Thursday, February 28, 2013

Melawan Arus Cintamu (Caroline Mentor)

Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday

picture credit to here

=)

Tuesday, February 26, 2013

A Tough Week

 Sorry lama tak update. Minggu ni minggu yang agak kritikal untuk aku.

Pasalnya hari Khamis ni customer nak datang audit kilanggg!

Hadoiiii la haiii..Audit-audit la yang paling kawan tak gemor awakkk wehhh!

Mudah-mudahan semuanya akan berjalan lancar. Doakan aku ye kawan-kawan!

=)







Thursday, February 21, 2013

Percubaan Pertama Buat Donut

Last week hari Ahad aku mcm ala-ala bosan gila nak mampus kat rumah. Tak tahu nak buat apa. Pastu tetiba aku terajin nak menggodek buku resepi mak aku. Sekalinya resepi buat donut je yang lengkap bahan-bahan ada kat rumah. So aku pun tanpa fikir panjang terus la pilih untuk buat donut. Serius gamble gila.

Resepi nya aku lupa. Pasal aku pun rujuk buku mak aku tu.

Tapi ni la rupa doh yang siap aku uli.

siap ada signature jari jemari aku lagi
Aku buat ni semua tanpa mak aku di sisi tau untuk guide. Nak jugak betau kan bahawasanya aku buat sensorang tanpa sesapa guide. Kelakar la pulak rasanya.

Dan setelah doh dah di biarkan berehat,aku pun membentuk jadi donut. Pun tak guna acuan. Free hand je gituu.

Ni la hasilnya setelah dah siap di goreng.

Gebu kata nya.

Mak and adik aku cakap keras sikit kulit luar. Isi lembut. Bib pun cakap macam tu. Mungkin pasal aku x sabar nak menggoreng so guna api dapur yang besar. Nak cepat siap. Hasilnya keras di luar lembut di dalam.=p

But ok la kan untuk pertama kali. Terus sekarang ni tetiba aku jadi rajin nak kumpul resepi dan bila balik rumah nanti nak try buat.

=)

Review Novel Pecah

Ha..kan hari tu duk sibuk cerita yang aku ada beli novel baru tajuk Pecah?

So aku dah berjaya menghabiskannya. Yezzza! Tak stay up pun nak habiskan pasal kebetulan aku adalah "bendera merah",so memang santai habis la nak menghabiskannya start dari balik kerja membawak ke malam.

Kesimpulan dari Pecah yang berjaya aku baca tu adalah memang terbaikk! Kalo korang jenis suka baca novel-novel penyiasatan ni memang sesuai sangat beli buku ni. Aku kan memang peminat tegar sebarang bentuk cerita dan drama TV yang berbentuk kepolisan,kepeguaman dan penyiasatan,maka this novel is the right one for me!


Awal mula cerita korang akan di hidangkan dengan satu rompakan di bank. Memula baca tu ingatkan rompakan bank tu mcm takde apa kaitan pun ngan cerita sebenar,rupanya rompakan tu adalah satu titik mula kepada semua benda persoalan yang bakal bersarang dalam kepala korang.

Memang tak nampak pun kaitan antara setiap watak dalam buku tu tapi itulah adventure yang sebenarnya. Korang akan di bawa ke setiap penjelajahan minda setiap watak untuk akhirnya dapat la di rungkai yang mereka semua itu berkait antara satu sama lain.

Endingnya agak sedih. Dan bagi aku,cerita ni terjadi hanya di sebabkan satu watak je. Dan terus berkembang kepada yang lain. Boleh di katakan tak sangka jugak la endingnya.

So bagi sesapa yang nak beralih angin dari novel cinta,boleh la try pick this title. Ada jugak cintan-cintan dalam buku ni, tapi takde la melalut-lalut sangat. Fokus utama adalah penyiasatan.


Jom la reramai sokong beli Buku Fixi.

Memang tak mengecewakan.

=)

Wednesday, February 20, 2013

My Tweet in Beautiful Nara Blog

Hahahahaha...

Glamour jap aku 2,3 menjak ni kan. Ni pun member aku yang inform. Pasal dia yang baca entri blog tersebut. Entri Abg Nara pasal Adibah Noor jadi DJ Suria FM. Tapi dia ada copy paste la kan tweet-tweet dari followers Kak Dib  kepada Kak Dib berkenaan hari pertama beliau kat konti. Termasuk la aku.=)


Hehehhee..takde le Abg Nara mention nama aku pun, tapi dia featured kan some of the random tweets yang followers Adibah Noor bagi kat Adibah. So bangga la jap kan muka dan nama aku keluar kat blog meletuppp.

