

Tengok cerita Rock OOO!

Mulanya memang x plan nak g.. tapi di sebabkan Bib dalam usaha nak memujuk hati aku yang gundah gulana,maka dia mencadangkan kitorang g tengok wayang. Dan haruslah aku terus tak jadi nak gundah gulana kan. Bab-bab tengok wayang memang aku nomborrrr 1!=p



Gempakkkk sehhhh movie ni!

Memang kelakar habis! Tak kering gusi korang kalau tengok.

Que Haidar sebagai Amy Mat Piah dalam cerita ni memang marvellous!

Khir Rahman sebagai Jijo pun mantoppp!

Tapi aku paling suka watak Zul Kapan oleh Soffi Jikan. Memang terbaik! Aku lately macam tetiba suka pulak ngan Soffi Jikan ni. Semua watak bagi kat dia semua menjadiiii!

Overall movie ni memang meletup-letup la! Tak rugi sape yang g tengok kat wayang. Memang puas hati.

Aku paling suka ada 1 scene diorang Rimba Bara berendam dalam tasik kat Taman Tasik Taiping.

Bagi aku memang lawa shot tu.

Terbaik ah!

Jgn lupa pi tengok ehh!

Hidup RIMBA BARA!!!

Monday, July 9, 2012

Wedding, Ice Age 4 and Motorway


Title kat atas tu macam sum up kan ape yang berlaku pada weekends yang baru berlalu.  Rase nya korang mesti familiar dengan Ice Age tu je kan. Yang lagi dua tu macam x Nampak kaitan nya. Takkan tajuk movie “Wedding”.=p

It’s started with the wedding. My bestfriend wedding. Suffian nama nya. Kenal Pian dah lama. Waktu aku mula-mula masuk alam pekerjaan. Dulu kitorang 1 tempat kerja. Kat Globe Engineering kat Jalan Klang Lama. Aku ngan Pian macam 1 geng la. Ngan Kak Ema, Abg Fizi, Kak Wati, Boy n Ummi. Ni a few names yang memang rapat ngan aku. Sempat la kitorang buat trip ke Genting time ni. Memang rapat sesangat la. Kalo outing pun, Pian memang selalu join. Aku kengkadang kalo x de member nak ajak jalan pi mana-mana, senang ajak Pian je. X pun Boy. Masing-masing suke la nak menemankan aku.
 
Setahun aku keje kat Globe. My 1st working experience. Agak bertahan lama jugak la kat situ. Eventhough aku keje position yang totally different with what I’ve learned during my degree years tapi still I’ve learned a lot there. Then after dah resigned ngan Globe, aku still x lost contact ngan diorang semua esp Pian. Boleh di katakan dia memang kawan baik aku la. Ada a few occasions esp wedding event yang aku x tau nak ajak sape temankan aku, he’s there to accompany me. Kalo datang tetibe time aku nak tengok wayang n macam malas nak g sensorang, dia rajin je nak layan aku.
Then..tup..tup…tau-tau je dia dah nak kawin. I’m happy for him. And di sebabkan dia pun rajin nak melayan karenah aku dulu-dulu, aku sampai ponteng keje semata nak g wedding Pian. Dah tu, rajin nau wat wedding hari Sabtu. Aku ni dah sah-sah hari Sabtu hari bekerja aku. So nak tak nak kene la ponteng keje.=p

Tetibe aku macam rindu pulak kat zaman keje kat Globe. I thought attending wedding Pian, akan bumped into Globe’s staff..tapi x tau la samada aku sampai awal ke sampai x jumpe bebudak ni. But anyway..congrats to Pian! Selamat Pengantin Baru!=D

Aku attend wedding Pian sekali ngan Zaid n Barrock n anak sedara aku,si Nadia. So after makan-makan kat wedding event which is sedap gila kot lauk-lauk nye,( Zaid sampai 2 kali tambah!), we decided nak g tengok wayang. Tempat pilihan adalah Paradigm Mall kat Kelana Jaya. Mall baru bukak. So sambil-sambil tengok mall baru, sambil-sambil tengok wayang. Ingatkan nak tengok Spiderman, tapi zaid dah tengok movie tu. So kitorang pun tengok Ice Age 4. Ye..movie kartun. Kan aku dah cakap, unless aku pergi with someone else, aku memang x akan tengok wayang cerita kartun. Tapi tu la, walaupun cerita kartun dan aku memang x follow dan x penah tengok langsung pun movie ni dari yang nombor 1 punye, tapi as usual…kalo dah movie ko tengok kat wayang,feel dia lain..memang akan jadi best movie tuh.

And memang best pun!terbahak-bahak aku ketawa. Hilang ayu jap. Dah la g sana pakai baju kurung. Sekali ketawa main lepas. Movie hall gelap kot. X Nampak sape yang ketawa besarnya tuh!.=P

Cute-cute je haiwan-haiwan dalam Ice Age tu. Aku suke watak singa dalam cerita tu. Lupa dah ape nama nye. Aku suke pasal suara nye very the romantic! I like!hehehe…

Aku bagi 4 bintang untuk movie nih pasal tahap komedi nye sangat-sangat menggeletek hati aku!

