Friday, February 3, 2012

Sungguh Aku Cinta

aku agak lama jugak x baca novel Melayu.pasal duk ralit habiskan baca novel2 omputeh yg aku beli last year kat Big Bad Wolf Sale.tapi baru2 ni akak sepupu aku macam rajin lak nak bagi aku voucher MPH rm5.dan hanya boleh di gunakan untuk beli buku.mcm bagi aku,rm5 tu angka yg besar jugak la.

so aku pun g ke MPH Sunway Pyramid.belek punye belek,berkenan kat buku ni,.




aku ada a few times jugak baca buku oleh Anis Ayuni.satu yang aku ingat Manisnya Cinta.serius best cite tu.ala2 ko akan ketawa n perasan sensorang bile baca buku tu.very the sweet.sampai skang masih teringat2 lagi jalan cite nye.

sebab tu aku x ragu2 nak beli buku Sungguh Aku Cinta ni pulak.turn out memang best pun.very the romantic n ketawa sensorang.hehe.

Tidak pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Kasih yang diharap meneduh dan melindunginya terhenti apabila Azhan memilih untuk menikahi Sofia. Meskipun bukan pintanya hal itu terjadi, namun Maira harus mendepani takdir. Tidak dibiarkan diri lemas tenggelam dalam lautan kecewa, Maira bangkit dengan kekuatan semangat yang masih bersisa untuk membangunkan kembali sebuah kehidupan.
Tekad Fajar tidak mahu memikirkan soal cinta selagi puncak Kalla Pattar belum dapat ditawan akhirnya lebur apabila dia bertemu dengan Maira. Kali pertama bertentang mata, hatinya sudah ditusuk panah cinta. Namun hati si dia bagaikan tidak terusik dengan aura cintanya. Salam kasihnya dibiarkan sepi tanpa peduli. 
Pertemuan demi pertemuan meyakinkan Fajar bahawa ALLAH telah menyuratkan jodohnya dengan Maira. Lalu dia terus memburu, menggempur dan akhirnya berjaya menawan hati Maira. Dilamun cinta nan indah, Fajar dengan Maira menyulam impian untuk hidup bersama di alam rumah tangga.
Rasa kesal melepaskan kilauan sebutir permata yang menjebak hati Azhan membuatkan dia bertekad untuk mengambil Maira kembali, sekalipun dia tahu tangannya pasti akan tertusuk duri. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira sama ada Azhan berbahagia, sudah tunggang-terbalik atau telungkup rumah tangganya, dia peduli apa. Azhan bukannya kahwin paksa, sebaliknya dia berkahwin dengan wanita pilihan hati. Bukan setakat nanar, tetapi dia menjadi separuh gila selagi dia tidak mengahwini Sofia. Kesudahannya ...
ok tak sipnopsis nye?best tau.aku suke pasal Anis Ayuni banyak ketengah kan pasal aktiviti2 riadah kat luar.panjat gunung,masuk gua,camping,jalan2.

jalan cerita nye ok sangat2.pasal kadang2 aku naik jelak juga kalo watak org ketiga cm melampau sangat.tapi ni sangat moderate.ok sangat.benci gitu2 je.

try la baca.ulang cetak bape banyak kali dh ni.maksud nye cite ni best la tu.x sia2 aku beli.

=)

No comments:

Post a Comment

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...