Sunday, May 27, 2012

Takdir Itu Milik Aku

On my recent trip to Book Fair last month,I managed to buy another book by Siti Rosmizah "Takdir Itu Milik Aku".Dah ada a few titles by her in my collections so far.And yg ini pun memang tebal buku nye.Tapi since aku nih jenis membaca ngan kadar yg cepat (x skip mana2 page ek!),so dlm 1 malam je dah boleh habissss....

Kenapa buat aku struggle nak abis kan jugak?Pasal memang best gila kot cerita ni.Tapi tahap kesedihan nya x dapat menyamai tahap kesedihan novel "Andai Itu Takdirnya".Peh,,yg "Andai Itu Takdirnya" memang berjurai2 air mata aku keluar,tapi yg ni x sedih sangat.Sedih tu ada tapi x de la sampai aku nk mengalirkan air mata.


Inilah cover depan novel.Very the beautiful kan?Secantik jalan cerita yg di tulis oleh Siti Rosmizah.

Meh baca sipnopsis :

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."


Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.



Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.


Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!


Berkisarkan pasal kebangkitan semula seorang wanita setelah di seksa dan di hina oleh suami dan mak mertua nya.Bagus untuk kita baca.

No comments:

Post a Comment

moh share idea kat sini..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...