Monday, December 31, 2012

My 2012 in a Wrap

Lagi lebih kurang 4 jam je lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru 2013. So i think this is the best time for me to l0ok back at this year and rewind all the journey.

N0thing much this year. Semua pun berjalan lancar. Cuma ada masalah sana sini tu aku anggap semua tu perkara n0rmal untok manusia.

Ada banyak benda yg aku pelajari sepanjang tahun ni. Antaranya tanggungjawab aku sebagai anak sulung,pengurusan kewangan yg betul dan aku rasa tahun ni aku lebih mendekatkan diri ini ke jalan ALLAH SWT. alhamdulillah.

Dari segi perhubungan ngan Bib pulak. Aku rasa sangat² lega kerana perhubungan kami berdua di meterai dlm satu ikatan yg lebih kukuh. Dan mudah-mudahan tahun 2013 akan menyaksikan kami di satukan. InsyaAllah.

Macam tulis esei pulak aku ni kan.

Tapi just nak ucap 'SELAMAT TAHUN BARU' buat semua. Mudah-mudahan 2013 akan menjadi 1 lagi tahun yg gemilang buat kita semua.

:)

Friday, December 28, 2012

Banner from Mia Liana

Wana Owen

Thanks Kak Mia..
 
Tolong buatkan banner.
 
Yeay!Blog aku ada banner dah!
 
=)

Ole-ole dari Jogja

Aku ada 1 tabiat iaitu suka nak kumpul t-shirt 'i love...'. Tapi x kisah pun kalau x tulis 'i love..',asalkan ada perkataan nama tempat.

Dan kawan aku yg nama Azwar adalah sangat kerap pi holiday. Setiap kali cuti sekolah. Pasal dia cikgu,so mudah la kan nak berjalan². Everytime dia nak holiday,selalunya yg jadi mangsa untok hantar dia ke kl sentral adalah aku. Aku kan rajin orangnya.:p

Maka aku pun amik la kesempatan ngan mintak dia belikan t-shirt kat tempat² yg dia pegi holiday tu.

Malam tadi aku tlg hantarkan dia lagi,and sempat jugak dia passkan 1 t-shirt yg lama dah dlm simpanan dia,cume x bagi lagi kat aku.

T-shirt dari Jogjakarta.

Lawa kan?kaler ijau.

Dah banyak kali dia belikan untok aku. Bangkok,Sydney,Bali dan yg terbaru ni Jogja.

Ala...kawan lama ni. Sejak tadika lagi,x kan tak boleh nak pow sikit kan.

:D


Thursday, December 27, 2012

26.12

Satu tarikh keramat buat diri ini..
Peningkatan usia seiring dgn waktu..
Dapat di rasakan perbezaan perasaan dulu dan sekarang..
Kalau dulu,memang excited nak sambut birthday.
Tapi sekarang,bila mana memikirkannya,hati rasa sebak..
Cukupkah amalan di dada?
Berjayakah aku selama ini menjadi anak yg baik kpd mama dan abah?
Apakah arah tujuan hidup aku?
Banyak persoalan bermain di minda...

Namun tetap ku syukuri,aku masih bernafas melewati dunia ini.
Meski masih banyak ilmu yg tak di pelajari lagi,insyaAllah akan ku cuba baiki amalan di dada.

Thanks for all the wishes.
At this age,it's n0t present that i wanted m0re..but doa fr0m all my friends and family.

Much appreciated.

:D

Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday

Musim durian dah tiba kat kampung aku.:D


Bloglist Blogger Baharu 2013 | Segmen Tambah Follower !

http://www.ahsfantasy24.com/2012/12/bloglist-blogger-baharu-2013-segmen.html


Salam Rabu buat semua!
 
Jom join segmen ni!
 
=)

Tuesday, December 25, 2012

Pendusta





A song for all of you .

Enjoy listening and happy holiday!

=)

Monday, December 24, 2012

Semua Orang....

