Showing posts with label drama melayu. Show all posts
Showing posts with label drama melayu. Show all posts

Friday, November 9, 2012

Ending Drama Julia

Ralat sangat tau..dah la aku memang follow cerita ni dari awal,tapi bila tang ending iaitu hari semalam boleh pulak aku tak dapat nak tercongok depan tv untuk tengok.
 
Kan semalam aku entertain kawan aku dari Kelantan yg turun ke KL,so wajib la tak dapat nak tengok.
 
Memang boleh tengok kat TonTon,tapi mcm dah tak feel.
 
Cuma aku ada tweet kat Twitter n tanya pasal endingnya. Kawan aku reply mcm ni :
 
"Sofia mati. Julia bawak diri ke Korea ngan anaknya. Amir dan Azwan tak tahu yg Julia lari bawak diri ke mana. And sebenarnya Azwan tak tau lagi yg Julia dah jadi anak yatim piatu. Sekian."
 
Tu je yg dia ceritakan kat aku.
 
Kalo betul seperti apa yg di ceritakan,aku mcm ok je la ngan ending ni.
 
Pasal Julia x get back ngan Azwan. Tu yg penting. Aku akan marah dan rasa tak puas hati kalo Julia still nak rujuk semula ngan Azwan. Rasa mcm ok,baik dari awal ko tak payah nak benci-benci kat Azwan.
 
Tapi mujur endingnya lain sikit. So aku happy je la ngan ending ni.
 
Yang penting,drama Julia adalah sangat best.
 
Suka aku tengok pelakon-pelakonnya walaupun memang sakit hati nak mampus ngan Sofia.
 
=P

Wednesday, October 17, 2012

Update Drama Julia

Mak aiii..tegar tak tegar nya aku tengok drama dak Julia ni petang-petang.=p
Sekarang ni dah sampai fasa sedih-sedih dan gerammmmm sesangat.

Sedih-sedih kat Julia pasal di ceraikan oleh Azwan ====> bagi aku,sangat la ok je. Dah la Azwan tu jenis anak mak,lepas tu ringan tangan nak dera dak Jue..so better la ko ceraikan je dak Jue.

Gerammmmm gila kat Sofia pasal kalo boleh semua perempuan dia x nak bagi kahwin ngan Amir =====> tu la...dulu-dulu sapa suruh ko tolek cinta Amir. Sekarang ni nak jilat ludah ko balik kan. Aku memang emooo ngan si Sofia ni. Dari drama Tentang Dhia lagi dia dah suka buat perangai watak-watak gini. Abis semua lelaki dia nak bolot. Hahahaha..aku memang emoo ngan perempuan gini. Apa orang kata tu..budget baguihhhhh!

Kesiannn kat Amir + Nor Ain ======>mau x kesian wehhhhh..diorang tinggal 2 bulan je lagi nak kawin,tapi si Sofia ni ada je idea dia nak halang dari Amir kahwin. Dia nak Amir kawin ngan dia. Amir dah sah-sah terang-terang cakap kat Sofia, yg dia pernah sayangkan Sofia tapi ITU DAHULU!. Cuba la faham bahasa sikit.Duh!


So kita tunggu je la apa kesudahannya drama nih. Suka tengok lakonan Nabila Huda,Fizo Omar dan Fauziah Ghous dalam drama ni.

Very the like!

=)

Tuesday, October 2, 2012

Julia

Tak..ni bukan tajuk lagu Exist tuh. Ni tajuk drama slot Akasia yg baru petang-petang kat TV3 tuh.



Hari ni baru masuk minggu kedua di tayangkan kat slot Akasia. So far minggu pertama banyak scene kat Korea. Time all the main characters still study lagi kat sana. Drama yg menarik perhatian untuk melekap kat TV adalah sama konsep je ngan novel yg menarik. Kalo memang drama adalah best, even episod 1 pun ko dah rasa tertarik nak tengok dan terus tengok.

Sama jugak ngan drama Julia nih. Bila dah masuk minggu kedua nih, aku macam dah dapat agak yg Julia akan merana setelah Amir Hamzah akan tinggalkan dia untuk Sofia. Tapi ni aku agak je la. Aku kan suka main teka-teka.

Dek kerana penangan drama ni jugak, aku terfollow twitter Fizo Omar. Alooolooo..macam charming sangat kan dia dalam cerita nih. Wajib la nak terjatuh chenta jugak kann.=p

So sapa yg tak start tengok lagi tuh,jangan risau, still boleh catch up lagi.
Very the like this drama!






