Sunday, May 27, 2012

Takdir Itu Milik Aku

On my recent trip to Book Fair last month,I managed to buy another book by Siti Rosmizah "Takdir Itu Milik Aku".Dah ada a few titles by her in my collections so far.And yg ini pun memang tebal buku nye.Tapi since aku nih jenis membaca ngan kadar yg cepat (x skip mana2 page ek!),so dlm 1 malam je dah boleh habissss....

Kenapa buat aku struggle nak abis kan jugak?Pasal memang best gila kot cerita ni.Tapi tahap kesedihan nya x dapat menyamai tahap kesedihan novel "Andai Itu Takdirnya".Peh,,yg "Andai Itu Takdirnya" memang berjurai2 air mata aku keluar,tapi yg ni x sedih sangat.Sedih tu ada tapi x de la sampai aku nk mengalirkan air mata.


Inilah cover depan novel.Very the beautiful kan?Secantik jalan cerita yg di tulis oleh Siti Rosmizah.

Meh baca sipnopsis :

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."


Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.



Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.


Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!


Berkisarkan pasal kebangkitan semula seorang wanita setelah di seksa dan di hina oleh suami dan mak mertua nya.Bagus untuk kita baca.

Monday, May 21, 2012

Family Meeting

Since cousin akunak kawin bulan 9 ni dan in my family..dia lah sepupu pertama yg kawin walaupun aku adalah sepupu sulung tapi dia macam ala2 melangkah aku.tapi aku mcm layankan aje.Jodoh dia sampai dulu..nak buat camna kan.Aku senyumkan ake.

So semalam ada buat small family meeting nak bincangkan preparation untuk majlis kawin dia nanti which is on 3rd Syawal at Terengganu n at our side on 1st September.Oleh kerana nak ngantar dia kawin jauh bebenar sampai ke Terengganu,sebab tu kene plan bebetul.Kalo setakat sedaerah dalam Pahang ni,takde hal la.Ape2 barang tertinggal boleh di pusing2 kan balik,tapi kalo dah jauh2 ni..payah la jugak kan.

On 1st Spetember nye event pun kene plan bebetul.Since family makcik aku nih anak2 nye semua nye lelaki,so makcik aku macam x de helper dari anak2 perempuan.So aku kene la assist gak mak cik aku nih.Dia pun mcm gundah gulana jugak la kot.1st time nak wat majlis kawin anak.Walaupun just majlis nyambut menantu,tapi preparation kene la meletupppp gak kan.

So far,aku dag survey a few things.Aku ingat nak sponsor goodies bag.Pasal ada jumpe satu blog yg boleh wat custom made benda2 ni.Kebetulan tuan punya blog adalah collegue my friends :Syarina n Nur.So yakin la nak tempah kan.Tapi kene mintak pandangan mereka yg lain jugak nanti.

Masa dh suntuk.Kalo boleh dalam bulan puasa benda2 yg perlu di survey secara on foot dah kene settle kan before puasa.Kot tak,x larat nak berjalan.Tapi tu la,sempat ke x tak tau la.Takut drag jugak ke Ramadhan.

But anyway,kinda experience jugak to me.Nanti aku nak kawin,at least dh ada idea sesikit kan what to do.

=)

Friday, May 18, 2012

Hlovate

Aku skang ni boleh di katakan obses ngan novel-novel by Hlovate.Nama pena penulis gempak gila kan?Kalo yg tak tau mesti ingatkan penulis dari oversea tapi sebenarnye org kita sini.Orang Malaysia.Cuma gender nye aku x dapat pastikan.Nama pena dia terlalu general.Tapi aku agak might be perempuan kot.Kot la.

Kenapa aku boleh jadi obses ngan karya-karya beliau?Peh...!Korang try la baca sekali any of the titles by her/him.Memang akan jatuh cinta la!So far dah 2 novel beliau aku baca..Versus n aA+bB.

Tajuk nampak macam pelik-pelik je kan tapi.....jgn tak tau both of it dah di ulang-cetak for so manyyyy times..I mean a lot of times within a few years je tau!Seingat aku...Versus dah di ulang cetak sampai cetakan ke-10 start dari mula di keluarkan pada tahun 2009.Kalo x silap aku la..tapi memang dah banyak kali di ulang-cetak .


Novel-novel nye takde la 'lovey-dovey sangat.Takde la watak ketiga yg kejam gila takde keje lain nak menghancurkan perhubungan hero-heroin which is kadang-kadang aku naik menyampah jugak.Kejam gila sampai mcm x logik pun ada.Tapi trust Hlovate..dia x de buat watak ketiga yg kejam2 ...

Dan yg bestnye..dalam novel2 nye ni..ada di selitkan jugak cerita-cerita tentang kehidupan dan keagamaan.Dalam bentuk yg santai.So yg baca pun x de la rasa stress dan benda-benda ni mcm dekat je ngan jiwa.