 
...pun postkan entry pi holiday sana-sini.
 
Sesuai la ngan keadaan dah nak hujung tahun ni kan. To be exact,this week is the last week of 2012.
 
Sementara nak masuk 2013 nanti,yang kita pun tak tahu apa untung nasib kita, baiklah semua pun pulun nak menggumbirakan hati dan jugak spend masa ngan family kan.
 
So aku hujung-hujung tahun ni tak de ke mana-mana. Just spend masa ngan family kat rumah dan sebab tu hujung minggu je balik Bentong.
 
It's consider a holiday jugak la kan.
 
So selamat bercuti-cuti Malaysia kepada semua.
 
And aku nasihatkan jangan sangat ke water theme park/sungai/public pool dan seangkatannya. Risau la kes-kes kencing tikus dan semestinya musim hujan ni kan.
 
Let's be cautious rather than bersedih-sedihan di kemudian hari.
 
=)

Segmen : Aku dan Instagram

Bicara Mak Dara
Aku dan Instagram


Salam Isnin buat semua..

Mood memang melauttt ye hari ni pasalnya esok public holiday.Maka takde makna nak gembira sangat kerja hari ni.

Dannn..sesambil BW tadi,terjumpa Segmen Oleh Mak Dara ni haaaa...

Suka weh segmen ni..pasal berkaitan ngan Instagram.

Aku agak tegar jugak lak upload gambar ke Instagram.

Dah 400++ gambar aku uploadkan.

Jom usha antara gambar-gambar yang aku dah uploadkan.









Ni lah antara gambar-gambar terbaru yang aku uploadkan.

Jom follow aku!

@wanaowen

Saturday, December 22, 2012

Segmen Bloglist Jan 2013


Hari ni temanya adalah join segmen je...

Jom join segmen yang ni pulak.

Just klik je link yang aku bagi tuuuu..

=)

Segmen Review Blog Saya By Eira Blogspot

http://sheiraeiyra.blogspot.com/2012/12/segmen-review-blog-saya-by-eira.html

Salam Sabtu buat semua.

Jom join aku sertai segmen Review Blog Saya By Eira Blogspot.

Cukup mudah syarat penyertaannya.

Semudah 1,2 dan 3!

=)

Friday, December 21, 2012

Tanda Tanya


Melangkah di lorong tak bernama
Bersandar di papan tanda
Matahari bertukar arahnya
Bergetar seluruh jiwa
Terbayangkan kesunyian
Walau tergantung tanda tanya


Chorus
Kau adalah misteri yang bernyawa
Melihat mendengar dan kau menghidup cinta
Kau seperti wangian sanubari
Dapat menghapuskan indera

Kata hati semakin berputar
Mengikutkan arah masa
Melintasi lopak di landasan
Mengukir satu makna
Ada lagi seribu jawapan
Yang tersangkut di fikiran
Walau bercampur tanda tanya


Ulang Chorus
Tak pernah ku
Aku berlari
Menembusi saat indah sejauh ini
Tak terhitung tidak terganti
Waktu ku lewati sampai akhir nanti

Biarkan saja mereka kan lupakan jawapan
Tapi yang pasti tetap teguh menanti
Mencari rahsia ini
 
nyanyian oleh kumpulan Azlan And the Typewriter
**lagu dan lirik yang menarik.suka dengar.=)**

Bloglist Januari 2013 Ayu Insyirah

http://ayuinsyirah.blogspot.com/2012/12/jom-join-bloglist-januari-2013.html

Quite a while rasanya tak join segmen bloglist.

Hari Jumaat yang indah ni mcm sesuai je ngan banner gambar ros ungu ni.

So jom join ramai-ramai bloglist oleh Ayu Insyirah.

=)

Elephant Tower





Percaya tak ada wujud bangunan ni kat dunia ni?

Sila percaya pasal memang wujud nun kat Bangkok,Thailand.

Sesuai ngan gelaran negara Gajah Putih, maka ada satu bangunan di dirikan sempena gelaran tu.