So habis pasal Ice Age 4. Seterusnye pasal ‘Motorway”. Ape tuh Motorway? Ni Chinese Movie. Tapi yang ni aku tengok  ngan Bib. Dia kan suke hal-hal kereta apa bagai. And Motorway ni cerita pasal kereta. Kan aku dah cakap, mana-mana movie yang ko tengok kat movie hall..feel dia lain. Walaupun aku ni ha, x de la suke sangat pun cerita pasal kereta, tapi di sebabkan tengok kat wayang,cerita nya jadi very the marvellous.

Motorway mengisahkan pasal anggota polis traffic yang nak tangkap penjenayah. Tapi penjenayah ni very the handal dalam bawak kereta. So everytime dia dapat lepaskan diri di sebabkan kehandalan dia tu. Mau tak nye, ko bayang kan la. Selalu kalo bawak keta, agak-agak boleh x lepas lalu kat tempat macam ni?

                                                 
Corner yang bersegi ni..kalo luas tempatnyer memang la boleh lalu dek kereta. Tapi kalo kecik, macam mana korang nak turn kan kete lalu kat situ. Kereta kan panjang. Macam mana la pulak nak turn. Tapi dalam movie nih, orang jahat tu boleh je lalu kat situ. And ni la dia highlight dalam movie nih. Dia selalu dapat escape pasal dia akan cari mana-mana lorong kecik yang ada corner macam kat atas tu dan lepas lari pasal dia tau, polis tak kan dapat nak buat macam dia.

Then, ada sorang polis yang sangat berhati waja nak kalahkan jugak orang jahat ni. Plus dia sangat sakit hati pasal partner keje dia mati di sebabkan orang jahat nih. Dalam misi nak balas dendam, dia pun belajar cara-cara macam mana nak lalu kat corner bersegi tuh.

Macam mana cara nye korang boleh tengok movie nih. Aku nak terangkan x berapa nak reti. Tapi memang boleh nak lepaskan kereta lalu kat corner bersegi tuh.  Overall memang menarik movie nih. Pasalnye ada pelajaran baru yang boleh korang dapat dari movie nih. Terutama abang-abang polis tuh. Dapat tingkatkan motivasi  supaya keje ngan lebih tekun dan komited lagi nak tangkap orang jahat.

Aku kalo g tengok wayang ngan orang lain, baru la terbukak hati nak tengok movie-movie yang di luar genre kegemaran. Kalo x, jangan harap la..memang movie yang ikut selera aku je.

I love well-spent weekend!

Tetibe kan ending.

Mudah je.

Saturday, June 2, 2012

Snow White and The Huntsman

I love improptu plan!I really do! That's what happened last Thursday.I received  a call out of nowhere from Rizal.tetibe je call aku!Ingatkan mamat tu duk kat pelantar minyak je all this while.And dia call just to let me know he is in town and ajak pergi tengok wayang.

Aku pun apa lagi!Kebetulanlah pulak on that day adalah premiere Snow White and The Huntsman!Bella Swan of Twilight berlakon in it..so aku pun ajak dia tengok movie tu la kan..

Dan memang best melampau kot movie tu!Bella did a very good job in it!I just love the character.She's done very good!

And just like Rizal said " Bella kalau dalam mana movie memang dia akan di minati oleh 2 jejaka ek?"Hahaaaaa...I guessed it true also ape yang Rizal cakap tu.Dalam Twilight pun macam tu jugak.Edward-Jacob.Dalam Snow White, Williams - The Huntsman.

Tapi dalam Snow White x da la Bella kene pilih which of the guys yg dia kena pilih.Cuma the one kissed yg dia dapat untuk hidupkan Snow White semula is the one from Huntsman.=)

Pemandangan dalam movie tu sangat lawa especially part kat fairyland.Sangat-sangat menarik dan mengasyikkan.

Bella sangat lawa dalam movie ni.Movie penuh aksi dan jangan ingat Bella x mampu lakukan!She did well!





Memang best pun movie ni.Pergilah menonton nya!

=)

Tuesday, March 27, 2012

Movie Marathon : John Carter & Nightfall

Weehuuuu..aku memang suke wat movie marathon.Pasal nye sekali kuar tengok wayang harus kene tengok banyak2 sekali.Movie pilihan pada kali ini adalah John Carter from Mars n Nightfall.

Movie John Carter  memang seriously bestttt!X tipu punye.Tambah2 lak 3D movie..lebih la real kan cerita nye.From the beginning ala2 x paham n rase mcm nak marah je Bib pasal pilih movie yg buat kan aku jadi ting tong tak paham but as we go on thruout the whole movie in the end everything make sense.Everything fall into the pieces nicely.Dan baru lah dalam hati ni mcm "wah..lega nya kerana tengok movie ni sangat memuaskan hati!"

