Showing posts with label bentong. Show all posts
Showing posts with label bentong. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Akhirnya Tertangkap Jugak Penjenayah Itu


Ingat tak aku ada post entry Kes Rompak Dan Rogol Di Bentong last week?

Alhamdulillah ...dah tertangkap pun penjenayahnya. 

Dah la tempat tertangkapnya penjenayah tu dekat jugak ngan taman aku duduk. Hadoiiii!

Mujur la tak ada ape-apa yg berlaku kat penduduk-penduduk sekitar tempat kejadian.

Tapi yg penting,dah boleh la tido lena sikit malam-malam.

Kalau tak..gerun je!


PETIKAN BERITA DARI MY METRO

BENTONG: Seorang lelaki dipercayai suspek kes bunuh petugas Pejabat Hutan Daerah Bentong, Khairul Hazri Jamaludin, 31, pada 4 November lalu, diberkas selepas bergelut dan mencederakan seorang anggota polis di Taman Hussein Bentong, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, terserempak lelaki terbabit yang mencurigakan di atas sebuah bukit berhampiran kawasan taman berkenaan.

Menurut sumber, ketika ingin ditahan dan diperiksa, lelaki warga tempatan berusia 40-an itu mengacukan pisau hingga mencederakan leher seorang daripada anggota polis berkenaan.

“Pada jam 6 petang, tiga anggota polis IPD Bentong yang baru habis bertugas dan menziarahi rakan mereka ternampak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan memegang sepucuk pistol dipercayai buatan sendiri.

“Anggota polis berkenaan cuba menahan suspek, namun suspek bertindak ganas dan melawan mengakibatkan seorang anggota parah akibat dikelar di leher,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.



Katanya, pada masa sama dua lagi anggota bergelut dengan suspek dan hasil pemeriksaan lanjut polis menemui telefon bimbit dan beberapa barang berharga milik mangsa.

Monday, November 5, 2012

Kes Rompak dan Rogol Di Bentong

Aku balik Bentong hari Sabtu lepas. Sampai-sampai je,mak aku terus inform ada kes rumah di pecah masuk kat satu kuarters perumahan kakitangan awam on the way nak masuk taman aku.

Aku memang terkejut gila ah..pasal aku baru lagi dengar ada 1 rumah di pecah masuk jugak dekat-dekat jugak ngan tempat yg terbaru ni,n now dah ada lagi kes baru. Cuma kes yg ni lebih menyayat hati. Suami di bunuh dan isteri di rogol. Masya Allah..apa la nak jadi ngan dunia sekarang ni.

Ni berita selanjutnya :


Kuarters Pejabat Hutan Daerah Bentong yang didiami Khairul Hazri Jamaludin yang maut dalam kejadian samun di Bentong, Pahang, semalam. 

BENTONG 3 Nov. - Seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Bentong maut manakala isterinya dipercayai dirogol dalam kejadian samun di kuarters Pejabat Hutan Bentong, Jalan Tras dekat sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, ketika kejadian pukul 4.40 pagi itu, Khairul Hazri Jamaludin, 31, dan isterinya yang berusia 28 tahun tidur di ruang tamu.
Menurutnya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan senapang patah masuk ke dalam rumah menerusi tingkap bahagian dapur.
"Kehadiran suspek mengejutkan pasangan suami isteri itu menyebabkan Khairul Hazri bertindak mempertahankan diri dan bergelut dengan suspek.
"Mangsa bagaimanapun dihentak di belakang kepala, tengkuk dan perut oleh suspek dengan senapang patah menyebabkannya cedera parah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut beliau, suspek kemudian dipercayai merogol isteri mangsa sebelum melarikan barangan berharga milik pasangan berkenaan.
Abdul Aziz memberitahu, isteri mangsa kemudian mendapatkan pertolongan orang ramai sebelum kedua-duanya dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan.
"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong kira-kira pukul 7 pagi manakala isterinya menerima rawatan dan pemeriksaan lanjut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) kerana dipercayai dirogol dalam kejadian itu," jelasnya.
Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

**petikan berita credit to sini**

Aku lepas dengar dan baca berita ni last week,terus jadi mcm cuak nak tido dalam bilik sensorang. Serius seriau wehhh. 

Mudah-mudahan family aku esp Mak and Ayah aku sentiasa berada di bawah perlindungan-Mu ...


*Sesiapa yang ingin tahu dengan lebih lanjut polisi Etiqa Takaful dan bagaimana Etiqa boleh bantu anda dan keluarga,boleh email ke mazwana84@yahoo.com atau boleh ke Facebook Mazwana Kamarudin atau call/SMS/WhatsApps di 012.255.2600 atau just isi je online form Etiqa yang aku dah sediakan di bawah page.I will get back to u ASAP*

Saturday, October 6, 2012

Bentong Tercinta

Hari ni tulis entry kat Bentong. Korang tahu Bentong kat mana? Bentong kat Pahang. Ni la tempat aku lahir dan di besarkan. Kalau dari KL, hanya dalam 1 jam lebih dah sampai Bentong. Itu kalo aku yg bawak kereta. Slow sikit bawak. Kalau adik aku yg bawak,45 minit je dia lenjan kereta sampai ke sini. Aku je yg terhegeh-hegeh sikit bawak kereta.

Sebab jaraknya yg dekat tu la kalo boleh every week pun aku nak balik sini. Dan kalo boleh jugak,nak berulang-alik je ke KL untuk g kerja. Memang ramai pun orang - orang Bentong yg buat gitu, tapi kalo sape yg keja kat tengah-tengah KL mudah la. Aku ni dah ke kerja kat Subang Jaya, macam leceh la pulak nak meredah jem ape bagai. Kalo x fikirkan semua tu, memang dah lama aku ulang-alik.

Untungkan kampung dekat-dekat ni. Kalo tetiba rasa nak balik pun x de hal. Kalo aku rasa malas nak bayar tol,aku boleh je nak lalu jalan Gombak-Bentong. Tapi kalau sensorang x la. Takuttt..=P

Kat Bentong famous ngan Air Terjun Chamang. Ha..air terjun ni dekat ngan rumah aku. Pernah sampai sini? Jap aku google gambar.


Air Terjun Chamang
Ni la air terjunnya. Kalu hujung minggu ataupun cuti umum,memang penuh ngan orang. Bersusun kereta. Kalau nak datang,kena datang cecepat untuk booking tempat. Baru dapat tempat mandi yg best.=)

Aku pun jarang datang mandi sini. Kalau kengkawan dari KL datang baru aku sibuk menyelit ikut.

So inilah serba sedikit pasal Bentong ku yg tercinta. 

Tempat di mana aku lahir,aku sekolah dan di besarkan.,

Rindu kot sentiasa ngan Bentong.

My sweet hometown.

=)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...