Sedikit info tentang bangunan ni :

Project Owner : Thammathani Co., Ltd.

Location : 3300 Phaholyotin Rd., Ladyao, Chatujak, Bangkok

Project Description : The Elephant Tower consists of three 32-storey buildings connected with 7-storey vierendeel trusses spanning 32 metres.


Walaupun pernah tersenarai antara bangunan terburuk di dunia,tapi rakyat Thailand tetap berbangga dengan terbinanya bangunan ni.

So kalau Malaysia di gelar Harimau Malaya,kena di bina jugak ke apa bangunan berbentuk Harimau?

=p

Thursday, December 20, 2012

25 Random Facts About Me

Di petang-petang Khamis ni,aku telah di tag oleh Aishah La Nina berkenaan tajuk 25 Random Facts About Me.

Tetiba rasa berdebar-debar pulak nak senaraikan sampai 25 fakta tentang diri sendiri. Kengkadang tu kita sendiri pun sebenarnya tak habis kenal pun diri kita sendiri.

Sedikit pesanan :

"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

Tapi takpe lah,aku cuba jugak untuk senaraikan 25 fakta tentang hidup seorang Mazwana Kamarudin.=)

1) Nama aku Mazwana. Aku rasa dalam Malaysia ni,aku sorang je yang bernama ni. Pasal x pernah lagi jumpa nama yang sama macam aku. Kalo ada pun,namanya Azwana atau Syazwana. Mazwana x de lagi.

2) Umur dah 28 tahun (soon...next week 26hb 12 baru cecah 28 tahun), tapi tak kahwin lagi.=p

3) Aku sebenarnya dah terbiasa ke mana-mana seorang diri. Sampaikan kalo nak shopping apa-apa barang,aku prefer pergi sendiri. Kalo ajak Bib boleh,tapi akan sakit hati pasal dia jenis bukan nak telek-telek,nak belek-belek barang. So lebih baik aku pergi sendiri je.

4)To be honest,aku tak pernah membenci untuk belajar time kat sekolah/universiti dulu. Bagi aku,learning is fun. Paling aku suka,subjek Math dan english dan Sejarah dan semuanya. Dan sampai sekarang,aku masih lagi rindu nak belajar.

5) Paling suka membaca.Baca buku,novel,paper.Semua jenis bahan bacaan.

6) Setiap hari mesti kena baca suratkhabar.Suratkhabar paling suka Kosmo!.Setiap hari mesti beli.Kalo x,x lengkap hidup.

7) Aktiviti holiday mesti di lakukan 6 bulan sekali. So far,target berjaya.Next year,dah ada plan untuk holiday.

8)Suka balik Bentong setiap hujung minggu.KL lupakan je bila di hujung minggu.

9)Menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Wataniah time kat UKM dulu.Merasa la di tauliahkan jadi Leftenan Muda.

10)Tak reti main netball.

11)Kuat makan tapi secara sederhana.

12) Berangan-angan nak jadi lawyer dari zaman sekolah dulu.Tapi end up jadi engineer.

13)Mempunyai ramai kawan-kawan yang still lagi in touch sejak zaman tadika/sekolah rendah.

14) Hanya berani bawak kereta  5 tahun lepas dapat lesen. Lesen P penuh tanpa bawak kereta.=p

15) Adik-beradik 2 orang je.Me n my little brother.

16)Masih simpan lagi koleksi gambar Michael Owen dalam fail.Start kumpul sejak zaman sekolah.

17)Peminat tegar Leonardo Dicaprio.Dulu segala macam barang berkaitan filem Titanic semua pun beli,asalkan ada gambar Leonardo.

18)Tak reti nak berkata "Tidak" kepada orang terdekat.Contoh kalo kawan-kawan ajak g mana-mana,sentiasa on je walaupun tengah takde duit atau dah ada hal lain.

19) Sentiasa mengimpikan nak bukak bisnes sendiri.