Seriously ini la antara movie yg memang dapat memuaskan hati aku.Rasa mcm bile dh habis tu mcm di kejutkan dari lena yg panjang n somebody woke me up "heyy..heyyy...movie is already finished laaaaa"
Memang puas hati dapat tengok..tak tau la kalo semua ni dengan bantuan effect 3D dan tengok lak kat panggung wayang so feel dia berlainan.So jgn marah aku if korang tengok kt CD di rumah dan x dapat kepuasan macam yg aku gambarkan tadi.

Movie kedua yang aku tengok pada hari yg sama adalah movie Nightfall.Chinese movie.Simon Yam antara pelakon utama nya.Aku minat je cite Chinese ni.Tapi jgn bagi aku cite hantuuu..Seram nak tengok.X suke..Tapi Nightfall ni pasal kes pembunuhan.Cerita kepolisan.Wajib la kegemaran aku kan.At first tengok pun ala2 ting tong gak..Tapi mcm biasa twist sana,,twist sini.,...so ending jadi unexpected.Buat kita berfikir.Dan pada masa yg sama banyak pengajaran yg boleh kita amik.Jgn semata tengok je tau.Kene amik pengajaran dr cerita tu.Pun best jugak.Sila la pergi tengok di pawagam berdekatan..


So i recommended these 2 films to be watch!It's simply the best!

=)

Friday, March 16, 2012

Bunohan

Salam Jumaat buat semua.Hari ni dah 16hb Mac.Serius rasa sangat sekejap..tau2 je dh tengah bulan 3.Cepat rasa nye masa berlalu.

Hari rabu baru ni,aku g tengok filem Bunohan.Since aku ni x de peminat filem Melayu tegar..tapi memang mostly filem melayu aku layan je tengok kat wayang walaupun ramai yg kat luar sana claim,membazir duit je tengok wayang filem melayu kat panggung.Tapi the satisfaction is different compared to kalo tengok kat tv or cd.Memang lain.

Macam mane aku boleh tertarik nk tengok cite ni pasal nye aku ni pun ala2 suke je naskhah2 yg berat.Tapi Bunohan takde la seberat mana naskhah nye.Cuma kene berfikir sikit la.Since aku dah banyak baca sipnopsis filem ni thru review kat paper so aku x rasa berat nak memahami jalan cerita ni.

Yang jadi terkejut nye,hall malam tu quite full jugak la.Memang ramai yg tengok.Even Chinese pun ada yg tengok.Sampaikan aku tanya Pian betul ke tidak movie hall kami  masuk ni.Kot la salah masuk hall.Pasal aku pusing2 tengok few penonton adalah mereka yg berbangsa Cina.Bangga la jugak jap.

Bunohan is merely about perebutan sekeping tanah.Pokok cerita adalah tentang isu ini.Tapi hanya seorang je yg titik berat kan tentang isu tanah ni.Di sebabkan tanah ni la,yg membuatkan semua isu2 lain muncul.Ilham,Bakar n Adil adalah sebenarnye adik-beradik.I knew it after baca review.So bila tengok filem ni,aku x da la duk pening2 cari perkaitan antara mereka bertiga ni.

It's ok about the film.Tapi serius rasa x puas nak tengok pasal rase nye banyak benda yg tak terungkai dalam filem ni.Unless kita betrul2 memahami dan menghayati setiap dialog dalam cite ni.It's like setiap perbualan ada lapisan nye.Indirectly speaking.

Quite unexpected jugak ending nye.Dan di sebabkan ending tu jugak la,aku jadi mcm ala..habis dh ke cerita,.I want more.Macam tu la.

So for those yg nak tengok,just go n watch.Many things u will learn from this film.It's worth ur money.

=)

Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu yg Menderu-deru

Aku ada dua must watch film for this year.
1) Twilight : Breaking Dawn
2) Ombak Rindu
 Dan di sebabkan aku ni jenis kalo tang bab2 melagha nye pasal,memang akan mengusahakan jugak supaya misi aku nak tengok kedua2 filem itu adalah tercapai.Tapi kalo tang keje,x pulak macam tu.,Hahahaha...
So alhamdulillah,dua2 filem pun aku dh berjaya tengok.So my mind now can be at peace until I come out with another must watch list.Hehe.


