Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

December Birthday Bash

Semalam kan cuti public holiday sempena Hari Natal, so keluarga besar Jaharah Haji Yasseh amik kesempatan untuk buat makan-makan sempena meraikan ahli keluarga yang lahir bulan 12. Yang lahir bulan 12 ada 3 orang iaitu Ila (1/12), Uncle (9/12) dan aku (26/12).

So kebetulan semua free semalam dan ramai-ramai la turun ke rumah Mak Lang di Janda Baik untuk event ni.

Menunya semalam ialah soto nasi dan BBQ. Aku tolong buat bergedil dan menyibuk kat tempat bakar ayam dan ikan. Aku tengok jumlah ikan dan ayam yang nak di bakar tu boleh tahan banyak jugak. Siap risau takut banyakkk sangat sampai tak habis. Tapi rupanya sekali hadappp je. Petang tu dah licin dah semua. Aku sempat makan ayam seketul dua dan ratah kongsi-kongsi ikan pari sekeping.Itu je.Yang lain tah mana la hilang masuk perut siapa.Hihihi..

Aku takde snap gambar pun semalam cuma nasib baik Mak Andak rajin nak snap-snap time kitorang nak potong kek dan start makan. Sat eh..godek Mak Ndak nya FB.

Kompilasi gambar sempena event semalam

Yang aku tak fahamnya,birthday cake untuk org bulan Disember tapi yang tukang tiup lilin dan potong kek orang yg lahir bulan Februari. Thaqif memang suka overshadow orang lain.Hihihi.

Durian yang penuh dalam kereta tolak tu yang baru gugur semalam. Pokok-pokok durian kat sekitar rumah Mak Lang baru start gugur. Aku pun apa lagi tengok orang lain makan aku pun join sekali .Sampai lupa yg aku ni mana boleh makan durian sangat. Kang naya je kencing manis naik.Huhuhu.

So far ni memang family event yang kerap jugak buat. Nak buat makan-makan kat kedai mcm tak berbaloi. So buat masak sendiri dan makan sendiri kat rumah sendiri lagi puas hati. Kos pun jimat. 

Terima kasih kepada semua ahli keluarga yg sudi meraikan kami semalam. Hihihi..

=)

Friday, November 30, 2012

Boy or Girl?

Ce teka?

Boy or Girl?

Hehehe....

Rindu sama ini budak c0mel...:!


Monday, November 26, 2012

Telefon Baru Untuk Abah

Memang abah tak mintak untok di belikan telef0n baru. Tapi aku tak sampai hati pulak bila tengok telef0n yg abah selalu guna tu sampai dah di ikatnya dgn getah. Agaknya cover belakang tu dah l0nggar. Bila terpandangkan je telef0n berikat getah tu,aku jadi sebak. Kesusahan abah ada dpn mata,tak kan aku nak buat tak nampak. Aku tahu perasaan dia bila balik kampung tengok org lain telef0n canggih², abah mesti nak jugak merasa pakai.

Tapi abah sedar,keadaan kewangannya sekarang buat dia tak mampu nak berlebih²,duit yg ada cukup sekadar untok belanja sehari² je. Dan aku jadi bertambah sebak...

Apa guna jadi anak...kalo benda sekecik tu pun aku x belikan. Jadi,aku berpakat dgn adik aku untok k0ngsi duit berdua dan belikan telef0n baru untok abah.

Kalau dulu²,time kitorg kecik²,abah 0n the spot tunaikan kehendak kami. Jadi apa salahnya bila dia dah pencen,kami pulak buat benda yg sama. Memang abah tak meminta,tapi sebagai anak,aku sedar tanggungjawab aku.

Walaupun kami belikan telef0n yg tak mahal mcm org lain,tapi abah dah cukup bersyukur.

Kami belikan dia telef0n Samsung Chat 0n je. X da la beria mcm org lain. Tapi sekadar abah nak berinternet dan sebagainya dah cukup lengkap.

Terima kasih abah atas segala-galanya. Kak l0ng rasa sedih tak dapat nak belikan abah brg mahal². tapi kak l0ng akan sentiasa balik rumah bent0ng setiap hujung minggu. Nak temankan abah dan mama.

