Thursday, January 31, 2013

Baru Dapat Makan 2 Biji Limau Mandarin

Next week dah nak Chinese New Year,tapi sampai sekarang aku baru dapat makan 2 biji limau Mandarin je. Nama je kerja kat kilang yang bertauke kan Chinese, tapi tak de la pulak sampai nak termuntah dapat makan limau.

Tadi tengahari gigih menghantar sampai 13 kotak limau kepada semua customer kilang kat area Puchong, Kota Kemuning dan USJ. Memang itu pun tugasan aku tiap-tiap tahun time nak dekat-dekat raya Cina. Sampai lenguh-lenguh kaki bawak kereta. Di tengah panas terik pulak tu. Mujur tak sakit kepala. Macam aku pulak yang nak sambut raya.=)

Tapi tak pe la..dapat mengeratkan hubungan sesama pelanggan kan. Rajin nau la aku nak merapatkan silatulrahim. Padahalnya dropkan je limau tu and chow chin cau.=p

So korang dapat makan dah banyak limau? Limau-limau Mandarin ni dah la manis-manis. Macam addicted pulak bila dah start makan.

amik dari sini. TQ kepada tuan gambar.=)



Wednesday, January 30, 2013

Sakit Kepala

Korang pernah tak kena sakit kepala yang teramat sangat?

Aku baru lepas kena hari semalam. Semalam kan macam panas seamacam je. Kebetulan aku kena settlekan kerja di luar office. So agak berpanas jugak la kat luar tu.

Nak menyampaikan ke petang, kepala aku macam nak meletup dah. Drive balik rumah pun macam mamai-mamai je. Memang penyiksaan sungguh nak drive balik semalam petang. Padahal takde la jauh mana pun, tapi rasa jauh sangaatttt nak sampai rumah semalam.

Sampai je rumah, terus terbaring atas katil. Nak berdiri pun rasa tak mampu sangat. Aku tahan diri dari makan panadol. Kengkonon tak nak ajar diri,sikit-sikit makan Panadol.

Tapi lepas Maghrib, lagi kaw-kaw kena! Memang time baring pun tak boleh nak handle dah. Siap rasa mcm nak muntah. Nak tak nak kena jugak makan Panadol ActiFast.

Bila dah makan,dan di susuli tidur selama 3 jam,terjaga dari tido baru la rasa lega sikit kepala. Rasa jugak sengal-sengal kepala.

Aku dah naik risau pulak kalo gini. Sekarang kan dah macam masuk musim panas, macam mana la pulak gaya nya kan.

Kepala aku ni tetiba jadi pantang pulak kalo kena panas. Terus sakit kepala.

=(

arghhhhhhhhhh!

Kursus Kahwin

Alhamdulillah..dah berjaya pergi ke kursus kahwin.Hehhheheeee..

Orang lain sibuk nak beranak pinak dah,tiba nya aku baru lah nak g kan. Tapi alhamdulillah..dah berjaya melengkapkan kursus kahwin 2 hari.=)

Aku buat kat Masjid Bandar Bentong. Buat sesama ngan Bib.Hehehee..

Ni lah Masjid kebanggaan penduduk Bentong yang menjadi tempat aku berkursus kahwin.

Bayaran RM80 untuk 2 hari tersebut. Kursus adalah pack dari pagi sampai ke petang. Bib sampai tertido-tido.Wakakakaa...

Aku mengantuk jugak lah tapi aku mengantuk lepas time lunch. Lunch lauk sedap kot. Tu yang rasa kenyang sangat jadinya perut. Maka mata pun melambai-lambai nak tido kan.=p

Penceramah yang terlibat semuanya pun happy-go-lucky. So takde la serius sangat kan.

Tau-tau je dah habis pun 2 hari kursus. Ok la..dapat ilmu baru.

Dan penutup kursus,kena jawab 50 soalan objektif. Kalau tak lulus,kena repeat semula. Sijil tak akan di keluarkan.

Mudah-mudahan lulus la ye aku ni. InsyaAllah.

=)

Wednesday, January 23, 2013

Big Bad Wolf Aftermath Sale




Woohuuu! Aku dah agak dah..mesti akan ada punya aftermath sale!

