Showing posts with label my fave food. Show all posts
Showing posts with label my fave food. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

Addicted To Roti Bom

Memang pun..sejak dua menjak ni,asyik nak makan roti bom je.

Last week,2 hari berturut-turut aku ajak Bib makan. Kalo kat Bentong,aku suka roti bom kat Rahmaniah Corner.Orang Bentong panggil kedai ni RC. Yang RC punya roti bom sangat garing dan tak kedekut gula. Kalau yang TMK punya,banyak marjerin je. Gula x de sangat dan tak garing.

Kalau tetiba teringin makan time kat KL,aku suka layan roti bom kedai Syed kat Lucky Garden,Bangsar. Memang garing dan banyak gula. Macam yang RC.

Tapi masalahnya,kalau makan roti bom ni selalu sangat,aku fikir kalorinya boleh memudaratkan jugak la kan. Marjerin dah sekian,gula dah sekian.  Aku pulak dah la kurang exercise...+_+

Jap..nak tunjuk kat korang gambar roti bom

sumber sini

Perbezaan roti bom ni yang aku tahu,roti bom ni sedikit tebal dan dia macam bergulung-gulung.

sumber sini
Dalam gambar kat atas tu la yang aku maksudkan bergulung-gulung. Hehhee..

Tapi seriously sedapppp..
Ala..korang mesti pernah makan kan??
Sedap kan???


=)


Saturday, January 5, 2013

Putu Piring

Awat la tahun ni agak lembap sikit aku nak post entry. Tapi serius mintak maaf sangat-sangat ye pasal tak mampu nak post entry berkali-kali dalam sehari. Dapat post sehari sekali pun dah cukup syukur tapi memang tak dapattt jugak.

So ni pun kat tempat kerja lagi. Duk melanguk tunggu mould siap di pasang kat mesin. Sat-sat lagi nak kena approve kan barang boleh di mass production atau tak. Sabarrrr je la wahai hatiii!

Nak cerita pasal putu piring je pun. teringat ada satu gambar yang aku sempat snap time sibuk makan putu piring last week. Belinya pun kat Kuala Sungai Baru,Melaka. Kat sana kan popular putu piring dan putu bambu. Dua-dua pun besttt!

putu piring rm1 untuk 3 ketul
Yang ni memang besttt!Time aku nak beli last week,beratur orang menunggu putu piring memasing. Kalo setakat nak beli seringgit dua ringgit takpe la jugak kan. Tapi ni beringgit-ringgit nak di belinya. memang tunggu lama. Pakcik yang jual putu ni cakap dia dah menjual selama 20 tahun. Bayangkanlah lama mana dah dia menjual.

Aku lagi suka putu piring dari putu bambu. Padahal dua-dua pun benda yang sama cuma bentuk je yg lain. Pasal putu piring, inti dalam tu lebih tersebar secara sekata. So puas la sikit nak makan.

Sekarang ni nak cari putu piring dan putu bambu dah susah sikit. Yang aku tahu,kat Chow Kit ada jual. Tempat lain tak tahu la. Dapat pulak makan panas-panas kan..Best nya!

=)


Tuesday, December 18, 2012

Popia Kak Raja

Tadi kan,petang tengah drive nak balik rumah..tetiba tekak ni teringin nak makan popia.

Tapi bukan popia goreng,tapi nak popia basah. Terus teringatkan ada 1 kedai jual popia kat Kampung Medan. Aku penah beli kat situ sekali. Agak aku 2 tahun lepas. Lama dah kan. Tapi ingatkan la gerai tu kat mana.

Terus je la menuju ke situ. Dan mujur gerai tu maseh wujud lagi. Mau x wujud,memang popular kot gerai tu kat penduduk setempat. Selain jual popia basah,ada jugak jual popia goreng dan cucur udang. Yummy!

Tapi aku tadi dah teringin popia basah,wajib la beli popia basah je. 3 ketol. Seketol rm0.80. Murah la. Ada sekali aku beli kat pasar ramadan Kelana Jaya,sampai rm1 seketol.

Dan rm0.80 adalah sangat berpadanan ngan rupa dan rasa. Memang best!! Aku memang thumbs up la kat popia kak raja ni. Penuh ngan isi. Ada segala mcm sayur. Dan paling penting,sambal yg di gunakan sangat best. Ni la star dalam popia ni sebenarnya. Sambal yg best. Pedas.

Korang boleh cuba popia ni. just g kat area Kampung Medan. Mesti jumpa punya.

Tak pun,ce usha faceb0ok:  Popia Kak Raja.

Memang menjilat jari bila makan!

:D



Tuesday, December 4, 2012

Sarapan Pagi Di KFC

Aku kalo ada kesempatan untuk sarapan pagi kat luar,aku suka je nak pergi makan kat KFC.

