Showing posts with label hari raya aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label hari raya aidilfitri. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

Order dari Customer

Alhamdulillah.

Syukur pada-Mu.

Walaupun tak kencang mana,tapi aku cukup bersyukur dan berterima kasih.

Kepada sesape yg dah penah beli ngan aku,terima kasih banyak².

:)

Wednesday, May 21, 2014

Kain Cotton Mei 2014

Kelabu mata tengok semua corak-corak baru kain cotton ni.
Semuanya lawa kot.
Aku yg menjual pun jadi rambang mata.
Korang tak tergoda ke?

:p

Cepat-cepat order tau. Nanti lambat memang dah habis stok.
Fast selling.

Harga rm75 sepasang. Postage free.

Sms/whatsapp 012-2552600.














Wednesday, May 14, 2014

Kain Cotton Mix And Match

Ha...dah lama kain mix and match tak memunculkan diri.

Ni ada 1 batch baru untuk kain mix and match. Supplier aku baru update tadi.

Aku suka yang warna ala² pink-peach tu. Lawa sangattt!!!

Apa lagi..j0m grab 1! Lebih pun takpe. Limited stock ni tau. Tak akan restock!

So memang korang kena tempah kat aku cecepat.booking dulu pun boleh.

Further enquiries boleh sms/whatsApp aku 012-2552600.

Harga sama lagi:
Rm75 sepasang
Free postage

:)

Tuesday, August 28, 2012

Memori Syawal 1433h

Alhamdulillah..bertemu jugak kita dgn bulan Syawal. Bulan kemenangan untok kita umat islam semua.

Untok Syawal kali ini,famili aku sambut secara bersederhana je. Pasal kami ada event yg nak di tumpukan perhatian. Wedding cousin aku yg akan di nikahkan dgn gadis dari terengganu.

So tengahari raya pertama,kitorang dah gerak ke kelantan untok stay 1 malam. Tengahari raya kedua baru gerak ke kuala berang dan stay di rumah penginapan yg famili pengantin perempuan sediakan.

Tak terasa sangat suasana raya pasal kami jauh di perantauan. Dan akhirnye,alhamdulillah sepupu aku,khirman khafizi atau kitorg memang sejak dari kecik dah panggil dia angah,selamat menikah dgn tuan sapinah. i'm happy for both of them.:)

Then,kitorg gerak semula balik bent0ng the next day untok persiapan majlis belah keluarga kami pulak. Syukur allah swt beri kelancaran majlis sampai ke akhirnya. Mudah-mudahan semua tetamu gembira dan berpuas hati dgn layanan kami.

cuti seminggu untok raya kali ni memang aku penuhi ngan travel je. Siap² majlis kat bent0ng,esok nye aku attend pulak wedding best friend aku kat matrik dulu. Majlisnya di kuantan. c0mel sgt nisa dalam persalinan pengantin.

Aku sedih bila tengok nisa kawin. Bukan sedih ape, sedih bila mengimbau mem0ri² yg telah tercipta sepanjang 10 tahun kami berkawan. We stand by each other. Walaupun after matrix,kitorg terpisah tapi i still can feel her presence beside me.

N0t a single year yg nisa ✘ penah lupa nak kirimkan birthday gifts and cards and also g0od luck cards when exam is just around the corner. i miss u dear!

Anyway,c0ngrats to both of newlyweds!!!!


Wednesday, August 15, 2012

Salam Aidilfitri



Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan semua!

Mudah-mudahan semua akan menempuh perjalanan pulang dan balik dari kampung dengan selamat.

Hati-hati di jalan raya.

Maafkan salah dan silap saya ye kalau ada yang tersinggung dengan penulisan saya.

Have a cheerful Hari Raya!

=)

Monday, July 30, 2012

Resipi Cornflakes Bermadu

Resepi ni aku dapat melalui URTV edisi Aidilfitri tahun 1996. Lama dah kan. Macam mana aku boleh tetibe potong dan simpan resipi ni pasalnya resipi ni dari Ziana Zain. My fave singer back then and till now.=p

Gigih tak aku? Walaupun baru darjah 6 time tu, tapi dek kerana minat gila kat Ziana Zain, sampaikan dia punye resipi keluar kat URTV pun aku gigih gunting dan simpan.

Tapi sayangnya, resipi tuh dah hilang. Kertas artikel tu dah hilang. Tapi aku ingatlah resipinya.
Mudah-mudahan betul la resipinya nih. Tapi selalu aku buat tiap-tiap tahun time raya, ni la cara-caranya.

