Showing posts with label my blog. Show all posts
Showing posts with label my blog. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Banner from Mia Liana

Wana Owen

Thanks Kak Mia..
 
Tolong buatkan banner.
 
Yeay!Blog aku ada banner dah!
 
=)

Thursday, December 20, 2012

Sedikit Penambahbaikan

The Diary Of Didiey ada buat satu review tentang blog aku ni ha. Thanks ye Didiey pasal sudi komen blog ni.Much appreciated!

Ada satu komen yang Didiey yang aku taken into consideration. Didiey cakap blog aku akan nampak lebih kemas kalo di buat sidebar border.

So aku pun duk google tutorial cara-cara nak buat sidebar border. I came across this tutorial--->Blog Kerana Manisnya Epal.

Mudah la bagi aku nak membuatnya ikut step-step yang di ajar.

Dan hasilnya.....

dah ada border.tapi simple je la bordernya.
Cukuplah buat permulaan dulu kan. Nanti aku buat yang bombastic punye pulak.

Hehe...thanks to the comment and for the tutorial also. Really helpful!

=)

Thursday, December 13, 2012

Segannn Nak Tunjuk...

Segannn nak tunjuk tapi tetap nak tunjuk jugak..



Hehehehe...dah naik jadi seringgit.

Lepas la kalo nak belanja korang semua makan gula-gula.

Tu pun tah dapat berapa bijik je pun.

Tapi CPUV tak pernah dapat lagi.

Padahal dah beria hantar tiket. Tapi tiket nya tak pernah nak sampai ke NUffnang. Asyik ada error je time nak proceed.

SO aku pun naik malas nak teruskan usaha.

=p

Monday, October 22, 2012

Yang ke-200

Alhamdulillah..tercapai jugak niat aku nak promote blog follower aku yg ke-200.

Orang kata nak menghargai beliau la. Kerana berjaya menempatkan diri selaku follower yg ke-200.

Eh..followers yg lain pun aku hargai..sangat-sangat hargai..cuma yg ke-200 ni aku raikan pasal ye lah..jenuh jugak nak menyampaikan ke angka 200 nih.

Dan insan yg bertuah tu...


Cik Mai dari blog Senyum!!

Aku pun dah terjah blog Cik Mai kita ni. Amboii...followers dia..ramai nau!

Tak terkejar aku. Hehehehe...

Aku ada baca previous entry Cik Mai. Banyak mengisahkan pasal kehidupan dia sebagai seorang student kat UiTM Kuala Pilah.

Aku suka baca blog milik student-student uni. Pasal sesambil baca tu, sesambil la teringat zaman aku belajar dulu-dulu.

Rindu sesangat.

Cik Mai kita ni pun rajin update entry blog beliau.

So moh le kita reramai terjah blog Senyum!!


=)

Saturday, October 20, 2012

Ada Nampak Peningkatan



Hmmm....aku dah start buat akaun dan set up blog kat Blogger dah lama. Tahun lepas bulan 3.  Sebelum ni aku berblog guna WordPress. Tapi Wordpress macam kurang meriah. Dan ramai yg guna Blogger. So aku pun set up satu blog kat Blogger.

Memula join Blogger aku adalah sangat blur. Tah macam mana nak tarik follower dan bagi naik sikit blog aku ni. Percaya tak sampai setahun lebih pun follower aku x sampai 20 orang pun. Hahahaa..

Tapi sejak mula fokuskan kembali kepada blog ni,alhamdulillah aku mula faham serba sedikit apa itu dunia blog. La...mana le aku tau kena join segmen atau GA nak kasi promote blog. Sebelum ni aku buat endah tak endah je. And so far,dalam 2 bulan fokuskan kat blog dan memahamkan diri strategi-strateginya,bilangan follower dan pageview ada meningkat. Baru lah ada semangat sikit kan nak menulis. **Menulis la sangatttt..=p*

So this entry aku dedicatekan khas kat semua yg pernah singgah kat sini dan jadi followers aku. 
Aku x de la nak janji ape sangat, tapi kalo boleh aku akan cuba menulis benda-benda yg menarik dan kalo boleh menulis secara berkualiti. 

TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT PADA YG SELALU SINGGAH BLOG AKU NI. TANPA KORANG SEMUA, BLOG AKU MEMANG TAK BERMAYA.

KEEP ON SUPPORTING ME!

=)

Friday, October 5, 2012

Dah Dapat Header Baru...=)

Comelll tak header baru yg Amy Fendi hadiahkan????

Hehehe...thanks a lot ye adik Amy Fendi.

Teruja akak tengok header baru nih.

Nak buat sendiri tak reti.