20) Hanya tahu pakai tudung bawal.Tudung fesyen lain sangat tak reti dan tak kena ngan muka.

21)Tak suka bila datang kerja pagi-pagi dan tengok meja bersepah pasal orang lain tangan gatal nak ubah-ubah barang.

22)Tak suka bilik tido bersepah.Baju bergayut-gayut.Rimas.

23)Suka makanan kampung.Lauk nasi putih dan ulam dan sambal belacan pun dah cukupppppp ok!

24)Menyokong filem-filem Melayu.Tak kisah kalo tengok di panggung wayang.

25)Sangat cuak bila berat badan mencecah angka 50kg.

Phewwww..lega!

habis pun 25 fakta.

Sorry entry kali ni terpanjang pulak.

Jom tag 25 orang!

Aishah La Nina                                         



Pheww..jenuh!

=)

Sedikit Penambahbaikan

The Diary Of Didiey ada buat satu review tentang blog aku ni ha. Thanks ye Didiey pasal sudi komen blog ni.Much appreciated!

Ada satu komen yang Didiey yang aku taken into consideration. Didiey cakap blog aku akan nampak lebih kemas kalo di buat sidebar border.

So aku pun duk google tutorial cara-cara nak buat sidebar border. I came across this tutorial--->Blog Kerana Manisnya Epal.

Mudah la bagi aku nak membuatnya ikut step-step yang di ajar.

Dan hasilnya.....

dah ada border.tapi simple je la bordernya.
Cukuplah buat permulaan dulu kan. Nanti aku buat yang bombastic punye pulak.

Hehe...thanks to the comment and for the tutorial also. Really helpful!

=)

Bersopan Dalam Berpakaian




=)

Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday

My current favourite sandal.weehuuu..!


Tuesday, December 18, 2012

Popia Kak Raja

Tadi kan,petang tengah drive nak balik rumah..tetiba tekak ni teringin nak makan popia.

Tapi bukan popia goreng,tapi nak popia basah. Terus teringatkan ada 1 kedai jual popia kat Kampung Medan. Aku penah beli kat situ sekali. Agak aku 2 tahun lepas. Lama dah kan. Tapi ingatkan la gerai tu kat mana.

Terus je la menuju ke situ. Dan mujur gerai tu maseh wujud lagi. Mau x wujud,memang popular kot gerai tu kat penduduk setempat. Selain jual popia basah,ada jugak jual popia goreng dan cucur udang. Yummy!

Tapi aku tadi dah teringin popia basah,wajib la beli popia basah je. 3 ketol. Seketol rm0.80. Murah la. Ada sekali aku beli kat pasar ramadan Kelana Jaya,sampai rm1 seketol.

Dan rm0.80 adalah sangat berpadanan ngan rupa dan rasa. Memang best!! Aku memang thumbs up la kat popia kak raja ni. Penuh ngan isi. Ada segala mcm sayur. Dan paling penting,sambal yg di gunakan sangat best. Ni la star dalam popia ni sebenarnya. Sambal yg best. Pedas.

Korang boleh cuba popia ni. just g kat area Kampung Medan. Mesti jumpa punya.

Tak pun,ce usha faceb0ok:  Popia Kak Raja.

Memang menjilat jari bila makan!

:D



Monday, December 17, 2012

Satu Lagi Kisah Kehidupan

Mudah-mudahan semuanya akan berjalan lancar.

Ya Allah,permudahkanlah urusan hamba-Mu ni.

M0h0n kawan-kawan semua juga t0long mend0akan aku.

:D


Saturday, December 15, 2012

Pengalaman Pakai Black Mask Shiseido


Gila gempak ah mask ni!

Malam tadi, sesambil nak baca novel, aku pun sempat la menempek benda ni ke muka. Memula pakai kat hidung je,tapi tetiba mcm rasa gatal je tangan ni pi tepek seluruh muka. Aku tepek tebal pulak tu. Habis la sepeket tu aku tempek kan kat seluruh muka!

