Showing posts with label me and my life. Show all posts
Showing posts with label me and my life. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Cemburu

Cemburu.

Memang cemburu.

Tapi setiap kejadian itu ada hikmah dan rahmat di sebaliknya.

Cemburu la banyak mana pun...cemburu la.

Kalau kau masih tak bergerak dari tempat kau,cemburu itu tiada maknanya.

Akan lagi membuatkan hati kau sakit.

Bergerak dan maju ke hadapan..

Baru kau sedar cemburu kau itu ada maknanya.

Satu titik tolak untuk kau cabar diri kau.

Cemburu itu ada baik..

Cemburu itu ada buruknya.

Hanya tunggu untuk kau pilih.

Semuanya di tangan kau.

Isu Nama

Photo: Lawak: Budak Nama Su Lu Tertekan Di Lahad Datu

Bayangkan anda adalah cikgu kepada pelajar yang tulis surat ni, apa agaknya yang akan anda lakukan lepas habis baca surat ni? Komen sikit?

Baca Selanjutnya Di : http://rx.hu/tQYA
-k-

Tengah scroll FB tadi,terbaca someone post benda ni kat wall.

Tak tahu la nak gelak atau ape.

Salam Jumaat buat semua.

=)

Thursday, March 7, 2013

Lepak Kat Dataran Merdeka


Lawa kan bangunan Sultan Abdul Samad ni waktu malam?

Aku tangkap gambar ni malam tadi time tengah lepak-lepak ngan Bib ngan Dataran Merdeka.

Bib turun KL temankan aku bukak puasa. So lepas makan-makan kitorang duk lepak-lepak jap kat dataran. Malam tadi mcm panas pulak rasanya. Membahang aku duk dalam kedai makan tu. Jalan-jalan jap amik angin kat dataran.

Syokk ooo duk tengah-tengah padang tu. Angin pulak laju je nak menyapa muka. Sangat refreshing.

Ramai jugak yang duk lepak bawak family malam tadi. Berkejar berlari ngan anak-anak kecil. Seronok tengok.

Tapi aku duk tak lama. Dalam pukul 12 tengah malam kitorang gerak balik.

Lupa jugak la masalah sekejap malam tadi. 

Ringan jap kepala.

=)

Wednesday, March 6, 2013

Gaji Oh Gaji!

Aku cuba untuk tak nak meroyan pasal hal ni.

Tapi aku rasa bab-bab gaji ni memang sensitif kot. Bukan kata mata duitan tapi sebagai semangat kita untuk bekerja. Aku ni ha dah beberapa bulan gaji asyik dapat lambat. By right,paling lewat setiap 7hb akan dapat gaji. Tapi few months lately asyik terlajak je date gaji keluar.

Aku mulanya malas nak amik kisah sangat, tapi bila di fikirkan, aku ada hak kot untuk meroyan!

Macam bukan salah kami-kami ni pun gaji lambat keluar. Management yang punya hal,kenapa kami yang kena tanggung? Sungguh tak berhati perut langsung!

Hak kami sebagai pekerja korang abaikan dan buat muka tak bersalah je! Aku betul-betul dah fed-up nak kerja macam ni. Pemangkin semangat buat hal..mcm mana aku nak fokus pada kerja. Biar lah kalo orang cakap aku kerja semata nak dapat gaji tapi memang betul pun lah kan. Ada ke yang suka-suka nak buat kerja charity? Kalo memang tugas kita sebagai sukarelawan memang la tak pe. Ni status kita pekerja yang di bayar.

Aku dah tak tahu nak cakap mcm mana kat management. Diorang mcm x da perasaan bersalah.

Aku dah naik fed-up!

Ni gaji last month x keluar pun  lagi. Sudahla lambat kira, sekali bila dah kira,duit tak cukup  dalam akaun untuk bayar gaji !Hari ni baru terhegeh-hegeh nak pi collect cheque semua!

So salah sapa? Salah kami ke sampai kami kena tanggung ini semuaaaaa!

=(


Tuesday, March 5, 2013

Candy Crush Saga



Game yang aku tengah gila main sekarang. Nak install kat telefon pun boleh..nak main thru FB pun boleh. 

