Tuesday, July 31, 2012

Berbuka Puasa di Rumah Rehat Bentong


Skema kan tajuk? Macam nak buat karangan. Hehehhe.. macam tak tau nak letak tajuk ape. Ni je yang sesuai. Kang letak tajuk lain, tapi cerita nya lain pun payah jugak kan.

Aku kan biasalah bila hujung minggu je memang dah jadi agenda wajib untuk balik Bentong. Unless kalo ada event lain kat KL, baru le aku terhegeh-hegeh stay KL time weekends, kalo tak kirim salam je la ye.=p

Bib dah janji nak bukak pose ngan aku hari Sabtu lepas. So mula cadang nak bukak pose kat KFC je. Very the boring kan. Hahahaha..

Kebetulan on the way nak ke Bandar, aku terbaca banner tulis “Berbuka puasa di Rumah Rehat Bentong ala Buffet”. Aku saje je baca kuat-kuat without any intention pun nak ajak dia ke sana. Alih-alih lepas dengar aku baca tu, terus Bib cakap ”jom pi bukak pose kat Rest House je la”. Aku pun ok kan je tapi rasa kelakar la pulak. Pasal aku x de niat pun nak ajak dia tukar tempat berbuka ke hape. Tibe-tibe dia pulak ubah fikiran. Lagipun memang ada kengkawan dia yang keje kat situ. So tu yang dia lagi berkobar nak pegi.

After booking tempat (thru his friend jugak), kitorang terus je la ke sana. Alang-alang dah dekat nak berbuka kan. Nun jauh atas bukit letak nye Rest House Bentong ni. Lama dah umur nya. Sejak sebelum aku lahir lagi dah adanya. Selalu kalo pembesar-pembesar negeri Pahang datang ada urusan kat Bentong, memang tempat persinggahan diorang kat Rest House ni la. Sultan Pahang pun dah berapa kali duk nginap kat sini.

Aku ingatkan tak de la ramai sangat orang yang datang berbuka kat sini. Rupa nya ramai jugak. Full house la jugak. Seleksi makanan dia memang banyak. Lauk-pauk banyak gila kot. Sampai tak tau nak pilih yang mana satu. Lauk-pauk nya sesuai la ngan tekak aku. Cukup rasa.

Walaupun makan berdua je, tapi meja tetap penuh hokeyyy. Bib terkejut tengok ape yang aku amik. Tapi konsep aku kalo g buffet, agak-agak ko bayar duit tu mahal kot, mesti la amik berpadanan ngan yang ko bayar. Kan? Tapi bukan maksud aku ni buruk lantak, cume ye la,kita dah membayar for the certain amount, so should be banyak tu jugak la kita amik.kann? kan? Kan?=p

Boleh tahan sendat jugak perut aku lepas siap makan sume. Nasi amik tak banyak, cume lauk-lauk je yang banyaknya. Alhamdulillah.

Harga buffet cume RM27 nett untuk dewasa. Kanak-kanak pulak cume RM15 nett.
Murah dan berpadanan ngan rasa makanan.

Kalo rasa-rasa ada berdekatan ngan Rest House Bentong ni, sila la menyinggah ye.

=)

tempat lauk-pauk

sempoi je deko

bahagian tempat air

makanan dalam pinggan aku.=p

Monday, July 30, 2012

Resipi Cornflakes Bermadu

Resepi ni aku dapat melalui URTV edisi Aidilfitri tahun 1996. Lama dah kan. Macam mana aku boleh tetibe potong dan simpan resipi ni pasalnya resipi ni dari Ziana Zain. My fave singer back then and till now.=p

Gigih tak aku? Walaupun baru darjah 6 time tu, tapi dek kerana minat gila kat Ziana Zain, sampaikan dia punye resipi keluar kat URTV pun aku gigih gunting dan simpan.

Tapi sayangnya, resipi tuh dah hilang. Kertas artikel tu dah hilang. Tapi aku ingatlah resipinya.
Mudah-mudahan betul la resipinya nih. Tapi selalu aku buat tiap-tiap tahun time raya, ni la cara-caranya.

Bahan-bahan :
Butter
2 sudu besar gula
Madu
Cornflakes (1 paket besar)
Kelapa parut kering

Cara-cara :
  1. Cornflakes di keluarkan dari paket dan masukkan dalam bekas plastik.
  2. Kalo rasa nak halus-halus je cornflakes tu, korang ramas-ramaskan ngan jari atau lenyek ngan sudu. Tapi jgn la lenyek atau ramas beria, nanti hancur berderai pulak. Cuma ramas-ramas manja giteewwww, bagi dia halus sikit.
  3. Then, butter dan gula di masukkan dalam periuk kecil dan tenggekkan atas api. Kacau perlahan-lahan dengan api yang sederhana.
  4. Bila dan cair sepenuhnya, tuangkan butter dan gula yang dah cair tu dalam bekas berisi cornflakes. Gaul perlahan-lahan untuk menyatukan adunan tu tadi.
  5. Ambil madu ikut kemanisan yang kita nak. Kalo rasa nak manis sangat, letak la 2,3 sudu ke dalam adunan tu tadi.
  6. Gaulkan kan lagi.
  7. Then kalo nak rasa ada lemak-lemak sikit, boleh letak kelapa parut tu. Optional. Ikut kreativiti masing-masing. Nak gaul kan bijan pun boleh.
  8. Dah siap gaul dan dah sebati semua ramuan, letakkan dalam portion yang kecil ke dalam mangkuk kertas.
  9. Susun atas Loyang dan sedia untuk di bakar dalam oven.
  10. Aku lupe suhu oven berapa, tapi korang agak-agak just untuk nak kasi effect biar naik bau semua ramuan tu la.just nak meltingkan lagi madu dan cornflakes tu lebih kukuh duduknya dalam mangkuk.
Ok tak resipinya? Aku mintak maaf sangat pasal selama aku buat resipi ni pun,aku main agak-agak je dia punye sukatan. Korang x yah risau yang tang agak-agak ni, mesti akan jadi punye. Bukan macam kek akan jadi bantat ke ape kalo kurang ramuan. insyaAllah akan jadi.

Selamat mencuba!

=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...