Dannnnn..aku tak tahu betapa hazabbbb nya benda ni nak di cabutkan dari muka! Bila dah kering,aku pun semangat la nak mencabutnya..sekali baru sikit cabut aku dah terasa mcm nak tersiat kulit! Gila kuat benda ni duk melekap kat muka!

Boleh di katakan banyak kali aku stop dari cabut,pasal pedih menahan mask ni di cabutkan dari muka. Bergenang jugak air mata. Dah la aku tepek setebal-tebalnya,maka terimalah padahnya. *aku ingatkan boleh tepek tebal-tebal..bila dah siap tepek penuh 1 muka baru terhegeh-hegeh google info cara-cara pemakaian. Rupanya tepek sederhana tebal je.1 paket boleh 2,3 kali guna. Aku sekali guna je.+_+*

Memang end resultnya sangat puas hati la. Memang kelihatan betul segala macam bulu-bulu halus,whiteheads,black heads apa bagai tu tercabut. Terus rasa cerah terang benderang muka kusam aku lepas pakai benda ni.

Kalo korang nak order, boleh la klik Facebook  aku. Aku ada jual.

Sepeket aku jual RM2. Kalau beli 10,aku bagi free 2 peket.

=)

*Sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut berkenaan polisi Etiqa Takaful dan bagaimana etiqa dapat bantu anda dan keluarga,jgn segan-segan untuk email aku di mazwana84@yahoo.com atau boleh ke Facebook aku atau boleh call/SMS/WhatsApps di 0122552600 atau nak senang just isi je form kat bawah page ni.I will get back to u ASAP!*

Thursday, December 13, 2012

Lagu Pilihan : Yesterday





Aku suka sangattt ngan lagu The Beatles : Yesterday.

Sebenarnya 1st aku dengar dan tahu pasal lagu ni bila korang ingat tak Akademi Fantasia yang musim ke-2 rasanya. Ada peserta nama Amirul dapat lagu ni untuk di nyanyikan time konsert mingguan tu.

Tu yang aku dengar dan terus jatuh cinta ngan lagu ni.

Sedap je la lagu ni kat telinga aku.

Ce try korang dengar.

Lagu ni dah lama kot tapi still kat tahun 2012 ni masih sedap lagi untuk di dengari.

The magic of old song that new singer now can't do.

Enjoy!

=)

Segannn Nak Tunjuk...

Segannn nak tunjuk tapi tetap nak tunjuk jugak..



Hehehehe...dah naik jadi seringgit.

Lepas la kalo nak belanja korang semua makan gula-gula.

Tu pun tah dapat berapa bijik je pun.

Tapi CPUV tak pernah dapat lagi.

Padahal dah beria hantar tiket. Tapi tiket nya tak pernah nak sampai ke NUffnang. Asyik ada error je time nak proceed.

SO aku pun naik malas nak teruskan usaha.

=p

Dapat Parcel Dari Farrah

Hari Selasa lepas aku ada dapat 1 parcel dari my ex-roomate time kat matrik iaitu Cik Puan Farrah Ellya Farressa. Panjang kan nama dia. Panggilnya Farrah je pun.=p

Parcel yang aku dapat tu Farrah bagi pasal ada 1 status FB dia yang dia cakap akan bagi gift kat sapa-sapa yang like status dia tu.

So aku ni kan suka je la nak like status dia tu. Selain mudah je kot nak like,aku kan suka barang-barang free nih maka bukan lah satu masalah untuk nak meng'like' status Farrah tu.

Bila dah like, immediately Farrah PM aku mintak details apa bagai.

And elok je aku kat Bentong last Tuesday, van Pos Laju pun sampai dan bagi parcel tu kat aku. Van tu dah hon bagai nak rak depan rumah aku,bila mak aku jenguk nak tengok sapa yang beria hon tu dan dia tengok van PosLaju maka mak aku mudah je membuat kesimpulan :

Tak lain tak bukan orang PosLaju tu nak hantar barang kakak la tu. Pegi la keluar pi amik.