Memang gila main game ni. Dah la makin tinggi level makin susah. Aku dah seminggu lebih stuck kat Level 35. Sekali dia bagi nyawa,5 set je. Habis 5 set,ko kena tunggu berjam-jam jugak untuk 5 set yang seterusnya. Kalo nak cepat,ko paksa le sesapa kawan-kawan ko yang main jugak benda ni untuk bagi nyawa ihsan.

Selalu yang jadi mangsa untuk aku paksa bagi nyawa adalah Eddy. Time dia tengah kerja pun aku paksa dia bagi nyawa. Geram pasal payah nau nak settle level. Dah la nak tunggu nyawa lama. Tensionnn!

Ce korang pulak try main. Gerenti tension. Aku sungguh tak faham nape payah benar aku nak lepas level 35.

=(

Monday, March 4, 2013

Bunohan Menang Filem Terbaik FFM25

FFM 25 berlangsung hari Sabtu yang di acarakan oleh Erra Fazira dan Fahrin Ahmad. Aku pun x tengok dari mula. Tengok time dah hujung-hujung.

Sempat tengok time Faizal Hussein (Bunohan) menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Maya Karin (Ombak Rindu) menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan sudah semestinya Bunohan selaku Filem Terbaik!



Bangga wehhh bila filem ni menang pasal aku gigih kot tengok filem ni kat wayang.

Aku rasa aku ada buat review pasal filem ni.

Jap cari arkib.


Bestt weh cerita ni. Sapa yang tak tengok lagi memang rugi!

Dan aku pun tumpang happy bila tahu Maya Karin menang Pelakon Wanita Terbaik. Aku memang minat gilooosss kat dia. Semua movie dia semua aku layan tengok kat pawagam. Cerita Anak Halal dan Pisau Cukur is antara fave movie yang aku suka tengok Maya Karin berlakon.



So congratulations to those yang menang!

Memang puas hati tengok senarai mereka yang menang!

=)



Thursday, February 21, 2013

Percubaan Pertama Buat Donut

Last week hari Ahad aku mcm ala-ala bosan gila nak mampus kat rumah. Tak tahu nak buat apa. Pastu tetiba aku terajin nak menggodek buku resepi mak aku. Sekalinya resepi buat donut je yang lengkap bahan-bahan ada kat rumah. So aku pun tanpa fikir panjang terus la pilih untuk buat donut. Serius gamble gila.

Resepi nya aku lupa. Pasal aku pun rujuk buku mak aku tu.

Tapi ni la rupa doh yang siap aku uli.

siap ada signature jari jemari aku lagi
Aku buat ni semua tanpa mak aku di sisi tau untuk guide. Nak jugak betau kan bahawasanya aku buat sensorang tanpa sesapa guide. Kelakar la pulak rasanya.

Dan setelah doh dah di biarkan berehat,aku pun membentuk jadi donut. Pun tak guna acuan. Free hand je gituu.

Ni la hasilnya setelah dah siap di goreng.

Gebu kata nya.

Mak and adik aku cakap keras sikit kulit luar. Isi lembut. Bib pun cakap macam tu. Mungkin pasal aku x sabar nak menggoreng so guna api dapur yang besar. Nak cepat siap. Hasilnya keras di luar lembut di dalam.=p

But ok la kan untuk pertama kali. Terus sekarang ni tetiba aku jadi rajin nak kumpul resepi dan bila balik rumah nanti nak try buat.

=)

Wednesday, February 20, 2013

My Tweet in Beautiful Nara Blog

Hahahahaha...

Glamour jap aku 2,3 menjak ni kan. Ni pun member aku yang inform. Pasal dia yang baca entri blog tersebut. Entri Abg Nara pasal Adibah Noor jadi DJ Suria FM. Tapi dia ada copy paste la kan tweet-tweet dari followers Kak Dib  kepada Kak Dib berkenaan hari pertama beliau kat konti. Termasuk la aku.=)


Hehehhee..takde le Abg Nara mention nama aku pun, tapi dia featured kan some of the random tweets yang followers Adibah Noor bagi kat Adibah. So bangga la jap kan muka dan nama aku keluar kat blog meletuppp.