Walaupun ramai yang suka breakfast kat McD,tapi bagi aku menu sarapan pagi kat KFC lebih menarik dan sedap rasanya. 

Korang pernah try rasa dah?

Aku paling suka Cheezy Egg Bun dan Chicken Porridge.

Rasanya sangat fresh. Kalo yang McD punye mcm ala-ala keras kejung. Nak telan pun tak tertelan. Mahal pun mahal. Mari boikot Mc D!



Kat atas tu adalah antara menu-menu yang boleh di pilih untuk sarapan pagi.

Memang lazat rasanya,. Nak makan banyak-banyak kali pun x pe.

Nanti kalo korang takde idea nak breakfast kat mana,boleh la try kat KFC.

Memang berbaloi!

=)

Friday, November 9, 2012

Makanan Yang Sinonim Time Hari Hujan

Agak² apa makanan yg time hujan² je kita duk terfikir²,terbayang²,teringat² nak makan? Elok pulak time tengah kerja kat pejabat,hujan turun mencurah²,dan² kepala otak ni duk fikir mcm² makanan.

Kalau aku,time² hujan aku craving sangat ngan makanan yg simple je tapi panas². Selalu makanan berkuah mcm t0myam,mee sup,sup ayam...peh!!!

Tapi yg champi0n semestinya...

MEE MAGGI!!!

Memang tak boleh lawan la.. memang orang kata,kalau boleh jam² tu jugak nak pi rendam megi dlm air panas. Masalahnye,dia x kena kalo masak megi style tenggek periuk atas dapur. Paling afdal style masak kena rendam megi dlm air panas. Tunggu sampai kembang. Tu je stepnya. Mudah. Kalo tenggek² atas dapur,mcm tak feel tetime hujan ni.

Memang champi0n la mee megi.

Sesejak musim hujan kali ni,tah bape bungkus megi aku dah k0rbankan masuk perut..

:P


Tuesday, November 6, 2012

Plum Candy

Pernah tak makan 'plum candy'?

Ala,yang asam jeruk merah letak dlm gumpalan gula cair tu..

Susah kan nak imagine guna explainati0n aku tu...hehe..

So korang tengok je la gambar yg aku letakkan ni. Mesti dapat cam kan yg mana.

Suka weh plum candy ni..best.

Dah la besar plum candy ni,bila kulum dalam mulut,nak bercakap pun jadi tak sen0n0h. So kalau rerasa tengah keluar dating,jangan le ngengada nak makan gula² ni. Kang terus bye² je nanti.

Jangan risau ye,plum candy ni halalan toyyiba eh. Halal JAKIM lagi. Tak caya boleh usha bungkusannya tu.

Harga sekarang rm0.20 seketul. Dulu² sep0sen je rasanya.

Semua benda pun nak naik harga kan?


Wednesday, October 31, 2012

Roti sapu Kaya

Perfect c0mbinati0n. Makan ni je pun dah cukup. Roti bersapukan kaya.


Tuesday, October 16, 2012

Mangga Harum Manis

Bukan p0ntianak harum sundal malam ye...tapi mangga harum manis.




Terliur tak tengok gambar kat atas tu??aku memang terliur habis laaa...teringin sangat nak makan mangga jenis harum manis ni.

Aku memang penggemar buah mangga. Mangga muda,mangga masak semua pun fave aku. Kalo mangga muda,cicah pulak ngan kicap dan gula..peh!!terangkat!

Cuma mangga jenis harum manis ni je yg aku tak penah rasa lagi. Mangga ni banyaknya kat negeri Perlis. Tadi saja g0ogle internet,nak tau musim mangga ni bila. Kot² terkena time aku nak pi sana hujung tahun ni.

Tapi...hmmm. dah berlalu pun musimnya. Fr0m info dari interndt tadi,musimnya bermula end of april sampai june! Memang melepas la aku nak makan. Kena tunggu next seas0n pulak.

Tapi teringinnyaaa.....

Mangga harum manis ni sedappp kan??nak rasa jugak!

:p

posted from Bloggeroid

Thursday, October 11, 2012

Burger King Hottest Deals

Lunch tadi aku tetiba teringin nak makan Burger King. Padahal terlalu depan Burger King dalam sunway Pyramid otw nak ke ATM CIMB. Bila dah terbau,perut yg kengkonon tak lapar tu..tetiba pulak jadi lapar kan.

Aku pun pi beratur kat kaunter Burger King. Mula ingat nak Whopper Jr. Burger. Selalu kalo ke Burger King, burger ni je la yg aku tahu dan suka nak makan. Tapi tadi macam nak ubah selera pulak. Kebetulan Burger King tengah ada promo.


