Showing posts with label BFF. Show all posts
Showing posts with label BFF. Show all posts

Monday, December 23, 2013

Wedding Rizal

aku mcm kebetulan sangat pakai baju kurung ikut tema.dah bolehhh jadi pengapit.=p

Last Saturday aku attend wedding kawan lama sejak sekolah rendah,Rizal Kasmu dan pasangan kat Rest House Bentong. Aku datang lewat la jugak. Dalam pukul 2.30 petang baru sampai. Pasal sebelum tu aku attend ada 1 wedding dekat ngan rumah aku duduk. So dahulukan yg dekat . Lagipun suami jadi penanggah kat rumah org tu..tu yg aku nak kena tunggu dia siap bertugas baru gerak ke wedding Rizal pulak.

Tapi aku suka je nak sampai lambat.Pasal boleh laaa beramah-mesra ngan pengantin.Kalau datang time tengah peak hour,memang tak dapat la nak berborak bagai semua kan ngan pengantin.

Time aku sampai tuu..orang pun tak ramai dah.So aku tak serabut nak cari meja makan yang kosong. Nak amik makan pun tenang je.Hihihi...

Rizal ni kawan baik aku sejak sekolah rendah sampai la ke besar ni. Sama-sama masuk UKM dulu. Memang BFF sangat la katakan. Time raya adalah wajib dia datang beraya umah aku dan sebaliknya. Macam tak best la pulak kalau tak hadirkan diri kan ke wedding dia ni. Kad by hand sampai ke rumah aku..tu yang aku segan kalau tak gi. Ye lahhh..gigih kot dia nak hantar kad pusing satu bandar Bentong ni..so kena la amik kira semua tu kan.

Anyway Rizal..tahniah to both of you. At last,di lema ko yg ko selalu duk runsing kat aku tu dah ternoktah la ye. Semoga berbahagia ngan Hanis sampai bila-bila. Berkat jodoh pilihan keluarga. Alhamdulillah.

Nanti cepat-cepat lekat anak ye. Boleh la anak kita sebaya nanti.Hahahhahaa....

=)

Friday, February 1, 2013

0102-Birthday Nisa

Happy Birthday Nisa!

Nisa ni kawan baik aku sejak matriks.

Jap nak cari gambar tunjuk kat korang rupa nya si Nisa ni.

nisa yang pakai baju biru bercermin mata.ni gambar lama kat bilik aku time kat UKM.
Hehee...old school lagi gambar aku bagi korang tengok. Gambar lama time kami-kami masih muda remaja. Nisa datang melawat aku kat UKM. Time ni Nisa belajar kat UPSI. Gigih kan dia datang melawat aku jauh-jauh. Siap overnite lagi.

Aku kenal Nisa sejak zaman matriks lagi. Matriks kat Kolej Matrikulasi Melaka,Londang,Masjid Tanah. Tak merasa nak belajar ke London,Londang pun jadi laaa...=p

Kira-kira plus minus dah almost 10 years la berkawan. Aku sangat-sangat senang berkawan ngan Nisa. Dari dulu sampai la sekarang.

Last year Nisa dah berkahwin. Dan sekarang menetap di Kuantan. Memang dia orang Kuantan pun. Dapat pulak bertemu jodoh ngan orang Kuantan jugak. Nisa sekarang bergelar guru di SMART Kuantan. Ngajor Kimia. Dulu-dulu aku n Nisa hardcore Kimia. Sebab tu masing-masing punya course kat uni pun amik Kimia. Cuma aku lebih kepada kejuruteraan, Nisa lebih kepada bidang pendidikan.

Btw..meleret pulak cerita pasal birthday girl kan. Takpe la..sempena birthday Nisa.Apa salahnya dedicate entri khas untuk birthday girl.

So kepada Nisa yang paling aku sayang..happy birthday! Tak sabar nak jumpa ko! Rindu sangat-sangat kat ko!

Happy Birthday!

=)

Monday, January 7, 2013

10+ Years of Friendship

dari kiri : asma',ti,zaida and wana
Ni gambar yang di ambil time jumpa-jumpa last week hari Sabtu kat Midvalley. Sorang anak Ti dan sorang lagi anak Zaida. Aku n Mah bakal menyusul nanti. Wakakaka...
 
Boleh di katakan rutin tahunan jugak untuk jumpa dengan diorang ni semua. Rindu kot ngan zaman studi kat UKM. So ni la masa nya nak berjumpa-jumpa kembali dan mengimbau kenangan lalu. Dulu time takde anak memasing. Ni jumpa semula anak dah berderet.  HAhahaa..
 
Tapi aku dapat jumpa kejap je diorang, pasal aku sampai lambat. Tuntutan kerja di hari Sabtu.Huh!
 
But at least dapat jugak lunch sesama. Gigih mereka tunggu aku sampai untuk makan sekali.
 
Patutnya Wawa pun ada dalam gambar ni tapi dia balik awal. So x de la gambar Wawa kali ni.
 
It's always fun to meet them. And bergosip-gosip. Hehehehe..
 
Rindunya zaman UKM....dan hampir 10 tahun kitorang kenal. Ngan Zaida and Ti aku dah kenal diorang since sekolah menengah lagi.Bayangkan betapa dah lama nya kenal. Kebetulan masuk UKM sesama pulak.N aku kebetulan lagi dapat sebilik ngan Ti time 1st year. Dan tahun-tahun seterusnya juga.
 
Mudah-mudahan persahabatan ini akan berkekalan.
 
=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...