Korang usha la entri tersebut. Mesti ada nampak tweet aku yang x seberapa tu.

=p

Monday, February 18, 2013

My Heart Not Belong Here

Huhuhuhuhu...Monday blues...

Seminggu lamanya cuti sempena raya cina.

Nak balik kampunggggggg!

=(

Saturday, February 2, 2013

Pening Nak Memilih

Seriously aku dah pening..

Semua pun lawa-lawa..

Takde idea nak pilih yang mana..

Helpppp!











Since mak aku bagi hint macam berkenan ngan kaler ala-ala turquoise dan bila aku belek-belek kat Google,aku suka pulak ngan kaler Tiffany Blue.Lebih kurang macam turquoise jugak,tapi lebih soft but daring.

The 2 last palette menarik perhatian aku.

Setuju?

For more colour palette go to The Perfect Palette.

Have fun picking your dream colour combinations!

=)

Addicted To Roti Bom

Memang pun..sejak dua menjak ni,asyik nak makan roti bom je.

Last week,2 hari berturut-turut aku ajak Bib makan. Kalo kat Bentong,aku suka roti bom kat Rahmaniah Corner.Orang Bentong panggil kedai ni RC. Yang RC punya roti bom sangat garing dan tak kedekut gula. Kalau yang TMK punya,banyak marjerin je. Gula x de sangat dan tak garing.

Kalau tetiba teringin makan time kat KL,aku suka layan roti bom kedai Syed kat Lucky Garden,Bangsar. Memang garing dan banyak gula. Macam yang RC.

Tapi masalahnya,kalau makan roti bom ni selalu sangat,aku fikir kalorinya boleh memudaratkan jugak la kan. Marjerin dah sekian,gula dah sekian.  Aku pulak dah la kurang exercise...+_+

Jap..nak tunjuk kat korang gambar roti bom

sumber sini

Perbezaan roti bom ni yang aku tahu,roti bom ni sedikit tebal dan dia macam bergulung-gulung.

sumber sini
Dalam gambar kat atas tu la yang aku maksudkan bergulung-gulung. Hehhee..

Tapi seriously sedapppp..
Ala..korang mesti pernah makan kan??
Sedap kan???


=)


Friday, February 1, 2013

0102-Birthday Nisa

Happy Birthday Nisa!

Nisa ni kawan baik aku sejak matriks.

Jap nak cari gambar tunjuk kat korang rupa nya si Nisa ni.

nisa yang pakai baju biru bercermin mata.ni gambar lama kat bilik aku time kat UKM.
Hehee...old school lagi gambar aku bagi korang tengok. Gambar lama time kami-kami masih muda remaja. Nisa datang melawat aku kat UKM. Time ni Nisa belajar kat UPSI. Gigih kan dia datang melawat aku jauh-jauh. Siap overnite lagi.

Aku kenal Nisa sejak zaman matriks lagi. Matriks kat Kolej Matrikulasi Melaka,Londang,Masjid Tanah. Tak merasa nak belajar ke London,Londang pun jadi laaa...=p

Kira-kira plus minus dah almost 10 years la berkawan. Aku sangat-sangat senang berkawan ngan Nisa. Dari dulu sampai la sekarang.

Last year Nisa dah berkahwin. Dan sekarang menetap di Kuantan. Memang dia orang Kuantan pun. Dapat pulak bertemu jodoh ngan orang Kuantan jugak. Nisa sekarang bergelar guru di SMART Kuantan. Ngajor Kimia. Dulu-dulu aku n Nisa hardcore Kimia. Sebab tu masing-masing punya course kat uni pun amik Kimia. Cuma aku lebih kepada kejuruteraan, Nisa lebih kepada bidang pendidikan.

Btw..meleret pulak cerita pasal birthday girl kan. Takpe la..sempena birthday Nisa.Apa salahnya dedicate entri khas untuk birthday girl.

So kepada Nisa yang paling aku sayang..happy birthday! Tak sabar nak jumpa ko! Rindu sangat-sangat kat ko!

Happy Birthday!

=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...