Aku hanya mampu tersenyum je la kan bila dengar. Pasal aku kan suka je nak dapat barang-barang free ni.

Bila di bukak bungkusan tu,tahu apa yang aku dapat?

sampel lipstick and facial wash

product from Mary Kay
Aku memang tahu yang si Farrah ni distributor Mary Kay. And dah dapat agak time dia suh like status tu. Tu yang laju je aku klik like.=p

But anyway..thanks a lot my dear!

Akan aku cuba produk ko nih!

=)

Wednesday, December 12, 2012

Followers ke 300

Tahniah kepada follower ke 300 aku!

Hehhee...tetiba setiap berlaku peningkatan follower setiap 100 orang aku nak promote blog  kan.

Mari terjah siapakah beliau.

Insan bertuah itu bernama Mar Haini Abdul Rahim.

sorry copy header blog.=)


Terima kasih ye sudi klik button follow di blog saya ini.

Salam perkenalan.

=)


Wordless Wednesday

Dah renew dah passport!

kiri : dah expired
kanan : yg dah renew
Quick Note on What to bring along when renew your international passport :

1) 2 keping gambar berukuran passport antarabangsa.(beza tau gambar bersaiz pasport dan gambar bersaiz passport antarabangsa)

2) salinan I/C

3) sediakan duit mengikut kadar tahun yang berkenan di hati.

RM 100 untuk 2 tahun
RM300 untuk 5 tahun
Dah. Itu sahaja.

=)

Tuesday, December 11, 2012

Selamat Beristirehat

Selamat beristirehat kpd mereka² yg bekerja di Selangor. Pasal hari public holiday sempena keputeraan Sultan Selangor.

Aku ni ha pun amik kesempatan pulang ke Bent0ng. Hehehe...

Dan mintak maaf blog x update entry semalam dan hari ni. Balik kampung x bawak balik laptop. Kengk0n0n nak habiskan masa berkualiti gitu ngan family.

And since semalam pun aku cuti,aku amik kesempatan untok pi renew passport antarabangsa aku kt Jabatan Imigresen Raub.

Nanti aku update pr0sedur nak renew passport eh.

Till then,selamat bercuti warga Selangor!

:D

Sunday, December 9, 2012

Dah Booking Hotel


Eh..lupa pulak nak update pasal persiapan aku untu holiday ke HCMC next year. 

Baru-baru ni aku dan mek Rose dah sepakat nak tempah hotel sesama. So berbekalkan komunikasi melalui YM maka kami pun berjaya la berdiskusi pasal hotel mana yang berkenan di hati untuk stay kat sana nanti.

Dan akhirnya hotel yang bernama Nouvea Happy Inn.Terletak di 39 Bui Thi Xuan Street, Ben Thanh Ward, District 1, District 1,Ho Chi Minh, Vietnam.

Kitorang tengok review hotel ni mcm okey dan memberangsangkan je kat Booking.com maka sebab tu sepakat nak book hotel ni.

Dan lagi pulak dekat ngan Ben Thant Market dan restoran makanan halal. Within walking distance la. Sebab tu pilih untuk stay sini.

Hopefully semuanya akan berjalan lancar nanti.

Tak sabar untuk ke sana bulan March tahun depan.

=)

awat kurus dan tinggi je hotel ni?huahuahua...

Saturday, December 8, 2012

Selamat Berjuang Harimau Malaya

Selamat berjuang wahai Harimau Malaya!

Esok bakal bertemu pasukan Thailand di semi final yang pertama kat Stadium Bukit Jalil.

Usah gentar Harimau Malaya...penyokong-penyokong semua akan bersorak untuk anda. Tunjukkan yang anda boleh! Biarlah di perlekehkan oleh pasukan lawan tapi sebenarnya kita tidak mudah di perlekehkan!

Berjuang sehabis baik dan insyaAllah perlawanan esok pasti milik kita!