For those yg hardcore pembaca setia novel Melayu,for sure kenal dan familiar sangat dengan cite ni.Of course la kan,pasal filem ni adaptasi dari novel dengan tajuk yg sama.Aku pun dah lame sangat  baca novel ni.Sangat jatuh cinta ngan hero novel,Haris.So bile dengar akan ada filem akan kuar untuk novel ni,jadi x sabar gila nak tau sape yg bakal melakonkan watak2 dalam novel ni.
Rasenye semua pun dah tau,watak Izzah di lakonkan oleh Maya Karin (my fave actress!I watched almost all her films in movie theatre : Pisau Cukur,Cun,Pontianak Harum,Anak Halal) dan watak Haris oleh Aaron Aziz.
Sangat teruja tau nak g tengok filem ni sampaikan aku sanggup pi tengok sorang2.Yes,call me a loser,but do i care??hahha...Lagi syok layan sorang2,pasal x kan ada org di sebelah yg nak kondemn filem tu tak best atau ape.
Aku tengok on 2nd day of the show.Memang full house la seat.Mujur aku sorang je,so leh la nak nyelit duk mana2 kan.Tu yg best nye.From the start lagi dah,aku dah dapat agak cite ni memang x akan membosankan cam filem Lagenda Budak Setan.Peh,yg tu memang sangat mengecewakan.Pasal aku kurang gemar pelakon yg mainkan watak selepas Ayu kene bedah muka tu.Sangat x secocok watak tu ngan dia.
Memang berendam air mata aku tengok Maya Karin dlm filem ni.Kebanyakkan scene dia sume yg nangis2 nye.Aku pun turut sama sebak.Aku sebak time Haris akhirnye ngaku kat Mak Jah and Pak Dollah yg diorang sebenarnye dah kahwin.Serius sebak.Tak tau nape.
Background music pun sangat mendamaikan n best.Kene je ngan semua scene.Lisa Surihani pun ada berlakon dalam filem ni.Jadi Mila.Aku jarang tengok Lisa berlakon jadi watak antagonis.Tp meyakinkan je lakonan dia.
So thumbs up untuk filem ni.Korang jgn ragu2 nak g tengok.
Btw,balik dari tengok cite ni,aku siap tweet Maya Karin lagi cakap tahniah for the amazing perfomance in ombak Rindu.
Dan jgn jeles,she promptly reply my tweet back!..
Sangat terharu!.

Tetap akan sokong Maya Karin sampai bile2!!!!
tibe kempen kan...hehe...

=)

Monday, October 31, 2011

Horror Gile Kot!

Hari Sabtu lepas..aku macam nak sangat tengok wayang..
Of course la nak tengok Real Steel..
Kebetulan last week aku pi vacation ke Genting Highlands..
So amik kesempatan ni nak g tengok wayang kat puncak bukit tu hah..
Ade je cinema kat atas tu..
Walaupun tak banyak hall,tapi ok la..
Selalu gak aku layan tengok movie kat situ..

So usha tiket Real Steel..
Sekalinye dah terlepas show time..
Aku ingatkan nak tengok midnite sekali takde show time midnite untuk Real Steel..
Di sebabkan tak nak ralat kerana tak dapat tengok wayang,aku tetap gak nak tengok wayang..
So ada 2 movie yg tinggal untuk midnite..
Satu cite Hong Kong Ghost Stories dan 1 lagi cite tajuk ape tah..
Tapi cite Cina gak..
Aku memang seboleh2 nye pantang nak tengok cite hantu kat wayang..
Pasal aku ni boleh tahan gak darah gemuruh nye..
Tapi cite satu lagi tu agak kureng je..
So nak tak nak layan je la Hong Kong Ghost Stories..
Aku pun baru tau ada movie ni..
Release date nye baru je lagi..27 October 2011..so x de la aku ni ketinggalan nak tengok kan..

poster untuk movie ni
emmm....dalam berdebar tu,nak tak nak kene la jugak tengok..
Dah la aku lupe nak bawak shawl..
Kalo ade shawl tu,senang la skit aku nak tutup mata...
Ni takde sebarang benda yg boleh di jadikan eye protector aku..hehe...
So terpaksa la tutup mata gune tangan...haha..
Macam budak kecik je aku ni kan..

Ceritanye agak menyeramkan jugak la..
Takde la hantu muke buruk2 yg kuar..
Pasal cite ni more to roh2 org mati...
Cume dia nye unsur2 suspens tu begitu mengujakan dan memang boleh buat org terperanjat la..
Mujur aku tak menjerit je..
Dalam hati doa je..cepat la skit cite ni habis..
Tak larat dah nak ketakutan..
Hehe...

Ni sipnopsis cerita:

“HONG KONG GHOST STORIES tells of horror stories which, according to two sineasnya version as the most scary ghost story in the country of Hong Kong. The first story tells of an eerie incident that occurred disebuah School. School pupils are very unruly, and finally the teacher was acting that eventually led to a mystical event that involves a ghost. The story tells of the horror stories are both a group of teenagers who are enjoying a happy holiday, then terrorized by a ghost who seems to want to communicate something to them.”

Ada 2 cerita dalam cite ni..
Dua2 pun menyeramkan..
Ye la..tanya pendapat aku yg memang penakut ni..
Memang la cite ni menyeramkan..
Kalo korang yg berani..mungkin akan cakap cite ni biasa je..

Kalo tak tak kan aku duk asik tutp mata je..
Hehe..

=p

Thursday, October 6, 2011

Libas kan aje!

malam semalam kan aku g tengok wayang cite Libas tu...
emmmm...aku bagi 3 bintang la..
cite ni ok..
tapi aku rase korang kene fokus pada maksud tersirat cite ni..
dan aku rase itu la sebenarnye yg film maker ni nak cube sampaikan kat kite..
in terms of kualiti lakonan..sorry to say la..aku bukan la org nye nak komen pelakon2 ni..
pasal pada aku..as long as tak kayu sangat..should be no problem la...
plus cite ni di selamatkan ngan ade nye Johan (Raja Lawak)..
tang dia..memang kelakar habis tak hingat la..

hall tak bape nak penuh semalam...
dan aku ade a few minutes doze off..mungkin pasal penat..
hehe...

tapi aku nampak (pada pandangan aku la..)..CGI pada bola takraw tu nampak benar CGI nye..
nampak tak real..
pada aku la...pada korang tak tau la...

aku hanya komen ape yg aku tau je..

so..kalo nak g tengok..boleh je..
tak kan mengecewakan anda..