Aftermath sale ni adalah sambungan kepada Big Bad Wolf Sale yang aku pergi dulu time bulan lepas.

Every year memang selalu pun akan ada Aftermath Sale..sebab tu aku dapat agak confirm tahun ni pun ada. Ape yang best ngan aftermath sale? Besttt la oiiit..buku-buku di jual hanya pada harga rm5 je sebuah!

Gila tak murah!

Dan untuk kali ni nye aftermath sale, ada lagi sebulan lebih..boleh la kumpul duit sesikit!

Yeay!

Untuk baca pengalaman aku g Aftermath Sale yang terdahulu..boleh klik sini.

Planet Popcorn

Meh nak promote kat korang satu brand popcorn yang mcm hebat ni.
 
Kenapa tetiba aku rajin nak promote?
 
Pasal everytime aku lalu depan kiosk popcorn ni kat Sunway Pyramid,mesti diorang akan bagi aku rasa 2,3 butir popcorn.
 
So aku pun rasa mcm ok la..boleh la tolong untuk promotekan.
 
Pernah dengar Planet Popcorn?


Satu brand yang dedicated menjual berbagai perisa popcorn. Yang aku sangat teruja ngan popcorn ni ialah, butir-butir popcorn nya adalah besar. Tak percaya?


Tengok tu butirannya..besar kan? Rangupp!
 
Dan ada berbagai-bagai perisa.
 
Korang boleh la try beli kat mana-mana kiosk Planet Popcorn. Yang aku tahu,kat Sunway Pyramid dan MidValley ada kiosknya.
 
Cuba jgn tak cuba tau!
 
=)

Friday, January 18, 2013

My First Give Away


Jom ikut aku join sekali GA ni.
 
Alang-alang petang Jumaat ni hujan lebat bagai nak rak dan mood kerja pun macam suam-suam kuku je,moh le join GA ni.
 
Teramat mudah step nak join.
 
Jangan lupa menjoinkan diri ok?
 
  *berapa banyak perkataan 'join' aku nak taip daaa*

Malaysian Food Festival 2013

Malaysia Food Festival – Jan 2013

Jom ramai-ramai pi serbu Malaysian Food Festival 2013 kat MidValley. Since aku adalah rumah berdekatan ngan MidValley,wajib la aku boleh je nak pergi kan.

Setahu aku, kalau Food Festival dia macam ala-ala banyak la booth yang bagi food sampling. Kalo dah semua booth bagi tasting makanan diorang, boleh di katakan kenyang jugak la kan.=P

So moh le kita pi usha apa yang ada kat sana. Jap aku bagi sedikit info pasal festival ni :

The Inuaugual MFF2012 has created history for attracting more than 100 exhibiting companies and about 20,000 visitors with on the spot sales of 6 million and follow up sales of 10 million. MFF2013 will cover 2 halls with more than 6,000 sq.m gross. For more info, please call us @ +603-5636 1788 or enquiries@femsb.com
 
Kalau rasa takde apa nak buat hujung minggu ni,maka boleh lah kita gi melawat festival ni ye.

Jumpa di sana.

=)

Thursday, January 17, 2013

5 Tahun 5 Bulan



Ni buku keempat dari Hlovate yang menjadi koleksi aku. Aku memang tabik gila-gila ahhh kat Hlovate ni. Pasalnya dia je la satu-satunya penulis novel Melayu yang buat aku tak pernah nak fikir banyak kali untuk nak beli atau tak novel dia.
 
Kalau novel Melayu lain, samada aku akan postpone kan dulu beli atau terus tak beli. Bukan lah kata tak sokong novel Melayu,mostly my collections pun novel-novel Melayu..cuma aku dah letih la plot novel yang sammaaaaaaaa je ngan semua-semua novel. Letih..semua pun tema percintaan 3 segi.Lepas tu ada watak jahat yang jahatttt sangat.Letihhh!
 
Tapi Hlovate lain. Novel-novel dia semuanya realistik. Down to earth tapiii best. Aku sampai sekarang tertanya-tanya siapakah empunya nama pena Hlovate ni. Tapi memang korang tak dapat nak korek identiti dia. Dia memang tak nak tonjolkan diri kot.
 