=)

Tuesday, September 11, 2012

Memudahkan Orang Lain Datang Singgah

Sejak few weeks lately aku kan rajin sikit duk belek-belek blog aku ni. So ada few improvement yang aku dah buat untuk memudahkan orang ramai bila datang singgah blog aku nih.

Perubahan ni pun aku buat after rajin nau pi blog orang dan buat aktiviti following. Aku perasan kalo aku takde button follow nun kat atas tepi kanan blog,macam orang akan fed-up nak scroll ke bawah sampai ke sudah tapi maseh tak jumpe column folloers aku. Sebab aku pun experiencing the same thing bila certain blog owner x letak button tu kat atas blog.

credit to  twenty2december.blogspot.com  for this image.=)


So aku amik inisiatif untuk google tutorial cam mana nak wujudkan button tu.

Meh aku kasi a few links yang berguna dan mudah untuk korang ikut :

http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2011/11/tutorial-letak-button-follow-dan.html

http://twenty2december.blogspot.com/2011/09/tutorial-cara-letak-button-follow-dan.html

http://www.lyssasecret.com/2011/02/tutorial-letak-button-dashboard.html

http://www.duniakongsi.net/2012/02/cara-letak-button-follow-dan-dashboard.html

http://misluvcoklat.blogspot.com/2011/11/tutorial-cara-letak-button-follow-and.html


Ni a few links yang mudah untuk korang ikut step-stepnya.

Selamat mencuba!

Wednesday, September 5, 2012

"Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!"

Semalam dapat follower baru. Then aku pun rajin la nak buat kunjungan balas. Rupa-rupanya dia tengah buat GA. Aku sebelum nih rajin nak join segmen. Tetiba hari ni terus rajin nak join GA pulak.

Aku kan ala-ala masih hijau lagi dalam dunia blogging nih. Walaupun dah setup akaun blogger ni lama , tapi memang non hadooo.

http://ohgadisitu.blogspot.com/
Ha..ni la blog yang buat GA tu. tuan blog nama nya cik si pipi merah.

Cik Si Pipi Merah mintak buat entry pasal blog kita. Katanya "Blog Saya Biasa-Biasa je Tapi Cool!!"

a ah..tapi memang pun blog aku ni biasa-biasa je. Blog aku ni aku banyak bercerita tentang novel-novel yang aku dah baca dan aku reviewkan kat sini. Selain tu aku rajin jugak review filem-filem yang aku dah tengok. Rancangan TV pun aku rajin review dalam blog ni.

Lagi pulak aku rajin jenjalan ke sana-sini. Pi holiday semua. So pengalaman pi holiday semua aku ada abadikan dalam blog yang tak seberapa ni. 

Tapi tang cool tuh aku macam tak reti nak describekan macam mana. Cool is a big definition. Aku pun sampai skang masih tak dapat nak faham apakah cool yang orang duk cakap-cakapkan. Maybe cool because of simple and steady? Bagi aku itulah maksud 'cool'. So untuk blog aku ni, memang sangat simple je. Loading pun tak lama. Apa yang orang nak cari, terus korang bolehh jumpe. Aku pun rajin je nak reply korang punye komen. So that's cool la kan..=)

Cik Si Pipi Merah ada mintak entry terbaik aku. Aku akan bagi entry aku yang dapat hit paling banyak. *Chewahhhh..berangan hit banyak..hahahha**



Ok..done with all the requested. So engkorang semua meh la join sekali GA nih.

Alamak aku tak reti la nak tag-tag orang. Aku tag semua yang baca entry nih!

Friday, August 17, 2012

Percubaan Pertama

Korang jangan terkejut lak tengok header baru aku tu. Saje je letakkan jugak walaupun nampak sedikit huduh sebagai tanda nak appreciate hasil kerja sendiri. 

Orang lain duk sibuk kat Photoshop ape bagai, aku just buat kat Paint je. Agak kurang inisiatif di situ.

So sorry kalo header agak kurang menarik.

I will try put up the new one.

So for the time being, just bear with the "huduh" one.

ni yang huduh punyeee

Tapi di sebabkan aku duk google lagi tadi..nak cari lagi kot-kot ada cara nak buat header yang lebih mudah,dan alhamdulillah ada jumpe satu cara yang mudah. Ce korang usha tutorial dia kat Snow Pink.
So far cara yang Cik Snow Pink ajar adalah yang paling mudah untuk beginner macam aku.

Dan hasilnye dapat lah begini..

first try.=)



 Kirenya korang terselamat la dari nak kena ngadap header first aku yang bulat-bulat kat atas tu. Sungguh tak kreatif di sini ye.

=p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...