=)

Wednesday, October 5, 2011

Jom Pi MeLIBAS!

rase aku la....aku ni memang rajin bebenar nak tengok filem Melayu kat wayang.
tak tau la nape..tapi hati ni memang cukup2 berkenan nak merajinkan diri g tengok wayang filem melayu.
rasenye sejak belajar kat UKM lagi,memang dah nampak kecenderungan aku nak tengok filem melayu.
ingat lagi,time partner ngan Moneng..boleh kitorang pi Mines semata2 nak tengok filem tajuk Di Ambang Maut.
ha..korang penah dengar tak tajuk filem ni?aku rase,kuar kat tv pun tak penah ade lagi.
tapi jgn tak tau,melalui filem ni la Zamarul Hisham memang Pelakon Lelaki Terbaik tau..bangga jap aku pasal struggle pi tengok filem ni kat wayang..hehe..
aku nak nunjuk kat korang poster filem nye pun tak boleh..dah beria pi google tadi..tapi x dok pun..
so bayangkan je la ek..yg aku ingat Zamarul Hisham pelakon utamanya dan filem ni genre seram.
memang struggle gile kot aku n moneng menghabiskan duit biasiswa..haha..

panjang gak la kalo nak di listkan senarai filem Melayu yg aku pii tengok kat wayang.
Jap aku senaraikan :
1) Di Ambang Maut
2) 7 Perhentian
3) Pontianak Harum Sundal Malam 2
4) Gol & Gincu *filem paling aku suke!*
5) Otai
6) 9 September
7)Jangan Pandang Belakang
8)Lagenda Budak Setan (yg ni tengok ngan azwar.sekalinye in the middle of movie,dia dah kuar tinggalkan aku sorang2 tengok.hampagas!)
9) Semerah Cinta Stilletto (yg ni tengok ngan Zaid.zaid tido je selepas 15 minit movie start.hangin!)
10)Puteri Gunung Ledang
11) Nur Kasih The Movie
12)Kongsi
13) KL Gangster
14) Raya Tak Jadi
15) Bini-Biniku Gangster
16) Hantu Bonceng
17) Libas
18) Papadom
19)Buli Balik
20) Aku NO.1(filem ni wawa yg nak sangat tengok..aku layankan aje)

dan percaya la..list aku ni akan semakin panjang.ni pun aku list downkan mane yg aku ingat je..
malam ni nak pi tengok Libas lak.

tengok trailer cam best je.pasal ade Rosyam Nor + Afdlin Shauki.agak Die Hard Fans gak la ngan diorang.
Scha Al-Yahya pun ade.hopefully best la ek cite ni.
btw..aku dah lame tak wat review filem2 yang aku pi tengok kan..
tapi sume pun dah banyak yg lepas..
so pas2 ni aku continue la balik wat review filem.
macam aku ni kaki panggung je la sangat kan..
hehe..

Thursday, June 16, 2011

Gangster!

sempena konsep terbaru dunia perfileman Malaysia skang..
yang mane untuk setiap munggu,akan ada je 1 filem Melayu yang akan di tayangkan di pawagam..
which is bagi aku..sangat la bagus konsep ni..
so that...audience nye mood nak tengok citer melayu tak kan menurun...
mereka sentiasa akan di hidangkan dengan pelbagai genre cerita Melayu...
dan it's up to them je nak g tengok atau tak..

dan untuk malam tadi..aku g tengok cerita KL Gangster arahan Shamsul Yusof...
seperti biasa..maseh mengekalkan rombongan Cik Kiah semasa menonton NKTM cume tambahan orang adlaah Barok...
pawagam pilihan pada kali ini adalah TGV Sunway Pyramid..
owh..seat di TGV sangat keras dan tegak..nak bersandar melentuk kepala ke kerusi pun tak boleh..
agak sakit tengkuk penonton...
and believe me...untuk KL Gangster..movie hall adalah penuh ye malam tadi..
aku tengok sampai ke seat yang depan sekali ngadap ke screen tu pun penuh..
pergh..penangan cite Melayu skang..
bangga jap..

sesuai ngan tajuk nye itu...
memang ganas gilee cite ni..keras hati betul para pelakon nye...
selang seminit..bergaduh je keje nye..
tapi dah name pun gangster kan..
penonton pun macam sangat teruja tengok adegan2 lawan2 tu...
memang ganasssss....

dan aku suke la pemilihan pelakon nye..
sangat sesuai..
badan masing2..
perghhhh..sasa!tough!..tergoda I..hehe...
tapi paling best performance dalam filem ni..bagi aku..
Sofi Jikan yang jadi Ajib dan Zizan yang jadi Fadil..
kelakar + serius...memang terbahak2 tengok diorang nye lakonan..
Adi Putra lak..pergh..!sasa gile..dapat pulak time dia nak shirtless tu kan...
auwwwww...hehe...

cume aku rasa ralat..pasalnye..tengah2 sedap tengok diorang duk bergaduh,berlawan bagai nak rak..
tetibe eh..dah ending..cepat nye cite ni..
faham tak perasaanye bile...graf keterujaan tengah mencanak naik ni..tetiba je...zapppp...potong stim dah ending..
aku macam..eh..biar betik!...
but overalll...ok aje cite ni!...

pelakon2 hebat..memang mantap!
ha..ganas tak?..ganassss...

so mari la bersama2 memenuhkan panggung wayang berdekatan dengan menonton KL Gangster!...
roaaaarrrrrrr!