Terimalah hadiah tak seberapa kak l0ng dan kimai jika nak di bandingkan dgn kasih sayang yg tak ternilai yg abah dan mama dah berikan buat kami berdua selama ini.


Wednesday, October 3, 2012

Mark0nah

Ahli keluarga terbaru koleksi kucing-kucing kat rumah makcik aku..

Mark0nah namanya. Mana dapat nama pun tak tahu lah. Aku dengar makcik aku panggil kucingnya yg ni 'mark0nah',aku pun ikot sekali sebut.


posted from Bloggeroid

Monday, October 1, 2012

Weekend Feast

Dalam family aku,m0stly pakcik n makcik n sepupu² aku ramai yg birthday bulan 9.

So semalam petang saja je la buat makan² sikit untok yg sekali harung celebrate semua birthday. Boleh gitewww?:p

Tak da buat masak ape sangat pun. Just bakar ayam,goreng² nugget n aku buat kek coklat kukus. Malas nak beria beli kek secret recipe. Makan kek buat sendiri je mudah.







Ni kek yg aku buat. X topping pun ngan coklat. Very the topless. Asal ada kek je k0nsepnya.






X da la bnyk pun menu nye. Kang buat banyak² pun,x habis jugak. So better stick to yg sederhana je.

But anyway,it's quite a while jugak x gathering ramai² mcm ni. So we did have fun yesterday.

Huhuhu...sebab tu aku selaluuu h0mesick!

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 25, 2012

Happy birthday my brother!

Wah...semangat gitu! Hari ni birthday adik aku yg ke - 22 tahun. Besar panjang dah adik aku ni. Dia je la the 0nly sibling yg aku ada. Dah kata dua beradik je kan. Adik aku lelaki so wajiblah tak da sesi -sesi sister b0nding time kan. Tapi aku tau he's always be there for me.

Walaupun selalu bergaduh dulu²,and kalau cakap pun ber 'aku' ber'engkau' tapi we're still siblings!

Happy birthday my little brother! Have an enj0yful 0ne n may u succeed in your life. Thanks for being my g0od little brother. Walaupun kakak mu ini kekadang mendesak,but it's for your g0od.

:D



Ni gambar kitorang berdua time holiday ke bandung.

posted from Bloggeroid

Monday, July 9, 2012

Little Cousins


Aku ada seramai 15 orang sepupu kat belah Pahang. Tapi yang sama-sama membesar ngan aku hanya 10 orang. Yang lagi 5 tu semua nya wujud time aku dah besar dan dah habis uni pun. Aku sepupu sulung. So bayangkan lah seramai 14 orang aku nak handle. Takde la handle mana pun but whatever it is, they’ll look up at me la kan.

Yang aku nak cerita ni pasal 5 sepupu aku yang masih lagi kecik-kecik lagi. 3 orang anak Mak Andak dan 2 orang anak Mak Cu aku. Dan seperti biasa di zaman pembesaran mereka-mereka ini, ada terselit seorang je perempuan. Sama macam zaman pembesaran kami-kami dulu. Dalam ramai-ramai tu, hanya 2 org je yang pompuan. Aku and Ila. Yang macam sekarang, hanya Ecah (anak Mak Andak) je yang pompuan nye. Habis la kene buli ngan yang lain.

                  
Ni la budak 5 orang tu. Yang kat belakang sekali tu Faiz. Budak baju hijau rambut cacak dan duduk nampak lutut berdarah tu Thaqif nama nye. Yang sebelahnye tu,yang buat muka budget-budget comeyyyy tu Amsyar namanye. Adik Thaqif. Yang terselit perempuan sorang tu..Ecah namanya. Memang x reti nak senyum la Ecah ni. Yang tetibe kepala pi pusing ke belakang tuh Zahid nama nya.
Ni la 5 orang yang jadi penceria family aku setiap kali family gathering. Tengok kelakuan budak 5 orang ni memang boleh jadi ketawa besar. Ye la, dah lama kami 10 orang x de budak-budak kecik dalam family, sekali lahir lah mereka-mereka ni, memang rasa excited gila..

