Thursday, March 14, 2013

Rooftop Rant




This would be my 5th books by Hlovate yang aku beli. Dan kali ni banyak kelainannya. Salah satunya adalah buku ni aku beli thru mph online. Pasal aku gigih cari kat rak buku mph tapi dah takda. Yang ada pun kalo beli online. Maka aku usaha kan jugak beli online. Harga dapat murah. Harga asal RM21.Tapi kalu beli online,harga jadi Rm17. Which is ok la. Walaupun after tambah postal charge jadi Rm24.

Buku ni sangat kuat dari segi emosi. Walaupun di sampaikan tak secara terang-terangan tapi aku dapat rasakan emosi yang keluar dari watak Jade dan Trisy.

Konsep jalan cerita novel ni mungkin Nampak simple tapi realitinya itulah yang berlaku di Malaysia sekarang. Anak-anak jadi mangsa keluarga yang berantakan. Tapi kadang-kadang kita tak boleh nak salahkan takdir, because takdir la yang membawa Jade dan Trisy ke rooftop Wisma Topaz dan mereka bertemu buat pertama kalinya di sini.

Kita tak Nampak sebarang hikmah sebuah pertemuan. Sebab tu kadang-kadang kita akan take for granted setiap pertemuan kita ngan kawan-kawan baru. The same goes to me. Aku sukar nak relate ngan kawan-kawan baru pasal aku rasa cara aku bercakap adalah berbeza. Aku selesa ngan kawan-kawan lama aku di UKM. Cara kami sama.

Tapi once dah kenal somebody,aku akan jaga the relationship betul-betul. Semua yang berkaitan semuanya ada sentimental value. Macam Jade and Trisy,pertemuan mereka setiap hari di rooftop berlangsung tak lama. Tapi kuantiti masa bukan satu masalah. Kadang-kadang orang yang hadir sekejap saja dlm hidup kita beri kesan yang lebih mendalam berbanding mereka yang dah lama di sisi kita.

5 tahun jangka masa mereka berpisah. Both of them been through a totally different life. But still diorang dapat rasa both presence walaupun dari jauh. Jade is a man with few words. Dia x reti nak spill the emotion thru words. Tapi he damn good in sketches. Sebab tu surat-surat Trisy jarang dia reply. 

Aku mengalirkan air mata bila part Trisy received parcel dari Malaysia berisi draft novel grafik hasil nukilan Jade tentang pertemuan mereka di rooftop. Bayangkan la walaupun diorang di kejauhan and in fact langsung x contact each other tapi bila once ko tahu yang that person still simpan dalam lubuk hati sejarah pertemuan ,ko tak rasa sebak ke?Terharu…!

I don’t know why..tapi Rooftop Rant memang betul-betul buat emosi aku tersentuh. Betapa sucinya sebuah pertemuan,persahabatan,nilai kekeluargaan dan semua ni berlandaskan pada jalan Allah.

Rasa terkesan sangat-sangat dengan novel ni.

Korang patut try baca.

Only that you will feel the same way I felt.

4 comments:

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...