Thursday, April 11, 2013

Monthly Budget

Salam semua...aku dah lama tak menulis kan..dah lama sangat. Blog aku meriah sekarang ni pun pasal aku buat GA tuuu.Thanks pada siapa yang sudi join. Tak sangka dapat banyak sambutannnn.

So hari ni aku nak konsi cerita pasal monthly budget. Walaupun aku tak kahwin lagi (....tapi bakal kahwin hujung tahun ni..insyaAllah), tapi bagi aku bab-bab budget ni memang la kena amik kira sesangat.

Sebenarnya bukan kira gaji kita banyak atau sikit bila nak buat budget ni. Yang gaji banyak tu la tentu-tentu kena buat budget. Buatnye overspend dah naya kannn.

So all this while, ni la formula budget yang aku follow dari dulu. Cukup ideal :

70% expenses
30% saving

70% expenses tu merangkumi hutang-hutang dan perbelanjaan harian. Kalau kata hutang bertimbun,maka sikit la perbelanjaan kita.

30% saving tu pulak merangkumi caruman insurans/takaful,ASB dan segala bentuk simpanan yang lain.

Untuk ajar diri berdisplin dalam menyimpan wang, setiap kali dapat gaji,tolak tepi siap-siap 30% savinng. Jangan amalkan mendahulukan perbelanjaan baru nak menyimpan. Memang sampai sudah x akan menyimpan.

Nak senang,cari maklumat untuk mana-mana simpanan yang boleh di buat dalam bentuk direct debit. Memang tentu-tentu akan tertolak duit kita kan.

Untuk takaful pulak,aku amat nasihatkan semua untuk amik. Mana tahu kesihatan kita tak mengizinkan,kita ada back-up money. Ingat semuaaa...kalau kereta boleh kita insuranskan,kenapa tak kesihatan diri kita? Kereta hancur / rosak ada gantinya...kesihatan?????

Sekarang ni takaful ada sekali ngan fungsi menyimpan. 

Sapa rasa nak tahu lebih lanjut apa itu takaful,boleh hubungi aku. Benda yang baik aku patut share dan kongsikan ngan ramai orang. Pasal aku pun dah 2 tahun amik polisi takaful. Yang baru-baru dapat anak atau dah ada anak,better start menyimpan jugak. 1 Takaful untuk 1 keluarga.

Fikir untuk jangka masa panjang..bukan fikir nak senang sekarang je.

Korang agak-agak apa yang mahal kat dunia ni? Jawapan aku adalah kesihatan. Cuba bayangkan kalau korang semua sanggup berhabis duit nak jadi lawa,nak jadi cantik ..sama jugak untuk dapat kesihatan yang baik. Semuanya memerlukan duit. Bersedia dari awal kan mudah.

=)


2 comments:

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...