Korang usha la entri tersebut. Mesti ada nampak tweet aku yang x seberapa tu.

=p

Tuesday, February 19, 2013

Mrs.Erry 1st Give Away


http://norumara.blogspot.com/2013/02/mrserry-1st-giveaway_19.html

Jom - jom join Mrs.Erry 1st Giveaway.

Petang-petang ni mesti macam malas-malas je nak keroje kan..
So aku nak ajak korang join.

Teramat mudah nak join.

Jom!

=)

Pecah


Pernah dengar tajuk buku ni?

Pecah oleh Khairulnizam Bakeri.

Di edarkan oleh Buku Fixi. Ni one of another books distributor yang makin meningkat naik di kalangan penggemar buku di Malaysia.

Sebenarnya semalam memang aku ke MPH,tapi tak niat pun masuk situ untuk beli buku ni. Tapi since aku adalah follower Buku Fixi di twitter,dan di twitter,Buku Fixi rajin nau duk retweet mana-mana tweet yang readers hantar puji buku-buku Fixi best,so aku pun ikut sekali meluap-luap nak try baca.

Semalam tengok elok je bersusun kat MPH,so aku pun amik satu. Amik buku Pecah by Khairulnizam Bakeri.

Patutnya malam tadi jugak aku boleh habiskan baca,tapi di sebabkan aku mengantuk tahap sampai dah tersengguk-sengguk maka aku pun tido je la.

Tak feel la kalo baca sambil tersengguk-sengguk kan.

InsyaAllah hari ni aku akan cuba habiskan baca. Nanti aku buat review eh.

Tapi so far untuk separuh pembacaan aku malam tadi..memang best ah aku dapat simpulkan. Sebab tu meluap-luap aku nak habiskan baca ni.

Aku kan mcm ala-ala dah jelak jugak nak baca novel Melayu yang asyik contan-cintun tu.So dengan buku-buku fixi ni,ada la alternatif lain genre buku.

Korang tak akan menyesal beli.

Sungguh!

=)


Monday, February 18, 2013

My Heart Not Belong Here

Huhuhuhuhu...Monday blues...

Seminggu lamanya cuti sempena raya cina.

Nak balik kampunggggggg!

=(

Friday, February 8, 2013

Novelis Komen Novel Yang Aku Review

Woooohuuu...best kot! 
Rasa di hargai la pulak!

Aku kan selalu je review novel-novel yang aku baca dalam blog ni. Dan tak sangka la pulak untuk novel Antara Dendam dan Rindu yang pernah aku review dulu mendapat perhatian novelisnya. Siap beliau drop a comment lagi. Jap..tunjuk bukti..


Ha...kan aku dah cakap..Rabihah Nur Ridhuan siap tinggalkan komen lagi.

Suka nyaaaaa!

Jom baca novel dan review dalam blog!

Weeeeee...!

=)

Wednesday, February 6, 2013

Simbol Kuasa Dua

Wakakaka...baru ku tahu macam mana nak buat simbol (²) ni.

Pasal nye kalo keypad telefon aku memang dah siap sedia ada simbol tu. Dan aku rasa macam cool semacam je kalo nak menggandakan perkataan guna simbol ² ni. Instead of tulis budak2,aku suka tulis budak². Nampak lebih kemas.

So ni caranya:

Tapi ni untuk laptop la :

 Tekan Fn > Pastu Tekan NumLk > Pastu tekan Alt (Hold) then tekan sekali K,I dan L > maka akan terbentuklah ²

Kalau untuk PC pulak :

Tekan Alt (hold) > pastu tekan 2,5 dan 3

Selamat mencuba!

info dari sini.

Rio - Layu Dihujung Mekar



Moh karaoke pagi-pagi ni!

Salam hari Rabu buat semua!

=)

Tuesday, February 5, 2013

Pink + Blue

Aku x de idea nak post entri apa..

So google gambar untuk combination of this 2 colours and meh nak share ngan korang.

Enjoy!














Saturday, February 2, 2013

Pening Nak Memilih

Seriously aku dah pening..

Semua pun lawa-lawa..

Takde idea nak pilih yang mana..

Helpppp!











Since mak aku bagi hint macam berkenan ngan kaler ala-ala turquoise dan bila aku belek-belek kat Google,aku suka pulak ngan kaler Tiffany Blue.Lebih kurang macam turquoise jugak,tapi lebih soft but daring.