Setiap sorang ada perangai masing-masing. Tapi yang paling hero..Thaqif n Zahid. Faiz sejak dah besar-besar sikit ni, x sudah tengok cerita kartun kat TV. Siap dah hafal rancangan kartun dia. Kalo kita alih nak tengok cerita lain, mula la dia “Abang bosan la cerita ni”. Haisyyyy…mana tah belajar word ‘bosan’ tu.

Ecah duk berkepit ngan Ira je. Mana kakak sepupunye tu pegi, dia follow je. Amsyar pandai main sendiri. Tapi kuat menjerit. Sepelaung pun boleh dengar lagi suara menjerit dia. Memang nyaring.
Ni la 5 orang yang jadi ‘colours of my life’. Sebulan x jumpe budak kecik 5 orang nih, rasa rindu sangat-sangat. Mujur la Bentong-KL x jauh mana . Dapat la at least 2 minggu sekali kitorang gathering reramai kat rumah Janda Baik.

=)

Monday, March 19, 2012

Birthday Celebration

Sepatutnye birthday Ecah n Faiz hujung bulan ni.Tapi since skang cuti sekolah n ramai yg free,tu yg buat awal.Just small party untuk sedara-mara je.Tengok gambar jom.


comeyyyy kek ecah ...kak long yg jeles...hehe

zahid nak menyibuk jugak walaupun bukan birthday dia.

happy  birthday ecah n faiz
HAPPY BIRTHDAY ECAH N FAIZ.

*Tetibe aku jadi x tau nak tulis ape.monday blues i guess*

Thursday, October 13, 2011

Family Gathering + Birthday Party

For those yg tak tau..(budget sume nak amik kisah kan..hohoho)..aku memang jenis rajin sesangat setiap kali hujung minggu adalah balik ke kampung.
Macam sesuai tak ayat,bile hujung minggu je,aku macam tak tau nak buat ape kat KL?
Serius bunyi macam ayat seorang loser (+_+) tapi apa kan daya,i've enough with KL..
Tapi memang betul pun...
Dedulu time study kat UKM,,aku macam dah sikit lagi nak jadi anak tak kenang budi pasal setiap kali weekends atau cuti panjang2 skit ,aku macam malas nak balik kampung..
So time tu adalah merambu serata KL dan Selangor.
Pi pusing semua tempat2 menarik dan shopping mall yg ada sampai tak ingat dunia..
Tepon mak ayah bertanya khabar pun jarang time tu..budget kengkonon takde kredit kan nak tepon padahal sebilang masa bersms ngan Moneng..ada lak kredit nye..
Sampaikan mak aku lak yg tepon tanya khabar aku dan siap bagi ayat pedas..eh..lame dah tak tepon..sihat ke?..
Huahuahua..
Tapi tu la..zaman remaja yg tak kenang budi..gitu le gamak nye..
Hahah...selalu aku malas balik time tu pasal nye..ye la,,,nak balik ke Bentong time tu..agak sedikit hazab la..
Pasal nye nak kene bersalin2 train..baru la sampai ke Pekeliling..
Pastu nak naik bas lagi...berebut2..adoiii..sungguh la malas nye...

Sebab tu,bile dah keroje ni...macam tebus balik ke apa masa bersama family.
Tambah pulak,dah bekereta ni..mudah la sikit nak bergerak2 khas pulang ke kampung.
Dalam sejam dah leh sampai.
So jgn nak buat alasan malas nak balik kampung.
Dah tak leh di guna pakai alasan sedemikian.hehe..
Sampaikan kalo kawan2 nak buat event ke ape..diorang cam dah dapat agak dah..aku hujung minggu je,tak de kerja len,melainkan balik Bentong.
So diorang cepat2 akan chop aku ke ape.
Jap..budget seorang artis la pulak kan..hoho..

