Duit memang bukan segalanya..Tapi dunia sekarang ni segala-galanya memerlukan duit.
Setuju tak?
Bukan cakap suruh jadi hamba duit..Tapi nak masuk toilet sekarang pun nak kena bayau.
Hmmm..
Aku kerja dah lama.Start dari habis studi dulu sampai lah la niii..
Dulu ingatkan bila dah kerja,duit gaji hujung bulan kira dah boleh bermewah-mewah. Tapi aku tak tahu yang rupanya banyak benda nak kena di bayar. Tu belum kira nak kena bagi mak ayah lagi.
So start tahun 2009 aku mcm agak menggila jugak la nak cari side income. Tambah pulak bila dah setahun lebih kerja makan gaji rasa tension ngan politik ofis ape semua...
1st aku try kengkonon nak jadi pengedar One Drop Perfume. Time tuh memang tengah hot la One Drop ni. Beria la cari supplier yang boleh bagi aku harga murah. Konon bila jual balik,aku dapat untung yang banyakkk la. Tamak la katakan. Alih-alih kena tipuuuuuu.Aku dah bank-in kan kat dia RM700.Tapi sampai ke tahun 2013 ni ha punnnn satu stok One Drop Perfume pun aku x pernah dapattt.Hangus je RM700 time tu!
Memula tu telefon-telefon la jugak supplier penipu tu.Tak di angkatnye. Bila SMS berjawab. Siap cakap "akak ni sembahyang tonggang tunggek dik..takkan la nak menipu ko.Sikit hari sampai la barang ko tuh". Masalahnye kak..sampai ke sudah aku x dapat barang yang aku order dari ko tuh. Aku pasrah je la. Terbang duit RM700 aku.
Pengajaran pertama aku : Jangan mudah nak percaya kat orang. Dan kalo boleh,barang sampai baru ko pi bayar duit. X pun,please be careful.
Then..aku low down sikit. Takde la serik,tapi mencari-cari peluang yang lain. Tetiba member aku bukak peluang kat aku. Ajak masuk Hai-O. Aku sekali lagi jadi tamak. Dek kerana dengar penerangan baikkk punye keuntungan yang besar bakal di perolehi,terus join under member aku tuh. Padahal 1 haprak pun aku x tahu MLM ni banyak -ve effects nya. Memula buat,memang ghairah. Sanggup redah keluar malam pi cari propspek. Sampai kan ramai jugak la kawan rapat yang terasa hati ngan aku. Memang hati keras time tu. Tapi alih-alih..aku duk buat-buat cari prospek semua,sekali ngan aku-aku pun pi buat loan sampai berpuluh ribu tu (dan sampai sekarang tak habis pun lagi bayar) tetiba upline aku tarik diri. Dia dah banyak duit kot siap nak tarik diri.Aku?Terus slow buat. Pasal aku rasa macam menganiaya org je bila ajak join n paksa buat loan. Kalo tentu-tentu dapat untung banyakkk takpe jugak. Tapi ni sudahnya tanggung hutang.
Pengajaran kedua : Jangan mengengada nak buat loan untuk berniaga. Unless korang memang dah kukuh n stabil.Kalo setakat baru nak cuba-cuba nasib,fikir-fikirkan lah. Banyak -ve dari +ve.
So sampai sekarang aku x de dah buat apa-apa niaga. Nak kata dah serik tu tak..tapi trauma?Tak jugak.
Tapi la ni,ada la jual barang sesikit. Nak polish balik skill. Tapi yang penting,aku x nak kena tipu dah. Biar la start modal sesikit dulu. Faham-fahamkan dulu sepak terajang dunia niaga ni,baru aim higher.
Yang penting,ILMU.
Bila ada ilmu,baru ada kekuatan.
Permudahkanlah jalan ku Ya Allah.
*Facebook aku kalo korang nak beli Aura White dan Shiseido Black Mask.*