The 2 last palette menarik perhatian aku.

Setuju?

For more colour palette go to The Perfect Palette.

Have fun picking your dream colour combinations!

=)

Addicted To Roti Bom

Memang pun..sejak dua menjak ni,asyik nak makan roti bom je.

Last week,2 hari berturut-turut aku ajak Bib makan. Kalo kat Bentong,aku suka roti bom kat Rahmaniah Corner.Orang Bentong panggil kedai ni RC. Yang RC punya roti bom sangat garing dan tak kedekut gula. Kalau yang TMK punya,banyak marjerin je. Gula x de sangat dan tak garing.

Kalau tetiba teringin makan time kat KL,aku suka layan roti bom kedai Syed kat Lucky Garden,Bangsar. Memang garing dan banyak gula. Macam yang RC.

Tapi masalahnya,kalau makan roti bom ni selalu sangat,aku fikir kalorinya boleh memudaratkan jugak la kan. Marjerin dah sekian,gula dah sekian.  Aku pulak dah la kurang exercise...+_+

Jap..nak tunjuk kat korang gambar roti bom

sumber sini

Perbezaan roti bom ni yang aku tahu,roti bom ni sedikit tebal dan dia macam bergulung-gulung.

sumber sini
Dalam gambar kat atas tu la yang aku maksudkan bergulung-gulung. Hehhee..

Tapi seriously sedapppp..
Ala..korang mesti pernah makan kan??
Sedap kan???


=)


Friday, February 1, 2013

YANNICK BOVY - Theoretical Love



i fall in love with this song!
enjoy!

Theoretical Love Lyric:

True love has no guarantee
I guess life's a mystery
You're fire and I'm water
That's just how it is my friend
Love is not a concept, no

Is this how you feel?
Theoretical love
Let's make something real
We got a good thing going on
If we don't try we will fall
It doesn't make any sense at all
Theoretical love
Theoretical love

You say, "Stick to the plan"
And I say, "It's out of your hands"
You can make it happen
And what you see is what you'll get
Love is not a concept

Is this how you feel?
Theoretical love
Let's make something real
We got a good thing going on
If we don't try we will fall
It doesn't make any sense at all
Theoretical love

Whoa oh whoa
What you see is what you get
So let it happen

Is this how you feel?
Theoretical love
Let's make something real
We got a good thing going on
If we don't try we will fall
It doesn't make any sense at all
Theoretical love
Theoretical love
Theoretical love

Read more: http://artists.letssingit.com/yannick-bovy-lyrics-theoretical-love-gxlsbkt#ixzz2JgDczb6i
LetsSingIt - Your favorite Music Community 



0102-Birthday Nisa

Happy Birthday Nisa!

Nisa ni kawan baik aku sejak matriks.

Jap nak cari gambar tunjuk kat korang rupa nya si Nisa ni.

nisa yang pakai baju biru bercermin mata.ni gambar lama kat bilik aku time kat UKM.
Hehee...old school lagi gambar aku bagi korang tengok. Gambar lama time kami-kami masih muda remaja. Nisa datang melawat aku kat UKM. Time ni Nisa belajar kat UPSI. Gigih kan dia datang melawat aku jauh-jauh. Siap overnite lagi.

Aku kenal Nisa sejak zaman matriks lagi. Matriks kat Kolej Matrikulasi Melaka,Londang,Masjid Tanah. Tak merasa nak belajar ke London,Londang pun jadi laaa...=p

Kira-kira plus minus dah almost 10 years la berkawan. Aku sangat-sangat senang berkawan ngan Nisa. Dari dulu sampai la sekarang.

Last year Nisa dah berkahwin. Dan sekarang menetap di Kuantan. Memang dia orang Kuantan pun. Dapat pulak bertemu jodoh ngan orang Kuantan jugak. Nisa sekarang bergelar guru di SMART Kuantan. Ngajor Kimia. Dulu-dulu aku n Nisa hardcore Kimia. Sebab tu masing-masing punya course kat uni pun amik Kimia. Cuma aku lebih kepada kejuruteraan, Nisa lebih kepada bidang pendidikan.

Btw..meleret pulak cerita pasal birthday girl kan. Takpe la..sempena birthday Nisa.Apa salahnya dedicate entri khas untuk birthday girl.

So kepada Nisa yang paling aku sayang..happy birthday! Tak sabar nak jumpa ko! Rindu sangat-sangat kat ko!

Happy Birthday!

=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...