Dan aku sangatttt berharap ada penerbit drama kat luar sana yang ada plan nak angkat mana-mana novel Hlovate untuk di jadikan drama. Harap sangat-sangat!
 
5 Tahun 5 Bulan ni cerita pasal Ana dan Along. Ana jadi orang gaji kat rumah Along. Kena jaga adik-adik Along. Tapi mula-mula cerita Ana tak cakap dia ni sapa sebenarnya. Dia jadi orang gaji kat rumah tu pasal nak cari pengalaman hidup. Ana tengah tunggu nak sambung belajar kat oversea. So sementara cuti tu,dia pun apply la jadi orang gaji.
 
Kenapa 5 Tahun 5 Bulan? Pasal dalam masa 5 tahun 5 bulan ni la,segala-galanya tentang hidup Ana berkembang. Dari anggap Along mush utama dalam rumah kepada kawan baik kepada suami.
 
Aku malas nak cakap banyak tapi Hlovate as usual akan selitkan panduan-panduan Islam dalam semua novel dia. Berpegang kepada ajaran Islam.
 
Memang aku recommend korang untuk baca!
 
=)

Berzikir Setiap Masa




Aku takde idea nak update entry sebenarnya.

So alang-alang tengah usha FB tadi,terjumpa post yang kat atas tu.

Aku pun share sekali kat korang semua.

Bila di tengok gejala keruntuhan akhlak budak-budak zaman sekarang ni,macam makin menakutkan.

Mudah-mudahan kita semua dapat amalkan amalan di atas.

InsyaAllah.

Wednesday, January 16, 2013

Wordless Wednesday

Cutie pie is sleeping.

:)

Tuesday, January 15, 2013

Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen




GA pertama aku join untuk tahun 2013. Bulan Januari ni semuanya pun nak pertama kali kan.HEheheh..
 
Jom le join sekali. Hadiahnya Abg Hanif akan bagi key chain.
 
Sesekali dapat hadiah key chain,best apa!
 
=)
 
Jap..nak tag sapa ni?
 
Aku rasa ramai dah join.
 
Tapi tag je la.
 
 
 

Bosan




Ce korang dengar lagu baru Stacy ni.
Aku suka dengar. Bila di amati liriknya pulak..memang menyindir orang yang budget bagusss!

Ce korang pulak kaji liriknya ni kat bawah.

Enjoy!

Kelmarin ku lihat kau berenang gaya kuak dada
Kau berjalan megah sungguh sasa
Perasaan kau superman

Semalam ku dengar kau bercakap kosong tak berakhir
Kau memaki hamun orang lain
Perasaan kau superstar

Tak sangka hanya sekelip mata ku jadi begini

Aku..

Bo bo bo bo bosan
Aku Bosan
Dengan bla bla bla
Mulut mu
Cukup malas aku
Dengar alasan mu
Kerna aku terlampau
Bo bo bo bo bosan

Mengapa agaknya ku menganggap
Kau berlagak kaya
Pakaian tak pernah tak bergaya
Namun ku tak percaya

Ataupun aku yang selalu suka
Bertukar angin
Bersifat tak pernah berpuas hati
Tak mungkin dan tak mungkin

Aku bosan
Dengan wa wa wa wa wa
Mengada
Aku tak peduli
Biar kau dibuli
Kerna aku tak tahan
Bo bo bo bo bosan

Bosan dengan perwatakan mu ini
Bukan dengan fizikaliti
Kau ingat aku salah
Tapi aku....
Selalu mengalah
Dengan kamu...

Paling aku benci
Bila tawar hati
Jangan buat aku bo bo bo bosan


lirik lagu aku copy dari head hunters the kadazan boi.

Monday, January 14, 2013

1st Time Makan Durian Crepe

Org lain naik muak dah makan,tapi aku baru la nak mencuba makan. Tu pun mujur ada orang belanja,kalau tak sampai sudah tak merasa makan.

Ok la kot rasa nya. Tapi aku lagi suka durian in its original f0rm. Yang asal. Yang asli. Takda nak tambah² krim semua. Aneh rasa nya.

