Showing posts with label julia. Show all posts
Showing posts with label julia. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Update Drama Julia

Mak aiii..tegar tak tegar nya aku tengok drama dak Julia ni petang-petang.=p
Sekarang ni dah sampai fasa sedih-sedih dan gerammmmm sesangat.

Sedih-sedih kat Julia pasal di ceraikan oleh Azwan ====> bagi aku,sangat la ok je. Dah la Azwan tu jenis anak mak,lepas tu ringan tangan nak dera dak Jue..so better la ko ceraikan je dak Jue.

Gerammmmm gila kat Sofia pasal kalo boleh semua perempuan dia x nak bagi kahwin ngan Amir =====> tu la...dulu-dulu sapa suruh ko tolek cinta Amir. Sekarang ni nak jilat ludah ko balik kan. Aku memang emooo ngan si Sofia ni. Dari drama Tentang Dhia lagi dia dah suka buat perangai watak-watak gini. Abis semua lelaki dia nak bolot. Hahahaha..aku memang emoo ngan perempuan gini. Apa orang kata tu..budget baguihhhhh!

Kesiannn kat Amir + Nor Ain ======>mau x kesian wehhhhh..diorang tinggal 2 bulan je lagi nak kawin,tapi si Sofia ni ada je idea dia nak halang dari Amir kahwin. Dia nak Amir kawin ngan dia. Amir dah sah-sah terang-terang cakap kat Sofia, yg dia pernah sayangkan Sofia tapi ITU DAHULU!. Cuba la faham bahasa sikit.Duh!


So kita tunggu je la apa kesudahannya drama nih. Suka tengok lakonan Nabila Huda,Fizo Omar dan Fauziah Ghous dalam drama ni.

Very the like!

=)

Tuesday, October 2, 2012

Julia

Tak..ni bukan tajuk lagu Exist tuh. Ni tajuk drama slot Akasia yg baru petang-petang kat TV3 tuh.



Hari ni baru masuk minggu kedua di tayangkan kat slot Akasia. So far minggu pertama banyak scene kat Korea. Time all the main characters still study lagi kat sana. Drama yg menarik perhatian untuk melekap kat TV adalah sama konsep je ngan novel yg menarik. Kalo memang drama adalah best, even episod 1 pun ko dah rasa tertarik nak tengok dan terus tengok.

Sama jugak ngan drama Julia nih. Bila dah masuk minggu kedua nih, aku macam dah dapat agak yg Julia akan merana setelah Amir Hamzah akan tinggalkan dia untuk Sofia. Tapi ni aku agak je la. Aku kan suka main teka-teka.

Dek kerana penangan drama ni jugak, aku terfollow twitter Fizo Omar. Alooolooo..macam charming sangat kan dia dalam cerita nih. Wajib la nak terjatuh chenta jugak kann.=p

So sapa yg tak start tengok lagi tuh,jangan risau, still boleh catch up lagi.
Very the like this drama!






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...