So last week,aku balik lagi kampung.
Tapi nye aku balik pagi Ahad la.
Macam nak kene balik gak..because ada wedding yg perlu di attend dan jugak Mak Andak wat makan2 sempena birthday Zahid.
Actually belated birthday..tapi tak pe la..layan kan aje makan2...
Mak Andak masak nasi beriani,mee sup,karipap dan rencam2 lain la.
Aku lak sponsor Apam Angry Bird.tempah kat Nur.
kat bawah ni,aku letak gambar2 suasana time makan2 tu.
Maaf lah,,,tak de la semegah mane pun..tapi the quality time we spent with family tu yg penting kan?
Hehe....=)

Btw..Happy Belated Birthday Zahid...!

birthday boy -Zahid.yg kat belakang yang tengah menarik rumput tu Pak Lang.

haha...segan nak tunjuk kot suasana makan2 nye.tapi memang ni la tempat hang out  paling aku suke dan kami sekeluarga suka.abaikan suasana bersepah atas meja tu.hoho.dak lelaki dan pompuan tu dua2 pun sepupu aku.

maseh lagi gambar kat meja bergosip kat luar umah.kalo balik kampung,tak de makne nak duk dalam umah sambil tengok tb.memang tv tak laku kot bile balik sini.yg laku,meja kat luar tempat update segala jenis cite.yang pakai baju kurung merah ni name nye Mak Lang.

ni baru sikit family yg join.tapi meja macam dah tongkang pecah.mujur ada aku  yg rajin untuk clearkan semua barang atas tu dan pi basuh.padahal memang tugas aku kot.hehe.

ni pulak kolam ikan belakang umah.aku rajin nak layan perasaan je kat sini.nak memancing bukan aku la.pasal aku jenis malas nak tunggu pancing.

Monday, July 4, 2011

Hujung Minggu

salam....
aku kalo hari Isnin je...takde keje len..
mesti Monday Blues...
dan selalunye Monday Bluesnye....bukan setakat hari isnin je...
sampai hari Khamis pun tak abis2 lagi...
haha...
nampak sangat pemalas keje aku ni...
isy..jgn begitu Mazwana...tak berkat ape yang kita dapat...

Sabtu dan Ahad aku habiskan masa kat Kampung Janda Baik..
g balik umah maklang..
lagi pun mak ayah aku dari hari isnin dah duk berkampung kat situ...
so aku pun suke je nak balik janda Baik...
sejuk skit suasana...
kalo kat Bentong..mak aiii...panas gile...
berjemban2 peluh kuar....

mood buat kek kukus maseh meninggi..so hari Sabtu..aku pun struggle buat lagi..
dan Alhamdulillah..kali ni MENJADI!!!!..
wah...sangat teruja aku!!!..
bangga jap ngan diri sendiri...
hehe...=)


hari Ahad lak...berkumpul reramai ngan family2 yang len..
tengahari buat masak2 lauk gulai lemak kaki ayam bersama rebung pekasam.gulai lemak labu dan gulai tempoyak ikan patin!!!..best gile!...
dan...aktiviti petang nye pulak..
duk layan blues tepi kolam sambil tengok mereka yang len memancing...
aduhaiii..syok nye!...

mau tak nye..hari ni MOnday Blues!!!...

ha...ni la kolam kami...tu yang duk memancing tu..semua nye  makcik + pakcik +sepupu aku..yang duk baring2 ni..sepupu aku...layan blues lak memasing kan..hehe...

ni lak sepupu aku..name nye Aishah..tapi kitorang panggil ecah...alahai..aku nak snap gambar dia..dia tak mo senyum..memang mahal skit senyuman dia ni..tapi btw..lawa kan gambar ni...padahal tangkap gune tepon je...



.maseh merindui suasana bersantai bersama keluarga...
cepat la weekends semula!

Friday, May 20, 2011

Dua Hari Yang Genting

Salam semua...
semalam dan hari ni memang hari yang agak genting buat aku dan keluarga..
kalo semua nak tau..last year ayah aku admitted to the hospital regarding his failure kidney..
entry tu aku ade post di blog lame aku kat wordpress...
kalo tak silap..kejadian tu berlaku awal Feb tahun lepas...
after that..so far ayah aku sihat la..tapi tak boleh nak wat keje berat dan memenatkan..