Bahan-bahan :
Butter
2 sudu besar gula
Madu
Cornflakes (1 paket besar)
Kelapa parut kering

Cara-cara :
  1. Cornflakes di keluarkan dari paket dan masukkan dalam bekas plastik.
  2. Kalo rasa nak halus-halus je cornflakes tu, korang ramas-ramaskan ngan jari atau lenyek ngan sudu. Tapi jgn la lenyek atau ramas beria, nanti hancur berderai pulak. Cuma ramas-ramas manja giteewwww, bagi dia halus sikit.
  3. Then, butter dan gula di masukkan dalam periuk kecil dan tenggekkan atas api. Kacau perlahan-lahan dengan api yang sederhana.
  4. Bila dan cair sepenuhnya, tuangkan butter dan gula yang dah cair tu dalam bekas berisi cornflakes. Gaul perlahan-lahan untuk menyatukan adunan tu tadi.
  5. Ambil madu ikut kemanisan yang kita nak. Kalo rasa nak manis sangat, letak la 2,3 sudu ke dalam adunan tu tadi.
  6. Gaulkan kan lagi.
  7. Then kalo nak rasa ada lemak-lemak sikit, boleh letak kelapa parut tu. Optional. Ikut kreativiti masing-masing. Nak gaul kan bijan pun boleh.
  8. Dah siap gaul dan dah sebati semua ramuan, letakkan dalam portion yang kecil ke dalam mangkuk kertas.
  9. Susun atas Loyang dan sedia untuk di bakar dalam oven.
  10. Aku lupe suhu oven berapa, tapi korang agak-agak just untuk nak kasi effect biar naik bau semua ramuan tu la.just nak meltingkan lagi madu dan cornflakes tu lebih kukuh duduknya dalam mangkuk.
Ok tak resipinya? Aku mintak maaf sangat pasal selama aku buat resipi ni pun,aku main agak-agak je dia punye sukatan. Korang x yah risau yang tang agak-agak ni, mesti akan jadi punye. Bukan macam kek akan jadi bantat ke ape kalo kurang ramuan. insyaAllah akan jadi.

Selamat mencuba!

=)

Tuesday, July 24, 2012

Sampul Duit Raya


Mentang-mentang la dalam bulan Ramadan, asik nak cerita pasal benda-benda yang berkaitan ngan puasa atau raya je.

Kalau cakap pasal bulan puasa dan bulan raya, budak-budak memang over excited. Excited pasal nak dapat duit raya la. Dulu time kita budak-budak pun macam gitewwww jugak kan. Tapi aku paling suka bab memberi. Best je tengok muka budak-budak nih bila dapat duit. Happy semacam. Memang best kalo dapat beri kegembiraan kepada orang lain. Itu perkara yang paling indah sekali.

Tapi korang perasan tak, dari zaman kita kecik-kecik dulu sampai lah sekarang, ada macam-macam dah design sampul duit raya kan. Semua nye pun ikut peredaran zaman.

So kalo yang zaman sekarang nih yang mana semuanya pun gila ngan smart phone, korang boleh la tengok design sampul duit raya pun nak jugak gambar-gambar smart phone. Kalo sesape teringin nak pakai BlackBerry, boleh la amik feel dulu pegang-pegang sampul raya gambar BlackBerry nih. Comeyyyy je.

Design BlackBerry
Antara yang famous-famous skang ni, yang design gambar Upin dan Ipin. Comeyyy je budak berdua tu pakai songkok dan baju melayu. Amik feel suasana hari raya. Tapi sesuai je la kan design sampul duit raya gambar kartun-kartun gitu. Tahun ni mesti keluar jugak design BoBoiBoy punya lah. Kita tengok je lah nanti.
design Upin dan Ipin
desin kamera pun adaaaa

design suit



Sambil-sambil taip nih, aku duk fikir….berapa tah budget nak letak untuk bagi duit raya kat sepupu-sepupu aku?...hmmmmm…


=)

Tuesday, July 17, 2012

Biskut Raya


Walaupun bulan puasa starting this Saturday (insyaAllah), tapi perang sampel kuih raya dah merata-rata. Kat Facebook korang tengok lah timeline memasing. Penuh ngan orang jual kuih raya je.
So aku pun nak amik kesempatan nak promote kuih raya yang aku jual tahun ni.

1)      Biskut Topi Arab

Best Seller aku every year. Setiap kali nak raya je, previous customer terus je order lagi kat aku walaupun aku x bukak pun lagi order. Memang best biskut ni. Dalam ada chocolate filling. Yummy!
Harga : RM25/bekas. (1 bekas 50 pcs)
biskut topi arab




2)      Popiah Nestum
Produk terbaru aku. 1st time nak jual tahun ni. Tapi jangan risau, so far feedback dari mereka yang aku bagi testing sample, memang positif. Rangup, tak terlalu manis, dan penting sekali, tak berminyak. Crispy!
Harga : RM23/paket.(1 paket:  ½ kilo)
popiah nestum


Kalo berminat, just reach me at my Facebook : Mazwana Kamarudin atau twitter :@wanaowen.
=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...