Thursday, May 26, 2011

Nur Kasih The Movie..Sweet Sangat..=)

akhirnye...
tercapai jugak hasrat aku nak g tengok NUR KASIH THE MOVIE (NKTM)..
alhamdulillah..macam ala2 org ngidam anak sulung lak kan..hehe..

aku tengok NKTM kat GSC MidValley..
show pukul 10 malam..
ha..kali ni..memang ramai rombongan yang aku bawak g tengok..
ahli2 rombongan terdiri drp :
a) Aku
b) zaid
c) Mirul (housemate Zaid)
d) Kak Rina (Kakak Zaid)
e) Anor (adik Zaid)
f) Boyfriend Anor

hmm..kali ni ramai kan..selalu g tengok ngan Zaid je..la ni Zaid angkut satu family dia..
mujur mak ayah dia tak di angkut nye sekali..hehe...

ok..back to the movie..
since aku dah booked ticket..(atas arahan Zaid..cisss..)
so kami melenggang kangkung je la lambat2 skit sampai..
and aku dari umah Bangsar ...trus g collect ticket dan jumpe mereka sume di depan Mc D...

masuk2 je hall..pergh..memang full house..hebat betul penangan NKTM ni kan..
sampai full house jadi nye...
so kami pun memang excited gile la jadinye kan..

dan pendapat peribadi aku..(tak terpengaruh ngan mane2 pihak)..
aku bagi 3.5 star..
memang ok je pun...
pasal ada sesetengah org yang review kate..
this movie disappointed them la..
tapi aku tak rase pun camtu..
bagi aku..filem ni cukup rencah dan memang menceritakan dengan baik susur galur kehidupan Nur Amina dan Adam sehingga ke akhirnye..
satu je ayat yang aku suke bagi untuk filem ni..sweet sangattt!!!!..

memang sweet gile...aduh..cair aku tengok keromantikan Adam terhadap Nur Amina..
boleh tak rase nak kawin skang jugak..(gatallll nye...!)..hehe..
tapi memang sweet r....

dan..part paling aku suke adalah ending nye..
ha..of course la aku tak kan betau ending nye ape..
spoil la mood korang..
kene la g tengok kalo nak tau...

unexpected ending...but i likeeee...=)

so for those yang tak berkesempatan nak g tengok..
baik la korang g tengok..
cite ni eksklusif hanya di pawagam ek..
jgn berangan nak tunggu kuar kat Astro First..
memang tak akan kuar...
nyesalll wooo tak gi!..

i strongly recommended this movie to the people out there!..
baca betul2 ek..STRONGLY!..

=)

Monday, May 16, 2011

Kongsi

pejam celik..pejam celik..dah masuk minggu baru semula kan..
skang ni dah tengah bulan Mei dah..
cepat betul masa berlalu..
hmmm...

so sementara ada masa terluang hari sabtu yang lepas...
aku bawak parents pergi tengok wayang..
tak rancang pun nak tengok..
pasal nye...dah rancang akan bawak mereka untuk tengok cerita Nur Kasih minggu ni...
tapi alang2 dah lalu depan panggung wayang..
dan memang teringin nak tengok wayang tajuk Kongsi...
so ajak la mereka sekali..

kepada sesape yang tak tau cite Kongsi yang mana..
boleh refresh memory ngan tengok poster filem tersebut kat atas ni...
pelakon utama tak lain tak bukan...Shaheizy Sam..
yang baru2 ni memang Bintang Paling Popular 2010...

bagi aku..filem itu aku akan cakap sedap untuk di tonton..
kalo filem tu boleh wat aku gelak dan logik...
dan bagi aku, filem kongsi ni...
adalah memang boleh buat aku gelak..ala2 lawak2 sengal gitu..
haha..
memang menghiburkan..
dalam FB..a few of my friends yang dah g tengok cakap ...filem ni tak menarik..
banyak yang kurang...tapi bagi aku...kalo filem itu memang di kelaskan sebagai filem komedi..
so it sould be like that la kan..

memang Kongsi filem aksi..tapi dia juga adalah filem komedi...
bab2 teknikal ni..aku memang tak reti sangat..tapi pada pandangan mata kasar aku ni..
semua nye ok aje..
as long as tak membodohkan penonton dan menghiburkan hati..
it should be ok la....

bukan nak bias ke ape...
ada je filem omputeh yang gah je lebih..tapi takde isi..

untuk Kongsi...ada isi nye...
dan bagi yang maseh ragu2 tu..bagi aku..tengok la dulu baru nak komen..

berbaloi je ngan duit tiket yang di beli untuk filem ni..