so setelah setahun kejadian tu..ayah aku still lagi maintain kesihatan nye..
ayah aku ni pulak jenis mendengar cakap doktor..org kate patuh la ngan segala macam appointment yang doktor set upkan..
tak pernah miss nye..
tu yang alhamdulillah kesihatan nye maseh terjaga di bawah pemantauan doktor..

until hari khamis iaitu semalam...
petang hari rabu,mama dah kol aku cakap mintak tolong antar ayah aku g hospital / klinik...
sebab nye ayah aku kene gout + kencing berdarah..
mama pulak cakap siap ngan sebak2 dia..
lagi la aku cuak nye..
rase macam cepat la skit hari khamis supaya aku boleh hantar abah g jumpe doktor..

then pagi khamis,aku pun gerak dari bangsar pepagi buta ( g keje pun tak seawal nih!) untuk amik abah di damansara damai...
kami terus ke hospital sungai buloh...
kalo ikut plan asal...abah akan di bawa jumpe doktor elliza (klinik elliza di bentong a.k.a personal doctor abah)...tapi bile pikir2..
takut ape2 hal kene tahan wad ke ape...cam jauh lak nak ulang alik dari damansara damai..
tu yang g ke hospital sungai buloh...
sampai di HSB...memang awal sampai..sekali nye kul 11 lebih baru dapat masuk bilik rawatan eventhough abah ada bawak surat rujukan doktor yang doktor HTAA kuarkan..
ok fine..kami sabar je tunggu..
sekali bile masuk jumpe doktor..boleh tak doktor tu tanya balik bapak aku...surat ni untuk ape..
hello..dah kenape nak tanya benda yang camtu..as if macam dia tak penah jumpe lagi benda sebegitu sebelum ni...
dah satu hal..ayah aku lak duk terang kat doktor tu surat tu pasal tu..(seolah2..baik doktor HTAA tak yah kuarkan surat tu..kalo dah bapak aku balik yang kene explainkan kat doktor HSB..hangin je aku..aku rase doktor HTAA dah buat kerja yang baik..preparekan surat rujukan / case history of my father then apa2 hal doktor yang merawat bapak aku walau di mana sahaja berada boleh refer je kat surat tu..tapi yang aku tak paham..kenapa dia tak pahammmmmm..)

sudah nye..dia just test ayer kencing bapak aku je..then dia cakap...bapak aku ok..takde ape yang membimbangkan..dia bagi ubat dan kami pun pulang ke umah dlaam pukul 12 tengahari..

aku pulak dah melepak di umah damai,malam tu gerak balik ke bangsar ..
pagi2 esok nye..iaitu hari ni..bangun pagi untuk g keje dalam keadaan malas(memang ni sikap aku..jgn pelik)..
dalam pukul 9.15 pagi,mama tepon lagi aku nangis2..cakap abah demam panas..dan ngadu buah pinggang dia sakit...(FYI..bapak aku skang ni ada 1 je buah pinggang..tu yang kene taken extra care..makan bagai kene jaga..)
aku pulak dah cuak gile la sekali lagi..terus gerak balik damai semula dari kilang..dan tanpa berlengah..
bawak balik abah ke Hospital Bentong..
tak KUASA dah nak g HOSPITAL SUNGAI BULOH! dah...
struggle tak aku...??..
demi abah..aku sanggup struggle...
sampai kat HB..sangat la jap je prosesnya..
sampai2 je..daftar,tunggu jap..nurse amik blood pressure, temperature dan kandungan gula dalam badan..
pastu tunggu jap lagi untuk masuk bilik rawatan..
tu pun tunggu dalam 15 minit je ..doktor dah panggill...
sangat cepat dan pantas..itu sume pasal..kes bapak aku di klasifikasikan sebagai kes warga emas dan berkerusi roda (tak larat bapak aku nak jalan dah..tu yang pakai kusi roda sebaik sampai kat sepital)...

dan kat Hb..doktor siap buat blood test lagi..
dan alhamdulillah..doktor cakap takde ape2 hal..
hanya kencing kotor sahaja...

itulah pengakhiran 2 hari aku yang genting..
so skang ni..aku di umah Bentong yang sentiasa di rindui...
hujung minggu ni di Bentong!..
yeay!

=)

**yang penting abah sehat ...alhamdulillah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...