      

Big Bad Wolf Book Sale

Wooohuuuu..akhirnya berjaya jugak aku g petang semalam ke Big Bad Wolf Book Sale!

Gigih half day kerja semalam pasal dah tak sabar nak pegi dan berada di kelilingi oleh timbunan-timbunan buku!

Ramai jugak dah orang petang semalam pasal mungkin cuti sekolah dan ramai yang amik cuti kot. Tapi aku tak dapat la merasa nak g malam-malam buta ke sana pasal takut la jugak kan kalo nak ke sana sorang-sorang. For those yang tak tahu, this book sale sampai hari Isnin nanti will be open for all of us 63 hours straight! Maksudnya tak tutup-tutup. Untuk nak lebih faham boleh klik sini.

Tapi aku lagi suka yang last year nye venue. Last year buat kat MAEPS Serdang. Kat sana parking mudah dan tak jem. Tapi since MAHA 2012 baru habis last week, tu yang tak dapat nak buat kat situ kot. MIECC ok tapi jem la. Mana lagi kereta nak masuk The Mines, mana lagi kereta nak g MIECC. Dua-dua tempat tu kan dekat je. Tu yang lagi heavily congested.

So semalam aku berjaya menangkap 12 bijik buku! Murah hoiii! Sape yang tak nak. Bear in mind sapa yang nak ke sana , sila la bawak beg trolli. Senang korang nak isi buku-buku yang korang nak beli dalam beg trolli tu. Ala beg yang ada roda selalu orang bawak pi holiday tu. Jangan risau,takde yang nak tangkap korang pun kalo bawak beg tu dan masukkan semua buku dalam tu. Pasal yang lain pun confirm akan buat cam tu. Mana cukup tangan kot nak pegang semua buku. Memang di sediakan kotak tapi still tetap berat la kan korang nak pegang. So better bawak something yang beroda. Mudah.

Tengok je la gambar aku kat bawah ni. Takde la banyak sangat tangkap. Pasalnya mana lagi nak pegang buku.nak pilih-pilih buku. Snap gambar ni pun time beratur nak bayar.

=)


beg yang aku bawak nak isi buku.naik rebeh bahu.=p

saja je nak tangkap gambar orang yg queue depan aku time nak bayar

free gift:bookmark.

buku yang berjaya di beli.=)

Friday, December 7, 2012

1st Time Makan Di Restoran Arab

Hehehe..mcm jakun kan aku? Tapi seriously aku tak penah lagi makan makanan Arab.

Malam tadi kakak sepupu aku belanja kitorg semua makan kat Saba Restaurant kat Jelatek. Dpn stesen LRT Setiawangsa. Dkt jugak ngan ada 1 army camp tapi aku tak tahu apa name nya pasal dah malam kan.

Malam tadi aku di perkenalkan ngan 'lamb mandi','chicken mandi','humus','saba salad' dan 'barbeque platter'. Semua pun Arab style. Air pulak ada teh tarik berempah. Memang kalau g mana² kedai makan Arab,sure ada air tu.

Pada pandangan tekak aku,makanannya sedap la kalau jenis yg x suka pedas. Tapi aku mcm kurang sikit pasal tak berapa nak pedas. Baklava pun sedap. Manis². Overall ok je ld pun. Kena je la ngan tekak orang Malaysia.

Nanti ada masa boleh la korang pulak try g makan makanan Arab. Nanti k0ngsikn pulak pandangan korang.

Enjoy!

:)




Thursday, December 6, 2012

"Suami Aku Ustaz" Akan DiFilemkan

(NOVEL DI PASARAN) : SUAMI AKU USTAZ - Hannah Dhaniyah

Novel SUAMI AKU USTAZ akan di filemkan?. Jom lihat Twitter Adi Putra di Bawah. Tahniah kepada Penerbitan KARYASENI, PENULISAN2U dan Syarikat Adi Putra, NUR ADP SDN BHD. Terima kasih kepada adi Putra yang berkongsi berita ini di Twitter beliau.

