Thursday, February 20, 2014

Rezeki Takkan Datang Bergolek

Aku ni sejak dari belum kawin sampai la dah kawin dan insyaAllah akan melahirkan anak pertama bulan 6 nanti, hati aku sangat meronta-ronta nak berhenti kerja makan gaji.

Aku nak sangat jadi WAHM (working at home mom) atau bahasa melayunya 'ibu yang bekerja dari rumah'.

Bukan la kata nak sangat berhenti kerja pastu duk rumah goyang kaki jaga anak je. Sian kat laki aku nak kena guna gaji dia tanggung hutang aku yang aku pi buat ngan bank. Sebab tu tahan je rasa nak berenti kerja. Pasal gatal nau pi buat hutang loan ngan bank. Nak tak nak kena settlekan dulu hutang-hutang tu dulu.

Tapi bila fikir-fikirkan semula,sampai bila aku nak kerja makan gaji. Stresss tau tak...Stresssss duk ofis ni.

Nanti baby dah keluar,sian kecik-kecik lagi dah kena hantar ke pengasuh. Mummy nya pulak kuar keja pagi-pagi and malam baru jumpa balik anak.

Sungguh tak dapat membayangkan situasi tu nanti.....Makan minum keluarga tak terjaga..Sungguh tak sanggup keadaan jadi macam tu...

Dari belum kawin pun memang aku ada buat side income jual barang-barang. Jadi dropship orang. Tolong jual. Dapat la komisen sesikit. Nak keluar modal sendiri memang tak mampu... So jadi la dropship dulu.Jual kat kawan-kawan terdekat. Ada la dapat duit sesikit.Alhamdulillah.

Aku dah lama target nak kembangkan lagi bisnes aku ni. Tapi tu la...strategi pemasaran tak berapa nak menjadi. Takde la mcm orang lain tu, setiap hari gigih ke pejabat pos hantar parcel customer order. Sampai tak menang tangan. Jelessss tau tak....

Tapi aku tak boleh putus asa....setiap kepayahan yang aku lalui sekarang mesti akan jumpa kemanisannya..

Andai ada rezeki untuk aku bekerja dari rumah, kau permudahkan lah jalannya Ya Allah..

Sungguh aku mahu berada dekat ngan keluarga aku....

Menjaga dan mendidik anak-anakku sendiri nanti....

InsyaAllah.....

1 comment:

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...