Thursday, September 20, 2012

Malam ni Finale Drama Waris

Wooohuuu..minggu nih banyaknya drama yg bakal habis episod. Yang dah selesai drama "Bukan Bidadari" last Tuesday. Ni malam nanti drama seram Waris pulak. Esok insyaAllah drama ' Kau yg Terindah' pulak. Pulun la aku duk melekap depan tv kan.=P


Waris ni memang aku follow sejak dari drama yang first. Ni kan sambungan dari drama "Kekasihku Seru" dulu tu. Memang mendebarkan. Rasa macam nak tahu dan nak tahu je lagi every week. Awal-awal mcm benci gila kat Sarah pasal very the over posessive. Sampaikan org lain yg tak berdosa semua kena bunuh ngan Cik atas arahan dia.

So malam ni kita bakal saksikan apa kesudahan Waris dan Mas. Agak-agak ok ke tak endingnya? Jangan la ending yang menyakitkan hati aku. Dalam drama nih,suka sangat tengok Fizz Fairuz n Emelda. Sweet sangat!

Malam ni kita sama-sama tengok ek. Bagi sape yg follow la.

=)

Wednesday, September 19, 2012

Ending Drama Bukan Bidadari

Aku bukanlah follower tegar sangat drama ni dari awalnya. Pasal rasa benci ngan Inas yg mcm x sedar diri nak sangat jadi orang bandar sampai sanggup buat ape saja.

Cuma bila dah dekat nak hujung-hujung especially time dia dah kawin ngan Arif yg buat aku tengok n follow drama nih sampai habis. Malam tadi finale nya. Memang semangat aku nak tau endingnya. Pasal nak tau kesudahan kisah hidup Inas. Dan nak tau jugak macam mana Arif boleh hidup lagi.

Rerupanya walaupun Inas dah tolak Arif masuk gaung, tapi nyawa Arif panjang lagi. Dan malam tadi terbongkar rahsia yg semua lelaki yg penah rapat ngan Inas telah di bunuh oleh Arif. Jealous punya pasal. Over possesive.

Malam tadi agak dramatik n suspense jugak. Arif kan berjaya tangkap Inas n mama Inas. End up mama Inas kena kelar kat leher ngan Arif. Mak Wa,Nasrin n Inas terselamat. Ayu isteri Kamal pulak meninggal waktu melahirkan bayi diorang. Sian aku tengok Kamal.

Ending nya macam tu je la. At last Arif kena tikam dek Inas dengan serpihan pasu. Tinggallah Inas dan Nasrin je.

Selamat dah drama nih. Quite ok jugak la. Beri motivasi kat sesapa yg ada abusive husband supaya bangkit pertahankan diri. Cume nya buat la pada jalan yg betul dan sah di sisi undang-undang.

=)


Saturday, September 8, 2012

Adam dan Hawa

ohhhh..aku kan peminat tegar drama-drama Melayu. Maka nya mana-mana drama melayu yang top meletup memang konfirm aku akan tengok.

Baru-baru ni ada satu lagi drama Melayu yang jadi bualan ramai orang. Ala kalo pasal ada Aaron Aziz memang le ramai yang berbual kan. Tapi aku pun minat sesangat kan Aaron Aziz. Romantik giteww.

Drama Adam & Hawa di Mustika HD. Hero yang jadi Adam Mukhriz wajib la Aaron Aziz. Heroin yang jadi Ain Hawani ialah Nadiya Nisaa. I love both of them !

Suka sangat ngan gandingan mereka berdua ni. Since ni drama adaptasi novel dan wajib la jugak aku dah baca lama gila kot novel ni..time kat UKM dulu, maka pemilihan pelakon tu sangat-sangat kena ngan watak dalam novel. I Like!


Nak aku bagi sipnopsis cerita ke? tapi nanti spoil la korang nak tengok drama nya nanti. But what I can tell is the drama is more about "mula-mula x suka..last-last jatuh chinta!".

Mostly novel-novel kat Malaysia giteww le jalan ceritanya. Memula gaduh macam perang dunia ke berapa pun aku tak tau, last-last either kena kawin paksa,kena tangkap basah atau ape trus jatuh cinta. 

So far bila tengok drama ni, memang aku tersenyum le sorang-sorang. Aaron Aziz ala-ala naughty dalam drama ni. Mau tak feeling sensorang aku. Nadiya Nisaa pulak pandai melayan, mau bertambah-tambah feelingnya aku.=p

Sape-sape yang nak tengok,boleh la melekap kat TV setiap hari Isnin-Khamis pukul 10 malam di Mustika HD.

=)

Friday, July 13, 2012

Dejavu Di Kinabalu


Aku x payah explain kan pun takpe kot ape tu Dejavu Di Kinabalu. Hehe. Semua pun mesti tau pasal drama ni yang tengah duk tayang kat TV3 petang-petang pukul 7.  Aku kan peminat tegar drama-drama Melayu. Slot Akasia petang-petang kat TV3 tu lepas satu, satu drama aku follow. Walaupun pada asalnya aku janji x nak follow ape-ape drama tapi tak boleh menahan. Drama sedap kot. Plus dapat pulak pelakon yang kena ngan jiwa aku. Wajib la kene follow kan.