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Dapatkan di MPH, POPULAR seluruh negara. Novel ini sudah berada di kedai-kedai

Judul : Suami Aku Ustaz
Penulis : Hannah Dhaniyah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25

Novel ini menduduki no 1 carta bestseller di MPH - Sedutan akhbar berita harian 1/6/2012. Novel ini juga menduduki No 2 Carta Bestseller di POPULAR 2 minggu berturut-turut - Sedutan Akhbar Berita Harian 25/5/2012 dan 1/6/2012

Sumber dari Kelab Peminat Novel

Wahhhh!menarik!! Tapi aku lagi suka kalo di dramakan kot.

Buat macam Adam Dan Hawa tu. Banyak sikit scene dari novel dapat di realitikan.

Adi Putra akan jadi heronya. So sapa yang akan jadi heroin?

Nora Danish ok je kot. Muka Nora kan boleh je untuk watak budak sekolah umur 17 tahun.

Sesuai gituuu!

Suka..suka!

Untuk entry review novel ni,boleh klik sini.

=)

[OFFICIAL] Year End Giveaway By Cik Bunny


Segmen By Cik Bunny


Takde idea nak update entry ape pagi ni.

So aku join GA by Cik Bunny.

Pasal selain tetiba jadi rajin nak klik-klik semua yang di suruh oleh Cik Bunny, aku mcm ada tertarik jugak ngan hadiah yang bakal dapat kepada mereka yang bertuah.

So jom la join reramai kengkawan!.

=)

Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday

Diriku hanya tahu pakai tudung bawal je...

:D


Tuesday, December 4, 2012

Sarapan Pagi Di KFC

Aku kalo ada kesempatan untuk sarapan pagi kat luar,aku suka je nak pergi makan kat KFC.

Walaupun ramai yang suka breakfast kat McD,tapi bagi aku menu sarapan pagi kat KFC lebih menarik dan sedap rasanya. 

Korang pernah try rasa dah?

Aku paling suka Cheezy Egg Bun dan Chicken Porridge.

Rasanya sangat fresh. Kalo yang McD punye mcm ala-ala keras kejung. Nak telan pun tak tertelan. Mahal pun mahal. Mari boikot Mc D!



Kat atas tu adalah antara menu-menu yang boleh di pilih untuk sarapan pagi.

Memang lazat rasanya,. Nak makan banyak-banyak kali pun x pe.

Nanti kalo korang takde idea nak breakfast kat mana,boleh la try kat KFC.

Memang berbaloi!

=)

Monday, December 3, 2012

CONTEST KALENDER 2013 EKSKLUSIF HAZWANHAIRY | BOX CREATIVE

http://www.hazwanhairy.com/2012/11/contest-kalender-2013-eksklusif.html


tetiba mcm gian nak join segmen/GA.

walaupun sebelum ni dah update entry cakap busy...tetiba petang ni mcm ada masa free jap.

pasal dah meluat tengok kerja. so amik kesempatan blogwalking jap.

tetibe jumpe pulak ada GA by Hazwan Hairy.

meletup oullsss hadiahnya!

exclusive calendar 2013 by Hazwan Hairy : Liku-liku Kehidupan.

Gempak sehhhh!

dah la mudah je nak join.

klik-klik penaja pun x banyak.

moh le kita memeriahkan majlis.

**aku teruja pasal aku x dapat lagi ni kalendar 2013**

Busy

Opppsss...sorry. Last week tak dapat nak blogwalking dan balas kembali kujungan kawan-kawan yang dtang singgah sini. Nak reply komen pun tak menyempat.

Mostly last week update entry thru mobile phone. Memang x dapat sangat nak online kat laptop.

So sorry sangatttttt tau?

Nanti bila kerja aku dah kurang sikit dan dapat curi masa untuk blogwalking,aku akan balas kunjungan korangggg semua!

Have a great week ahead!

=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...