Give it a try first...
then u decide whether it is ok or not...

but for me...OK AJE!

**lu langsi lu mati...nak tau ape maksud nye..tengok dulu filem ni..baru tau ape maksudnye..hehe....

Wednesday, April 20, 2011

3 idiots..huh.. sape?...

sejujurnye..aku bukan la peminat tegar movie hindustani...
pasal nye aku kurang gemar nak dengar tang lagu2 yang di selit2 kan dalam movie tu..
sangat bukan halwa telinga okeyyy...

aku hanya akan tengok sesuatu movie hindustan kalo filem tu box office dan semua org pun pakat tengok..
wajib le aku tak mau ketinggalan..so kene tengok gak..
contohnye macam filem Kuch Luch Hota Hai dulu tu..
aku tengok aje..pasal filem tu kan cam ala2 tetibe jadi fenomena kat Malaysia..
so aku nak la jadi sebahagian dari fenomena kan..
punye tak sedar diri...dah le waktu tu exam PMR..
tapi layankan aje tengok ck filem tu..
mujur pass with flying colours result PMR aku..hehe..=)

until...ewah..cam ape je kan..
last year...korang ingat tak astro ada wat satu saluran khas untuk raikan kedatangan tahun baru 2011?..
ala ASTRO FIESTA tu?...
ha..saluran khas ni astro dedicate kat kite sume dengan menyiarkan hanya filem2 terbaik dan terbest dan terbox office sepanjang tahun 2010..
dan salah satu nye..
adalah movie...3 IDIOTS...

File:Threeidiots2.jpg

comeyyy tak poster movie nih?..
haha..kelakar okeyyy cite ni..
tapi penuh maksud tersirat..that's why la..
by far this is the best hindustani movie i ever watched!...

plus movie ni dekat di hatii...
pasal menceritakan gelagat pelajar kejuruteraan di sebuah kolej di India..
the truth about student's life is in this movie..
serba sedikit kene gak batang hidung aku sendiri..
hehe...
yang penting dari cite ni..aku belajar tentang kehidupan..
because life is not all about pleased your own self..
but also people around you..
that will make your life more meaningful..

jomm layan sipnopsis movie..

Farhan Qureshi (R. Madhavan), Raju Rastogi (Sharman Joshi), and Rancchoddas Shamaldas Chanchad "Rancho" (Aamir Khan) are three engineering students who share a room in a hostel at the Imperial College of Engineering (ICE). Farhan is studying engineering to pursue his father's wishes over his own wish — to become a wildlife photographer. Raju is studying to raise his family's fortunes while Rancho, driven by his passion for machines and devices, studies for joy of it. However, due to this different approach Rancho incurs the wrath of dean of college, Professor Viru "Virus" Shahastrabuddhe (Boman Irani). Virus labels Rancho and his friends as "idiots" and attempts on a number of occasions to break up Rancho's friendship with Farhan and Raju. In contrast, Virus' favorite student, Chatur "Silencer" Ramalingam, (Omi Vaidya) believes in mindless memorizing over understanding, in order to reach his goals of corporate and social status. Meanwhile, Rancho also falls in love with Virus' medical student daughter Pia (Kareena Kapoor) when he, Raju and Farhan crash her sister's wedding banquet in order to get a free meal, in the process further infuriating Virus.
Things further escalate when the three friends, who are already drunk, break into Virus' house at night to allow Rancho to propose to Pia, and then urinate on a door inside the compound before running away. The next day, Virus threatens to expel Raju unless he talks on Rancho. Not wanting to betray his friend or let down his family, Raju jumps out of the third floor window and ends up in a coma. Following his recovery, Raju takes an unexpected approach for an interview for a corporate job whilst Farhan decides to pursue his love of photography. The two friends succeed with their tasks and this further enfuriates Virus, causing him to come up with a plan that will jeopardize Raju's job. During this process, Pia overhears this and decides to help Rancho and Farhan by providing them with the keys to her father's office. However, Virus catches them and expels them on the spot. After that Pia angrily confronts him, denouncing him for the death of Pia's brother. At the same time Viru's pregnant elder daughter Mona (Mona Singh) goes into labour. A heavy storm cuts all power and traffic, and Pia is in self-imposed exile because of her revealing of her brother's actions. She instructs Rancho to deliver the baby in the college common room via VOIP. After the baby is apparently stillborn, Rancho resuscitates the baby. Virus reconciles with Rancho and his friends, and allows the trio to stay for their final exams.
Their story is framed as intermittent flashbacks from the present day, ten years after Chatur promised to become more successful than Rancho. Having lost contact with Rancho, who disappeared during the graduation party and went into seclusion, Raju and Farhan begin a journey to find him. They are joined by Chatur, now a wealthy and successful businessman, who joins them, brazenly confident that he has surpassed Rancho and also looking to seal a deal with a famous scientist and prospective business associate named Phunsukh Wangdu. When they find Rancho's house in Shimla, they find a completely different Rancho (Jaaved Jaffrey). From him they come to know that their friend was a destitute servant boy "Chhote" who loved learning, while he, the real Rancho, disliked study. The family agreed to let the servant boy study in Rancho's place instead of labouring. In return, the real Rancho would pocket the qualifications and after graduating, the servant boy will cease all contact. The real Rancho reveals that Chhote is now a school-teacher in Ladakh.
Raju and Farhan find Pia and arrive in Rancho’s school. Pia and the fake Rancho rekindle their love, while Chatur mocks Rancho for becoming a school teacher. He asks Rancho to sign on a "Declaration of defeat" document. When Rancho's friends ask for his real name is, he reveals that he is actually Phunsukh Wangdu himself. Chatur finds out about this and is horrified; he accepts his defeat and pleads his case with Phunsukh to establish the business relationship he was after.