Ni la promosinya. Burger King Hottest Deals. Pada setiap masa. Bukan kira ko kena makan time lunch atau dinner je yg boleh dapat harga murah. Pada bila-bila masa sahaja. And so far Burger King takde cakap lagi sampai bila promosi ni. But it's for limited time only.

Murah kot 1 set burger kalo ikutkan promo ni. Almost 40% kurang dari harga sebenar. Sapa tak nak weh!

Tadi aku try makan BBQ Beefacon Cheese Burger. Quite ok. Tak heavy sangat filling nya. Cuma bau daging yg dah BBQ tu agak kuat sikit pada aku. Ala-ala smokey meat gituuu.

So sesape yg nak try burger-burger baru Burger King atau teringin sangat nak makan Whopper Jr., boleh la ke Burger King. 

Pada bila-bila masa sepanjang hari.

=)


Tuesday, September 18, 2012

Kow Po Ice Cream

Agak sinonim jugak la Kedai Ais Krim Kow Po ni ngan Bandar Bentong. Memang sentiasa full house kedai ni. Kalo sesape tersinggah Bentong n teringin nak makan ABC,cendol,Banana Split n lain-lain ais-krim boleh la singgah kedai ni.Kalo tak tau,just tanya je orang-orang kat Bentong,semua pun tahu kedai ni.Landmark mudah,kedai ni seberang jalan depan Hentian Bas Bentong.Kat tengah bandar.

ni yg aku makan semalam..ABC special.=)
Yummy!.memang best! Kedai ni dah ada sejak aku sekolah rendah lagi.A fave hang out spot for all budak sekolah after school session n during weekends. Kalo nak,better datang cepat or else tempat duduk x de yg kosong.

=)

Tuesday, December 6, 2011

It's Back Again!

Yezzza!it's back again!..lama tu tunggu.dah la datang sekali je setahun..pastu with limited time..so kene pulun makan banyak2 ke ape..supaya tak meroyan sementara nak nunggu next season lak..hahaha..

McDonalds Prosperity Burger



Aku dah pi layan dah burger ni tadi waktu lunch..burppppppp..sangat kenyang!dan the taste still the same..kalo nak tambah lagi pedas sampai telinga berasappp...korang letak la black pepper banyak2 lagi.aku paling suke bawang2 yg ada dalam tu...kalo kat gerai2 tepi jalan,leh la request nak extra onion,,tapi kalo kat McD,x leh kannn????hehehe.

=)

Friday, May 27, 2011

memang best..sangat addicted!

sejak dua menjak ni..
aku memang jarang amik lunch...
selalu aku akan makan benda2 untuk alas perut je..
tah le..rase malas nak makan..
boleh tak fikir macam tu?...
hehe...
pasal nye bile perut penuh..maka automatik nye..mata ku pun turut jadi kuyu..
so dah kuyu mata..benda paling syok adalah membuta..which is,takkan nak membuta waktu keje...
sebab tu..aku prefer untuk lit2 lunch je gitu..
(sebenarnye dalam misi mendiet jugak...ngeh..ngeh)

dan salah satu benda yang aku tetibe jadi gemar skang ni adalah...

takde le aku makan sume nih..kalo makan sume nih..sikit lebih kurang aku makan je nasi tu kan..


ala...korang mesti pernah dengar nye kan brand ni?..
auntie anne's..pergh..memang best gile pretzel nye..
aku gemar caramel almond..
dapat lak cicah ngan kaya nye tu..memang terliur r...
pastu makan lak yang panas2 tu..
pergh!..(nasib baik baru makan lunch tadi..kalo tak meroyan le aku nak kene gak berkejar beli pas balik keje nih!..)

tapi sambil2 aku makan tu..aku duk pikir gak..
pretzel ni ape?...
so meh google jap...emmm rupenye ni sebenarnye maksud pretzel...
nih aku amik dari wikipedia...

pretzel (known as Brezel in German) is a type of baked food made from dough in soft and hard varieties and savory or sweet flavors in a unique knot-like shape, originating in Europe. The pretzel shape is a distinctive symmetrical looped form, with the ends of a long strip of dough intertwine brought together and then twisted back onto itself in a certain way ("a pretzel loop"). Pretzels in stick form may also be called pretzels in the English-speaking context. For seasoning and decoration various glazes, salt crystals, sugar and various seeds or nuts can be used. The size varies from large enough for one to be sufficient, to much smaller.
 so ok tak explaination ni?..
macam pretzel ni jenis roti yang kene ada macam ala2 ikatan tali la rupe bentuk nye..
la camtu ke...idak le tau nye aku ni..
tau makan dan rase nye memang best tu aje...
hehe...


**makan aunti anne's lunch tadi..tapi sampai ke waktu nak balik dari opis ni..macam kenyang lagi...!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...