Friday, February 1, 2013

0102-Birthday Nisa

Happy Birthday Nisa!

Nisa ni kawan baik aku sejak matriks.

Jap nak cari gambar tunjuk kat korang rupa nya si Nisa ni.

nisa yang pakai baju biru bercermin mata.ni gambar lama kat bilik aku time kat UKM.
Hehee...old school lagi gambar aku bagi korang tengok. Gambar lama time kami-kami masih muda remaja. Nisa datang melawat aku kat UKM. Time ni Nisa belajar kat UPSI. Gigih kan dia datang melawat aku jauh-jauh. Siap overnite lagi.

Aku kenal Nisa sejak zaman matriks lagi. Matriks kat Kolej Matrikulasi Melaka,Londang,Masjid Tanah. Tak merasa nak belajar ke London,Londang pun jadi laaa...=p

Kira-kira plus minus dah almost 10 years la berkawan. Aku sangat-sangat senang berkawan ngan Nisa. Dari dulu sampai la sekarang.

Last year Nisa dah berkahwin. Dan sekarang menetap di Kuantan. Memang dia orang Kuantan pun. Dapat pulak bertemu jodoh ngan orang Kuantan jugak. Nisa sekarang bergelar guru di SMART Kuantan. Ngajor Kimia. Dulu-dulu aku n Nisa hardcore Kimia. Sebab tu masing-masing punya course kat uni pun amik Kimia. Cuma aku lebih kepada kejuruteraan, Nisa lebih kepada bidang pendidikan.

Btw..meleret pulak cerita pasal birthday girl kan. Takpe la..sempena birthday Nisa.Apa salahnya dedicate entri khas untuk birthday girl.

So kepada Nisa yang paling aku sayang..happy birthday! Tak sabar nak jumpa ko! Rindu sangat-sangat kat ko!

Happy Birthday!

=)

6 comments:

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...