Yang paling baru ni, drama Dejavu Di Kinabalu. Aqasha dan Tiz Zaqyah jadi hero dan heroin.

Dah la aku start minat Aqasha time drama Gemersik Kalbu, ni dia g lagi berlakon dalam drama romantic-romantik macam ni..bertambah-tambah la melekapnya aku kat TV kan.=P

Jalan cerita ni very the sweet esp part diorang berdua baru-baru nak jumpe each other kat Kundasang,Sabah. Aku terus jadi meroyan nak jugak pi Kundasang kan. Last 2 years holiday pi Sabah, tapi duk pusing-pusing KK je. Lepas dah tengok drama , trus rasa nak repeat trip tang-tang tu jugak.

Tapi satu je aku perasan, tapi x tau la maybe ni kebetulan, tapi aku rasa jalan cerita drama ni macam drama Korea “Summer Scent”. Correct  me if I’m wrong. Tapi aku rasa mcm ada sikit-sikit persamaan. Yang tang derma-derma jantung je kot yang sama nya.

X kisah la sama ke tak tapi yang pentingnya, Aqasha dan Tiz memang awesome sesangat dalam drama nih. Very the like sangat-sangat.

And 1 more thing, watak kawan Tiz dalam drama ni yang nama Yuzra tu pun sangat menjadi wataknya. Tapi x perasan la dia pelakon yang mana sebelum ni. Ngan mulut laser dan kepoh dia tu, ngan braces nye tu, ngan kelam-kabut nye tu..sangat-sangat comellll tau!

Drama ni almost towards the end dah. Aku rase dalam next week abis la ceritanya.

Ha..tapi satu lagi yang geram! Watak Uzma oleh Rabecca Nur Al-Islam adalah sangat menjengkelkan okey!..very the annoying!Huh!

Nasib baik la Aqasha n Tiz sweet-sweet gitu so takde la macam nak tumpukan sangat perhatian pada Uzma tu kan.Huh!Potong stim!

Nanti kalo jadi pi Kundasang, harusla feeling-feeling Dejavu Di Kinabalu kan…..


=)

Thursday, January 19, 2012

Gemersik Kalbu

oh..lepas habis demam drama Tentang Dhia..aku ingat kengkonon x nak dh follow mane2 drama Melayu.especially yg untuk slot Akasia petang2 tu.for the first few episodes (2 episod awal je punnn),aku cam pantang kan diri gak untuk tgk..tapi last2,terjebak jugak.pasalnye drama terbaru kat tv3 tu adaptasi dari novel Gemersik Kalbu oleh Anis Ayuni.aku dah baca novel ni.dan memang sangat2 best ceritanya.

so layan punye layan drama..alih2 terbest la pulak!tambah2 Aqasha bawak watak Suffian dlm cite tu.aduh..cair jiwa aku kot!..boleh demam jatuh chenta camni!=)




mcm watak Suffian ni ala2 nakal2 gitewww nak tackle Raihana.ala...comeyyyyy la.memang serius tergoda.aku mcm budget senyum sorang2 je kannnn tengok drama ni.memang x boleh blah.haha..fefeeling sensorang.

korang try r g tengok cite ni.still leh catch up lagi.so far aku rase demam nye dah melanda kot kat malaysia.same cam Tentang Dhia.tapi tu la,kalo cite adaptasi dr novel,mcm dah dpt agak la jalan cite nye.x de thrill gitewww..

tengok la...tengok la tau!

=)

Friday, July 15, 2011

You Saka..Pergi Jauh-Jauh

eh..korang malam khamis buat ape???
emm..kalo tanya kat mereka yang dah berkahwin..
we can expect la kanjawapan nye ape..
tapi kalo tanya aku yang belum berkahwin ni..
meh aku ajak korang tengok cite ni..
YOU SAKA..PERGI JAUH-JAUH....



best tu wooo cite ni...
tergelak2 aku tengok cite ni..
kelakar dan sengal..
dah la pelakon utama Nabil..
memang lawak gileee ah..
Eira Syazira pun macam best je berlakon dalam cite ni..
I like...
hehe..
memang tak mengecewakan...
ye la..selalu nye kalo untuk Slot Seram kat TV3 tu..
mesti cite hantu yang serius..
tapi ni cite hantu yang kelakar..
sweet sangat..
korang try la tengok next week..
ingat tau..Hari Khamis...jam 9.30 malam..
mark the time..
nanti leh share2 pendapat..

=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...