Tak yah la nak promote lebih tapi seriously novel-novel Hlovate memang terbaik la!!!!Trust me.


=)

Thursday, May 17, 2012

Battleship + Safe

It's quite a long time jugak aku dah x g tengok wayang.last pun bulan 3 ..eh,takde la lama mana pun gap nye.tibe beria nak cakap lama dh kan.hehehe....so dah dua hari aku ala2 marathon g tengok wayang.1st day g tengok ngan Pian.very the impromptu plan.aku tengah drive nak g MidValley after keje (agenda biasa bile macam dh x tau nak ke mana),elok je dia sms ajak g tengok wayang kat MidValley.so aku pun on je la.tapi agak nye dia serik dh kot membiarkan aku wat pilihan movie ikut sedap aku je..so dia  dh cakap awal2 nak tengok antara 2 movie ni je : BATTLESHIP atau AVENGERS. and between those two,masa tayangan yg seswai adalah Battleship.

Aku masuk tengok mcm konsep layankan aje.memang tau pun pasal movie ni.tapi mcm biasa,kalo bukan aku nye pilihan,aku mcm x letak harapan tinggi pun movie ni akan menarik perhatian aku.tapiiiii......best gila kot!

Berdentum-dentam hall ngan bunyi tembakan sana-sini dari movie tu.teringat lak time aku join ROTU kat UKM dulu.sebijik cm tu la perasaan nye.memang x berkelip mata aku tengok.duk ralit menghayati strategi perang yg nak di lakukan oleh Hopper kepada alien yg dtg serang bumi.dan sangat x bercakap sangat dengan Pian dlm hall tu.serius aku tumpukan perhatian.tapi memang best!dan memang gitu le gaya nye kalo aku suh org yg pilihkan movie yg nak di tonton.kalo biarkan aku pilih,memang la merana org yg follow aku tuh!.


And the 2nd day which is malam tadi,my cousin ajak g tengok movie tajuk "Safe".aku aware aboutthis movie pasal penah nampak poster filem somewhere.tapi amik x pusing pasal wajib la takde faktor penarik untuk aku g.tapi bile org dh ajak,aku pergi je la.

Since aku peminat tegar filem/drama bercorak kepolisan/penyiasatan,maka nye movie ni sangat menepati citarasa aku.walaupun at first,i've no idea langsung ape la sebenarnye movie ni all about.tapi all the way thru towards the ends,memang best.aku x ingat sape name pelakon utama,tapi hero "The Transporter".

Itu lah jadi nye bila sesekali g tengok wayang x di plan.Mujur la quite ok jugak la movie2 pilihan mereka itu.Kalo ikutkan aku.....mesti la pilih "Dark Shadow","Berani Punya Budak" dan "Chow Kit".

=p

Tuesday, May 8, 2012

Dalam Masa Sebulan...

Dalam masa sebulan ni..banyak juga aktiviti kehidupan aku..Tapi ni ha la..blog tak ber'update'.Sowieeeee sesangat..=)

Highlighted event of course la g usha n membeli-belah kat Pesta Buku KL di PWTC 2 minggu lepas.Aku bawak sekali ateh n ira.Kitorang pun g bertiga ..gerak dari Janda Baik.Ngam2 sampai situ pukul 10 pagi.Sedang elok pesta buku baru nak bukak.Tapi orang tetap dah ramai.

Aku seperti biasa time Pesta Buku ni akan beli buku oleh Siti Rosmizah.Last year aku beli 7 Hari Mencintaiku.Tahun ni beli Takdir Itu Milik Aku.Memang best r buku beliau.Can't be put down.Struggle stay up nak abiskan.

Dannnnn.....aku ada jugak beli 1 buku oleh penulis nama Hlovate.aA+bB.

Memang dah lama penah dengar pasal penulis ni,terajin nak beli hari tu pasal kebetulan ada sale.Peh!!!Memang terbaik la buku aA+bB !X macam novel lain.Trus aku jatuh cinta ngan karya-karya Hlovate.So skang ni adalah misi nak mengumpul novel-novel Hlovate.

Semalam baru je beli novel 'Versus' by Hlovate.Tapi x sempat nak baca lagi.Nanti dah abis baca aku update.Kalo tengok kat front cover,memang buku2 ni dh banyak kali ulang cetak sampai ke cetakan ke-10.Tapi cuma aku je baru terhegeh-hegeh nak start kumpul.=p

Koleksi novel Mary Higgins Clark aku pun makin bertambah.Last month BookXcess ada pulak wat sale untuk members,ape lagi aku...trus je meneruskan langkah ke Amcorp Mall.Berjaya beli 2 buah.Menimbun-nimbun koleksi novel aku.Silap-silap boleh buat mini library nanti.=)

Manusia kan ada obsesi masing-masing.Dan ini la obsesi aku.BUKU.

Untuk menghabiskan masa lapang,aku berdamping la dengan buku.X gitu?

=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...