Tapi ada je yg suka kan. Tak pe la,at least aku rasa la jugak makan. Tak da la terkulat² bila orang bercerita. Just g0 with the flow.

Tak gitu?

:p


Thursday, January 10, 2013

Jagalah Diri




Rasa tak best bila tak update entri. Tapi tengah takde idea nak tulis apa.

Kebetulan lagu Jaclyn Victor ni terngiang-ngiang kat telinga aku pasal selalu sangat kot lagu ni keluar kat Radio Hot FM.

So aku dedicate lagu ni kat korang semua!

Enjoy!

=)

Monday, January 7, 2013

10+ Years of Friendship

dari kiri : asma',ti,zaida and wana
Ni gambar yang di ambil time jumpa-jumpa last week hari Sabtu kat Midvalley. Sorang anak Ti dan sorang lagi anak Zaida. Aku n Mah bakal menyusul nanti. Wakakaka...
 
Boleh di katakan rutin tahunan jugak untuk jumpa dengan diorang ni semua. Rindu kot ngan zaman studi kat UKM. So ni la masa nya nak berjumpa-jumpa kembali dan mengimbau kenangan lalu. Dulu time takde anak memasing. Ni jumpa semula anak dah berderet.  HAhahaa..
 
Tapi aku dapat jumpa kejap je diorang, pasal aku sampai lambat. Tuntutan kerja di hari Sabtu.Huh!
 
But at least dapat jugak lunch sesama. Gigih mereka tunggu aku sampai untuk makan sekali.
 
Patutnya Wawa pun ada dalam gambar ni tapi dia balik awal. So x de la gambar Wawa kali ni.
 
It's always fun to meet them. And bergosip-gosip. Hehehehe..
 
Rindunya zaman UKM....dan hampir 10 tahun kitorang kenal. Ngan Zaida and Ti aku dah kenal diorang since sekolah menengah lagi.Bayangkan betapa dah lama nya kenal. Kebetulan masuk UKM sesama pulak.N aku kebetulan lagi dapat sebilik ngan Ti time 1st year. Dan tahun-tahun seterusnya juga.
 
Mudah-mudahan persahabatan ini akan berkekalan.
 
=)

Saturday, January 5, 2013

Putu Piring

Awat la tahun ni agak lembap sikit aku nak post entry. Tapi serius mintak maaf sangat-sangat ye pasal tak mampu nak post entry berkali-kali dalam sehari. Dapat post sehari sekali pun dah cukup syukur tapi memang tak dapattt jugak.

So ni pun kat tempat kerja lagi. Duk melanguk tunggu mould siap di pasang kat mesin. Sat-sat lagi nak kena approve kan barang boleh di mass production atau tak. Sabarrrr je la wahai hatiii!

Nak cerita pasal putu piring je pun. teringat ada satu gambar yang aku sempat snap time sibuk makan putu piring last week. Belinya pun kat Kuala Sungai Baru,Melaka. Kat sana kan popular putu piring dan putu bambu. Dua-dua pun besttt!

putu piring rm1 untuk 3 ketul
Yang ni memang besttt!Time aku nak beli last week,beratur orang menunggu putu piring memasing. Kalo setakat nak beli seringgit dua ringgit takpe la jugak kan. Tapi ni beringgit-ringgit nak di belinya. memang tunggu lama. Pakcik yang jual putu ni cakap dia dah menjual selama 20 tahun. Bayangkanlah lama mana dah dia menjual.

Aku lagi suka putu piring dari putu bambu. Padahal dua-dua pun benda yang sama cuma bentuk je yg lain. Pasal putu piring, inti dalam tu lebih tersebar secara sekata. So puas la sikit nak makan.

Sekarang ni nak cari putu piring dan putu bambu dah susah sikit. Yang aku tahu,kat Chow Kit ada jual. Tempat lain tak tahu la. Dapat pulak makan panas-panas kan..Best nya!

=)


Thursday, January 3, 2013

Entry Pertama Tahun 2013

Da 3 haribulan baru aku terhegeh-hegeh nak post entri pertama untuk tahun ni.

Napa tah lambat.

Kesibukan la pulak di awal-awal tahun ni kan.

Hmmm...

Aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang sudi singgah sini.

Lain kali singgah la lagi.




=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...