Di petang-petang Khamis ni,aku telah di tag oleh
Aishah La Nina berkenaan tajuk 25 Random Facts About Me.
Tetiba rasa berdebar-debar pulak nak senaraikan sampai 25 fakta tentang diri sendiri. Kengkadang tu kita sendiri pun sebenarnya tak habis kenal pun diri kita sendiri.
Sedikit pesanan :
"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."
Tapi takpe lah,aku cuba jugak untuk senaraikan 25 fakta tentang hidup seorang Mazwana Kamarudin.=)
1) Nama aku Mazwana. Aku rasa dalam Malaysia ni,aku sorang je yang bernama ni. Pasal x pernah lagi jumpa nama yang sama macam aku. Kalo ada pun,namanya Azwana atau Syazwana. Mazwana x de lagi.
2) Umur dah 28 tahun (soon...next week 26hb 12 baru cecah 28 tahun), tapi tak kahwin lagi.=p
3) Aku sebenarnya dah terbiasa ke mana-mana seorang diri. Sampaikan kalo nak shopping apa-apa barang,aku prefer pergi sendiri. Kalo ajak Bib boleh,tapi akan sakit hati pasal dia jenis bukan nak telek-telek,nak belek-belek barang. So lebih baik aku pergi sendiri je.
4)To be honest,aku tak pernah membenci untuk belajar time kat sekolah/universiti dulu. Bagi aku,learning is fun. Paling aku suka,subjek Math dan english dan Sejarah dan semuanya. Dan sampai sekarang,aku masih lagi rindu nak belajar.
5) Paling suka membaca.Baca buku,novel,paper.Semua jenis bahan bacaan.
6) Setiap hari mesti kena baca suratkhabar.Suratkhabar paling suka Kosmo!.Setiap hari mesti beli.Kalo x,x lengkap hidup.
7) Aktiviti holiday mesti di lakukan 6 bulan sekali. So far,target berjaya.Next year,dah ada plan untuk holiday.
8)Suka balik Bentong setiap hujung minggu.KL lupakan je bila di hujung minggu.
9)Menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Wataniah time kat UKM dulu.Merasa la di tauliahkan jadi Leftenan Muda.
10)Tak reti main netball.
11)Kuat makan tapi secara sederhana.
12) Berangan-angan nak jadi lawyer dari zaman sekolah dulu.Tapi end up jadi engineer.
13)Mempunyai ramai kawan-kawan yang still lagi in touch sejak zaman tadika/sekolah rendah.
14) Hanya berani bawak kereta 5 tahun lepas dapat lesen. Lesen P penuh tanpa bawak kereta.=p
15) Adik-beradik 2 orang je.Me n my little brother.
16)Masih simpan lagi koleksi gambar Michael Owen dalam fail.Start kumpul sejak zaman sekolah.
17)Peminat tegar Leonardo Dicaprio.Dulu segala macam barang berkaitan filem Titanic semua pun beli,asalkan ada gambar Leonardo.
18)Tak reti nak berkata "Tidak" kepada orang terdekat.Contoh kalo kawan-kawan ajak g mana-mana,sentiasa on je walaupun tengah takde duit atau dah ada hal lain.
19) Sentiasa mengimpikan nak bukak bisnes sendiri.
20) Hanya tahu pakai tudung bawal.Tudung fesyen lain sangat tak reti dan tak kena ngan muka.
21)Tak suka bila datang kerja pagi-pagi dan tengok meja bersepah pasal orang lain tangan gatal nak ubah-ubah barang.
22)Tak suka bilik tido bersepah.Baju bergayut-gayut.Rimas.
23)Suka makanan kampung.Lauk nasi putih dan ulam dan sambal belacan pun dah cukupppppp ok!
24)Menyokong filem-filem Melayu.Tak kisah kalo tengok di panggung wayang.
25)Sangat cuak bila berat badan mencecah angka 50kg.
Phewwww..lega!
habis pun 25 fakta.
Sorry entry kali ni terpanjang pulak.
Jom tag 25 orang!
Pheww..jenuh!
=)