Showing posts with label big bad wolf booksale 2012. Show all posts
Showing posts with label big bad wolf booksale 2012. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Big Bad Wolf Aftermath Sale




Woohuuu! Aku dah agak dah..mesti akan ada punya aftermath sale!

Aftermath sale ni adalah sambungan kepada Big Bad Wolf Sale yang aku pergi dulu time bulan lepas.

Every year memang selalu pun akan ada Aftermath Sale..sebab tu aku dapat agak confirm tahun ni pun ada. Ape yang best ngan aftermath sale? Besttt la oiiit..buku-buku di jual hanya pada harga rm5 je sebuah!

Gila tak murah!

Dan untuk kali ni nye aftermath sale, ada lagi sebulan lebih..boleh la kumpul duit sesikit!

Yeay!

Untuk baca pengalaman aku g Aftermath Sale yang terdahulu..boleh klik sini.

Saturday, December 8, 2012

Big Bad Wolf Book Sale

Wooohuuuu..akhirnya berjaya jugak aku g petang semalam ke Big Bad Wolf Book Sale!

Gigih half day kerja semalam pasal dah tak sabar nak pegi dan berada di kelilingi oleh timbunan-timbunan buku!

Ramai jugak dah orang petang semalam pasal mungkin cuti sekolah dan ramai yang amik cuti kot. Tapi aku tak dapat la merasa nak g malam-malam buta ke sana pasal takut la jugak kan kalo nak ke sana sorang-sorang. For those yang tak tahu, this book sale sampai hari Isnin nanti will be open for all of us 63 hours straight! Maksudnya tak tutup-tutup. Untuk nak lebih faham boleh klik sini.

Tapi aku lagi suka yang last year nye venue. Last year buat kat MAEPS Serdang. Kat sana parking mudah dan tak jem. Tapi since MAHA 2012 baru habis last week, tu yang tak dapat nak buat kat situ kot. MIECC ok tapi jem la. Mana lagi kereta nak masuk The Mines, mana lagi kereta nak g MIECC. Dua-dua tempat tu kan dekat je. Tu yang lagi heavily congested.

So semalam aku berjaya menangkap 12 bijik buku! Murah hoiii! Sape yang tak nak. Bear in mind sapa yang nak ke sana , sila la bawak beg trolli. Senang korang nak isi buku-buku yang korang nak beli dalam beg trolli tu. Ala beg yang ada roda selalu orang bawak pi holiday tu. Jangan risau,takde yang nak tangkap korang pun kalo bawak beg tu dan masukkan semua buku dalam tu. Pasal yang lain pun confirm akan buat cam tu. Mana cukup tangan kot nak pegang semua buku. Memang di sediakan kotak tapi still tetap berat la kan korang nak pegang. So better bawak something yang beroda. Mudah.

Tengok je la gambar aku kat bawah ni. Takde la banyak sangat tangkap. Pasalnya mana lagi nak pegang buku.nak pilih-pilih buku. Snap gambar ni pun time beratur nak bayar.

=)


beg yang aku bawak nak isi buku.naik rebeh bahu.=p

saja je nak tangkap gambar orang yg queue depan aku time nak bayar

free gift:bookmark.

buku yang berjaya di beli.=)

Wednesday, November 28, 2012

Tak Payah Tidooo...Shopping Je 24 Jam!


Gila gempakkk ah Big Bad Wolf Book Sale tahun ni!!!

Start pukul 6.30 pagi 7 Dec and straight bukak sampai 9.30 malam 9 Dec. Kiranya memang akan bukak   63 jam tak tutup-tutup. Kalo agak-agak rasa tak boleh nak tido malam,boleh le kiranya menghabiskan masa kat nook sale ni!

Aku memang tertunggu-tunggu book sale oleh BookExcess ni. Gila murah kot buku dia jual time ni. Dah la murah, in good condition pulak tu!

From my experience last year, kita boleh dapat buku from as low as rm5 jeeee!

Murah nak mampus dan sangat banyak pilihan!

Mostly buku-buku aku akan di beli kat sini la!

Wah..memang x sabar nak g. Cuma tahun ni tukar tempat.Last year buat kat MAEPS Serdang. Kali ni buat kat MIECC pulak.Ala..belakang The Mines. Lepas shopping kat The Mines,boleh la nyinggah ke sini pulak.

Jumpa di sana!

=)

Monday, August 6, 2012

Big Bad Wolf

Weeehuuuuuuu...it's officially confirmed that Big Bad Wolf Book Sale will be coming back this year!!

the poster
Yeaaaaaahaaaaa...to be exact it will be held end of this year in December. Memang tak sabar nak tunggu kehadiran the greatest booksale ever!

Sempat la aku nak kumpul duit bebanyak for this event. Rugi wehh kalo tak beli buku-buku time sale nih!

Memang tersangat rugi. Mana nak dapat buku yang still elok condition nya pada harga rm8. Bukan buku 2nd hand ok. Memang buku yang ok lagi. Dan bukan pulak buku-buku yang tak terkenal. Tapi semuanya dari novelis-novelis terkenal dunia.

Contohnya books by Cecelia Ahern, Nicholas Sparks, Kristin Hannah and manyyyyy more.

Arghh...betul-betul tak sabar for the event!

Cepat-cepat nak kumpulkan duit nih!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...