serious best movie nih wehh...
sangat2 aku recommend kamu2 sume tengok...
thumbs up!!!!!!!

Thursday, April 14, 2011

Rio ke Riuh?

huwaarghhhhh..ngantuk le pulak...
dah 2 malam tido lewat..
tergelincir skit dari landasan waktu tido selalu nye..
hehe...
selasa malam rabu..entertain Eddy dan Zaid yang datang ke Bangsar...
malam tadi pulak g OU..layan makan2 kat Otak2 Place dan tengok wayang..
late nite show...
ingatkan nak tengok Just Go With It..
sekali nye..dah la sampai lambat..siap2 makan pulak dalam kul 10 lebih..
baru nak g tengok tiket kan..
tiket memang ade je...
tapi malam2 skit...memula cam malas nak tengok gak..tapi bile diskusi semula..
rase nye better tengok..kalo tak cam penant kuar sekejap dan tak buat ape..
so usha tiket lagi sekali..and the earliest show yang ada hanya lah cite....

RIO...


ha..pernah dengar tak cite ni?..
ala..cite katun le...
sepanjang ingatan aku la...ni la movie cartoon kedua yang aku tengok kat wayang..
1st sekali cite Ratatouille...
dan mujur la kedua2 cite pun best!...

memang best cite Rio ni..
so sweet cite nye..and simple..tapi sangat bermakna isi nye...
comel sangat gambar kartun2 dalam cite ni..
dan yang pasti..lawak habisss...
pecah perut aku...
ilang ngantuk jap..
tapi sejuk gile duk dlm movie hall..
lupe nak bawak shawl..
huhu...

hero movie ni..digambarkan ala2..burung dari bandar la..tak reti nak hidup di hutan dan tak reti terbang!...


yang kat sebelah Blu tu heroin cite ni..Jewel name nye..jewel ni ala2 burung tomboi gitu...selesa ngan hidup bebas dan hidup di hutan.yang penting tau terbang.Blu langsung tak tau!..boleh tak?..haha...

cite ni macam cite romantik komedi tapi hero dan heroin adalah burung..
sweet sangat!...
so for those yang nak cari kelainan dalam tengok movie..
Rio adalah pilihan yang tepat..
memang best dan korang akan puas hati!...

Thursday, April 7, 2011

Cun!?..takde la cun sangat...


ha....tengok dah filem ni?...belum tengok?..jgn jeles..aku dah tengok filem ni...malam tadi ..kat GSC MidValley bersama ngan Zaid...ape tarikan nye sampai struggle aku nak g tengok cite ni?..

nak kate minat kat Remy Ishak..idak le jugak..tapi minat nak tengok Maya Karin berlakon...lagi pun aku memang minat ngan genre filem camni...komedi romantik..muahaha....

so tepat pada pukul 9 malam..kami pun masuk dalam panggung..kali ni tak salah hall ye..last time waktu tengok Twilight:New Moon,kami adalah salah hall..mari malu sendiri..muahaha..mungkin teruja nak tengok Edward Cullen yang ensem tu kot....hehe...

emm...my first impression untuk filem ni...aku dah dapat agak...kita akan di sajikan ngan pemandangan yang indah2..well..truly true...macam sangat banyak di hidangkan ngan panorama kampung, sawah2 padi,kerbau2,sungai2..dan macam2 lagi perkara yang boleh di jumpai di kampung.

overall filem ni tak mengecewakan aku...boleh buat aku gelak dan menghiburkan..cume jalan cite nye macam biasa je...even ko boleh expect jalan cite nye camne...

aku penah tengok filem arahan Osman Ali yang Anak Halal...dan bagi aku Anak Halal sangat best dan jalan cite lain dari yang len..dalam Anak Halal,Maya Karin pun ada berlakon jugak...same thing ngan CUN! la..pengarah yang sama dan pelakon yang same...

and to compare with filem lenlain yang Maya berlakon..aku lebih prefer dia dalam filem Pisau Cukur..yang dia berlakon sekali ngan Fazura tu..that one memang best...

so for those yang rase mau release tension ke ape..definitely i'll recommend this film la for u to watch...
boleh aje di tonton filem ni ngan family dan kengkawan...
thumbs up to all CUN! team...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...