Showing posts with label masterchef malaysia. Show all posts
Showing posts with label masterchef malaysia. Show all posts

Tuesday, December 3, 2013

Tengok Tak Masterchef All Star Malaysia 2013?

Korang follow tak Masterchef All Star Malaysia yang tengah tayang kat RIA setiap Sabtu-Selasa sekarang?

Barisan Peserta

Aku kalau boleh nak je follow if berkesempatan. Pasal dah kahwin dan duduk serumah ngan suami ni, TV ada 1 dan bukan boleh kita senang-senang je nak tengok cerita yg kita nak tengok kan. So kalau ada kesempatan tengok laaa..x pun tunggu yang ulangan.

Tapi so far yang mana episod yg aku dah tengok tu..macam meluat pun ada. Bukan apa, kan yang ALL Star ni di gabungkan peserta terdahulu samada dari yang Selebriti atau Masterchef biasa tu, so yang artis-artis ni mana yang ok,ok le aku tengok kan.

Cuma mcm klise sangat ngan perangai diva AA dan selebriti lain. Maksud aku mana yang banyak mulut tu. Macam Michael Ang. Nak bergaduh la..terjerit-jerit kat team lain kalau time berpasukan. Tinggi betul semangat kepasukanan mereka. Huhuhu..

Yang dah terkeluar adalah Kenchana, Shahora dan Enot.

Yang lain-lain tu,kita tengok je la nasib mereka macam mana.

Good luck pada semua peserta!

=)

Thursday, September 27, 2012

MasterChef Malaysia Musim Ke-2

Korang penah tengok MasterChef Malaysia? Ala..yg season lepas Dr. Ezani yang menang. Aku suke jugak follow pertandingan masak-masak ni. Macam kagum kot tengok diorang pandai masak . Dah la masak dalam masa yg singkat, tapi masak makanan yg extravaganza. Dapat ke aku..tah ape yg jadi.

Sekarang ni dah start musim ke-2. Baru je lagi. Baru minggu kedua. Boleh lagi kalo korang nak catch up. 

line up peserta musim kedua bersama ngan juri dan penaja

Aku salute lah kat diorang yg terpilih. Masing-masing yg terpilih bukan calang-calang orang. Doktor, penganalisis kewangan, student, peninju tomoi dan macam-macam lagi background. Tapi memasak nombor 1. Jangan ingat belajar tinggi-tinggi tapi tak tahu memasak.

So far dah 2 orang yg keluar. Addy dan Dr. Shahida. Kesian jugak kat diorang berdua nih. Pasal dua-dua pun ada potensi nak menang kalo ikut jangkaan aku. Tapi tu lah nama nya pertandingan realiti. Apa-apa pun boleh terjadi.

Kalo nak tengok MasterChef nih, boleh tune in to Astro Ria setiap hari Sabtu-Khamis pukul 9 malam.
Pas tengok Masterchef, terus sambung tengok pulak Adam dan Hawa.

=P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...